Tuesday 22 February 2011

tHe mEChaNic

hai,,, lately asyik post pasal movie pulak, tak lar asyik, baru 2... ehem2... kali ni, aku pergi dengan e,f... *sukasuka,,, ;) THIS is very the last minute planning, supposedly i have to go out with my bff, but he called me and said he can go for outing,, lalala, dia bukan budak sekolah, tapi memang macam budak sekolah,,, ;P

so, pasal tak nak tengok 3d sanctum, *aku tak suka spec besar 3d, pastu, taular 3d agak mahal, nanti sian dia xde duit even 25 ni dapat gaji* ceh, so kami tengok lar cerita ni,,, ;)


the heroes

Cast
Credit
Arthur Bishop
Steve McKenna
Dean Sanderson
Harry McKenna

rating, 7/10.. oklar, suka action dia macam tak terasa pulak masa berlalu, so far, bagi aku lain orang lain citarasa.  habis tengok movie kat timessquare, sambung jalan2 kat mines,, ahaha,, aku ingat nk g ts lagi dekat, rupanya g mines lagi dekat, parking weekend kena 12ringgit, 6 kat ts, 6 kt mines,,, mahal kan? belasah sudah..

basically, cerita dia banyak pasal mati kena bunuh, asyik main pistol jek, nak cakap pembunuh upahan mungkin ya sebab si arthur tu memang takde perasaan bunuh orang yang dia kena bunuh. suddenly, dia bunuh papa steve, tak sure sengaja or tak, then dia kerja dengan steve nak bunuh dean pulak.. at last steve tau yang arthur bunuh bapak dia, and siapa yang mati dulu at last?? arthur or steve?? memang very DE LAAA... dotdotdot...

to my bff, andie and ina SOORRRYYYY sangat cancel our day macam tu, hukhuk,,, tak jahat kan, nasib korang memahami,, hehehe,,, LOVE U GUYS,,, love him too,,, ;)

credit
www.hollywood.com/movie/The_Mechanic/6382561

Thursday 17 February 2011

maRi berSangKa BAik

tau tak hari tu aku dapat straight cuti dari khamis sampai selasa?.. ahaha.. tak tau pun aku saja jek bagitau.. pastu mama pulak tak bagi balik rumah - khuatir tak nak balik sini balik.. haha.. rabu malam aku dah mendarat di kampung baru - pasal housemate semua pun balik.  khamis jek aku dah gelisah - tapi buat2 relax sambil buat nota oha.. finally jumaat, aku jumpa orang yang ajak aku keluar.. yippie!!..

"maktam, kua jap.. ts" hehehe

jalan2 kat segitiga emas kl.. ceh.. haha.. tak budget nak tengok movie pun, tapi tertengok jugak.. kami tengok cerita ni... ;)

ALL'S WELL ENDS WELL ...

masa beli tu dalam 6 lebih gak.. target balik before 9pm.. takpelar, cuti ehem-ehem lagi pun.. sebab bahang CNY masih terasa, aku rasa cam kami berdua jek melayu kt cinema tuh.. hahaha.. cerita ni best tau.. santai jek gelak2 sampai nak nangis pun ada...

dah lama tak tengok cerita cina ni, last tengok karate kid..

louis koo - makhluk ni hensem n taff bangat, tapi jadi sissy pasal kerja dia jurumekap.. terpakse lar jalan lembut2.. pastu hampir tak dapat cinta hati dia..

lupa nama dia.. cicilia ke? i like her voice!! husky and sexy!! - sangat la pembaris - tp last2 dapat jugak kawen..

overall, happy ending lar.. semua kawen.. haha.. best2.. dekat 2 jam cerita ni.. bg 8/10.. ;)

thanks akmal arif for the accompany.. ;)

kalau rajin nanti update pasal kegiatan lain masa cuti tuh.. c yea..

Wednesday 9 February 2011

keRAbu biRu

dah breakfast semua??? kejap lagi rumate aku nk goreng bihun, (ceh, macam nak ajak sekali jek..)

pagi2 mesti ceria nak cerita pasal makanan oleh si kurus ni.. hehe

dah lama aku nak try makan nasi kerabu ni, tapi sampai sekarang tak masuk2 lagi anak tekak.. huhu. nasi dagang dah selamat masuk perut dan menjadi sebahagian dari favourite food.. ;)



hehehe.. tapi kan tadi, aku dengar cerita pasal alasan dekat radiopanas.fm tuh.. ada seorang pendengar tu nasi kerabu dia kena buang dengan makcik cleaner..

 alasan makcik cleaner tu? 

" NASI WARNA BIRU, INGAT BASI DAH, SEBAB TU BUANG"
(ceh, pandai jek aku modified makcik cleaner tu ckp ape).. hehe..


adoila, sampai bila la aku nak try nasi kerabu ni bila terbayang2 gaya makcik tu ckp.. hahahha

aku curi gambar kat google...

sape peminat nasi kerabu??? sila belanja aku sepinggan yang paling sedap punya.. hehehe

Sunday 6 February 2011

koTa tiNgGi ke puNCak aLaM - ManE de JaUh



-tu la dialog aku setiap kali nak kena balik kampus semula ;(

semalam aku drive sorang dari kota tinggi ke puncak alam.. gagah kan? rasa cam nak je tumpang member semalam, tapi bila fikir kegunaan kereta ni banyak dan fikirkan jugak kawan2.. aku survive jek.. no big deal la.. 6 jam je pun.. jem? sikit jek kat seremban - *nada berlagak.. hahaha..

macam biasa, start kat highway ayer hitam - masa belah2 exit segamat nampak lautan sawit.. huhu.. tapi semalam dah panas terik dah, maybe the next2 day air surut dah kot.  ada dua accident semalam, awal2 dekat batu pahat area kot, tak ingat - sekejap jek.. line kanan 3 kereta bersondol gak ar.. next dekat seremban - tapi kereta dah bawak ke tepi.

aku tengok pemandu2 ni lek je kan lalu emergency lane.  lepas isi minyak kat rnr seremban, aku terus kiri aku pun rasa nak lalu jek emergency lane tuh. tapi kang bila betul2 ada emergency camaner kan, ambulance bawak orang da nazak ke, mama pregnant nak bersalin ke kan, tu lah guna emergency lane.. kalo emergency lane pun stuck gak, nak lalu mane lak? longkang? aku pun signal la himpit kanan. tapi siyes, time jem, lane paling kiri paling laju... huhu..

lepas seremban terus masuk shah alam, aku rasa kalo terus ke arah sg. besi lagi krem la aku menekan brek n minyak - maklumlah, manual..  dengan 2x stop isi minyak, sekali stop kat ayer keroh sejukkan enjin, aku smpai rumah sewa pukul 5 petang - nice one ;) alhamdulillah..

hari ni, aku tak tau lar cmner rupa highway plus bila semua orang balik ke ibu kota.. nasib aku dah sampai, kalau balik hari ni pun, aku drive sorang jugak - ;) cukuplah, dapat pengajaran lagi satu..

oh mum and dad - starting miss you both.. ;(

Tuesday 1 February 2011

meNTaRi mUNcuL LaGi

alhamdulillah, bangun pagi tadi aku rasa macam ada cahaya memancar-mancar dari tingkap bilik.. hujan dah berhenti!.. syukur.. ;).. bukan apa, bayangkan sejak aku pulang jumaat lepas hujan non-stop.. seriau+seram plus2 macam perasaan lagi lah dengan cuaca dan fenomena hujan malunakberhenti di johor sempena raya cina ni.

aku duduk kat rumah rasa macam nak pergi cari kayu api nak bagi haba dalam rumah sebab sejuk ya amat! siap pakai sweater, stokin, selimut dan mestilah sampai rasa tak nak mandi sebab air macam air batu, lelagi rumah aku ni atas bukit..

tapi. tadi keluar rumah tengok langit.. alhamdulillah.. syukur again..






walaupun mentari masih malu2 lagi di balik awan, sekurang2 nya dah menyinarkan cahaya

sejarah banjir di kota tinggi - sangat hebat pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 - masa ni aku takde blog lagi, walaupun takde gambar, aku kira, semua gambar terakam tepat dan jitu oleh warga kota tinggi.  pasal kota tinggi tidak lagi seteguh namanya sampai diperlekehkan menjadi kota rendah. - memang betul2 sejarah - bandar tenggelam - bank2 lumpuh segala operasi - cuma jabatan kerajaan selamat sebab terletak di tempat tinggi - itupun dah jadi pulau2 kecil.

oh, masa kejadian aku dan famili tinggal dekat kuarters jkr, bersebelahan dengan perpustakaan awam, padang bukit kerajaan, berdekatan dengan hospital, pejabat pos, bangunan sultan iskandar (tempat jabatan2 kerajaan) dan banyak lagi fasiliti - and masa tu kawasan tersebut memang jadi pulau - even tak kena banjir tapi still terputus jalan dengan bandar

taman kota jaya - salah satu tumpuan tempat tinggal warga kota tinggi tenggelam habis.  ramai rakan ayah, mama, rakan2 aku hilang tempat berteduh dalam sekelip mata - ranap habis satu taman -


masa kejadian jugak aku nak start buat diploma dekat uitm lendu - pak anjang call dari jauh sebab nak bank in duit pasal dia tau mama tak dapat bagi aku duit belanja pasal bank lumpuh - dapat 150 - "tiba2 menyesal tak mintak lebih" - hahahhaa.. jahat aku..


kawasan tengah bandar

pusat membeli-belah ketika kejadian
masa tu kipmart, econsave tak bukak lagi, so plaza kota tinggi ni la yang jadi tumpuan warga kota tinggi membeli belah.  satu tingkat lumpuh - ayah aku cakap bila mereka naik bot terasa2 kipas dorang langgar bumbung kereta - bayangkan betapa tingginya air.  limpahan sungai johor menyebabkan semua tempat yang tenggelam menjadi sebahagian dari sg. johor...

harapan aku, dan aku percaya seluruh warga kota tinggi agar banjir kali ini tidak seteruk yang lepas ataupun banjir yang dah sedia ada ni cepat2 surut - apapun - kami tetap berjaga2.. doakan kami..........

p/s:  aku ambil gambar di google image, terima kasih -