Friday 30 October 2009

buKan SeNanG nak seNang

Salam sejahtera semua...

lama jugak tak menjenguk blog, ini semua gara2 line lah.. sampaikan d pun complaint aku tak post comment kat blog dia. bayangkanlah, nak keluarkan perkataan post comment untuk diclick pun berejam, malas den nak tunggu..

ingatkan nak post pasal convocation day in one special entry, tapi aku dah curi sedikit gambar.. hehe, actually ini baru gambar dalam my camera, ade lagi separuh gambar dalam kamera makcik.. gila kuasa betul.. hahaha.. ok, mama cakap aku beruntunglah sebab makcik2 aku pun graduate uitm, - shah alam based, memang tahulah ceruk mana pun uitm tu. aku pun awal2 risau jugak sebab mama pun dah separuh abad, takut dia pening sebab panas semua, tapi mujurlah makcik2 and pakcik aku ada, boleh bawak ke spot2 terbaik sementara menunggu aku..

well, yeah.. sedikit pasal convo, erm, actually, by the mean time, aku bersyukur sebab aku antara orang2 yang dapat memakai selempang merah jambu itu yang mewakili ANC or Anugerah Naib Canselor yang diberikan sebab berjaya maintain AD or Anugerah Dekan setiap semester time diploma dulu. betul mama cakap, course aku senang, rugi lah kalau tak score..
TAPI sekarang, aku lebih rasa bersyukur, sebab sekurang2nya mama dan ayah dapat melihat anakanda yang nakal ini memakai selempang itu terlebih dahulu sebab aku kurang pasti adakah aku dapat meneruskan kecemerlangan peringkat degree ini.

aku nak pakai lagi selempang pink tu! sumpah aku nak lagi.. sekali lagi tapi, aku tak letak harapan yang tinggi. adakah nampak macam hopeless?? bukan, aku just cuba nak ukur baju di badan sendiri. usaha aku tak cukup kuat untuk permulaan ini. sekarang aku just cuba untuk terus maju ke depan walau apapun yang berlaku. aku dah silap percaturan, aku memang tak dapat nak ikut cara aku belajar masa diploma dulu whereby aku dapat score time the real final exam, sedangkan continues assessment aku bukanlah di antara yang terbaik. Bukan senang nak dapat degree...

however, lega dapat bercakap dengan mama tadi, thanks mama, just buat yang terbaik, aku hampir memulakan drama cengeng aku, tapi aku tahan jer tadi. suara mama yang lembut buat aku sayu. aku sedar even alasan apa yang aku bagipun, kesannya memang pada diri sendiri. mama memang tak pernah mengongkong cara pembelajaran anak2, aku tahu itu dari sekolah lagi. cuma, perangsang itu yang aku mahukan.. untuk melegakan hati sendiri..



bukan senang nak bergambar dengan parent sendiri without special event tau..


gambar keceriaan aku dan rakan2 - harap2 berterusan


terima kasih buat aku jadi beruntung di hari konvokesyen - to mama n ayah, mak andak, mak anjang, makcik n uncle, and my chatting friend - amirul azim, for the blue bear.. ;)


Sampai tak cukup tangan aku pegang bunga - bangga lah dapat bunga banyak tau.. hehe.. and, really hope to have this moment again 2 years from now. If bukan rezeki aku, sekurang2 nya mama dah tengok anak dia ni konvo, malah jadi orang first tau. tulah, siapa suruh Along lambat sangat grad?? kan dah langgar bendul.. haha.. takpe, nanti kahwin tak langgar lagi, malas nak kena bayar bunga pulak ;P

the moral of the story... Insya Allah aku akan terus berjuang. Selagi ada daya... Good Luck juga buat kawan2, and yang tersayang... Good Luck Dear...

Wednesday 21 October 2009

rinDu + sAyanG


aku suke la lagu ni...
miss him too... ;P

Lirik Lagu Aku Rindu Sayang Kamu - Black (Mentor)


Siang dan malam ku kini menjadi satu
terasa sunyi ku bila tiada mu
apakah ini dinamakan cinta ohhhh
menjadi aku yang punya..ohhh

Apakah kau rasa seperti ku..rasa
hari hari ku tak menentu..
bagaikan lilitan terikat dijantung ku
terasa sungguh....ohhhh

Korus
Aku rindu,sayang kamu,padamu
aku cinta kepada mu
sayang kamu..ooohhh

Apakah kau rasa seperti ku..rasa
hari hari ku tak menentu..
bagaikan lilitan terikat dijantung ku
terasa sungguh....ohhhh

Ulang Korus

Monday 19 October 2009

maKna KawaN iTu

Selamat malam semua..

today's post aku nak cerita sikit pasal aku happy hari ini because aku rasa kepulangan aku ke desa, kelewatan aku kembali ke puncak, bermuka confident dan mempunyai groupmates yang sangat BOLEH DIHARAP! telah menyebabkan kami berjaya membuat pembentangan subject software tadi... fuhhhh.. non-stop maa... even not that perfect, we did it!!!!

ceritanya, our Prof. madya telah memberi tugasan ini sejak sekian lama, ogos tak silap. disebabkan kekangan masa dan setiap subject ada group project, kami telah meminggirkan kerja ini. Natijahnya, semalam, aku sampai di puncak dalam 7.10 malam, dan telah keluar makan sampai pukul 9.00 malam, lalu berada di reflessia untuk menyiapkan slide pembentangan bersama groupmate tersayang, aini jasni (aj) and isyraqi (okie)..

satu apa pun tak siap lagi. masing2 pun dah stress, lambat lah apa semua, ngantuk satu hal. aku punya waktu tidur memang sah2 dah terlepas. nasib baiklah raflessia tu bagi kami stay lewat malam, aku rasa kami balik bilik dekat 2 pagi jugak semalam.. hehe.. dalam melayan stress+ngantuk+sedih+risau, nasib baik ada "hot stories" untuk dikongsi bersama. sedar2 jer aku segar bugar.. hehe..

then, okie willing nak edit and tambah la macam2 lagi yang diperlukan, aku dan aj sebenarnya kesian kat okie pasal macam semua dia willing nak buat. nampak macam kami bossy pulak. masa tu rasanya dah 70% siap la, esok paginya, kami jumpa lagi kat angsana. tambah lagi apa-apa yang patut and buat mock presentation.. tak lah tergagap2 nanti. we really help each other. aku rasa semangat belongs to that group sangat kuat.. here, i want to thank my lovely groupmates, aj dan okiey sebab sama2 berjuang sampai akhir. sayang sangat korang.. anyway, im not sure if okiey nak tak group lagi dengan kami, hehe.. pasal dia pernah cakap kerja dengan perempuan memang leceh.. aku memang tak nafikan benda tu..

ok.. muka macam sedikit lega sebab dah 98% siap... plus lapar tau buat benda ni...





kesian okiey sebab selalu fikir kami marah dia, sebab selalu tak punctual.. grrr...
tapi sebenarnya tak pun, masing2 ada salah kan?

gambar dah berbaik semula.. hehehehe


afiqah, isyraqi dan nuraini


saya suka gambar ni!!!!

nuraini jasni and nur afiqah mohd rashid
friends forever
Insya Allah..

for readers, especially rakan2 yang masih study, pilih la kawan yang betul2 be with us susah dan senang, komited dan willing to hide the ego... pasal kerja2 last minute pun boleh siap janji kita bekerjasama kan.. tak nak la nyanyi lagu tema wonderpet, pasal korang semua tahu erti kerjasama tu macamana.. once again, special thanks for both of them sebab bagi kesedaran kat aku tak semua benda kita boleh buat secara individu. kita semua saling melengkapi.

and,

i would like to express 'banyak' ketidakpuashatian kepada ex-groupmate aku yang perasan macam dia buat semua kerja tapi rubbish. aku tak kisahlah berapa bakul dosa aku mengumpat pasal perempuan gedik+perasan ini sebab kenyataannya memang betul.. sorry, aku pendendam and believe with hukum karma. sekarang aku tengah macam tergolek gelak2 sebab apa yang kau buat kat kami, akan kena balik kat kau. aku dah nampak tadi macamana dia macam cacing kepanasan, sebab no such person like us yang willing nak siapkan kerja sampah kau! and sesiapa groupmate baru kau tu, rasakan macamana rubbish bekerja dengan kau. kalau kumpulan dua orang sekalipun, aku lagi rela if yang buat kerja memang dua orang.

ok, i want to stop here, because takut termencarut.. hehe.. by the way... fikir2 kanlah pasal kawan ni sebab yang kita nampak cantik kadang2 kedekut, tapi yang kita rasa kasar, itulah sebenarnya yang banyak tolong kita, jangan tertipu dengan luaran guys... adios...

Monday 12 October 2009

baRu 36 jAm

"awak bz ke?"
"baru lepas sembahyang ni, nape?"

"nape"??
as simple as that??
aku dah risau gila dah ni..

2 jam sebelum ini aku rasa nak menjerit...
tapi lepas makan dan lepas dapat panggilan telefon aku dah rasa ok..
kenapa ya perempuan ni cepat sangat gelabah?
(ok memangla aku salah seorang daripadanya, tapi perempuan2 yang baca ni pun jangan tak mengaku, haha)

padahal bukan sampai seminggu pun
baru 36 jam >> siap kira tu..
apa da cerita pasal masa
baru lost contact sekejap..
tu belum lagi fikir dia kene hantar mana2 nanti
macam mana aku nak hadap benda2 tu lagi..
aduhhh..
kuat boleh tak??
aku bukan hardcore ke..
budget hati kental..
hurm...

nasib baik dia call..
kalau tak...
entah aku pun tak tau kalau tak call jadi apa..
miss him kot..
hmm.. biasa laa.. baru lagi... ;P

Sunday 11 October 2009

ManJa ceRita saTu

Aku mula berasa tidak senang duduk. Cahaya matahari menerobos masuk melalu tingkap yang tidak ber'tinted' menyilaukan aku. Aku mengalih kedudukan menghadap tengah bas. Bas yang akan membawaku pulang ke desa. Desaku permai, desaku tercinta. Desa, ibu dan abahku sedang menunggu..

"Ha, sampai pun Manja, abah baru ingat nak jemput tadi." aku tersenyum seraya menyalami tangan abah. Tangan yang membesarkan aku, mencubit jika aku salah malah merotan jika aku nakal.
"ibu..." aku mencari ibu di dapur. Ibu keluar dengan senyuman. Menyejukkan hati yang sedikit kepanasan kerana menunggu bas lama tadi. Aku mencium kedua-dua pipi ibu, sedikit sebak terasa. Sungguh! aku sangat merindui mereka.

"Manja, ibu dah masak lauk singgang dan goreng tempe, adik kamu tadi tolong goreng."
"Kasih mana bu?" aku merujuk kepada adikku seorang itu.
"Pergi petik limau, nak buat ice lemon tea katanya."

Aku ke dapur, aroma lauk singgang begitu mempersona, aku tak peduli kalau ada orang kata itu lauk orang sakit, lauk malas ataupun lauk hospital. hehe.. air tangan ibu memang paling 'kaw' la bagi aku.

Aku makan dengan berselera, ada lagi beberapa lauk sebenarnya. Ikan goreng, ayam goreng, sambal belacan, kacang boto. Tapi tu la, lidah aku ni memang mengada-ngada sikit, tapi takla sampai me'reject' terus masakan kampung ni, cuma orang kata tak dapat merasakan 'kick'nye sambal belacan tu macam mana, main makan je lah. rugi tau sebenarnya.

Usai membasuh pinggan dan mengemas meja, aku ke ruang tamu. Menekan-nekan remote Astro, aduh ini lagi. bosan satu, bosan dua, tak tunggu tiga lagi aku melepak di beranda rumah. Melayan fikiran melihat pepohon hijau. Nampak perkembangan program 'gardening' ibu. aku tersenyum kesegaran. Angin menderu-deru bagai mahu menutup mataku.

"Kak Manja, penat ke?" Kasih menegurku sambil meletakkan dulang minuman.
"Biasa je la sayang, kenape? nak external, pergi ambil kat poket belakang" aku tau dah apa adikku tu nak. Koleksi cerita-cerita yang aku sendiri tak habis tengok.
"hehe, thanks"

"Kasih.. tengok movie je, bila nak study ni?" ibu mula membebel sambil meletak tembikai potong. Gulp! aku tahu lambat laun ibu mesti tanya aku juga. Maklumlah aku memang lama tak balik.
"Ibu...." aku yang memulakan perbualan.. Ibu mengerling dan meneruskan suapannya.
"Manja rasa macam susah la study sekarang, banyak sangat kerja-kerja sampingan." Ibu cuma berlagak biasa. Aku pulak yang terkedu nak menyambung.
"Erm, kalau tak berapa nak score macam mana ek?"
"Huh, kamu yang belajar, zaman ibu dah lepas.." Eik, relax pulak orang tua ni. Lagi aku rasa cuak.

"Buatlah sehabis baik, mungkin memang tak sama dengan diploma dulu," ibu menyambung.
"Manja kena fikir apa Manja nak jadi, apa Manja nak kerja nanti. Sekarang bolehlah, tak terlalu mewah pun ibu dan abah boleh tunaikan permintaan kamu adik beradik. Nanti tengoklah boleh ke tak Manja dan Kasih bagi balik apa yang ibu dan abah minta. Kalau tak pun, nanti Manja sendiri boleh tak pakai branded, makan lepas ke tak, takkan nak minta ibu dengan abah lagikan?"

"Ibu cuma tak nak anak-anak ibu susah, kami pun dah ada semuanya. Manja belajarlah, niat dengan betul, belajar bagi berkat, ok?" Ibu menepuk bahuku dan berlalu mengangkat kain jemuran.

Bidadari hati kecilku berkata-kata:

Manja......
Jangan mudah putus asa
Gunakan masa dengan baik
Cari keberkatan ilmu
Berfikiran positif
Percaya diri sendiri
Sayangi ibu bapa
Berdoa dan bertawakal kepada Yang Maha Esa

Bangkitlah, aku masih belum terlambat..

Thursday 8 October 2009

seKaDarnya..

long time no blogging..

sedih dengan beberapa situasi
juga gembira dengan sedikit situasi..
tiada apa yang nak dikongsi sebenarnya..

just a quick post..
hope we will meet again..
jaga diri semua...