Monday 19 October 2015

Kehadiran cahaya mata

Hai.. Assalamualaikum..

Haha yg ni memang kelakar.. Perlukah aku buat tajuk 'selepas setahun' sekali lagi?.. Dah nak menuju hujung 2015 pun.. Hehehe.. Dia macam nak bercerita perkembangan setahun demi setahun pulak.. Btw, syukur Alhamdulillah - hidup aku penuh sangat dengan warna.. Setahun lepas dok sembang pasal kahwin.. Dan siapa sangka rezeki tahun ni aku dan suami dah pun menimang cahaya mata pertama!.. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki Allah berikan kepada kami.. Awliyaa Irdina telah pun berusia 3 bulan lebih dan semakin bijak berkeletah buat aku rindu setiap masa hai anak..

Masih duduk bersama keluarga yang mana kebetulan kakak dan adik perempuanku turut bekerja di jb.. Jadi bayangkan la situasi kami keluar masuk rumah sampai mama kata macam burung, pagi berterbangan cari rezeki dan malam pulang ke sarang.. Riuh sangat rumah mama tambah2 kehadiran cucu pertama yg keletah tu...

Aku perlu menghantar Awliyaa ke taska.. Demi tuntutan kerja kami berdua. Aku faham ramai yg beri pandangan tentang mengasuh anak sendiri, berhenti kerja dan sebagainya.. Tapi itu pilihan masing2.. Aku cuma doakan si kecil Awliyaa pandai bawa diri di taskanya.. In sha Allah dia pun fighter macam mummy kan sayang.. Hehee.. Aku juga terpaksa meminta mama ayah menghantar dan mengambil Awliyaa dari taska.. Alhamdulillah mereka faham keadaan kami yg jauh berulang alik jb dan kota tinggi takut sampai malam pula di rumah..

Mama dan ayah memang telah berpencen, tapi memang aku berniat untuk tidak membenarkan mereka menjaga Awliyaa sepenuh masa.  Biarkan mereka berehat kerana telah menjaga kami selama hampir 30 tahun..  Itupun mama dan ayah rajin ambil Awliyaa awal dari taska untuk bermanja-manja di petang hari sambil menunggu kepulangan kami..

Kadang2 selalu cubit suami betul ke dah ada anak.. ?.. Masa Awliyaa berusi sebulan dua, memang agak kuat nangisnya dan macam2 benda berlaku pada kami seisi keluarga dengan kehadiran orang baru ni.. Microwave pun sampai rosak dibuatnya.. Hehe itu merupakan kesilapan kami la.. Pergi panaskan susu dalam tu.. Hahaha.. Adui.. Memang pelbagai ragamnya kalau nak cerita memang panjang berjela.. :) Aku masih memberikan Awliyaa susu ibu sepenuhnya setakat ini dengan dorongan penuh dari suami dan bff tersayang.. In sha Allah walaupun bekerja, aku akan cuba buat yg terbaik untuk Awliyaa..

Okla.. Nanti sambung lagi.. Daa..

No comments: