Thursday 24 March 2011

suPer DuPer HapPy!

ada satu subject ni, lecturer dia best sangat, ktorang panggil dia Madam Ju, dia pernah study kat Aussie sampai beranak pun kat sana, so for subject Introduction to Health Management ni, dia sangat suka kaitkan dengan pengalaman2 dia kat sana.  ktorang memang suka gila ar if dia ngajar kan..

then, ada satu part, standard arh ada presentation.  perghh,, part ni memang ktorang rasa shaking gila.  hari ni pulak turn group aku, dah la tak tau turn pertama ke kedua, memang hampeh.  for me la, aku nebes weyh.. siyes shaking2 gigi lidah aku, pasal, dia akan bagi feedback right away after presentation, to the whole class, and terus return report.  so, kelmarin, dah tau dia punya style macam tu, and di put high expectation of the rest group la termasuk aku..  bila tanya group2 lain pun semua macam rasa tak pernah present jek dia punya gigil kepala lutut wa cakap lu..


THIS IS A DAMN...


arrr?? apa dia.. (groupmate aku dengar dia cakap damn)




THIS IS A DAMN GOOD REPORT i said...

fuhhh.. lega... *keep smile.. keep smile*.. 

bla bla bla (aku rasa cam nak nangis dia puji cmtuh).. no, bukan over, just feel the maximum satisfaction on efforts yang ktorang dah commit, kan...  rasa cam usaha ktorang buat tu tak sia2 lah even last minute punya usaha.. hehe



overall, 9.6/10 for report and 4.55/5 for presentation.. ok la kan, ;).. oh, ktorang gebang pasal doing the right things, so, dia menjurus kepada ethic, Madam Ju suka part public awareness and clinical staff awareness pasal ktorang compare yang Malaysian's right towards their own medical record sangat rendah because tak terlalu didedahkan or sendiri tak nak ambil tahu.. memang betul pun, ktorang pun tak tau, lepas selak2 buku, browse2 internet, baru lah tau, memang fresh knowledge dari ladang lar benda2 tuh..

kat sini, aku nak bagi special award dekat group mate aku, miss blue retina, nowra and mr, IT-expert isyraqi.. ;) tak sia2 aku push korang kan.. hehe.. SAYANG KORANG DAMN MUCH!

second happy...

kegirangan aku berganda2 hari ni pasal aku dapat friendship delivery.. yeayyy!! dari kelmarin budak tu suruh aku tuntut, tapi sebab bz, aku pun macam dah lupa.. call2 lak tak angkat, tapi bila dapat lepas kegembiraan berakhir presentation tadi.. aku rasa... waaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh... ;)


aku macam da jangka dari siapa.. hehe.. kawan2 pun cam dah jangka.. tapi biarlah rahsia...

TQ for everything..
i do cherish you
xoxo

rase macam menusuk kalbu, ape jerla i dah buat kat si pengirim nih.. ;)

ehem2,,, tayang2 sikit... so sweet tau..  aku je yang dapat tadi tau kt class..
yang penting ingatan si pengirim ni kan.. ;)


lagi sekali.. kelik kelik kelik.. ehehhe... ngada taw...


i love today so much!!

and.. ada lagi kegembiraan pagi tadi.. mungkin triple kegembiraan?? ;)


~semoga hari esok lebih baik daripada hari ini~

Wednesday 23 March 2011

keRinDuAn


RINDU NAK MATI!

Thursday 17 March 2011

HikAYat MeRONgMaHaWANgsA

otak aku mereng semalam sebab rasa nak bergonjeng jek, gonjeng tu ape? aku pun tak dapat describe macamana, pandai2 kepala otak kamu la pikir..  dalam pada aku demam2 tak jadi ni, aku berminat nak ikut my old friend pergi tengok cerita epik yang starting dia macam seram2 jangan pandang belakang.. haha..

my old friend ni macam tak confident jek dengan condition aku ni yang degil jugak nak tengok movie ni.. (hidden reason: dia nak belanja).. ;P

mula2 dia confident jek pergi the $ummit USJ sebab tiket murah, sampai2 jek, habis sudah.. ;( pergh aku gaya cakap macam cool jek, dalam hati kenapa lah tak check dulu mamat nih, so, dah area 1030pm tu, aku cakap, terjah sunwaypyraMId je lar.. kalau tak ada, memang tak rezeki lar nak tengok.. nak jadikan cerita, kitaorang dapat midnight show.. 12:20 pm, (aku harap sangat aku tak mengantuk time show ni)

- ampun mama, ayah di kampung, bukan selalu pun tengok midnight, baru beberapa kali jek, paling banyak pun dengan family jugak kan.. ni pun sebab ada orang willing nak belanja, bukan materialistik cuma pandai amek peluang jek - 


~ popcorn, air.. ok set..~

~ dia mulaaaa dahhh ~

selingan:  iklan movie karak seram gila sy**l

~okayh2.. pokus~


pergh korangggg... setiap inci detik pun aku tak rasa nak tidur walaupun aku dah bawak shawl bagai macam blanket sudah.. cerita ni buat aku rasa sentiasa nak tengok next next and next... ;) bagi aku lar, regardless of member aku cakap ada la beberapa teknik CGI tu yang tak berapa 'in' (sebenarnya aku tak nampak pun benda tu!) aku syok jek layan cerita ni..  ;) adalar, part2 yang tak logik sikit, macam darah tak lekat kat pedang?? boleh maafkan ke x? hehe..

if kita mencari kelemahan cerita tu, mestilah kita dapat tengok kelemahan dia, betul tak? alar, mesti ada orang cakap dah obvious lar scene tu cam merepek, blah blah blah..  memanglah not so perfect, tapi bagi aku sebagai penonton yang tak berapa tinggi ilmu perfileman ni, Hikayat Merongmahawangsa boleh dijadikan sebagai benchmark untuk improve more (tu pun kalau adalar company selain syarikat beranimati KRUBerhad tuk melakukan anjakan paradigma, siapa tau, kan?)

BILA LANGKASUKA, EMPAYAR ROM DAN EMPAYAR CHINA BERSATU............

aku enjoy - enjoy dan enjoy sangat cerita ni!! boleh bagi 8/10 tak? ;) ending dia.. (tak moh cite lebih) tapi, beliau mencari maksud kata-kata ibu beliau sehingga ke akhir hayat.....

hmmm, bila tengok cerita macam ni, memang susah takde airbus macam sekarang.  padanlah orang yang nak pergi naik Haji dengan belayar dulu macam nak pergi meninggalkan dunia / berjihad sehingga mati sebab kita tak tau berapa ramai jek boleh survive di air berbanding di udara...

aku suggest kat korang pergi tengok dengan jiwa yang kosong dari anasir2 negatif, hehe.. enjoy the show babe!!

p/s:  kesian kawan aku, elok2 boleh dapat tiket murah, terus naik sekali ganda siap kt sPyramid.. hehe sorry babe! thanks for the treat.. next time if bored and berduit, roger kay.. ;) don't forget to check available ticket first!!

Tuesday 15 March 2011

suPerMan buKaN shUPerMan

rasa dah lama tak blog..

aku balik hari tu, siap ponteng kelas health, nasib baik tak belajar sangat - nekad jek balik pasal hati sangat meronta-ronta mahu pulang .. ;)

hah!! aku dah pakai retainer tuh.. alar.. macam yang aku cerita dalam dua entri sebelum ni tuh.. RETAINER? Bapak arh, agak 'penuh' jugak ar mulut aku pakai menatang ni.  setiap kali  nak makan kena buka.  habis tu, aku yang setiap kali mengunyah tapi tak makan ni cmner tuh? hahhaa.. 'mengunyah tapi tak makan' - good job good job.. mengunyah senaman mulut kot..

leceh seyh, lagi leceh daripada pakai braces siap2 bertampal dekat gigi tuh.  ni kerja asyik nak bukak - pasang bukak-pasang jek dah macam pakai gigi palsu pun ada.. apa nak buat? redha jek lah



p/s aku dah faham perasaan orang yang pelat 's'

Wednesday 9 March 2011

nAk pERgi ke tAk?

hmm.. memandangkan semester ni dah last, so, batch aku sepatutnya menghadiri Malam Pra Graduan lar, or fakulti aku panggil dinner tu as OMEGA.  yang menjadi persoalannya sekarang, ramai sangat yang 50-50 nak pergi sebab mostly tak berapa berduit and tema dia ..

FAIRY TALE !!!

aku pun sebenarnya stil 50-50 lagi nak pergi, FAIRY TALE seoott.. nak pakai baju ape?  tadi google2 image, seronok gak kan tengok baju2 ala2 DDERRRESSS gitu, blink2 bagai, red riding hood, cinderella, snow white, sleeping beauty, u named it, u got it.. araso??? hahah

LEGEND!!
Macam comel jek kan pakai macam ni
i like red ;)
lelaki memang tak banyak option lar..

ni contoh jek, habes, aku yang pakai tudung ni, rasa2 boleh tak pakai macam tu? hehehe.. teringin gak nak pakai nih sebenarnya.. hahaha..

semalam, member aku cakap, janganlah fikir kebaratan sangat, tak jauh pun, fairy tale timur pun ada, tak jauh, pergi tengok movie MAGIKA balik ;)


* if aku jadi pergi pun, aku pakai kebaya nyonya macam nenek kebayan kak ZZ kita tuh.. ;)




VOGUE GITEWWW

pasal tu je pun baju baru yang aku ada..

kecualilah kalau ada readers nak SPONSOR.. (Tiba2 font terbesar sudah.. )

BTW,

ishhh, nak pergi ke tak ni???
(ada masa sampai hari isnin minggu depan nak fikir)

p/s credit google image..

Tuesday 8 March 2011

aNak pATunG

suatu petang, sepasang adik-beradik perempuan bermain anak patung.  
(biasalah kanak2 main anak patung,
rasa macam tak cukup sifat perempuan jek
kalau tak main anak patung, kan).. hehhe


hai, saya kak ya.. ni anak patung saya, orange..
orange pun pakai gown macam kak ya.. ;)



ehhh?? 
kenapa adik nangis? dahlah tak pakai seluar...

 ???????????????????????

hmmmm

 
sabar jek larh..


ibu dah pakaikan yellow baju sepasang dengan adik pulak

adik still nangis2..

kak ya pulak still tak nak ngalah





ni sapa pulak???

aisz cakap:  bisinglar kak ya ngan kak ara ni, aisz nak tidur pun tak senang



TIBA-TIBA
-
-
-
-
-
-
-
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ....

 Lepas penat nangis, last2 adik tidur..


AMAN DUNIA

-end of story-

;)

Tuesday 1 March 2011

miSi LaMa - faSA ke-3

ehem ehem..

setelah hampir 14 bulan menerima hukuman penjara, sekarang gigi aku dah boleh check out!! ... yehaaa..! ni boleh keluar pun sebab janji nak 'berkelakuan baik' hahaha.. lepas ni tinggal lapor diri jek kat kotadental tuh.. selain berkelakuan baik, sejumlah 'ikat jamin' yang menyebabkan aku jatuh sedikit miskin.. ;(.. tapi takpe, berkorban dulu neh...

nak letak pic, tapi macam segan lagi.. ihik ihik ihik (mianggatalpunyagelak)... 

 aku pernah pakai kaler ni, tapi ni bukan gigi aku lar.. contoh jer... ;)


seperti yang pernah diceritakan dulu2.. aku punya gigi pernah jadi sebiji cam ni, dengan segala wire berselirat macam fiber optic pun ada.. asal makan jek mesti sangkut..


 another two weeks my doc said, i'm gonna have this thing as above.. ;)

kepada pemakai2 braces, lets check this out..


credit gambar:  google image..