Friday 12 February 2010

bEBeraPa HaL

wahhh... kenapa aku masih di sini????
saja jek.. tau tau tau
korang semua ramai yang dah home sweet home kan
takpa, tak berapa jam pun lagi turn aku pulak.. hehe..
serious woh, rasa teruja gila nak balik cuti ni, sebab memang tak pernah balik rumah lagi sejak daftar hari tu.. ceh konon2 terasa di perantauan lar.. ;P poyo

hal semalam
minggu ni berjalan lancar, proposal dah hantar, assignment pun dah clear, quiz pun dah settle, cuma tak sempat nak tunjuk article for HR je semalam.
sanggup menangguhkan niat nak hantar kereta kat Kapar semalam sebab nak attend perjumpaan SMF, konon nak jadi sekretariat, hehe.. just try my luck la, sekurang2nya cuba bagi komitmen pertama.. kelakar dow, study macam nak jawab quiz jerk, aku pun rasa macam tak boleh blah masa baca2 tu. rasa macam apa punya student lah kan, pasal U sendiri pun tak tau..

hal semasa
beberapa jam lagi, Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Seri Najib Tun Razak akan datang kat kampus aku yang hulu ni, Kampus UiTM Puncak Alam untuk upacara perasmian kampus.. haa.. pasal ni la yang kita orang dok tercongok lagi kat sini tak dapat balik, kalau tak semalam dah 'nyah' kau dari sini, lebih kurang la.. aishh.. karang tak pasal tak dapat duk sini lagi sem depan, (dapat ker) hopefully la. so, marilah kita mengambil kesempatan melihat beliau bersama isterinya. bukan senang kot nak tengok pemimpin dari dekat, berseri2 kampus aku ni ha dek kedatangannya, siap naik helikopter tau..

cerita pasal berseri2..
aku nak mengucapkan in advance HAPPY ENGAGEMENT to our friend+sis+oldest among us.. hakhak.. MISS NUR AQILAH HASSAN, bersama bakal tunangnya (er, mestila dengan bakal tunang kan) AMART LOCO, (ceh tak tahan nama glamers..) :PP yang bakal ditunangkan 14 February ni.. perghh.. sorang lagi kawan gue nak menjadi tunangan en, tapi memang patutpun.. dah 25 tuh.. dah cukup lemak berkrim dah tu.. ;) tak sabar akak ni nak tukar relationship status dekat fb tuh.. haha.. semoga kekal berpanjangan, nikah dan sampai ke akhir hayat.. ameen...


miss aqilah, yang sebelah aku pakai tudung merah tu.. she's taken guys!! ;PP



aiyaa.. kenapa sudah bertukar warna?

saja nak ambil mood raya cina ini


kartun ni comel lah, pipi gebu2 pow



kepada semua, selamat bercuti, selamat kembali, (dengan 1 piece), selamat menikmati cuti, selamat segala2nya and selamat merayap ke rumah tokey2 besar mintak angpow!!!.. yeehhaa.. mintak sikit!! hehehe...

Tuesday 9 February 2010

taK keNaL diRi seNdiRi? OMG!


BIRTHDAY SAYA PUNYA TARIKH CAKAP MACAM NI...
(bersabarlah untuk membaca sampai habis..)

Curious, Flexible & Affectionate

  1. Versatility is a great keyword for you.
  2. Expressive and quick-witted, you present two distinctive sides to your personality.
  3. You can never be sure with which one you're going to come face-to-face.
  4. On one hand, you can be outgoing, flirtatious, communicative, and ready for fun, fun, fun.
  5. Yet when the other part of you is present, you can find yourself contemplative, serious, restless, and even indecisive.
  6. Both sides of you are able to adapt to life's circumstances well, making you a wonderful person to know.
  7. Things are never boring when you’re on the scene
  8. Favorable Colors: Green
  9. Key Body Part: Arms, Shoulders, Lungs
  10. Lucky Gem: Agate
  11. Strengths: Curiosity, ability to share ideas, adaptable, affectionate, kind.
  12. Weaknesses: Scattering energy in too many places at once, fickle in love, nervous, short attention span.
  13. Charismatic marks: Expressive eyes, quick, bright, often small-boned, refined features.
  14. Likes: Music, magazines, books, music, blogs, chats with nearly anyone, short trips around town.
  15. Dislikes: Repetition and routine, being alone, being confined.
  16. Best environment: Any busy neighborhood, places where people gather to gossip, bookstores, museums.
Okay, saya terjemahkan diri saya pulak kay..
(selepas tergelak sorang2.. hey.. agak accuratelah benda ni..
sumber: biasalah, fb...


kalau ikut translation, saya bersikap penasaran, fleksibel & kasih sayang, Penasaran macam lagu tu ke? penasaran tu macam tak keruan eah? ada jek yang tak kena eah?

  1. versatil?? ceh versatil la sangat, boleh jadi macam2 ea??
  2. Ekspresif dan cerdas, haha.. saya memang muka confident tak tahan, tapi muka je
  3. tak yakin bagaimana itu? adakah saya suka meredah saja?
  4. YES! saya suka deskripsi ini - fun fun and fun.. haha.. anywhere and everywhere..
  5. Namun ketika bahagian lain daripada anda hadir, anda boleh menemui diri kontemplatif, serius, gelisah, dan bahkan ragu-ragu. - ye betul, suka fikirkan orang lain juga (kontemplatif tidak sama dengan kontemporari ya, dia lebih kepada 'thoughtful') and serius?? ya!! saya tegas okay if kena dengan waktu dan ketikanya..
  6. oh yeah.. these two sides of me make myself 'semacam'... anda rugi tak kenal saya.. wawawawahhhh
  7. wahh!! siapa yang pernah bosan dengan saya sila angkat kaki!!...
  8. erk... part ni saya tak berapa agree.. mana warna yang jambu itu? ;(
  9. lengan saya kecik jer, bahu boleh tahan laa.. erk.. paru2? harap2 paru2 saya berfungsi dengan baik
  10. Agate - or nama Melayu dia batu akik, hmm no idea pasal batu ni, dah google pun tak faham.. abaikan jer laa.. boleh buat cincin laa..
  11. Kekuatanku ialah selalu menunjukkan 'keterujaan' (rasanya biasa2 jer) hmm kemampuan untuk berkongsi idea itu ada, beradaptasi - yeah.. sila campak saya di mana2, insyaAllah saya boleh survive.. wee ;) , penyayang - sudah tentu!!, and baik hati. baikkan? (sila jawab sebelum kene .....)
  12. Kelemahan: Penyebaran tenaga terlalu banyak tempat sekaligus,(adakah maksudnya saya sangat aktif?) bertukar-tukar dalam cinta(eh, mana ada!!! tipuu!!), gugup, rentang perhatian pendek. - (means tak dapat perhatian ek..? hu.. sedih.. ;(
  13. Karismaku: Ekspresif mata- (*kenyit cepat!! haha). cepat- (ye! saya tak suka tunggu orang and tak suka orang tunggu saya), cerdas, sering bertulang kecil- (dia nak cakap saya kurus ker?), ciri halus - seperti? soft skill ea..??
  14. wowowow... macam mana dia tau ni?? accurate tuh.. lagi2 yang last tuh.. jom ukur jalan!!, memang pun, saya memang suka berjalan even tak ada tujuan pun ;)
  15. Dislikes: ohh.. memang pun.. boring la buat benda yang sama.. i want more!! haha.. and something new to try perhaps... ;)) er.. i love to being alone la sometimes... and tak suka limited space.. ye.. saya tamak!! haha.. so what???
  16. ceh ceh ceh.. nak cakap saya suka bergossip erk? sometimes laa.. wahh.. kedai buku?? tempat dating ku.. betul tak tipu.. best tau baca buku bersama2.. haha..;)

p/s nasib baik dia tak cakap lagi kelemahan lain:
*suka buang masa, bertangguh.. hehe..
pasal sempat taip entry and baru nak study untuk quiz sok..
babai..

Monday 8 February 2010

buKan SaBtu




ye
.. aku dah balik.. and ye aku tak keluar hari sabtu
tapi aku keluar hari JUmaat (pergi jusco bukit raja and plaza alam sentral) and hari ahad+isnin (pergi tesco setia alam and baru ni ha balik dari KL, lepak bukit bintang and bukit permai.. eh bukit ape entah.. yang dapat tengok scenery satu KL!! cantik sangat2!! langit orange, lampu penuh.. damai gila) nanti aku try dapatkan balik nama bukit tu, tadi dah ingat da..

and natijahnya,

"nanti saya majukan nama awak dekat HEP" oleh Pak Guard. so?

tapi tapi tapi

aku peliklah, kenapa aku macam tak cuak jer? biasa benda2 macam ni aku dah rasa seram2 sejuk. haii.. bila fikir2 benda nak jadikan? padahal sendiri cari pasal hmm... ahh.. peduli arhh.. and memang best arr dapat jalan2 free macam tadi..

Elly, aku tak salahkan kau pun sebab ajak aku. biar kita jalan jauh, luas pemandangan. pasal Pak Guard tu, apa nak jadi pun jadilah. mana tau peristiwa macam ni boleh buat kita tersenyum akan datang.. ;) lagipun bukan kita buat benda tak baik. sekali sekala je kan balik 3,4 pagi... kami bukan buat apa pun, mula2 ingat nak makan2.. tau2 dah sampai midvalley, then sempat 1 frame dekat ampang bowl.. huhu.. nak buat macam mana?

oklah, try to finish up my assignment. if not, mesti "rakan2" bising punya. and get ready lah to dapat surat saman.. huhu.. esok pulak kelas pack.. haha.. padan muka aku..

anyway.. thanx pada rakan2 yang still mengambil berat and sayang kami.. hehe.. jangan risau laa.. kalau dah betul2 over the limit tu, cubit2 sikit je sudah.. poke2 manja gitu..
hehe

Saturday 6 February 2010

maRi siHat2 seLaLu

HEALTH CONSCIOUS

Being health conscious is something we all should be aware of, each and every day. Whether we have MS or not. It is amazing how much illness there is in the world, and how our bad eating habits help contribute to that affect.

We need to make choices that affect our well being - conscious choices. For body, mind and spirit Making choices in the foods we put in our body makes a difference. Someone once said it this way: If you eat fat, greasy foods, you become a fat, greasy dude! If you put doctor stuff in your brain, you become a Doctor, if you put teacher stuff in your brain, you become a teacher, and so on. If you put junk in your mind, that's what you become. If you continually put junk in your body, well, we are less than healthy, right?

baca selebihnya


alhamdulillah, semakin ramai yang sedar kepentingan menjaga kesihatan sekarang.. dekat kampus aku pun ramai yang turun berjogging, tak kira pagi atau lewat petang. suka sangat scenery macam ni... ;) aku pulak, semester ni memang hyper active sikit.. hehe.. aku tau la ramai orang cakap aku dah cukup kurus dah, tak payah nak jogging2.. tapi bukan sebab nak kurus babe, cuma dulu aku terasa my butts** macam lebar, tak padan dengan pinggang yang kecik, peha pun sama. so aku rasa tak stabil. tapi dah lama2 mission aku lebih kepada stamina. (tiba2 nak stamina macam STACY!! awww.. saa saa saa sayang ku mengapaa) nyanyi sudah bah.. hehe..

then, bila dapat rakan2 yang sampai merajuk tak diajak pergi jogging lagi la best,(means diorang pun nak jog gak lerr) tak la rasa bosan kan?, boleh gak merapatkan silaturrahim, tu tak masuk lagi nak cuci2 mata.. hahaa.. dear EF.. jangan marah bah.. hehe

bukan aku jer yang macam ni kat sini, dengar2 orang kat rumah pun sedang menggunakan pendekatan ini untuk menjaga kesihatan. both my parents dah setengah abad tau, and baru2 ni kena buat checkup pasal high blood pressure. aku and along pun macam dah seram2 nak tinggalkan desa masa awal sem hari tu. mana taknya, mama suka mengunyah, dia boleh je habiskan bawang goreng sebalang, tu belum masuk keropok2 dan popadom yang digoreng sendiri.. so oily la mama... lepas tu, aku siap cakap kat mimi pergi sorokkan makanan2 tersebut.. haha..

tapi tadi lain sikit ceritanya, fine, dorang macam dah tak kisah nak makan nasi. paling2 pun sekali sehari. tapi tadi mama cakap adik pulak menagih simpati suruh mama masak sebab dia lapar.. cian adikku.. hehe.. ye tak ye gak, mama ni, dia yang tak nak makan nasi, orang lain pun tak dapat makan sama ... lupa sudah.. adik aku tu pulak jenis kena nak ajak makan baru nak makan.. wahh.. rindu kamu adik2 ku.. tunggu kepulangan angah ye?.. (macam jauh la sangat pergi blajo nyer)

apart from that, aku rasa healthy lifestyle buat aku lebih positif sepositif-positifnya.. contohnya macam hubungan aku dan rakan2, dengan my dear EF, and maybe perception terhadap orang yang baru nak kenal, akan jadi lebih positif. Insya Allah..

(tapi kadang2 tak gak, lelagi bila berhadapan dengan orang2 yang tak tau adab menggunakan lift!)

forget it, sebagai selingan, my dear EF memang selalu buzy, if dulu aku akan cepat marah2 biasalah, mengada2 itu la ini la, tapi kenyataannya tau duty dia macam mana. tapi akhir2 ni, aku rasa lebih peaceful, cool jer, and bila sampai waktunya, kita akan lebih menghargai waktu2 yang sikit itu bersama yang tersayang. betul jugak, siapa larat nak dengar girlfriend membebel2, and benda tu takkan ada kesudahan kan. better put aside (seikhlasnya, please!) and appreciate the time given.. kan lebih baik? masing2 then happy and bersemangat nak buat kerja lain.. Macam aku.. ceh.. ehhe ;)


actually gambar ni tak ada kena mengena pun.. kalau nak bersenam macam ni, tunggu la 7,8 tahun dari sekarang. entah ada lagi tak blog ni entah tak.. haha.. sexy mummy bah! *aish.. tadi mama cakap nak bawak balik bf lepas habis belajar daa.. buat malu orang desa jek nanti..

Wednesday 3 February 2010

kiSah FebRuaRy


hari ni 3 hb dah
semalam 2 hb la kan..
3 to 8 years back aku suka sangat bulan February
aku rasa ramai suka bulan FEbruary
tapi aku suka sebab:
  1. ada cuti raya cina yang tak perlu pergi sekolah
  2. bulan yang pendek
  3. ada tahun lompat yang special
  4. dulu ada Hari Mesra Habab yang boleh dapat coklat, jeli, bunga hehe
  5. first date dengan first love
  6. declare date dengan second love
hehe.. kira macam bulan yang berbunga-bunga gitu... penuh dengan cinta dan kasih sayang tapi setakat February jer laa, March April dah slow
May best sebab start birthday for my family members
then berturut2 sampai bulan October..

kenapa cerita pasal bulan?
oh, bukan sebab orang dah naik bulan tapi aku still berangan-angan bagai pungguk rindukan bulan?
aishh.. aku pun tak tau apa aku dah merepek ni.. just..


i want my EF back...
dear.. where are you... ;(

Monday 1 February 2010

sABtu? sTay biLik? PehLeESs

haha.. tajuk nak eksyen..
siapa berani betting aku tak keluar hari Sabtu minggu depan? hehe.. kecuali kalau ada program kolej/universiti, kira disqualified laa..

kronologi:
  1. sabtu pagi, dapat call, tengok2 number macam familiar, tapi tak keluar nama.. "woi, bangun ar, belanja aku makan.." oohh.. haziq..
  2. sabtu tengah hari, baru jek 10 minit lelap, "weh, jadi tak? aku tengah lepak dengan ina ni"
bila dengar ada ina, aku pun jadi macam, better pergi walaupun mata rasa macam nak tutup balik. then aku pun kemas2 lah buku, assignment, baju sebab ingat malam nak balik Kapar terus. Plan nak jumpa dekat JJ Bukit Raja. sampai2 jer, Masya Allah, ramainya orang. lupa seh, baru gaji, aku dapat parking, diorang tak dapat parking. Andie call suruh keluar balik.

hasilnya, patah balik rumah Andie, letak kereta Haziq, pergi Sunway Pyramid dengan kancil aku, jimat kan? hehe.. tapi lepak kot, jem, longgar lutut aku, manual pulak tuh.. dalam pukul 4 lebih kot, dapat parking kat roof top, then decide nak main bowling. memang ramai sungguh la manusia kat sana sabtu lepas. pening aku



4 of us, kenalkan from left aku, ina (amalina) andie and haziq
baju nak dekat sama, tak plan pun ;)


jejaka idaman Malaya.. kuang kuang
nak borang tak?


happy gila jumpa ina, 3 tahun tau tak jumpa... ;)



hehehe


nak balik dah pukul 7 lebih tu, hujan lah pulak, then kami decide masuk balik, tunggu reda sikit, kilat tengah sabung menyabung.



dah sampai shah alam, haziq kene balik rumah dia kejap pasal tokey perabot nak hantar barang, then pergi la lepak Bangi Cafe Sec.7... laa.. baru aku tau rumah ina kat situ jer. masa ni jugak aku tau andie duduk mana.. pastu kami pun borak2 la sambil makan and sambil tunggu haziq.. time ni dah ngantuk dah.

andie cakap dia ada LDK hari Ahad, tapi kami paksa dia jugak ikut pergi uptown shah alam, nak ajak Rizal gak, tapi dia ada curfew.. so, pergi jugak arr.. jangan gelakkan aku sebab aku memang tak pernah pergi situ.. hehe.. then lepas pergi uptown, pergi lepak dataran kejap sampai pukul 2. Andie nak balik dah, kesian pulak dia. lepas hantar andie, pergi Barra Cafe pulak, supper.. hehe sambil tengok bola sekali..

tau jek la bila waktu tidur aku dah terlepas memang susah jugak nak tidur, tapi takkan nak duduk situ gak, then balik, mandi2, borak2 tidur pukul 4 sebab esok dah ter'plan' nak pergi tengok movie pulak kat bukit raja.. amek kau.. berjalan sakan

andie tak dapat ikut, tapi takpe, saje je bakar dia.. haha.. kami tengok 'toothfairy' not bad la story dia, then area pukul 5 dah hujan. tunggu reda jap and aku pun terus balik puncak dengan jayanya.. haha.. best gila arhh.. happening!!! lain kali nak lagi!!!

duit habis jangan cakap la, tapi having fun with friends sangat memberikan kelegaan untuk aku. hehe.. nasib assignment sempat siap.. plus.. kelas batal tadi, sempat la nak qada' tidur kejap.. hehehe..



before i forget, sempat beli satu buku dekat MPH

rommate aku kata,

"ei ei.. fiqa beli buku budak kecik.."

nampak childish ker?

well, i'm still the beginner.. (^_^)