Thursday 19 November 2009

kARanGan AdiK

well, since aku pun dah cuti, adik2 pun dah start cuti, so result exam semua pun dah keluar. actually, aku terkejut jugak bila mama cakap lepas balik dari convo aku tu plus jalan2 kat KL, adik aku dua,dua demam 3 hari, and mc time final exam! kesian gila diaorang.. aduh, sungguh tak kuat imunisasi diaorang ni, tak macam aku... haha.. so, natijahnya, abang yang Darjah 6 drop ke nombor 4, and adik yang Darjah 5 pun drop ke nombor 12.. dari nombor 1 exam setengah tahun..

tapi, aku lagi terkejut bila adik dapat mata pelajaran terbaik penulisan! haha.. bukan apa, kalau sains or english tu memang dah biasa dah.. tau jek la budak lelaki sekarang, komik jek lebih. tapi, penulisan sekarang bukan macam dulu, fully essay, sekarang ada tambahan cari 5 nilai murni dan buat ayat lengkap daripada gambar. huhu.. macam2 dasar sekarang...

so, marilah membaca penulisan adikku.. haha..


Majlis Ulang Tahun

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah pergi ke majlis sambutan hari ulang tahun kawan karib saya, Shah. Ini ialah kali pertama saya pergi ke majlis ulang tahun.

Dia membuat majlis tersebut pada pukul dua petang. Saya pergi ke sana pada pukul tiga petang kerana ayah saya sibuk bekerja.

Sampai di sana, saya berasa sungguh gembira. Ramai rakan-rakan saya yang datang. Di situ juga ada banyak hadiah. Hadiah saya untuk Shah ialah sebuah kereta kawalan jauh. Harap Shah suka akan hadiah saya.

Pada pukul empat, sukaneka dimulakan. Banyak acara yang saya sertai. Saya hampir menang kesemua acara. Saya berasa sungguh seronok.

Pada pukul lima, jamuan pun bermula. Di situ ada banyak makanan. Antaranya, kek, puding, roti canai, burger, kuih muih dan lain-lain.

Pada pukul enam, majlis pun berakhir. Saya berasa sungguh seronok dan gembira. Saya harap saya dapat pergi ke majlis ulang tahun seperti itu lagi sekali.

-the end-


macam mana kawan2? hehe.. not sure pulak total dia berapa ni.. hehe..

Sunday 15 November 2009

saJa saHaja

erm.. aku dah keluar dari puncak alam
malam ni aku dah kat kampung baru sebab semalam dah tidur kat kapar
adillah, dua2 dah pergi.. haha..
kancil sayang terpaksalah tinggalkan kan pak andak..
huhu.. tak apa laa.. sebulan lebih jek..
isk3..
semalam tengok2, banyak gila skru kecik2 tertanggal..
haii.. macam tuan dia gak ke banyak hilang skru.. haha..
dengan driver seat pun gerak2.. tempat putar buka tingkap tu pun bunyi gigil2..
macam2 hal..

oh yeah.. esok nak ke kota tinggi..
jumpa mama ayah..
and..
cuba menyelesaikan 'misi' dalam sebulan..
melakukan survey..
pada yang masa menyimpan wang..

berfikir2, adakah mahu buat part time..
macam malas..
tapi wang macam kurang..

alamak... tak dapat jumpa sayang jugak at last..
jumpa tahun depan jugak..
tu lah.. belasah lagi utara-selatan.. huu..

tak ape..
muahh muahhh.. ;D

Thursday 12 November 2009

aKu naK saLahKan peRiod pAin juGak

wei.. aku sedih sikit ni..

pertamanya

sebab aku dah habiskan 3 novel dari petang tadi sampai la beberapa minit sebelum ni.. huhu.. lama seyh tak nangis sungguh2.. malu aku tadi kantoi dengan alia yang tiba2 masuk nak pinjam kicap manis dalam bilik.. haha.. buat malu jek.. dah aa berderai2 betul.. taulah aku kalau dah jumpe novel.. baru tadi aku baca 'cinta kau dan aku' 679 ms.. before tu aku abeskan hlovate 'aA+bB' 495 ms and petang tadi ade 1 novel alaf 21, lupa pulak tajuk dia.. 'bisikan asmara' kot.. tiga2 aku bace, 33 kali aku nangis. (p/s saja highlight muka surat sebab aku terror habiskan baca novel banyak2.. hahaha) semua cerita cinta yang sangatlah banyak halangan untuk ditempuhi sebelum bahagia. sangatlah bijaksana the storyteller itu sebab buat aku menghayati sangat2 sampai teresak-esak.. iskk... sob sob... sampai lebam2 biji mata ni haa... lepas gian aku..

sebab kedua..

er... aku nak salahkan period pain aku.. sebab dia datang masa aku jawab periksa semalam.. seriously aku tak dapat buat sebab terasa nak berguling2 dalam dewan exam.. aku tak tau la dia start jadi teruk masa form 4, before that aku tak pernah kena inche sesungut tu langsung tau.. aku rasa urat2 aku dalam perut ni macam disimpul-simpul dan kena perah.. sampai macam tu sekali aku rasa.. sakit maaa!!!

dan..ketiga

sebab period pain plus moody mood plus unstable emotion aku telah terkasar bahasa dengan kawan aku.. macam mana ni.. ok fine, at first, aku rasa aku dah diketepikan dari plan asal, bengang jugak aa tiba2 je kena arah... but nevermind, selama ni pun macam la aku tak biasa bergerak atas kaki sendiri. tau2 kawan sudah terasa..

laahh,,, aku rasa macam aku yang patut terasa.. tapi takpelah.. cuma aku menggigil ni sebab aku tak tau nak cakap macam mana kat dia, fine if aku bersalah memanglah aku kene minta maaf dengan dia. lagi2 aku dapat tahu another 1 problem drag her to this unstable condition, from my point of view, i did text her earlier, but when she didnt reply me, i assumed that she was not interested to next message. based from my instinct, i need to go to the fac even its raining cats and dogs outside.. then, i asked okiey to accompany me to check the continuous assessment and fortunately i came as after i checked my test paper, the lecturer FORGOT to add my section A's marks!! if i didnt come, i lost those marks freely you know...

i just got home when i received her message... and.. hmm.. what can i do else?

i love her.. oii!! bukan lesbo la bongok.. fikir aaa.. macam mana nak hadapi ni semua. exam dah nak habis, cuti dah nak start, sebelum ni ada gak aa mulut lancang aku ni cakap macam mana if 'kita' gaduh and aku sendiri admit yang aku tak sanggup nak bayangkan kejadian masam muka sedemikian. . sungguh tak tau macam mana nak hadap..

eh, ada lagi satu..

banyak jugak punca sedih aku tak termasuk exam yang tak berapa nak doing well.. my boyfriend, aka kawan baik aku called, dia dapat new offer kerja, tapi dia sendiri macam tak excited, so aku pun tak tau nak bereaksi macam mana.. means aku sedih sebab tak dapat nak tolong dia whether bagi pendapat or sokongan sebab dia sendiri macam tak tau nak decide. aku pulak yang confuse. aku cuma dapat tolong, asked him to list out all pros and cons if he decided to leave current job and accept the offer.. tu jek aku mampu buat.. dia nampak sangat lost..

untuk semua cerita di atas, aku tak tau nak buat apa dah ni.. tolong aa weyh.. ;(

Monday 2 November 2009

meMahaMi

when one of my boyfriend, eh, kawan lelaki, eh betul lah kalau cakap boyfriend kan? erm, takda, dia cakap aku memahami, i was like uhh, really?? sebab dulu exboyfriend selalu cakap aku tak faham dia.. malah pernah cakap macam ni:

"tolong faham boleh tak??!!" sedih aku.. ;(

nak dipendekkan cerita, maksudnya, aku ni boleh jadi kawan yang memahami and bukan teman wanita yang memahami agaknya. serius aku terharu bila kawan aku cakap macam tu. sebab aku ingat aku ni laser tak kira dengan lelaki atau perempuan, cara aku cakap sama jek. tak ada lah sangat control2, and boleh masuk la ikut situasi. (itu yang aku cakap, tak tahulah penerimaan orang lain.)

sekarang ni, macam mana nak jadi teman wanita yang memahami, pada masa yang sama nakkan perhatian? tapi sekarang, aku rasa aku flexible sikit kot dari dulu yang rasa nak bergayut or messaging 24 jam.. sampai boleh kira satu ringgit sehari untuk seratus message dengan dia, sampai kedekut nak balas orang lain punya message.. hahah

tapi sekarang tak lagi, aku dah respond baik punya unless kalau orang tu tak faham bahasa and suka tanya banyak kali, malah pendek2.. huhu.. and unless if aku tengah kelam kabut nak mereply.. +_+