Tuesday 26 January 2010

biNa jaMBatAn


hmmm.. hmmm...
nama saya afiqah
hobi saya membaca
membaca jambatan ilmu
tapi saya suka buat jambatan dalam Malaysia je
saya teringin nak buat jambatan ke UK or US pulak
masalahnya;

"how i am going to start to read english book?"

(actually bukan la masalah besar pun)
secara rendah dirinya, as a beginner, buku macam mana yang sepatutnya saya mulakan? yang nipis pun tak apa. kalau dapat yang menarik untuk terus melekat lagi best.

any suggestions, friends?


tq..

p/s: harap masih belum ketinggalan lagi.. ;(

Sunday 24 January 2010

kERja? aKu BuNtu

bila bincang2 pasal masa depan (oopss.. bukan kahwin eak) aku tiba2 jadi terkelu. if my ef lepas servis 10 tahun dengan army, then terus plan nak mintak pilot lak. abes aku? takkan nak jadi stewardess, jadi awan afiqah lah pulak. tak sedap langsung bunyi. huhu..

serius weyh.. if uitm dah tak nak fresh graduates jadi lecturer, aku nak jadi apa ni? JPA pun tak dapat, perghh.. terkontang kanting aku.. duit nak bayar PTPTN nye lagi.. bla bla.. etc... haa, berjoli lagi, berjoli lagi sampai tak fikir masa depan, ni la jadinya. aku ni pun, betulke nak jadi pensyarah? pendidik? yang macam mana pulak (sebab before ni, sebok sangat menentang dalam diam marking style lecturer sendiri).. aduh.. ish.. jangan mengeluh..

sampai sekarang aku fikir, betul ke pejabat banyak kat Malaysia ni? (maklumlah, aku kan ambil ijazah dalam pengurusan sistem pejabat) last2 aku sendiri tak ada sistem pemikiran yang logik, yang jauh, yang tak terjangkau dek akal. tak pernah pulak aku fikir takkan hari2 ada pejabat baru nak bukak. tak masuk lagi dengan beribu2 orang yang mohon nak kerja. pergh, kalau tak ada cable memang payah la nak dapat..

nak kerja apa ni wei? studies tinggal setahun jek babe.. nak buat master dulu ke? lepas tu, bila nak start kerja nya cik yob oii...???

Monday 18 January 2010

GeNtiNg HiGhLanDs in mEmoRy



kami
: Afiqah, Syuhada, Faramy, Ajin Hazny, Ellyza, Fieza, Mimie, Ain Akma, ct Noraini,and ct Aisyah

Alhamdulillah setelah berpenat lelah, memerah otak dan keringat lebih kurang 2 minggu, kami ber10 berjaya merancang vacation ke genting highlands!!! yehaa.. tahniah untuk kami!! padahal pergi genting jer, belum pergi bandung, bali ke lain2 tu. tapi, iyelah, vacation needs planning kan, takkan main taram jer..

Belanjawan:
tiket bas pergi+balik, +
tiket skyway pergi+balik, +
outdoor theme park =
RM 35.00 seorang

Makan:
dalam RM 10 seorang

Snow world (wf pic) + flying coaster:
RM 20+RM 10

Extra:
toll, minyak kereta, LRT ticket,souvenier etc
RM 10+ RM 10

= below RM 100//!!

Tentatif:
  • 6:20 am: gerak dari puncak alam (padahal janji 6.00 tepat ;P )
  • 7:30 am: sampai di kampung baru (parking free - rumah mak itam)
  • 8:10 am: naik LRT ke Terminal Putra, Gombak
  • 8:30 am: sampai di Terminal Putra
  • 9:00 am: naik bas genting ke stesen genting+skyway (memang sharp)
  • 9:31 am : sampai kat stesen genting+skyway
  • 9:35 am : beratur kejap, then naik cable car terus
  • 9:50 am: sampai atas - genting kompleks first world ;>>
    ( memang teruja sangat2 because at first, aku budget pukul 12 baru sampai atas)
  • 10:20 am: sempat sesat nak cari outdoor theme park, siap naik level casino haha.. and letak barang kat locker, then terus beratur main games.
Games yang kami main:
(even ada yang tak main)
  1. spinner
  2. cyclone
  3. corkscrew
  4. space shot
  5. pirate ship
  6. dinasour land
  7. pirate train
  8. flying coaster
  9. snow world

faham2 jer la bila weekends, memang ramai sangat orang beratur, tapi nak buat macam mana, aku and ain still ada kelas hari jumaat. apa2 pun memang puas hati gila. aku paling suka flying coaster and space shot, even pada mulanya macam tak jadi main.



genting waterfalls

kesejukan after membelah awan di space shot, ajin, ct and adah tak naik space shot

keterujaan selepas warm up di spinner

decoration dalam first world hotel

berjalan2 mencari souvenier, last2 bergambar sakan


we are here babeh!


London bus?

indoor theme park ferris wheel

reflexology pada sape yang dah sakit2 kaki tu


sejam tunggu turn nak main cyclone, silap percaturan di sini


dalam skyway cable car!! geli perut den

sambungan tentatif:
  • 6:20 pm: berlari2 mencari arah keluar ke skyway gate
  • 6:45 pm: turun naik cable car ke stesen bas genting+skyway
  • 7:05 pm: mencari2 souvenier, last2 dapat bookmark jer
  • 7:15 pm: naik bas pulang ke Terminal Putra
  • 7:45 pm: sampai kat Putra, naik LRT balik Kg. Baru + Setiawangsa
  • 8:00 pm: sampai rumah Mak Itam, then makan2
  • 9:30 pm: gerak balik Puncak Alam, before that, singgah Shah Alam hantar Nene
  • 11:30 pm: sampai Puncak Alam
p/s gambar terlalu banyak, nanti view kat fb okay

-The End-




Tuesday 12 January 2010

nAK taYanG ke Tak?


cinta lagi??


aku rasa terpanggil nak menulis pasal ni dah lama, then, bila baca blog elly pasal, betul ke kita memang confirm bf/pakwe/kekasih hati kita sekarang akan jadi milik sah kita, milik mutlak kita? confirm ke?

it's hard to say now, sebab pantai lagikan berubah inikan pula hati manusia ceh.. (cepat cari maksud peribahasa ni) tapi betul what? macam aku dulu, aku pernah melalui fasa 'couple' yang boleh tahan lama, and aku rasa kami matured. yup! time sekolah, form 5 sampai first year diploma.. 3 tahun lebih kurang la.. ok, ok, da nampak perkataan sekolah tu dah tau dah, cinta monyet, beruk, ungka semua kan. fine.. tapi, time tu lah aku rasa konon2 dialah satu2nya yang terakhir, yang bakal menjadi suami bla bla bla, sampai boleh makan2 dengan family aku lagi (kalau tak serius, tak kan bawa jumpa family punya) and bla bla bla

end up, kami clash, sambung, tarik, tolak and sewaktu dengannya. last2 still kawan, tapi dia bukan lagi yang teristimewa sampaikan segala waktu untuk dia, budget sehari seringgit nak ber'sms' dengan dia dan lain2 lagi like couple time dulu.

so, conclusionnya, selagi tak bertunang, aku tak rasa kita boleh mengharap pada 'perhubungan' itu, fine, katalah masih muda, awal sangat nak bertunang, or nampak sangat dah menggatal nak kahwin, tapi, if dia ada plan ke arah itu (tunang) dia akan jaga kita sebaiknya, takkan kongkong kita and percaya kita. anyhow, when dah tunang, haram bagi orang lain mengacau perhubungan itu, haram tau kacau tunangan orang, how serious it is... but, tunang pun bukan tiket nak 'sah'kan hubungan like husband and wife. senario yang berlaku pada remaja sekarang, even tak bertunang pun dah macam tu kan.

then, wujud lagi satu persoalan, pasal tayang bf yang belum jadi milik kita. contohnya di facebook yang paling nampak la kan? (this is my point of view), i admit at first i was like, my bf tak nak announce me as his gf and expose our relationship etc. orang lain relax jer write up 'in relationship' with bla bla bla.. nampak macam best, macam jealous gila!! but then, bila fikir2 balik, it's good (bukan nak cakap aku baik) tapi when my friends menjadikan status tu macam lagu Stacy- pakai buang, mestilah jadi cam 'ado' tak sedap nak tengok. kejap single, kejap plural, kejap double, kan? tapi tak kisahlahkan if mereka nak pamerkan kebahagiaan mereka yang diharapkan berkekalan, kalau putus jugak, maybe tak ada jodoh la tu.. cuma, kalau aku di tempat mereka, maybe aku segan, sebab kawan2 pun baca apa kita post semua, macam nak rak bagai segala, bila dah tukar status tu, dah jadi lain kan? malu wei.. tak masuk gambar2 lagi..

for me, berpada2 lah and bersederhana, itu aku. dulu pun gonjeng jugak nak tayang satu dunia bf siapa paling handsome haha.. tapi itu dululah.. time belum cukup bijak.. ;)

p/s
  • aku sendiri remove my EF from friends at fb sebab tak nak benda remeh temeh menyesakkan kepala otak buat aku tak percaya dia
  • harap sesiapa pun tak terasa, that is what i am thinking right now
  • tahniah kepada rakan2ku yang dah berkahwin, bertunang dan bakal bertunang (^_^) soooo happy for u guys..

Monday 11 January 2010

haPPy biRThdAy aJiN!


wahhh..
11 januari... birthday siti!!! siti nurhaliza.. huhu
tapi takkan la aku ada pulak gambar siti nak dimuat naik di sini
tapi tak apa aarr..aku story sikit pasal seseorang yang pernah meminati siti nurhaliza suatu ketika dulu, and maybe juga sekarang... (err...)

AJIN!!!!
January 5th 1988


selaku rakan yang paling 'berusia' dalam kalangan kami and kebetulan rakan baiknya, fieza baik hati nak plan simple celebration, aku pun bermurah hati menaja kakiku untuk menekan padel minyak kereta ke %secRet rEcipe%!!

si fieza yang awal2 dah blah kat bilik kita orang sebab konon2 tak nak layan ajin melayan perasaan.. nakal betul budak ni



dekat rumah aj, ely and fieza berusaha memasang lilin, cuak gila sebab kek tu hampir cair


ajin tengah tiup lilin

kami berjaya men'suprise' kan ajin!! masuk2 jek, ajin tengah berbaring di katil. bila kami masuk jek dia cam terus melompat bangun.. and... nangis wa cakap lu!! haha.. tengok tu rambut dia serabai, sebab konon2 nak cover dengan kita orang.. haha..



ajin memotong kek, yang lagi dua orang tu menyibuk jek.. haha.. tapi dia orang kira baru jugak lah menjejaki 21 tahun, birthday on december.. yang penting, the owner paling muda ;P


bergambar dengan rakan2 lain.. ^_^



birthday girl relax jer makan berdiri.. sebab yang lain2 dah port atas katil dia..




siapa tah ni? sibuk jugak dia



nama benda tu kalau tak silap uku lele?? haha.. correct me ajin.. ayah dia bagi.. ;)




and these are from aku, aj and ely. fieza dah bagi advance awal2... ;)

so, di kesempatan ini, aku nak ucapkan:
  • selamat ulang tahun yang ke-22
  • semoga menjadi anak, kakak, adik, anak murid, sedara mara and kawan yang baik kepada semua orang
  • be more mature ;)
  • semoga berjaya dalam apa jua yang diusahakan ;O
  • love u..

Thursday 7 January 2010

toLOng fiKiR jaUh siKiT boLEh?

AM
  • 7.00 - bangun (lepas dikejutkan aj,nasib baik syuruk lambat)
  • 7.46 - warming up+walk+slow jog+jog+borak etc
  • 8.35 - cooling down+mandi+bersiap ke kelas
  • 9.15 - tinjau kelas, lecturer and classmates tiada
  • 9.30 - sarapan nasi lemak (sambal dia sedap, tapi tak dapat gigit kekacang and ikan bilis)
  • 10.00 - balik bilik, buat name tag for kelas, print, baca blog orang, business buku
PM
  • 2.30 - meeting pasal trip to genting
  • 3.30 - berfikir
  • 4.00 - berfikir
  • 4.30 - tanya kawan2+berfikir
  • 5.00 - berfikir lagi
  • 6.00 - terus berfikir
  • 6.30 - mencari konklusi
  • 9.00 - meeting sambil makan mee segera
actually aku berfikir pasal trip to genting bersama kawan2. nampak mudah, mudah kalau jadikan dia mudah. i can't stop thinking about it even though i haven't ask for my parents' permission yet.. gila kan? it's not about nak tunjuk terror, like what i felt before, feel not confident to lead the group, but then, i just share my opinion that might be easier and cheaper for entire group. there are many ways to survive in this short life, we have many choices and we should take the responsibility towards our choice.

finally, kami tak jadi nak overnite di genting, save budget and save time. apa yang nak jadi lepas ni pun jadilah, if we dont try, how we gonna know it's working rite? this is our first time, takkan nak perfect. sampai bila pun kita takkan belajar if kita tak ada salah

for now on, aku rasa macam dah boleh nak tidur lena, sebab cadangan aku tentang tentatif to genting diterima oleh majority of my friends. aku bukan saja2 nak menyesakkan kepala otak aku berfikir untuk benda ni. it's really hard babe, tapi untuk melakukan sesuatu untuk kali pertama, kita tak boleh nak redah jer, kita tak boleh nak sombong, tak boleh nak ikut kepala kita predict everything will going smoothly and positively.. setiap perkara mesti ada risiko.. we need to have Plan A and Plan B dalam hidup termasuk dengan apa yang kita lakukan. researches, surveys, all sorts of that.

for me, sekali lagi aku cakap, aku bukan saja2 nak jadi leader or bossy to do this and that or doing all things using my way. i just try to make things easier.. huh.. tolonglah faham..

selebihnya, sempena peningkatan usia, it's good for me untuk 'mengembangkan' perjalanan otak aku untuk berfikir dan terus berfikir perkara2 yang lebih serius pada masa akan datang.

thanks friends.. love u guys yang support me..



*nice try babe, think too much sampai lupa makan.. congrates to myself...*

Wednesday 6 January 2010

jaNgaN biSinG

hi..
hello..
mood tidak berapa bagus sebab tiba2 aku berasa tidak sihat
macam pening sikit tambah ngantuk
mujur tak terus tidur lepas balik kelas pukul 6 tadi
kalau tak jadi macam semalam terbangun pukul 9 malam lantas tak boleh melelapkan mata sampai pukul 3 pagi.. pulak tu harus bangun seawal 6 pagi hari ni tambah2 lagi class pack sangat2.. hurm sedih.. ;( eh bukan, frust di situ

hari ni beberapa pensyarah memunculkan diri setelah kami menanti 2 hari.. BEL (english) course masih belum memecahkan rekod untuk mendatangkan pensyarah kepada kami haha.. merepek pulak.. ah.. lantak kau.. course lain, HRM = haram, haha bukan aarh, Human Resourse Management 'memberi' kami Ms. Ain, lecturer baru di UiTM tapi bukan di tempat lain... for afternoon class, we have our KP, bukan kaki pukul tapi Ketua Program, Mrs. Haz untuk subjek IBM (introduction to international business) and then, Mrs. Ramita for course AOM (Administrative Office Management III),, surprisingly.. she asked us kenapa tak datang hari isnin lepas.. OMG!! alah.. yang waktu aku bantai tidur sampai petang tu.. and bukan aku jek.. seluruh kelas D tak datang.. hebat.. sebab rumors all lecturers ada meeting.. yang sedap tu, dah la gabung dengan budak A and diorang datang semua wa cakap lu!! dah tu, memang tak respon dah la, memang dah kantoi tak datang.. habis dah 1 ponteng dikira.. tu yang rasa iskkk.. macam nak toott aje... frust tu..

lecturers?? erm.. i keep my ketidakpuashatian separuh di dalam hati, dan separuh di dalam kereta.. dunno laa.. masih terlalu awal untuk predict, judge, what so ever.. kita dah lah nak belajar for satu semester, so macam mana nak dapat keberkatan tu if asyik nak blaming others.. tapi pada masa yang sama, feel like, "please, please treat us like an adult".. kalau bising bercakap di belakang and terus suruh duduk depan like budak darjah 1 macam mana pulak tu kan? salah student ek yang bising? c'mon.. belajar needs some humor... just hoping that everything can go with the flow throughout this semester... tak laratlah nak fikir kenapa dapat markah 3 3/4 segala.. (ceh tetiba)

i got some problem to remember the full name of all courses, lagikan the code.. sumpah tak ingat, it's okay, as time goes by, kenalah ingat, nanti confuse susah pulak. feel exhausted today maybe sebab straight 4 classes.. 8 to 10, 10 to12, 2 t0 4. 4 to 6.. just imagine i'm gonna get through this every wednesday.. (selamatkanlah tubuh badan dan organ2 dalamanku.. ameen)

okay.. gerak dulu sebab nak cuba petua bila terasa rindu, eh terasa nak demam - taking shower ~lalalala~..

Monday 4 January 2010

oMeLan sEm bArU

ini bukan jadual kelas aku.. tak apa kalau tak nampak...

1. kelas
adoi... (okay.. dah janji kat fb nak kurangkan caci maki) tapi kalau setakat cakap sengal, kejadah tu boleh eh? hehe.. tapi memang teruk juga aarr jadual.. macam mana nak balik for appointment ni? hmm.. pagi tadi pergi gak kelas, tak apa aa, tak jalan kan.. (AJ la ni, bersemangat waja tak nak rosakkan reputasi) dah agak dah tak ada lecturer.. tapi, last2 petang tu tidur sampai ke sudah even tak confirm betul2 ada class or tak.. haha.. main bantai jek..

bila fikir2 balik, tak sure kan boleh drag time ke tak, so, nak tak nak mesti aar kene harung gak kan untuk satu sem? nak marah2 pun, macam tu jugak aa.. terpaksa laa fikir positif je ni..

2. bilik
so far, ok la, still dengan roomate and housemates lama.. just fine sebab kami tak pernah ada big problem.. barang2 pun aku rasa tak la sebanyak yang aku bawak before ni, macam kemas kejap jek da seetle.. locker pun macam tak penuh.. laci meja pun kosong sebab dah tak ada benda nak letak dah .. meja pun cun jek boleh letak printer semua siap cuma socket cable tu kali ni tak di tempat aku.. tapi waniz still bagi aku pakai line macam dulu.. heater pun dah simpan sebab dah ada water heater and water cooler.. senang nak buat susu... yeay... ;)

3. services
hehe.. alhamdulillah printer aku masih elok so printing service akan kembali beroperasi. oh, kena cepat beli ink.. topup pun akan ada gak.. macam biasa laa. nak charge lebih boleh tak? pasal gula dah naik kan? hahahaha

4. campus life
kena bangun seawal 6 pagi, or earlier than that. sebab aku kena sarapan and gosok gigi yang penting. kena pantas sikit buat kerja, tak boleh nak leisure2 melagho lagi.. malam pula, depends dengan assignment, group project whatever.. pun kena minum susu jugak, gosok gigi, iron baju siap2 if tak penat, solat and amalkan pakai krim malam.. kena jadikan habit if nak jaga kulit sekarang... ohh.. kena beli sports shoes secepat mungkin sebab tak nak jadikan alasan tak nak joging sebab tak ada kasut heh.. haha.. and, if kelas tak banyak, jalan kaki jek la.. exercise... and (tak habis2 and), makan nasi sekali je la sehari, cukup kan.. the rest makan biskut,roti and minum susu (lagi?) lepas tu, rasanya tak payah shopping sangat kot sem ni sebab tak ada perayaan pun.. haha.. berjimat sikit babe.. simpan duit..

5. barang nak beli
ceh baru cakap nak menyimpan duit tapi still ada barang nak beli.. HANDPHONE?? 3G? GPS? no no no letak tepi.. no budget for that.. aku tinggal nak beli watch (tu pun tak tau lagi nak beli baby-G jugak ke tak) :(... and sports shoes la.. tu jek kot.. and baju kurung sikit and.. ceh dah.. full stop!! haha

ok laa.. nanti jumpa lagi.. selamat menempuh sem baru.. jaga mindset anda..(ok, saya juga) ;P
jangan cakap susah, takut selamanya susah..

"TALK FROM EXPERIENCE"

Sunday 3 January 2010

weLcoMe 2010 goOdbYe 2009

welcome back...

and welcome 2010!! happy new year to all readers...
just a simple and quick post..

  • hope this will be very bright and colorful year to me and all..
  • hope to gain success and better life
  • want to be more mature and sensitive toward others especially my parents
  • want to avoid money problem that may make me sick
  • wish that my relationship with EF going smoothly
  • wish all my dreams come true


HAPPY NEW YEAR!!!!

KABABOMMM!!!


credit:
kr.blog.yahoo.com/