Wednesday 30 December 2009

moDe: haPPy ;)

erm.. sebelum mengemas lappy dan tidak diketahui bila boleh kembali ke sini, aku saja nak bagitau yang aku dah kembali happy... yeay!!

around 10:20 pm tadi, aku post dekat fb:


''tolong... tolong.. tolongla muncul.. dah sakit sangat dah ni..;("

- yang aku wish dia muncul segera cuz aku rasa dah sakit sangat, (konon2 sakit tanggung rindu).. sebab susah sangat nak lepas contact my EF tu.. kawan2 aku pun serangla macam2 tanya kenapa semua. paling tak boleh blah teh la, ada ke dia suruh push..pushh.. ingat nak deliver baby ke? haha.. lawak betul kawan2 aku ni..

at one point aku rasa macam dah putus harap mula2... so, aku tulis la macam ni...

"kalau dia muncul memang miracle la, kawan2 aku jugak yang baik, thanx friends.."

siapa nak tau kan..sambil berbalas2 wall post, after an hour.. betul2 dia appear kat YM aku.. terkejut aku.. terus aku tulis..

"perghhh... betul2 miracle ni, dia dah muncul!! tu laa.. lain kali, dengar cakap mama, solat lewat2, doa lambat makbul"

finally *sigh* (ceh aku pun dah pandai tulis keluhan).. dia muncul jugak.. pity for him.. sangat2 buzy.. betul la dia cakap kalau dia cerita pun aku takkan faham.. nevermind.. yang penting jumaat ni dia cuti, and aku pulak akan kembali ke KL esok... ;)

THANKS MY DEAR EF!! LOVE U!!


P/S:
  • mungkin doa dari kawan2 jugak.. thanx again friends..
  • nasib baik aku tak tulis aku dah nazak di situ
  • HAPPY NEW YEAR to all readers.. ;) - takut tak sempat wish/post...

Tuesday 29 December 2009

aWarD fRom AiSha

aku baru terbaca post yatre tadi.. baru perasan sha tag aku gak.. ingat baru nak kecil hati tadi.. cehh.. haha.. and the winner is .................

(tak ada pemenang and pengalah kay, jawab jek soalan, banyak bunyi pulak)


5 fakta menarik tentang pemberi award nih..

AISHAH BINTI SHAMSUDDIN

(setelah sekian lama berfikir, sambil tolong adik2ku mewarnai fb, aku akhirnya menyenaraikan senarai seperti berikut, mengikut pandanganku)

  1. bermotivasi tinggi (sebab dia akan menyudahkan segala kerjanya dengan sempurna biarpun banyak halangan menimpa)
  2. anak yang patuh pada kedua ibu bapa(berkat katanya.. ;)
  3. happy go lucky (sebab aku tak pernah tengok dia nangis depan aku, maybe dia nangis depan pintu bilik air je kot)
  4. kuat memori (sebab kadang2 jadi reminder aku mengimbau kenangan waktu muda2 sampai gelak2 nak termenangis @ dia suka makan ikan seperti kucing2nya)
  5. penyayang (kepada manusia mahupun haiwan especially kucing..meoww)


Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya..
  • buat benda2 kreatif, tu pun kalau ada mood
  • suka sangat benda/barang color pink, color lain macam dah tak kenal
  • suka fastfood/western food sangat2
  • suka menulis kadang2 merepek
  • suka baca blog orang and gossip artis
  • suka window shopping sebab tak banyak duit haha
  • malas nak layan orang perasan bagus, positive thinking
  • manja tapi tak mengada2
  • nervous bila kena suruh lead orang lain sebab rasa orang lain lagi layak
  • bengang bila kena ulang/buat atau bagitahu sesuatu benda berulang2


Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..

aaarr.. siapa ek nak letak..

  1. AINI JASNI - selaku kawan baikku di kampus
  2. FASYAREENA MALIK - selaku antara rakan bloggingku yang aktif yaa..
  3. ZUARIFAH KAMARUDIN - yang suka ditag binatang2 macam ni
  4. anyone yang rasa dah boring takda idea nak blogging hehe

Saturday 26 December 2009

diA muNcuL keMbaLi

bukan rasa tergugat
cuma tak cukup kudrat

cuba nak menepis
takut terus terhakis

kenapa kau muncul kembali
setelah aku berjaya memencil diri

jangan kau dekati
takut terus membenci

aku bukan sempurna
dan aku akan terus berusaha
jadi tabah segala
usir dendam di jiwa
padam api marak menyala
kerananya
aku terpaksa
biarpun tanpa rela

Thursday 24 December 2009

a pLanNer...

holaaa...

sempena kedatangan tahun 2010 ni, aku buatlah sesuatu untuk menutup tirai 2009 yang tak berapa hari lagi nak berlabuh ni..

erm.. aku ni taklah kreatif mana pun, tapi bila tengok diary2 or planner2 yang dijual mahal, aku pun decide nak make my own planner. lagipun macam tarikh2 each pages kadang2 rasa limited, kadang2 rasa tak perlu tulis hari2.. so, aku gunalah blank page.. maybe my planner ni boleh tulis assignment aku ke, reminder ke, or anything yang aku suka nanti..

haha suka hatilah kan??

ok, bahan2 dia senang jek didapati.. first, adik2 korang yang dah habis SPM or banyak buku tulis lama2 tu kan, korang ambil jek.. kalau ada page yang dah guna, just koyakkan jek la.. kalau buku dah kuning2 pun biar jek, season sikit, konon2 memang color kuning laa.. haha..

lepas tu, ada lebih-lebihan gam, gunting, krayon, pensil warna, pinjamlah kejap... tak luak pun.. hehe.. aku just beli wrapper and kertas A4 warna-warni yang boleh long-lasting pakai.. padahal nak guna sehelai jek total semua tak sampai 5 ringgit malaysia pun.. hehe.. jimat jek.. boleh simpan.. lain2 tu, pakaila pen warna anything korang nak..

ni ha bahan2 yang aku guna, lagi best kalau tak payah beli apa2 pun.. guna barang terpakai


aku paksa adik aku snap pic konon2 khusyuk menggunting, sakit tengkuk tuuuu..!!



aku guna hujung wrapper jer, tampallah kat mana2 korang suka.. ;)
er, yang gunting gambar bear kat atas tu, letak kat page belakang.. tak tipu tau..



minnie mouse pic tu dah lama aku kaler... buruklah, tak geti pakai krayon.. ;(



untuk first page, aku tampal benda ni.. yang belakang2 tu blank page jer..



haa.. dah siap pun!! ni untuk muka depan... suka hati koranglah nak buat macam mana.. saje letak warna merah, tahun depan aku jadi garang sikit kot.. hehhehe.. bukan garang pun, semangat waja nih..

upss.. lupa nak cakap.. aku doublekan buku tu, alaahhh.. kalau korang buku dah habis kan mesti cikgu suruh tambah buku kan dulu.. lagi2 buku karangan dulu tu... kan? kan? tapi nanti jangan stepler, nanti kembung. gunting kertas coklat tu, then dah pendek tu, gam jek.. cun sikit.. jangan gam gopoh2 plak.. ok?..

alaa... saje jek ni, mesti korang punya idea lagi cun wallah lagi masyuk kan.. hehe.. anyhow, i have my own planner!! yeay!!...

p/s: nak tengok habis tak page planner ni aku pakai tahun depan... hahahhaha..
chow.. ;)

Friday 18 December 2009

keNapA raSa nAk eJa dEmaM jadi 'daMn'?

aku rasa aku demam la..
rasa badan macam panas2..
aku act susah nak demam, tapi kalau dah demam, memang teruk hmm..

aku marah kat EF semalam, tapi tak la sampai 'shout', just rasa terkilan gila2 kat dia. aku tak taulah wei, dia memang macam tu ke aku yang memang macam ni. macam 'tu' dia is perangai cool sangat sampai aku rasa 'terbeku' or macam 'ni' aku yang tak boleh silap sikit lagi2 if that same matter berulang. i'm sick of it..

maybe, that's the reason aku demam, dengan simen di gigi pada besi hujung sekali yang dah habis (bukan sebab aku tertelan kay) sebab dia bergesel dengan simen bawah sampai hancur.. (akibat ketidak rataan rahangku).. huiii.. nak mengadap lagi doctorku esok... dah lah hari tu kena marah.. pasal gam tertanggal.. tapi bukan salah aku pun, dia yang tak lekat betul2...

hah.. jangan suruh makan ubat.. sebab aku bukan di kalangan 'pencinta' nya.. haha.. tak suka arhh..

cerita pasal demam kan, dari kecil, mama aku ajar berselubung dalam selimut sampai la berpeluh2 then panas itu akan hilang. termasuklah pakai tebal2 semua.. lagi satu makan pisang sebab senang nak membuang, then panas tu akan keluar automatically..

tapi kan, time hantar elly, (yang dikhuatiri terkena jangkitan ili) masa nak exam last semester tu, nurse cakap halakan diri dekat kipas, pakai baju nipis, jangan pakai stokin and mandi pagi2.. totally differentlaa. so, dia cakap kira haba tu akan keluar jugak arhh. betul ke AJ, nurse tu cakap macam tu hari tu? haha.. hilang ingatan kejap...

tu lah ni, tak tau mana nak ikut.. tapi both memanglah kena makan ubat ikut schedule. lagi satu tak boleh ambil active fast sebab tu untuk sakit kepala jek, untuk demam tak boleh suka2... ada side effect...

hmm.. kalau fikir2 mana satu nak ikut, makin menjadi2 aarr demam aku.. maybe kalau main fb boleh kebah kot.. hehe...

btw, i'm still mad at him........................ damn it!....


Tuesday 15 December 2009

keNa tUKar Lagi

holaa..
hurm... sedih..
pasal layout sebelum ni lambat nak load
and then, aj ckp, tak boleh nak leave comment..
so, terpaksa la tukar layout..
jadi la macam ni..
tak apa aarh.. dah penat dah ni..
oh.. gum di gigi dah tertanggal.. tapi appointment esok
esok jek arh pergi...
ganas betul pemakai braces sorang nih.. ;(

MiSi TiGa - bEsi & daWai

third day
14 december 2009

ayoo.. dah pukul 12.00 am pulak.. dah termasuk ke hari 15 bulan disember, tak apa2.. aku sambung jer ceriteranya..

pagi tadi
aku pergi klinik area pukul 10 lebih, dengan mama yang telah selesai mengambil tekanan darahnya dan adik2 ku yang baru lepas ngaji.. so tunggu kejap, dah dalam bilik doc tu, doc minta aku datang petang area 2.30 sebab barang tak sedia lagi..

so, borak2 lah kejap..

awak datang petanglah ye, sebab baru balik holiday saya belum prepare barang lagi, nanti ambil light lunch

doc, nasi boleh makan?

boleh sangat, epal pun boleh, tapi awak kena makan macam tikus, sikit2 ok..

ooo..

banyakkan berkumur, nanti pakai toothbrush yang kecil, soft. actually ada yang ortho special punya, tapi kalau saya cakap sekarang pun bukan u ingat..

hehe..

tak apa, time by time nanti saya remind awak..

bla bla bla bla.... aku pun dah tak ingat.. lepas tu kami pun pulang..

petang tadi
appointment pukul 2.30.. tapi sebab doc cakap area 2 till 3 hours, so, aku malas nak drive. tunggulah ayah kejap, pun pergi ambil tekanan darah sama tempat dengan mama tadi.. then ayah drop aku..

aku tunggulah kejap, register semua, then pukul 3.15 doc panggil masuk, suruh baring kat tempat biasa.. actually kan aku tak ingat sangatlah, sebab tak nampak kan. cuma first session dia tampal ibu besi tu dekat gigi belakang, sakit wa cakap lu.. sebab lepas tu gigi aku atas bawah berlaga.. memang tak boleh tutup rapat.. next, doc lekatkan besi segi empat tu kat gigi2 yang berkenaan. proses ni la yang lama sikit.. siap pakai laser ke ape tah yang lampu biru tu, tapi time ni relax sikit.. dah siap, doc suruh aku duduk luar tengok tv, dia entertain patient lain pulak..

second session, tak lama lepas tu (sebab patient tak ramai) aku masuk balik.. oh babe.. time for masukkan dawai pulak.. alaa.. dawai biase jek.. yang dawai tu la, dawai mana lagi...haha.. ini pun tak sakit.. and sekejap jek.. huhu.. 15 minit kot.. tapi tak ada pulak benda color2 yang boleh tukar2 tu, tak apa arhh nanti aku tanya..

TATADAAAA!!

so, from now on, terlabellah aku sebagai si 'Gigi Besi' yang menyeramkan.. seksa gak aar.. tapi, nak buat macam mana, dah jadi pun.. bibir aku yang sedia kering ni bertambah2lah merekahnya macam padang pasir dah.. huh..

okay, my next appointment will be 2 or 3 days from 14 dec.. so, nanti check it out the updated entry ya... ;)

owh, before forget, agak2 korang, apa ek best nak beli dengan harga RM4,000?.. ;)

Monday 14 December 2009

meMbaSuh bLog

warghhhhhhhhhh...
aku rasa dekat 3 jam menggodeh blog ini
saja jek nak tukar wajah..
konon2 nya macam tuan dia lah dah bertukar wajah.. (kejap lagi aku post entri wajah terbaru tanpa gambar pulak) hehe

taklah susah sangat, kene banyak bersabar jek

lain di 'copy' lain di 'paste' nya
lain dibukak lain yang keluarnya
pulak tu terdelete pulak gambar2 kat tepi tu termasuk cbox and visitor's number tu.. kenalah add balik.. menguji kesabaran betul
last2 aku tak tahu mana nak tekan untuk sign in or pergi ke dashboard sebab hilang macam tu jek
parah betul..
so far, puas hati sikit laa.. hehe.. pink lagi?? jangan marah ek.. hehe.. dah yang ni berkenan di hati..

ok, nak pergi berkumur jap..
tata...

Sunday 13 December 2009

ALhamduLiLLah dAn taHNiaH

syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan berkat-Nya...



first of all, taklah membangga diri cuma nak ucap tahniah pada diri sendiri kerana berjaya melangkah lagi satu anak tangga untuk menempatkan diri dalam kelompok manusia yang bakal mewarnai hari2 indah dalam hidupnya.. ;)

berlagak betul tulis kat facebook "result?? aku malas nak amek tau!" hehe.. sedangkan dalam hati meluap2 nak tau.. yerk aa, takkan buat tak tau plak.. tapi aku tak check malam tu, tau dah line buzy, dari tunggu 4 jam sambil menekan2 tikus baik aku tidur.. so aku check la esok pagi tu..

aku menjerit kuat2 sampai adik2 aku berkejar ke bilik esoknya.. hehehe... alhamdulillah.. actually, memang lah tak expect langsung, sebab i really have no idea sama ada i can get dean or not sebab berdasarkan final, memang tak dapat nak agak langsung.. hasilnya, 3.55.. aku just dapat A for HR, B- for OB, and the rest 4, i got all A-, for BEL, RECORD, COMMUNICATION and SOFTWARE.. kidding me rite... if all for A- tu tukar jadi A.. memang lah boleh dapat 3.7 something. tapi ni memang dah cukup baik dah.. syukur...

if first class pointer need 3.75, confirmlah aku tak achieve lagi, means aku belum boleh duduk diam, apa pun, must and need to study very smart for next semester, kalau tak, teruk aku kene bayar duit ptptn.. sebabnya.. rayuan JPA aku tak diterima.. hukhuk.. sedih juga, tapi aku positif je, maybe if aku dapat, aku akan jadi lebih boros.. taula aku ni kan.. so, nak tak nak, kena belajar kuat2 lagi untuk mengelakkan dari bayar balik.. okeyh?..

i am happy too for all my friends, especially alumni melaka.. sebab result diorang yang boleh tahan gempak juga.. TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! korang!! very proud of them... ;) fiza lead the group with 3.9... GEMPAK WA CAKAP LU!!! Hehe. .. followed by Ajin, AJ yang jugak 3.7 something (sorry i forget the actual figure) hehe.. and the rest.. (even you all tak nak bagitau pun, i know result korang pun gempak gaks).... ;).. OB la yang sedikit mencacatkan result aku dan kawan2.. means, ktorang tak cukup bagus nak faham perangai makhluk2 bernama manusia ni.. hehehehe...

er, OB stands for Organizational Behavior..

btw, thanx to all my lecturers yang sudi bagi grade yang melayakkan aku dapat Dean for this semester. just additional information.. i know other universities need 3.65 pointer to get the Dean status, but, as long as i concern UiTM Students need to achieve at least 3.50 to get the Dean.. thanx UiTM.. ;)


weyhhhh!!!
esok, mungkin ada berlaku sesuatu, if jadi, i'll BRB k?... daa.. ;)

Wednesday 9 December 2009

pELuang aPa LaGi?

10 Mei, 2009 21:53 PM

Tangani Masalah Penagih Dadah Untuk Selesaikan Kes RagutBy: Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Jumlah kes ragut yang meningkat di negara ini boleh ditangani dengan menyelesaikan isu penagih dadah yang dikenalpasti sebagai punca jenayah ragut.

Naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata pihak berkuasa perlu menangani punca kes ragut jika masalah ini hendak diselesaikan."Kita perlu menerima hakikat bahawa jika kita ingin menangani punca kes ragut kita perlu tangani masalah penagih dadah. Selagi masalah ini tidak ditangani, banyak jenayah yang berkaitan dadah akan terus berlaku seperti ragut dan jenayah kecil lain," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata menyediakan peluang pekerjaan untuk penagih dadah pemulihan bagi menjauhkan mereka daripada jenayah adalah sangat penting."Saya mencadangkan kepada kedua-dua pihak kerajaan dan sektor swasta untuk mengkaji memberikan peluang pekerjaan kepada penagih dadah pemulihan dan membantu mengintegrasikan semua mereka ke dalam masyarakat agar mereka tidak lagi hidup dengan membabitkan diri dengan jenayah," katanya.

Lee berkata kerajaan hendaklah memperkenal dan melaksanakan satu dasar untuk menyediakan peluang pekerjaan penagih addah pemulihan dalam sektor awam.Jika kerajaan baru ini boleh menjadi peneraju dalam menangani kes ragut melalui cadangan ini, ia dengan mudah boleh meyakinkan sektor swasta dan mengikutnya, kata beliau.MCPF juga menggesa untuk disemai dan diterima budaya anti-jenayah di kalangan rakyat Malaysia bagi memastikan komuniti bebas daripada jenayah.Ini meliputi pendidikan, kewujudan kesedaran dan pencegahan jenayah yang mesti dilakukan di sekolah, institusi pendidikan, di rumah, pertubuhan sukarela dan orang ramai amnya, kata beliau.

Baru-baru ini, kes ragut mengakibatkan kematian dua wanita yang sedang mengandung, menyebabkan kebimbangan di kalangan masyarakat yang kemudian menggesa kerajaan mengenakan hukuman berat terhadap penjenayah ragut.Kejadian itu berlaku satu lepas satu, kes pertama membabitkan seorang wanita mengandung, Jamilah Selamat ketika beliau menunggang motosikal di Taman Ayer Hitam, dekat Batu Pahat, Johor sementara kes kedua di Kota Baharu, Kelantan, di mana wanita yang juga mengandung Saripah Mohd Noor menjadi kes ragut.--

BERNAMA

meragut, then membunuh.. aku tak pahamlah sikap2 sesetengah daripada kita manusia ni (oh aku tak tau nak panggil mereka2 dari kalangan ini sebagai sebagai manusia) or haiwan yang tergamak meragut hingga menyebabkan kematian.. mati kau tau tak? kau ingat kau siapa nak cabut2 nyawa orang??? kau tak fikirke anak2 diorang nak makan apa, nak makan apa, sapa nak ajar diorang, nak bagi kasih sayang kat diorang?? kau tak fikir ke?? memang macam sial lar kehidupan korang (sorry, aku pun patutnya takde hak nak cakap korang sial..)..

by the way..
kerajaan akan bagi korang (PARA PERAGUT merangkap PENAGIH DADAH seterusnya BAKAL PEMBUNUH) ni peluang.. damn it!! aku tak rasa korang ni cukup bersyukur. kalau ada pun tah berapa peratus la sangat, tak setimpal langsung dengan peluang yang orang lain bagi. dah keluar pun buat lagi, meramaikan pusat pemulihan, yang patutnya boleh bina bangunan lain, rumah anak2 yatim ke, and so on yang lagi berfaedah. lagi nak menanggung kau yang confirm 'suka gila' nak duduk situ again and again..

sebab dadah korang boleh meragut, bunuh orang waima mak sendiri, mak yang lahirkan korang.. sanggup ek korang?? bodoh!! kenapa kau kejam sangat!!!!???

Friday 4 December 2009

miSi dUa - cabUt!

second day
4 december 2009

seperti yang dijanjikan, aku kembali ke klinik
yes!! untuk mencabut gigi

semalam doc cakap datang bila2 pun boleh sebab cabut kejap jer
so aku decide nak datang lepas lunch, so boleh lagi nak makan sedap2
kebetulan mama masak beryani hari ni.. huuhh.. tak tahan..

nak lagi lambat lagi, aku pergi klinik saing ayah masuk kerja petangnye.. erk, sebab malas nak drive and takut tak mampu drive.. (padahal cabut gigi jek pun!!) haha

okey, dah sampai ni..
tunggu kejap, then masuk bilik doc

doc tunjuk aku replika gigi semalam yang tampal gum kejadah tu
oo.. rupanya name dia "study moral", if i'm not mistaken..

"ok, sy cabut gigi susu awak saje, i think yang lain tak payah cabut"

"sebab gigi saya jarang ek doc,"

"iya, ok, pergi baring"

huuh.. proses 'menebalkan bibir' pun berlaku,
dah rasa macam angelina jolie pulak..

"pergi kumur.."

(eik, apasal takde darah, terror gila doc ni)
aku pun terus bangun..
akak pembantu doc suruh aku duduk balik..

"dik, belum lagi la.."

"erk?"

"tunggu kejap, bagi kebas"

"oo..."

a few minutes later....

"ok, done, boleh bangun. lepas ni 14 hb pulak ok? ni ha gigi susu awak"


wah!! tak sakit pun lah!.. padanlah servis private clinic mahal ek, memang tak rasa pun..
tapi darahnya jangan cakaplah.. nasib dia bekalkan kapas semua.. kereta ayah pulak takde tisu.. tahan jek lah..

well.. yang bestnye doc ckp gigi lain tak payah cabut!! ye haaa!!! sebab gigi aku memang super jarang kot..

esok jom makan burger prosperity!!! << is that correct? what ever!! aku gumbira... ;)

next appointment... hu.. lagi seminggu aku update okeh?

babai.. nak makan.. hahaa

Thursday 3 December 2009

miSi saTu - chEck

3 december 2009
hari pertama..

firstly, doc memasukkan benda pink like gum macam chewing gum pun ada gak, cuma tak manis.. bersama kerangka besi berbentuk mulut atas dan bawah..

eauwwww...

ptuih...ptuih... ambik kau... memangla kena meludah kan... tapi bukan la kena kat doc tu pun..

second thing,
buat x-tray... alat tu macam best, dia pusing2 keliling kepala haha..

er, doc discovered something..


" eh, gigi susu pun awak simpan lagi ke?"

"erk,? umur dah 20 pun masih ada gigi susu? padanla rasa berlapis.."

"kene cabut ke doc?"

"gigi kekal pun saya cabut apatah lagi gigi susu"..


uhhh!! tunggu esok okay..

Tuesday 1 December 2009

tak Tau Nak LetAk aPa da

heh.. siapa buat part time job cuti ni?

tahniah la weh, daripada aku yang konon2 berangan nak jadi chef di dapur rumah sendiri, hair stylist rambut sendiri mahupun tailor yang nak menjahit manik, semua tak jadi.. just dapat jadi chef assistant jek.. (tolong tumbuk bawang jek) haha..

bosan memangla... nasib baik sekarang rumah dah maju, ada broadband.. so dapatlah scan gambar old skul buat kawan2 yang nak nampak muda. padahal aku 2 tahun jek kat sakti tu.. bolehla kenangan, daripada tak ada langsung...

layan fb.. bace blog member2 pun tak ramai yang update. cuaca pun hujan+sejuk, macam tak bagi nak keluar pun iya gak.. oh ye.. aku baru cakap dengan mama semalam,

'ma, pelik la cuti sem tak jalan kat jb'

'apasal? dah takde boyfriend orang jb?'

upss!.. hehe.. tu lah pasal.. lama gak aar tak pergi jb, takde duit pun 1 hal gak.. rumah pulak dah jauh ceruk ni, rasa nak keluar tu macam takde sebab jek.. dulu memang aa, nak dating, konon2 rindu la.. huu.. kejap jek kan masa berlalu.. lalu sampai tak bagi salam.. hihi...

eh, dah 3 kali berturut2 aku part time jadi kerani, sem ni malasla pulak.. lagipun ada senior aku mintak practical kat situ, aku pun rasa malas la nak beramai2 kat tempat tu, yerla, bukan besar sangat pun tempatnya... karang, makin jadi problem pulak..

boyfriend pun buzy training, nak merajuk pun bukan dapat lama2 pun.. dah macam tu kerjanya.. bak kata dia, "nak buat cmane".. tu jek laa jawapan dia...hmmm...

kawan2 area kota ni pun dah susut.. haha.. dah besar2 ramai yang sambung belajar, kerja la, ape aa semua,, sepah2 dah.. haha... tp best gak, ada 1 time tu jumpa kawan2 lama dekat fb, ramai root KL, ada yang dah kerja, dah kahwin.. arrhh?! KAHWIN ok!.. tak jemput aku kan.. memang merajuk aa.. tapi nak buat cmane, memang aku yang lari2 dari diorang smpai tak dapat jumpe, haha.. (padan muka aku)... huhu best siot muda2 dah kahwin... takpe aa,, nanti aku kahwin, jangan tak datang pulak tau.. cekik sorang2...

haha.. ok lah.. penat membebel.. nak makan goreng pisang, eh, pisang goreng.... eh,.... whatever!