Monday 31 August 2009

peRgiLah kaMu



Pintaku Yang Terakhir
Align Centre
Ingin ku pandang wajahmu
Di setiap ketika
Tiada jemu biarpun terluka

Ingin dibelai selalu
Bagaikan waktu dulu
Rasa bahagia dalam dakapanmu

Ku rindu
Wajah dan senyumanmu
Memberikan cahaya
Di dalam setiap mimpi-mimpiku


Kau pergi
Membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri
Dalam sepi


Lafazkan cinta dari bibirmu
Ingin kudengar sekali lagi
Lafazkan dari hati tulus dan suci
Serahkan cinta abadi


Oh bisikan rindu nada nan syahdu
Pintaku yang terakhir darimu
Pintaku hanya satu
Usah kau berlalu



aku suka lagu ni.. Dayang's voice is superb... plus2 husky dia... tadi tiba2 aku ternyanyi lagu ni.. jika dulu mungkin lagu ini buat seseorang.. tapi sekarang tak lagi.. PERGILAH MANA KAMU MAHU.. oh.. ataupun, perlu kah aku tujukan lagu yang di bawah ni pula? ????... from Elite


Trauma

Tiada lagi airmata
Bisa ku tangiskan lagi
Tiada lagi guna bermadah
Tempatku bukannya di sini

Sepuluh tahun ku menghamba padamu
Tak ku pinta lebih daripada
Tulus cinta
Namun kau menoda
Berkecai mahligai kita

Tidak pernahkah kau terfikir
Kemungkinan yang berakhir
Tidak pernahkan tersingkap di minda
Wajah kita sekeluarga

Sekelip mata berubah segalanya
Tiba-tiba dunia daku
Gelap gelita
Tak menentu hala
Melihat kau bersamanya

Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma...

Walau seribu pujuk rayu
Tak mengubah pendirianku
Sekali kau menduakanku
Selamanya tertutup pintu

Biar daku membawa diri ini
Pergi jauh takkan kembali
Ku mencari
Ketenangan hati
Cuba lenyapkan trauma ini

Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma...

lirik ikhsan:imnogman


naK cAkaP juGak.. merDekA!!

31 Ogos 2009 merupakan hari Kemerdekaan yang ke-52 untuk Malaysia

i'm not sure to type - ada perarakan atau tidak
sebab aku dah try cari kat google semua cuma dekat Laman Web Rasmi Perdana Menteri Malaysia http://www.pmo.gov.my/,
ada bagitau semalam buat Majlis Kesyukuran Merdeka..
(rasa bersalah kalau silap fact tapi, kalau ada perarakan pun tak la dibuat secara besar-besaran sempena menghormati Bulan Ramadhan ini)
lagi satu, aku yang duduk dekat 'kayangan' ni manalah ada tv nak tengok, plus2 youtube pun dah diblok and difilter oleh uitm tercinta ni.. hehehe.. (nak buat macam mane kan..)

adoi, kecil pula, tak sempat la nak cari gambar bendera lagi besar.. ;P


Tapikan, sepanjang aku 'on the road' sejak awal Ogos hari tu, aku JARANG sangat nampak bendera yang dilekat/ditampal/atau stand in di kenderaan2 seluruh highway yang aku go through tu la.. i don't know why.. kalau dulu mesti meriah, masa zaman sekolah lagi laa, kalau boleh 1 kelas nak selubung dengan bendera sebab nak menang kelas terceria bulan merdeka.. ahakz.. hehe.. kereta cikgu2 pun ada lah, paling tidak satu bendera yang stand in tu. kalau tak, mulalah jadi umpatan-manja murid2..

"cikgu ni tak patriotik la"

"suami cikgu belum beli lagi.." hehe

kan malu begitu.. hehe

macam ni pun boleh juga, sebulan je kan.. tapi macam ni pun susah nak dapat apatah lagi penuh seperti yang bawah ni



adik ini comel sungguh memegang bendera.. ni yang start nak story pengalaman2 merdekaku.. ;)

kecil-kecil dahulu

mestilah aku teruja nak bendera plastik yang ada gula-gula colorful di dalamnya..
betul tak? mula2 beli yang pendek je, dah besar sikit, nak yang besar la.. gula2 pun lebih banyak.. tapi masa tu mestilah dah start kenal bendera Malaysia.. ;)

oh.. aku kurang pasti time baby dulu mama letak tak bendera dekat 'walker' ku (sejenis kenderaan baby) hehe

sekolah rendah pula

aku rasa banyak peraduan bila tiba hari merdeka..
buat karangan lah, sajak lah, syair lah.. mewarna and melukis bendera jangan cakapla..
tapi tak ingat lah if aku pernah menang ke tak.. hehe
haa.. selain itu, if kamu nak tau, rumah aku yang dulu kat kuartes tu dekat jer dengan padang rasmi Kota Tinggi tu..
so masa ni aku dah start dah tengok perhimpunan sambil gelak2 tengok ayah dan mama berpeluh2 lepas habis perhimpunan tu.. hehe
tapi, aku pun buat tak kisah sambil terus mintak ayah beli air and gula2 kapas lebih dekat stall.. tak lupa, keropok lekor.. huu.. sedap2...

menengah rendah

aku dah bergiat aktif dalam pasukan beruniform time ni
masuk Kadet Polis lagi..
so, ada la satu tahun antara 3 tahun tu
kami kene berhimpun jugak di padang keramat tu..
maklumlah, dah nama rumah dekat, aku pun tak ready apa2
kasut tak kilatkan lagi, butang gloves tertanggal tak jahit lagi,
beret (berey or whatever you call it) pun tak setting lagi..
aku cakap aku boleh bangun pagi esok nya buat semua..
last2 aku bangun lambat (haha padan muka)
and for sure la aku tak masuk barisan tu sebab tak nak la merosakkan barisan mereka yang sedari awal dah berhimpun kat situ..
huu sedih gak aa.. (sebab tak dapat sijil)..

hehe.. ada lagi satu cerita
masa ni aku tengah suka la dekat seorang mamat tu
masa malam ambang merdeka aku pergi padang aku jumpa classmates
semua cakap mereka nampak mamat tu
aku sedih la sebab aku sorang je yang macam tak terserempak dengan dia
(kira dah putus harap tak ada jodoh, ceh) hehe
nak contact pun susah, sebab dah malam kan, takkan nak call rumah dia suruh datang esok pagi (handset mane ada lagi time tu!)
tak apalah, berbekalkan instinct aku yang kuat, aku gagahkan diri ke padang esoknya
konon2 nak menyambut merdeka juga la
sebenarnya best tengok ramai orang..
and finally
dengan tidak semena2 aku nampak kelibat DIA.. wahhh suka gila aku
terus menyusup di celah-celah orang ramai nak mendekatinya.. hehe
dia belanja ais-krim tau (pasal aku konon2 jadi anggun tak nak susahkan dia berbelanja lebih) hehe padahal aku nak burger time tu..
tak ape, dah cukup baik dah tu, even jumpa sekejap je.. ;)
sepanjang hari mood ceria... (gedik) hahah

menengah tinggi (form4-5)

masa ni aku dah masuk asrama
banyak juga la aktiviti kemerdekaan..
teruk juga la sebab i cant remember lots kecuali malam ambang merdeka pergi dewan SAKTI and pakai baju rasmi, kain kotak2 tu.. serta dengar amanat and countdown semua..
terasa 'kurang merdeka' sebab aku dah biasa bebas agaknya..

diploma

wahh.. time ni pun not bad jugak
sebab mpp buat banyak aktiviti (uitm melaka - alor gajah)
meriah still meriah
perarakan semua, gerai jualan yang happening..
suka jugak.. sebab boleh cuci mata.. hehe
walaupun sebelum tu menyumpah2 sebab tak boleh balik lah, apelah, bosan lah
yeah.. gantung bendera dekat tingkap bilik..
nampan cun sangat.. ;)

sarjana muda

huh.. first semester masuk dah temu merdeka..
setakat malam tadi, aku tidur awal - macam biasa
malam ni baru kampus ada aktiviti, plus dengan ihya ramadhan sekali..
betul jugak, dah harinya jatuh pada bulan ramadhan kan..
tapi dah besar ni, nampak sangat graf keterujaan menyambut merdekaku menurun..
hurmm... perlu buat sesuatu tentang itu..

oklah gerak dulu.. hehe

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52..
Peace No War ;>

credit gambar:google image

p/s ada perhimpunan kat parlimen

Sunday 30 August 2009

boSan puNya PasaL

sedikit bingkisan sebelum maghrib menjelang

aku benci kalau duduk kebosanan..
aku tak tau nak buat apa kat sini..
bila aku dah tak ada benda 'bagus' sangat nak buat,
tu yang jadi aku pergi buat benda 'kurang bagus'..

wei, semalam aku keluar dengan stranger tau tak..
suka hati kamu la nak cakap apa
aku tau aku salah wei..
actually, bukan sekali aku buat macam ni
dah berkali2..
tapi bukannya aku nak belajar dari kesilapan
ni semua bosan punya pasal..
lepas tu lain2 reason tu semua aku tolak tepi..
stranger tu.. first time jumpa pulak tu (memang la first time kalo tak kenal kan, ape lah)
umur 30, (katanya bujang)
semalam keluar berempat (dengan kawan dia dan makwe kawan dia)
datang sini, jemput aku..

dia bawa aku sampai The Curve sana.. Damansara..
fuhh..

erm.. nak declare????
eh, kau gila ke.. baru jumpe sekali tau..
aduhh.. risau betul aku dengan orang desperate housewives ni..
(pening kepala aku)

gila memang gila
apa nak jadi pun aku tak tau la

nak cakap berani sangat,
kenapa tak berani nak mintak ayah duit lebih?
kenapa tak berani nak cakap dengan PM Aida aku tak faham software?
and kenapa tak berani nak bagitahu mama aku dah beli kamera?

aku tawakal jer semalam, nasib baik sampai ke apartmen tepat pada waktunya
and tiada apa2 yang berlaku
dibuatnya aku ditinggalkan di tengah2 jalan lagi la naya
dah la gelap
tempat pengeboman altantuya pulak tu

tak nak buat lagi dah..
huhuu taubat...
astagfirullahalazim..

afiqah, jangan nakal sangat lain kali, tolong k..

p/s ni yang rasa nak cari steady betul2 ni, biar tak nakal sangat

Saturday 29 August 2009

aLamaK Ba*i Laa

huh.. mesti korang ingat aku mencarut pagi2 sabtu ni
hehe.. bukan laa..
semalam beli la roti jala cute, 3 seringgit..
and bernekad nak makan malam tu jugak
sebab takut basi

tapi tulah
according to my miserable sleeping time..
pukul 10 dah berlayar..
aduh.. pagi2 td tengok karinya dah berbuih2..

however, dengan otak creative aku ni mencipta satu resepi baru
aku makan jer roti jala tu dengan chili sos..
serius sedap..
cuba laa.. hehe
so sahur ni aku buat nesvita, letak cornflakes, roti jala with chili sos, kek pisang sekeping and kurma sebutir..
jadila dari tak ada kan..
alhamdulillah..

oh, tak jadi keluar hari ni..
mungkin petang nanti ke rumah pak andak..

ba*i itu adalah basi.. hehe

Friday 28 August 2009

aMek kAu sEkaLi 3 baGi

1. Kekasih saya:
-yang betul2 nak jadi suami saya dunia dan akhirat laa

2. Saya sedang mendengar :
-bunyi kipas angin yang baru dicuci oleh roomate - thanx aniz

3 .Mungkin saya patut :
-solat isyak.. huhuhu.. then buat assignment software

4. saya suka :
-berjalan-jalan dan window shopping tapi tak rasa penat

5. sahabat -shabat baik saya :
-ramai.. ada yang dah kat mana2 tah, rindu kamu semua.. contact me..

6. Saya xfaham :
-kenapa ada orang suka mengutuk orang lain macam dia super perfect

7. saya rindukan :
-zaman sekolah saya

8. ramai suke cakap :
-macam mana nak jadi kecik macam kau

9. Cinta itu :
-kalau boleh saya nak bahagian yang manis2 je, tak nak dah sakit2 jiwa

10. Di sesuatu tempat seseorang sedang:
-kedekut mereply message saya dari semalam saya tunggu..

11. Saya akan cuba:
-score untuk tahun pertama degree ini

12. Ayat selamanya membawa maksud :
-erm, ha ah ek, apa ya sinonim dia.. sepanjang masa boleh?

13. Saya tidak akan/ pernah mahu :
-buat orang lain menunggu saya seperti saya tak suka menunggu orang lain

14. Bila saya trjaga dr tido pg ni saya :
-alamak, kenapa semalam tidur awal sangat, assignment BEL tak siap lagi

15 . Saya paling meluat bila :
-bila tengok orang mengada-ngada, tak kira la laki ke perempuan, lagi2 bila dah tak dilayan tu

16 . pesta n parti adalah :
-patut pergi kalau nak makan2.. best2.. tapi pandai2 lah bawa diri

17. haiwan paling comel pernah saya temui ialah:
-temui di gambar boleh? koala bear.. nak pergi aussie tak mampu ;P

18. Umur yang paling menyeronokkan :
-zaman kanak2 sekolah rendah hehe

19. Hari ini :
-saya post 3 entri blog hehehe

20. Malam ini akan:
-online, sambung makan and buat software sikit kot

21. Esok pula saya akan :
-ada orang nak pick saya pergi shah alam, tapi tak confirm lagi jadi ke tak

23. Saya betul2 inginkan :
-saya dihargai dan ditegur dengan cara yang betul kalau benar saya silap

24. Perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat wajah di cermin :
-alhamdulillah.. mata tetap dua hehe

25. Tempat membeli blah atau arked permainan :
-dua-dua pun suka.. beli blah- keluar duit dapat barang, arked- keluar duit dapat penat.. huhu

26. mkanan barat atau jepun:
-barat, tapi yang halal laa, jepun tak leh masuk sangat la.. eyuww

27. bilik terang atau gelap:
-gelapkan bila panas

28 . ayat terakhir paling bermakna yang pernah anda katakan pada seseorang :
-tak payah cakap banyak, dah sampai masa, terus masuk meminang..


aKu suKa kAu Lah

eh.. ehehe.. terlebih mood pulak petang jumaat ni..

ha.. baru2 ni aku ada post entri yang cakap aku pergi Low Yatt dengan okiey kan,
benda ni lah aku beli..
alhamdulillah, inilah yang aku mampu nak beli..
hehe yang penting kaler dia.. tengok sikit.. (please jangan bosan ye)..
huhuhu...

overall, secara cincainya aku telah membayar RM 649 for this..
seriously, tak boleh la nak letak 600, mesti range 600 - 700 juga nak dapat macam ni..
encik cina handsome tu memang awal2 dah tanya berapa budget you..
aku pun terus la berfikir, habis ke tak duit ptptn aku tu.. (alamak..)

Olympus FE-370 (8 megapixel) + with 4G memory card + pouch bag+tripod + screen protector, (menatang ni mahal la - 20 to 40 ringgit sekeping) and lain2 supporting items.. lithium battery, cable, tali etc..

with the pouch bag


with the tripod



sorry la if gambar tak clear, handphone camera cume 2 megapixel jer.. ;)
tapi dia tetap berjasa.. hehe..

kami menghabiskan dekat 4 jam jugak kat Low Yatt tu pusing2, turun naik escalator, tanya2 semua.. and harga pun wow.. meremang bulu roma aku..

last2 kami pergi kat tingkat 2, kedai first yang kami tanya..
mula2 tengok brand samsung, not bad la, gambar pun cantik.. tapi tak ada pink laa.. upset sikit..
lepas tu cina tu tanya budget dan recommend olympus brand ni..
aku pun rasa not bad la, dan interested dan seterusnya mendengar penerangan dengan berhati2

oh ya..
dulu aku rasa macam tak berapa nak berani la nak membeli di Low Yatt
tapi sebab okiey teman kan, rasa macam berani sikit la..
apa2 hal aku ada kawan yang boleh bagi opinion kan..
sekali betul, apa yang aku was2 tu jadi juga..

ok, kami pergi hari jumaat, then malam tu, dia terus send aku kat kg. baru la
(sorry okiey, tak dapat dia nak makan kat area situ, sebab jammed+dah malam+hujan..)

tak habis penat lagi, aku terus bagi camera tu kat pak itam.. belek2
lepas tu aku pun charge the battery untuk 8 hours, seperti yang diarahkan..
aku tengok battery charger tu pun berkelip2 jer
bukan aku jer tengok, pak itam aku pun asyik bangun duduk je periksa benda tu
dalam hati aku dah (alamak, problem ke)..
dah la aku betul2 terlupa nak suruh cina tu test battery tu.. sebab dia pakai battery lain masa test tu.. okiey pun tak ingatkan aku.. (aduh..)
battery pula memang tak masuk dalam senarai warranty.. (tambah2 cuak aku)
mak itam pun dah bising dah, kenapa tak tunggu pak itam beli sama2
(pak itam aku ni photographer, kerja untuk Bernama - so dia memang expert la kan bab2 camera ni)..
lepas tu esok hari pun macam tu jugak
tiada perubahan, masukkan dalam camera langsung tak ada reaksi..

time sahur tu, mak itam cakap lepas ni pergi balik low yatt mintak tukar..
aku pun segera la membawa segala (harta camera) and resit..

sampai jer, aku terus cakap...

i beli this camera semalam, tapi battery tak function la,
boleh tengok? i nak yang lain..

cina tu cakap..

oh boleh2 nanti i tengok yang lain, jangan risau punya..

then, pak itam aku pun cek2 la apa yang patut semua..
lega aku.. ;)

so, kawan2 lain kali jangan jadi macam aku, kita kan pengguna, kalau ada apa yang tak puas hati tanya jer, lagi satu bawalah kertas dan pen kalau nak buat survey.. better.. hehe
betul, tak la rasa penat sangat.. nasib baik masa tu belum puasa..

lagi satu, take your time.. jangan beli tanpa sebab, tapi kalau aku, kalau aku nak, aku beli tapi biarlah dengan cara yang betul, jangan main sapu jer.. bukan apa, harta kita, aset kita, so, carilah betul2 tau..

p/s ;; boleh la bergambar raya sakan lepas ni yeay!!..
ups.. i tak bagitahu lagi En. Rashid... huhu

i wiLL suRviVe

cehh.. blog sapa ni? apa dah berlaku?
wahh..

Actually, i dunt have any reason for blogging today
just feel want to type something..

oh dear..
tahu tak my sleeping time jadi sangat la miserable sekarang ni
pukul 8 malam je, bila aku dah landing kat katil (and cakap nak lelap sekejap)
maknanya pukul 12 nanti baru aku bangun (sekejap la sangat)
bila dah pukul 12 tersedar tu, memang gayanya sambung la tidur balik
tak ada nya nak bangun and buat assignment ke apa ke..
selalunya macam tu la
kecuali aku betul2 berjaga sampai pukul 11 or 12 buat something
before tidur betul2..
dekat sini aku sahur pukul 5, tapi selalu terlewat..
so aku pun decide nak awal sikit, 4.50.. hehe.. jadi la,
10 minit air pun masak tau..
and setakat ni aku tak tidur dah lepas sahur.. ceh baikkan..
entah la macam pening kepala la pulak..

aku suka hari Jumaat
dari dulu memang suka..
rasa free sangat2.. weee.. ;)
erm.. malas la nak cakap pasal result ke kuiz ke tah pape semua tuh
bosan.. nak argue pun benda dah berlalu..
aku salah strategi kot..
well, aku akan double up my effort to improve my studies..

congratulations Aj.. my fren yang dapat JPA scholarship..
and fiza hakim jugak.. ;)
they deserved it !!..
aku tak rasa ralat sangat dan meredhainya..
ceh.. tak apa lah, tak ada rezeki kan..
bagus lah, kejayaan kawan2 membuatkan aku lebih 'terancam' dan berkobar-kobar
oh, i noticed something..
aku memang perlu tukar cara belajar aku bila dah masuk degree ni..
seriously, its totally different dengan apa yang pernah dilalui time diploma dulu..
i have to work more on it..
kalau tak aku akan hanyut..
bak kata Mr. Fahimi, jangan stress kan diri anda.. huhu..
(siapakah dia Mr. Fahimi yang sebenarnya).. hurmmm...

well.. minggu ni rasanya minggu kedua aku tak balik or tak keluar weekend
selepas ppkp awal bulan lalu
rasa pelik pulak, cuti 3 hari tau.. lama tu..
bila fikir assignment software and kemalasan nak mengangkut laptop,
aku decide tak balik rumah pak andak tadi..
haha.. boleh ke xberdrama cengeng sebab tak balik minggu ni?
i will survive.. huhuhu..

Monday 24 August 2009

RianG riA dAn tiPs bErBuka

hai..
wah rakan2 ku semua sudah mengupdate blog ya..
ok2.. its my turn..
(even i sepatutnya study untuk quiz record pukul 4 ni yaa..) haha

aku dapat la bersahur dan berbuka di rumah maktam
pada ramadhan pertama hari tu
so kat sini aku nak thanx a lot to okiey yang rajin sangat nak hantar aku sampai rumah maktam hari itu.. rasa bersyukur sangat2..
thanx okiey..
sampai hujan, malam pulak tu..
ehem ehem.. ok, sebenarnya dia hantar K.A kat KL sENTral,
bagi aku dah sampai situ pun dah cukup baik sebenarnya..
tapi dia willing nak hantar sampai rumah jugak.. (lagi la cukup baik kan kan).. ;)
and sebelum sampai tu kita orang ada pergi Low Yatt Plaza..
(yang ini aku post dekat entri lain.. tungguuuu..)..

bukan apa.. masa dapat tahu family pun balik kampung,
aku dah start mulakan drama cengeng aku,
pastu aj pulak balik..
entah la rasa macam sedih sangat..
so bila dapat balik tu, mestilah riang gembira kan,
macam tak percaya pun ada
tu la berkat Ramadhan kan
apa yang kita mahukan akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t..
Alhamdulillah syukur..

aku pun terus sms my only sister suruh balik kg. baru juga
so, we all pun jumpa kat sana..

first sahur..
aku ni memang liat sikit bangun sahur,
biasa pukul 5 baru la tergeliat2 nak bangun..
maktam masak memang superb, ok, aku makan la nasi
and lauk daging masak kicap..
best2..

first buka puasa..
weh, kita orang beli juadah kat area kg. baru laa
yang best tu dapat bubur lambuk free..
banyak pulak tu..
so buka aku makan bubur lambuk je..
sebab memang banyak.. and sedap... ;)
juadah lain, maktam goreng mee, lauk pun best,
owh ada udang masak ape entah, aku ambil udang je..
suka2.. hehe..

malam tu pulak
(ye aku tau sepatutnya aku buat terawih)
hehe
tapi malas.. (jangan tiru)
birthday yana.. (anak maktam merangkap my couzin)
tak nak cakap banyak.. gambar merungkaikan segalanya..
hehe...


Happy birthday yana.. yang ke 9 kalau tak silap.. sebelah tu adik dia danish..


Gambar kek yang lebih jelas - ummm.. memang rasa sayang nak makan kek2 comel ni..


Second sahur..
masih lagi di rumah maktam..
oh aku makan agak banyak hari ni
sebab aku akan merantau ke Klang selepas ini..
dalam pukul 10 lebih gerak, dari Putra ke kl SENtral
then, my only sis belikan tiket ktm ke Klang, sementara dia menuju MidValley
biasa la ramai sedara.. aku menuju ke rumah mak andak pula..

Second buka puasa..
bau sungguh menyelerakan..
yeah. udang lagi.. goreng kuah pekat dengan sayur brocoli..
memang masyuk...
yang sedapnya mak andak dah goreng ayam
then dia pun buat gulai ayam..
tapi pak andak beli lagi ayam golek kat bazar..
haha
serius aku tak tahu nak makan yang mana satu..
banyak sangat lauk.. alhamdulillah..


Ermm.. hehe tips apa ya tadi?

oh yaa.. anda mungkin boleh cuba cara ini..



Senaraikan sahaja apa yang bermain di kepala anda untuk menu berbuka
haha.. kan senang..
lepas ni tak ada lagi

" yang, buka apa hari ni.."
"ma, masak apa hari ni.."

tiap2 hari dialog yang sama pun penat juga kan
mama korang pun mesti dah bosan nak jawab sebab 30 hari dah tak tau nak masak apa
so korang order je, and lekat kat tudung saji..
hehe.. cubalah..

(p/s: tips diimport dari rumah mak andak).. keh keh.. :)

Friday 21 August 2009

saLam RamADhan



wa waa waa
seminggu ini berbagai-bagai perasaan datang+bercampurbaur=berkecamuk
aku rasa ada hikmah la kan
dengan kedatangan bulan Ramadhan untuk tahun 2009 ini..
aku berharap aku menjadi insan yang lebih baik
dan terus berusaha untuk ke arah yang jadi baik
yang lain2 aku rasa itu antara aku dengan yang Maha Esa sahaja..

huhu.. macam jahat pulak bunyinya

tapi di kesempatan ini nur afiqah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak, bulan yang Mulia, bulan untuk kita melipatgandakan ibadah
insya Allah... Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita..

Salam Ramadhan buat semua rakan2 termasuk my silent reader..
(hehe terharu sebab tadi bace kat facebook, ada kawan lama membaca blog saya!!)..
hehe serius terharu..
Erm, apa lagi ya.. (ini baru salam Ramadhan, belum salam Syawal lagi)..

oh yaa.. aku akan menyambut hari Pertama Ramadhan di Kg. Baru, KL..
(waaa.. mama ayah semua kat batu pahat - terasa terlalu jauh nak ke sana)..
(sedih seh - betul2 sedih - kalau cerita lagi, boleh banjir bilik ni).. ;(..
nevermind, sabar ya afiqah...
ok baby, ...

Tuesday 18 August 2009

kEnaPa suSah SanGat

arghhh benci...
aku ingat minggu ni aku dapat bergembira sikit..
yeah, lepas dapat beli printer,
and dapat balik upax sim card aku.. aku rasa cam release je..
aku bukan benci kat orang..
aku pun tak tahu pada sapa aku tujukan ketidakpuashatian ini..

aku nak transport, ok rasa macam boleh beli 10rm dapat 3 kan?
senang petik dan sebut sahaja..
tapi aku rasa aku perlukan transport..
susah laa..
aku malas nak cerita kalau nak compare2..
masalahnya benda nya ada kat rumah tersadai tu..
bukan ayah dengan mama tak paham pun
tapi saja je suruh aku muhasabah diri fikirkan orang yang tiada..
pastu mula la membuktikan kecengengan aku.. shoot betul laa..

aku dah lama betul tak melalak sambil hentak2 kaki
maksudnya memang aku nak sangat k benda tu..
macam baby dulu.. and sampai sekarang kalau aku frust ke ape
memang boleh sangat aku tersedu sedan macam tu..
entahlaa.. susah sangat ke nak faham..
apa salah nya kalau bagi pun,
at least bagila kepercayaan, dan seterusnya bagi izin
kalau kita doakan yang baik2 dan bagi restu, kan ok, kan lebih baik..
kenapa nak pikir yang tidak2, yang negatif jer?
ini betul2 aku tak faham..
peduli ape kalau aku je nak orang faham aku, boleh?

frust seyh..
tak dapat kereta, scooter pun jadi laa..
anyway, aku takkan putus asa pujuk sampai aku dapat..
seriously kalau aku ada duit sendiri, dah lama dah sapu..

p/s...adeeb afifi dikuarantin seminggu sbb suspect h1n1..
doakan untuk beliau..

Sunday 16 August 2009

nAk pRinT dATangLa


hooray!.. alhamdulillah.. akhirnya dapat juga aku memiliki seunit printer, (3 in 1 sebenarnya).. so, aku gembira la dengan outing aku minggu ini. bukan sahaja dapat membeli benda tu, tapi juga external disk.. (tengok2, aku letak kat atas printer tu).. canon pixma untuk printer (dapat harga dealer - 25o ringgit msia) dan juga samsung external disk..(25oG and 188 ringgit msia)..

bukan ape, aku tak geti la nak menumpang, nak2 kalau macam tak ikhlas jer tu.. risau gak aku.. so better ada sendiri punya, suka hati aku la nak print bila, mcamana pun kan..

selain itu, aku juga dah buat something dekat lappy veteran aku ni, dah dapat install office 2007 (tau ramai dah buat tapi biarlah kalau aku nak kecoh pun) dah update anti-virus dan menginstall printer ni even cd-rom aku rosak.. mula2 rasa macam dah tak ada harapan.. last2 semua ok.. suka la aku.. ;>




so, my desk pun dah rupa macam ini laa.. aku letak jer printer tu kat atas.. thanx uitm puncak alam.. - bukan sahaja bagi apartment, bilik share ber2, malah study desk yang lebar untuk kesenangan kami.. (love it so much)... ;) hehhehe..

itu sahaja lah kot... saje je nak tayang printer baru.. oh ye, digi cam and watch, sabar ye.. cik afiqah akan menjejaki anda suatu hari nanti.. ;)

credits for:
pak andak arshad - sebab rajin jemput fyqa, then bawa g plaza alam sentral, beli semua ni
rizal - sebab sanggup datang, bagi baik punya rekemen
mr. chan - sebab dah turunkan harga printer.. hehehe.. and
mak andak sekeluarga jugak - tumpangkan rumah and bagi makan.. dan juga hantar balik..

Friday 14 August 2009

haL seMinGgu

baru sekarang aku rasa boleh bernafas sedikit..
(takla sampai separuh nafas mati macam ada sorang budak tu)
kalau tak, aku rasa macam ada je benda yang tak siap lagi..

(eh, kenapa meja aku dah ada semut? - mesti sebab hujan yang buat semut2 ni mendaki ke apartment tingkat dua ni, before ni tak ada pun)..

betul lah.. tak tipu, macam2 jenis quiz ditempuhi minggu ni..
tak payah cakaplah camana, tengok je resultnya nanti
aku pun dah malas nak fikir..
dengan ketidaksihatan nya lagi, sampai ada satu ketika aku fikir nak ambil cuti sem jer.
teruk sampai camtu sekali aku fikir..
aku pergi klinik kesihatan uitm,
and doctor bagi aku ubat tahan sakit and vitamin c sahaja..
dia cakap aku xdemam..
wow.. aku rasa baguslah, kalau tak, xdapat bayangkan bagaimana nak mengharungi hari2 seterusnya dengan keadaan yang lemah - (serius memenatkan)..
tapi 2 hari ni aku dah start batuk2 and selesema dah.. husky voice gitu..
ayah pun tegur semalam..
tak apelah, malas nk return clinic tu..

semester ni rasa berlalu macam tu saje, xhappening
dengan sebab h1n1 lagi, cuti, kawan2 pun ramai sakit2, lalu berjangkit2..
lecturers sendiri pun ada yang ambil mc.. yerla lecturer pun manusia juga..
bila class dicancelkan, kena la ada replacement..
tu lagi satu malas nak pergi..
penat...

oh ye, aku dah raya dah hehehe
semalam langsai dah puasa aku (padahal ganti 2 hari je)
memang kene banyakkan bersabar di sini..
dengan assignment yang hilang dimamah virus bodoh.. terpaksa la buat semula
mujur tadi aku sempat memprint dan menghantar assignment journal critique tu
even tak la berapa sama dengan apa yang aku dah buat sebelum ni.. aku redha jerk

petang ni, pak andak akan menjemputku
aku rasa cam lega sikit sebab dapat keluar dari sini..
xla pergi jauh mana pun, tapi nak memenuhi wish 2 buy list aku sebelum ni
nak pergi cari printer, external disk, mungkin lain2 yang difikirkan perlu..
ok lah.. nak berkemas dulu (sambil memikirkan cadar perlu dibasuh atau tak)...

Sunday 9 August 2009

simpLe birTHday wiSh



melangkah ke 9 August 2009 telah menambahkan 1 hari umur kepada
Puan Noridah binti Othman..
my mum yang kami panggil mama..

tanggal 080859, menjadi detik permulaan seorang wanita yang telah melahirkan aku sehingga aku mencecah usia 20 tahun ini...
MAMA....
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke - 50..
angah minta maaf banyak2 dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab
xdapat bersama2 di rumah untuk celebrate...
but what i want u to know is, i love u soooo muchhh..
more than everything in the world..

Saturday 8 August 2009

my WisH-2-bUy LisTs

aku kira most of the students yang apply ptptn dah dapat, dah belanjakan and dah bayar balik duit parents yang diforwardkan awal-awal semester dulu.. aku pulak, senyap-senyap jer bila duit tu dah masuk.. hihihi.. (tapi rasanya dah bagitahu ayah hari tu)..


nevermind, so, apa barang-barang terbaru rakan-rakan anda mahupun anda sendiri? hehe.. skema pulak aku.. tak kisahlah, duit masing2 kan,, cuma beringat2 la jugak untuk masa tua... biasala, ramai gak yang beli handset baru, ada gak kawan aku nak beli laptop baru. for me, barang yang dah ada ni, aku lenjan la dulu sampai betul2 tak boleh dipakai... kiranya, dahulukan yang penting dulu

aku pun xkeluarkan lagi duit pt, sebab kat kampus puncak alam ni, memang susah nak keluar. so bukannya beli apa sangat. untuk makan je.. (aku ngan aj memang makan 3x sehari ok) hehe..
mama aku cakap jangan kedekut untuk makanan kita. betul ape, selagi ada daya rasa dan selera makan ni, makan la apa yang korang nak makan, karang dah sakit kang, susah pulak..

jangan cakap orang je menghabiskan duit pt, ok.. aku rasa aku pun xkan terkecuali kot.. aku dah la pulak jenis jarang2 keluar, tapi sekali keluar tu boleh tahan gak.. aku pun ada barang2 idaman yang nak dihabiskan duit kepadanya.. tulaa dia... ok afiqah.. budget ok? budget...


aku teringin sangat hendak memiliki digital camera sendiri. bukan apa, ayah selalu cakap, handset kan ada camera?.. ayah pun nak bagi digi cam (masalahnya, digi cam zaman dulu, mesti aa aku xnak).. aku dah pun reserve sebahagian duit gaji kerja dulu untuk beli digi cam sendiri.. siap pinjam duit mama lagi masa tu.. budget dalam 6-7ratus gak.. tapi, tulah sampai sekarang xda pun lagi, (sebab ada 1 peristiwa di sebaliknya) dan duit tu pun aku rasa dah forward duit barang2 keperluan nak masuk uitm dulu kot.. kesimpulannya, aku belum beli dan akan beli laa..

bukan apa, (sekali lagi) aku malu aa nak tumpang2 kamera orang kalau jalan2 tu, nanti susah nak mintak gambar tu. lagipun, kalau sendiri punya, kan senang. (xkira, nak jugak)..




gambar digi camera ni aku dapat kat internet, both sony- made and cybershot.. aku tak survey lagi harga dia.. tak apelah, mungkin ini boleh jadi permulaan untuk aku mendapatkannya.. tak kisah la belanja lebih untuk kualiti, kan? ;)


selain itu, my DKNY-watch dah lama dah koma., so, ingatkan nak gak la beli seutas, ceh seutas jam tangan baru.. sekarang ni aku pakai jam sunway lagoon- made yang 10 ringgit tukaran tu..

aku segera teringatkan how much i admired BABY-G pinky watch... serious! dari zaman sekolah dulu..

masa tu darjah 3 tak silap. aku ada la seorang kawan ni yang loaded, papa dia pengurus ladang tau, memangla load, pergi sekolah pun driver hantar (dulu driver dia memang handsome). hehe ada la suatu tengah hari di astaka sekolah Keb. Laksamana Kota Tinggi.. dia pakai jam baby-G blue colour, aku tanya la


"yaya, cantik la jam awak, berapa ringgit? kita pun nak beli laa.."
"isy, 3 ratus ja, belilaa.."
"ok, esok kita pakai.."


dalam hati aku memang tak dan laa.. mahal tu tiga ratus ringgit untuk budak 9 tahun!!.. Liana yang pakai jam kura-kura jadi jarum boleh gerak tu pun aku ingat mahal da (padahal 12 ringgit jer).. tapi 3 ratus mahal laa.. ehh.. jam aku pun xkurang hebatnya tau masa tu, jenama di QQ.. 4o ringgit kot - beli kat kedai Yap, dekat dengan jambatan kota tu (sekarang dah tukar jadi kedai makan mee wantan)..


xkisahlah.. sambung cerita tadi. macam mana ni? dah janji dah ni esok nak pakai baby-G, siap dah berlagak tadi (xtulis kat dialog - lupa..hee)

nak jadikan cerita, petang tu lepas balik sekolah, ayah ajak aku dan along pergi bandar, nak tahu pergi mana? Kedai Yap!!. ayah macam tahu je aku dah berlagak dengan yaya nak pakai baby-G esok nya.. seriously, dia belikan kami.. baby-G ok!! green in colour lagi (masa tu aku xlekat pink lagi).. sorang satu.. along pun dapat... hehe.. gembira sangat aku.. harga? doesnt matter, yang penting esok aku pakai baby-G ke sekolah.. waaa,,, suka sangat.. (dalam hati aku kata, tak keluar 3 ratus pn bleh pakai baby-G.. yea..) hehe.. (memang laa, pirate punye).. ada aku kisah?
haha..


tahan jugak la jam tu.. happy.. thanks to ayah sebab merealisasikan kebelagakan aku.. hahaha.. aku rasa masa tu ayah dapat gaji kot, or macam hadiah exam ke ape aku dah tak ingat dah..
jam aku rosak pun sebab gaduh ngan mimi laa.. dia ingat hape dia pergi baling jam aku tu ke tangga katil.. (aku kalau gaduh ngan mimi dulu memang hardcore,ok)..










well, jangan la tanya kenapa image2 sedemikian berwarna merah jambu ok,, hehe.. ramai dah orang tahu kenapa aku tergilakan warna sedemikian..- aku sendiri pun xda sebab yang concrete
kenapa lah harga jam susah turun even though dah 11 tahun aku admired..?? hehe.. aku xtahu la jenis di atas ni 300 or more.. takpe lah, nanti aku cekidaut..
for the time being, aku rasa aku juga menginginkan seunit external disk.. hehe.. maybe aku jua terpengaruh dengan lifestyle, or keperluan itu mendesak.. i dunt know, but i wish to have these 3 stuffs on my own...
seriously, aku rasa siapa yang betul2 berusaha untuk mendapatkan apa yang diidamkan mesti rasa puas hati yang tak dapat nak digambarkan (for sure aku suke+berminat+bersyukur, if ada sape2 nak tolong hadiahkan benda2 tu) hehehe... jimat beb...

ohh.. terlupa pulak.. hari khamis, masa ajin ambil aku kat plaza pelangi, aku sempat menyambar sepasang kasut brand Trrace, aku tengok, tak ramai orang pun kat situ... aku pun mencuba-suai-padankan sepasang kasut putih yang comel.. lalu ini lah hasilnya.. (hehe kurang 1 ringgit je nak 100 ringgit - but that's me, kalau dah berkenan, macam tu lah jadinya..;)..)


ps >> ilustrasi di bawah kotak adalah cadar saya ok, yang juga bercorak kasut..



Friday 7 August 2009

h1n1.. menYeraMkAn

ok.. sejam lagi aku kene mandi..
nape laa hari ni ade kelas..
dah elok2 bawak ke selasa hari tu..

h1n1...
semakin membimbangkan..
dulu orang xpernah kisah pn
sekarang amat menakutkan..
virus menyerang xkira umur, xkira jantina
dulu aku pn ingatkan orang yg kurang imun, or antibodi yg senang diserang..
btw, lepas bace kematian mangsa berusia 20 tahun,
aku fikir aku dan rakan2 seusia juga tak terkecuali...
kalau pada awal dulu warga veteran, lepastu teens and skarang ni
kanak2 pula...
demam semalamnya - masuk hospital - kene tahan - kritikal - meninggal..
sangat menyeramkan, ok...
aku tau bende ni ade disekeliling aku
pandemik ni akan menjadi lebih besar utk pusingan kedua,
malah lebih dahsyat..
aku pn tak tau bla ia akan berakhir

most of ipta or ipts or school mmg dah ditutup
malah dah ditarik mid term leave n cuti raya..
disingkatkan jd 2 hari jer sbb bnde ni..
alhamdulillah kampus puncak alam ni belum ade kes lg
tp kalo ade kes pn, xkan ditutup lagi..
xkan la nk bg cuti banyak2 kan..

cuma sekarang ni, aku pn tak tau mcamane nk berjaga2 lg
ble tgok kes2 kematian yg berkaitan,
1 kanak2 tu xpernah dibawa keluar dr rumah pn terkena gak jangkitan ni
mmg sgt misteri - i mean rumah pn bukan tempat yg selamat lg..

mmg sukar dikawal..
vaksin pn, xsemua orang dapat...
ape pun, aku berdoa agar pendemik ni cepat menemui noktahnya..
dan harap kita semua sma2 berdoa...
aku pn xdpt bygkan utk menerima kehilangan orang2 terdekat, n tersayang..

minta2 dijauhkan.... ameen..

Thursday 6 August 2009

aiSha sURuh cuRiK tAg

1. Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
suke soalan ni.. suke kat leher.. wahh. (blushing)

2. How did u feel when u woke up this morning?
pukul 5 da tbangun- tdo, 6 bgun lg -tdo.. subuh 7.15(biase bgn kul 6, tp hari ni class lmbat)
tgok hp, hari ni edi farhan xkejut pkul 6..

3. Who was the last person / people you took photo with ?
erm, tade laa.. amek gmbar couzin je.. lame x take pic

4. Would u consider urself spoiled ?
dah tahu salah tp buat..(biase aku ade instinct, tp more to negative way -but not avoid it)

5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
mestilaa.. smpai skrang.. n ramai kot..

6. Do you want someone to be dead?
perogol, penyamun (yg menyamun dgn senjata atau x, yg menyebabkan org trauma dan kecacatan seumur hidup), pembunuh, (bodoh.. pegi mampus kau)

7. What does your last text message say?
"salam, tengah buat ape tu" - edi farhan.. tp xreply, sbb dah tdo..

8. What are you thinking right now ?
dah kene start buat notes for all courses, but then dunt know how to start..
next week quiz melambak2..

9. Do you want someone to be with you right now ?
yes...

10. What was the time you went to bed last night ?
10.30 pm kot.. lepas makan chicken chop.. saye pening...

11. Where did you buy the tee you are wearing now ?
Padini.. cs or plaza pelangi, cant remember..

12. Is someone on your mind right now?
x pulak.. emotionless hari ni..

13. Who was the last person who text you ?
edi farhan

14. TEN Lucky Person to do this quiz.
1- farah nadzirah
2- daud salim
3- fasyareena
4- ajin
5- fieza
6- zuarifah
7- elly
8- jerem
9- ain akma
10- aisyah
(these 10 people, pliz tag this.. its fun ;0)

1. Who is no.2 having a relationship with ?
ayu.. ;)

2. Is no.3 a male or a female?
female.. hehe

3. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
hahaha.. they are both girls.. haram...

4. What is no.1 studying about?
medic tau.. proud of her...

5. When was the last time you chatted with them?
ade yg jauh2 da, kadang2 ym, kadang2 text msg, kadang2 jumpe

6. Is no.4 single?
hehe.. i dunt think soo.. ajin?? how say u?

7. Say something about no. 2.
oh.. kecik, tapi bijak pandai, sumtimes jiwa2 gak.. well.. my bestfren.. ;)

8. What do you think about no.3 & no.5 being together?
haha.. kawan2 laa.. ex-coursemates...

9. Describe no.9
nick name dia ngetop... hehe currently kat uitm s.alam, course mass comm - pr.. sape nk kenal?

10. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
hehe.. xde kot.. sbelum ni ok jer.. dorang bukan kaki gaduh yaa..

11. Do you like no.8?
jerem.. he's good.. kesian dy skrg, asek bosan je kat uma.. tu la lain kali beli kete k..
12. How about 10?
ohhh.. time diploma dulu slalu g class ngn dye.. hehe.. suke jelir lidah.. kerat baru tau..

Wednesday 5 August 2009

hAri ni SejUk

hye..
hari ni hujan..
skrang kat lab 6 tingkat 8..
ms. fhazlina suruh cari journal.. pasal electronic record..
(yg aku xjumpe sebelum ni)
tp hari ni jumpa, alhamdulillah..
dpt lak lebih dari 1..
so, many choices laa..

sejuk..
serius sejuk..
padan la tdo malam td bahang
mmg selimut xpernah pakai pn...
ape lg comforter.. (xde pun)
hehhe..

beberapa hari ni aku lost
(senang kate lepas cuti seminggu, mid term h1n1)..

oh yee..
quiz td.. communication
x susah tapi..

ok.. frankly speaking, semua dah masuk kepala otak..
study dah..
tp, aku dah lost 9 marks over 25 marks..
yes, aku salah letak jawapan, salah list, salah faham dah salah aku...
xperla quiz je baru..
insya Allah utk test n final, aku dah bleh ingat ape yg aku salah sekarang..
better focus next time..

seriously aku takut dgn diri ku skrang..
firstly takut overconfident
secondly takut xcukup masa
n thirdly takut overload..
then, aku tau aku akan jammed..

nevermind..
afiqah, u can do it!..