Sunday 30 May 2010

tAg: LeLakiKu buKan gAy

hehe..
'seseorang' telah request aku untuk update blog.. malangnya, otak aku tak berapa berfungsi la cuti sejuk+beku perasan macam winter sonata ni.. so, buat tag je.. aci tak awak? hehe.. ni pun tag dekat sebulan lepas kot...

ok2.. nampak macam menarik..
dia tanya2 pasal ciri2 lelaki idaman
mana lah tau kan lepas2 single ni
ada reader yang tiba2 berkenan berminat pula kan?
haha tidak merepek saje tu..



1. How tall should he be?
  • nak lagi tinggi daripada aku lar, takpun, bila aku pakai heels 3inci nampak sebaya... hehe..

2. What hair colour should he be ?
  • dapat yang natural dark brown pun orait gak, tapi setakat yang pakai wella tu, baik hitam jek..
    alar.. apa ada pada rambut? janji tak ada kutu.. kang.. aku yang susah.. messy2 sket pun ok.. hikhik.. gatal naa..

3. What kind of personality should he have?
  • hah ni.. maybe orang lain akan cakap be yourself or yang sewaktu dengannya.  tapi tipula kalau seseorang perempuan tu tak nak lelaki yang 'perfect'. percayalah cakap aku, paling command pun sedap mata memandang.. paling kurang pun, tengok handphone apa dia pakai sekarang.. haha.. ceh2 membebel pulak aku.  HABIS kau (aku) tak demand ker?  
  • aku nak yang cool, tak panas baran sampai naik tangan/kaki tapi jangan lah sampai yang tak ada perasaan.. (terseksa kau)..
  • background family yang baik la, insya Allah anak pun baik, nakal sikit2 tuh boleh la, jangan la sampai mencuri, menceroboh dan jenayah kecil/besar yang lain
  • pandai bawa diri, kelakar, menyenangkan and tengok rasa kasih tertumpah gitu.. hehe..
  • tak minat yang keding2 lar.. ;)

4. Older or younger
  • older.. kalau boleh 3,4 tahun older..
  • aku dah try yang younger, malas dah.. mengada2 lebih

5. What film actor should he most be like ?
  • dulu suka sikit kat pierre andre, sebab macam bersopan sangat
  •  lepas tu tak tau la.. (rambang mata ataupun tak ada minat yang khusus) haha..

6. What singer should he most be like?
  • arr.. akim af7 boleh??.. tinggi, energetic.. hehe

7. Do they need to cook?
  • of course! memang selalu berdoa dapat hubby yang pandai masak or at least boleh cover aku if mertua datang rumah!!

8. What is his best body part?
  • (tak boleh satu, so should be 'are') chest, eyes, hands,ears, lips...

9. What car should he drive?
  • love sporty car.. paling kecik pun satria neo/myvi.. demand mini cooper kang tak kawen aku.. hehehe

10. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
  • nobody... suka2 jer ni ;)



p/s
  1. sapa rasa bosan boleh copy&paste.. 
  2. rindu ef gila2! ;(
  3. kenapa lelaki handsome sekarang ramai yang patah dan bengkang bengkok????


Sunday 16 May 2010

saKit giGi

adeh..
adoi..
adoyai..

aku sakit gigi ni sebenarnya..
semalam nak post tak dapat sebab aku tertidur mase loading page
nampak sangat lembap..
then bangun pagi ni ingat giginya dah ok
sama jek macam semalam..
tu pun kira beruntung aku dapat tidur even tak makan pain killer..
alar.. aku kan anti ubat-ubatan..

dah lama tak cerita pasal pergi dentist..
semalam aku pergi.. lepas about 2 months lari schedule..
last 3 weeks before exam aku pergi, tapi tutup..
nak buat macam mana, takkan nak balik every week?
9jam baru sampai kota tau dari puncak tu..

takper la, yang penting aku pergi gak semalam,sambil ambil adik aku..
sambil kuatkan mental kalau kena marah.. ahaha.. (dah lali kot)

eishh.. doctor ni balas dendam sebab aku dah lama tak datang ke apa..
sakit kot dia buat semalam
ke aku yang dah lama tak 'pekena' sakit dia..
pastu dia cakap ada kotor sikit..
yerla, nak buat macam mana.. aku dah habis gosok dah..
tapi kan takda alat yang cungkil2 kotoran tuh..
kalau tak, lama dah cungkil..
dia tambah wire dekat braces aku ni..
maybe nak mengetatkan lagi kot..
aku malas nak tanya nanti kena marah lagi.. haha
lepas tu scaling sekali.. sambil dengar dia membebel..
aishh.. part ni yang aku tak tahan ngilu dia..
dia cakap adik tak jaga la bla bla bla..
dalam hati aku cakap, aku da bayar 4k bahagi 2 ni, doctor buat jer la apa yang patut..
(tapi cakap dalam hati jer la).. hehehehe..

ni la kesan dia.. ngilu tak ingat... ;((
rasa macam start pakai braces hujung tahun lepas yang tak boleh nak buat apa sakit dia tuh.. tapi level kesakitan tuh, bawah2 sikit laa.. tapi tetap SAKIT & NGILU ok!
lagi sebulan appointment..
(boleh la ikut sementara aku still ada kat rumah ni)

Trivia:  kenapa ramai orang 'seriau' nak jumpa dentist? hehe


Wednesday 5 May 2010

biLa daPat taU taK paYah meNYewA

alhamdulillah.. berjaya mendapat penempatan kolej untuk semester depan.. boleh saving lagi untuk satu semester.. saving ker? hahaha.. boleh la sikit.. kalau tak, memang guna MAS scholarship la jawabnya.. tau tak aku dapat jadi stewardess?  heh.. jangan berangan.. tak cukup tinggi.. haha.. i mean, MAMA AYAH SPONSOR la MAS tu.. (pinjam word kawan aku, haziq and fatin)...

by the way... banyak sangat rumors kata benda ni tipu la, tak validate lagi la, tak confirm lagi la, tapi memang cakap keluar result 5 May, so dah tarikh dia ni, aku pun pagi2 rajin pergi sign in student portal, then e-hep system untuk jawapan ni.. so, harap memang betullah dapat.. (still tak yakin kan.. ) haha...  dah click SETUJU ok.. nanti kalau tak daftar kolej semester depan kena tindakan tata tertib.. (baru aku tau ada rules macam ni.. huhu)

kawan2 pun mostly perempuan memang dapat la.. lelaki.. (bukan jantan) tak dapat den nak nolong nyo.. sebab kuota memang besar kot.. kesian gak mereka..

eh eh!!
thanks pada yang comment di sini!
nasihat dan segala panduan anda akan dibentangkan kembali untuk semester penghujung semester depan..;)

Saturday 1 May 2010

kaLa maLam

Kala malam sunyi
aku masih di sini
bersila, bersandar meregang jemari
tempat beraduku menjadi saksi
oh arjuna hati
kau yang kudambakan di saat ini
masih! itu aku pasti

Ya Malikul-Mulk
aku tewas lagi
tuk memujuk jiwa nan hati yang lara
dek basah luka cinta lalu

aku
masih di sini
meratapi bait-bait kenangan
mampukah aku putuskan?
dan biarkan hilang, lenyap
tanpa sekelumit kesan?
hati ini..
takkan pernah merelakan..

Ya An-Nur
limpahkan aku sedikit cahaya-Mu
menerangi detik-detik suramku
bimbinglah daku
dengar rintihanku
tatkala sujudku bersama bibir tak pernah kering
pohonkan kekuatan dari-Mu
agar tidak terus hanyut
dalam khayalan ciptaanku bersamanya
aku masih mahu bahagia!

duhai hati..
izinkan zarah-zarah durjana ini
pergi..
aku masih mahu cinta!