Tuesday 31 August 2010

MerDEka 2010 yaNg......

SELAMAT HARI MERDEKA!!!


sALam merDeka korang...

ha, last year aku dah cerita trailer merdeka aku, tahun ni dah tak ada modal.. hehe.. anyway, Malaysia dah 53 tahun merdeka, sebagai rakyat biasa aku bersyukur dapat hidup dalam negara yang masih aman (erk, sebenarnya pejam mata dengan 'kekejaman' yang berlaku di sekeliling kita).. boring lar nak cerita pasal hati dan otak mereka2 yang aku boleh klasifikasikan sebagai tak bertamadun itu, dah famous sangat dah hari2 masuk paper, kau ada?

bagi aku, merdeka tahun ni tak best sangat, sebab macam2 benda silly berlaku, pasal event merdeka, pasal perangai orang2 yang perasan merdeka dan lain2.. cuma hikmahnya, malam merdeka ni la aku baru terbuka hati nak buat terawih.. hmm.. dah malam ke-20.. alpa, leka, malas.. syaitan aku tak diikat.. dan juga solat berjemaah yang aku kira sangat jarang dilakukan selepas keluar dari boarding school dulu.. ;(

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
YANG KE-53 TAHUN
KEPADA MALAYSIA
DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA

1 MALAYSIA 
MENJANA TRANSFORMASI

CANTIK SANGAT BILA TENGOK DARI ATAS..
PENYAMPAIAN REPLIKA SUMBANGAN TABUNG PALESTIN

Wednesday 25 August 2010

jOurNaL rEviEw tiPs

Orang cakap sharing is caring.  selama ni aku pun tak tau sebenarnya macam mana cara yang betul nak buat journal review, some people call it article critique, journal critique or article review.  tapi pada aku, aku taklah sehebat those authors nak critique balik apa diorang dah tulis kan. so review maybe lebih accurate la..

aku dapat tips ni dari pensyarah aku, Encik Ramlee Abd. Rahman yang mengajar Research Method.  encik ni pantang orang salah eja nama dia, bukan ramly bukan ramli burger tapi ada double e.. hah, kadang2 dalam kelas aku panggil jek encik romli.. macam sedap pulak.. huhu..

ok, ini tips macam mana nak buat journal review..

paling penting sekali korang mestilah mendapatkan journal yang korang rasa best and senang faham. lepas tu...
  1. read, read and re-read (berapa banyak kali sampai korang rasa nak muntah)
  2. understand the overall issues of the journal/article
  3. omit the technical elements
  4. record the main issues of the articles as you understand
  5. relate it with what you have learn in class/subject
  6. plan what to write, and start writing..
lepas tu, dia bagi lagi tambahan.. REMINDER!
  1. jangan ambil directly especially jangan cut and paste
  2. pastikan original, bahasa tunggang langgang memeningkan kepala tu tolak tepi dulu
  3. biarpun english tak lah berapa bagus, tapi markah dia tak tolak pun, janji kita usaha, tapi bila ayat bagus, dia bagi extra mark.. hehe
  4. make sure our review tu ORIGINAL, creative, innovative, positive etc etc..
daripada diploma dulu aku paling la tak tau nak buat benda ni, dah nak habis degree baru dapat guideline yang sesuai.. hmm.. anyway.. happy writing you all.. ;P

Monday 23 August 2010

deSceNt II

aku pergi tengok descent 2 semalam dengan andie, ajak, asem or aweng and budak baru balik dari usa, cuti 3 minggu si shaker.. wahh makin hensem kau, tapi tak putih pun.. hehe..

ha, cerita pasal descent 2, awal2 lagi aku dah kena prank dengan diorang kalau aku tak tengok siri 1, aku tak takkan faham cerita ni,  tapi rupanya memang tajuk dia macam tu, kureng betol kamu ya!

erk, tapi aku sangat geli nak letak poster dia ke apa kat sini.. eyuwwww

kalau aku tau, aku tak tengok cerita tu. ni semua kawan aku punya pasal la aku terjebak sekali. aku memanglah penakut and tak tengok horror movie, tapi cerita ni bukan la horror, tapi bunuh2 scary la, ada makhluk bawah tanah makan2 orang.. aku tengok pun beberapa part sebab semua part dalam gua, gelap gila.. owh,, tengok kat klcc mahal 13 hengget.. lepas tu, geli geleman la main darah semua.. yaks! ha, tengok sendiri la kalau nak tau.. lagi2 bulan puasa ni.. haha,,

p/s.. janganlah main2 dalam gua..

ok, aku letak jugak, ihsan:google

Saturday 21 August 2010

tiaDA erTiNya

jom nyanyi..
actually lagu ni lagu lama jugak, OST Gol and Gincu yang ada Fazura yang comel tu.. cerita dia dah la best sampai sekarang tengok ulang2 pun tak apa.  tapi lagu ni adik aku yang perkenalkan...

Tiada Ertinya - Nur Fatima

Lara tiada akhirnya
Pabila menatap resah
Sepi hingga waktu berkubur

Sayu makin menghukum
Didada terhiris kalbu
Oh adakah inikan terus berlalu?

Apa nilainya?
Jika sangsimu mengganggu
Untuk kembali kepangkuan
Dan bermesra denganku

Tiada ertinya disini
Tiada ertinya berkasih
Semua telah kau bawa dan berlalu
Tinggalkanku

Tiada ertinya menanti
Tiada ertinya buatku padamu
Diri yang merindui

Apa yang kumahukan
Bagimu tiada ruangan
Berdiri dan memeluk diriku

lirik ihsan: copy paste link yang aku jumpa

Friday 20 August 2010

raGAM2 rAmaDhaN

nak macam ni ke?

or macam ni ker?



 or macam ni pun cantik jugak.. hehe..

anyway ni semua spesies2 spider web yang dah menjengah kat blog aku ni
pink pun tak berapa nak pink sangat.. dah pudar dah


hari tu macam2 plan nak buat dekat blog, first rasa macam nak tukar URL, (akan diinform kemudian, tu pun kalau jadi) berangan betul nak buat semua benda.. tapi biasanya aku akan buat jugak, cuma lambat and tengok mood.. hehe..

poyolah nak cakap nak re-brand blog, macam la ada brand, tapi itu yang tengah difikirkan.

ok,ok.. tukar topik..

ha, macam mana ramadhan anda2 semua? 
best ke tak?
tup tap tup tap dah 10 hari jugak anda meninggalkan perkara yang boleh membatalkan puasa dari subuh hari sampai lah waktu maghrib, ye tak? (ha, lebih kurang la definisi puasa yang lengkap aku bagi)
haha..

kat puncak alam makanan nak berbuka tak best la, maybe sebab limited varieties, or aku yang mengada berjimat, or rasa malas nak makan sampai dah jadi sekeping ni ha aku pun tak taulah. jemu.. penat, balik kelas pukul 5 lebih, terus pergi bazaar (yang comel) itu, balik, baring2, solat, mandi, siap buat khat mandarin, azan, makan.. bla bla bla....... macam tu je la rutin.. terawih.. err.. hehe.. apa nak jadilah aku ni..

oh ye.. semalam kami sekelas pergi Aroma Ikan Bakar dekat Jeram, berbuka puasa..
best!! kenyang betul aku dan kawan2.. alhamdulillah lah semua puas hati..
lepas tu kami pergilah dataran shah alam.. lepak2 camwhore.. then, minum2 dekat Hakim

banyak masalah jugak awal2, ni semua sebab ramai sangat nak jadi diva, kalau tak susahkan orang tak boleh agaknya.. panas betul aku.. kesian kawan2 yang dah susah payah organize, buat itu dan ini, tau nak spoil majlis jek.. bengang memang la bengang, tapi malas dah nak cerita.. 
sebab camera aku dah pulang sendiri ke kota tinggi, terpaksalah menumpang camera kawan2.. ahaha..
gambar ihsan from facebook nowra: (aku save image tadi.. )

masa baru sampai......
kakak que buzy mengatur makanan ikut group
menunggu waktu berbuka.. snap laaa.. ape lagi..
latest pic of me.. am i too skinny?

haaa.. dah kenyang ape lagi?  bayar bayar...
lepak dataran shah alam..
with most of my classmates

mungkin ini menjadi event2 terakhir untuk kelas kami before grad next semester.. insya Allah.. lepas ni, maybe akan pergi beraya di rumah pensyarah penasihat kelas, and maybe ada trip lain yang bakal diusahakan. cuma aku harap yang buat banyak masalah tu, tolonglah consider orang lain yang dah bersusah payah.. tak nak pergi, cakap tak nak pergi awal2..

ok tata.. end of story.. hehe




Wednesday 11 August 2010

RAmAdHAN


RAMADHAN DATANG LAGI !!!!!!!!!!!!!!!!!!



PEMUNYA BLOG INI MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA
KEPADA SEMUA PEMBACA/PENYINGGAH BLOG 

SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA

SEMOGA RAMADHAN INI JUGA MENDEKATKAN KITA TERUTAMANYA SAYA.. HEHE KEPADA SIFAT-SIFAT KESABARAN DAN KETABAHAN MENERIMA SEGALA UJIAN2 YANG TELAH DITETAPKAN DAN DITURUNKAN...

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA...

-SALAM-

Tuesday 3 August 2010

haRi SunBurN kaMi

pada hari sabtu bersamaan 31 july yang lalu, saya bersama dengan rakan2 ex-UiTM Melaka saya telah membuat satu rancangan secara separa tergesa-gesa - sebenarnya tak lah tergesa-gesa sangat cuma orang kata, kalau plan beria pun susah jugak nak jadi.  first plan sebenarnya nak pergi Sunway Lagoon, tapi banyak area tutup macam pedestrian bridge tu, so rugi  pulak kalau pergi, then kami search la apa lagi tempat menarik area kL/Selangor ni. (selain mall, susah jugak nak cari tempat best yang boleh sama2 lepak).. haa ni due to the willingness kepada bride wanna be kami "zua" yang rajin datang sebab nak meet kita orang.. hehe.. so, bawak la jalan2..

aku rasa best and smooth jek hari tersebut sebab tak sesat even this is my first time driving there... suka2!! lepas ni boleh pergi lagi.. lepas tu kami ke mid valley.. (ni pun first time jugak dengan kenderaan sendiri!) terror tak? hehe.. selama ni pakai public transport jek.. *habis la lepas ni....* huhu..

eh, jom tengok2 dulu..

zua yang pakai baju biru.. then aj, adah, fieza, ajin..depan faramy.. i guess banyak kali jugak kot cerita pasal kami2 ni pergi jalan.. hehe


tapi, tulah.. dek keghairahan terlampau, kami tak menitikberatkan penjagaan muka dan tidak membawa sunblock langsung :( hasilnya.. perghhhhh.. pedih gila dowh sunburn ni.. muka dah macam pakai mask warna merah la, sekarang dah start mengelupas, kejap lagi mesti jadi hitam.. ayooo... ;( lepas tu, next coming friday most of us terlibat dengan Majlis Makan2 for Dean Lists.. tak tau la sempat ke tak nak elok muka ni.. rasa macam nak buat facial sekarang jugak! tp takpe.. kami happy.. hehe

p/s.. moral of the story, janganla malas nak pakai sunblock okay... hehe.. happy2 jugak..