Monday 25 April 2011

seLepAs sEbuLan

hai.. lama betul aku bertapa kat rumah.. hampir seminggu.. gila arh satu keja apa pun susah nak buat.. lazy gila.. tambah2 lagi aku sekarang tengah musim angin monsun timur laut layan menatang2 korea neh.. aduh duh.. lepas satu, satu.. dari tv series ke variety shows.. memang saje2 kill the time lar orang cakap.. study ke mana, assignment ke mana.. hampeh..

hmm.. diam tak diam, hampir sebulan dah kejadian tu berlaku.. and seriously ni la kali pertama aku betul2 dapat tengok keadaan jfp aku ni..



untuk kawan2 or siapa2 yang tertanya-tanya.. ni lar yang dapat aku share.. honestly, ayah cakap memang dah tak dapat nak buat apa lagi dengan kereta ni.  mungkin kena lupuskan je lar kot.. ;( kena kumpul duit sendiri beli kereta baru..

p/s:  'patah kaki' gila takde transport! ;(

Thursday 14 April 2011

keNapA suKa BaZir mAKanAn?

hai.. asyik cerita pasal diri dan life je kan, so, terasa nak cerita pasal kesedaran sivik sikit. hmm.. ce cite ce cite gitu.. haha.  topik hari ni ialah pasal pembaziran makanan. intro dia, mula2 start dari aku lar, kalau aku beli makanan, contohnya beli murtabak rather to nasi ayam kat pasar malam, kawan aku tanya, makan tu jek ke? aku selalu jek jawab nak diet, haha.. pastu nanti dorang cakap, ko dah kurus tak payah diet2 bagai.  aku tak taulah if aku nak cakap aku ni kedekut, taklar kedekut, just aku tau sampai tahap mana aku boleh makan dengan tank aku yang kecik nih.  so, taklar membazir kan?..
 

contoh lain, aku paling pantang if pergi kenduri kahwin or makan2, ada lar si polan2 tu jenis main ambil makanan tak hirau orang lain.  kalau makan semua takper jugak.  pastuh nanti tak habis,.berlonggok2 atas pinggan ala2 makan cubit sikit buat syarat jek. hadoi!! orang2 lain yang lambat sikit tu dapat serbuk2 jek kang.  aku tak berapa faham la orang macam ni.  kan kita digalakkan bersederhana, betul tak?


aku rasa benda ni asuhan dari family gak.  aku cakap ni, mana yang positif boleh la ambil ye, bukan niat nak eksyen lebih.  tapi parents aku memang mengasuh kami macam tu dari kecik, dorang tak cakap pun, tapi action dorang yang buat kitorang follow and apply dalam kehidupan seharian.  makan ambil yang nak jek, baju beli yang nak pakai jek, tapi tak bermakna ktorang tak pernah makan besar.  if birthday or hari2 istimewa pun ktorang celebrate gak, makan2, tapi mesti akan habis ape yang diorder.  bapak aku jenis if tak cukup baru tambah, taulah dah makan ramai2 tu, kadang2 cepat kenyang dari makan sorang2 kan?.. (ceh dah tercerita pasal diri lagi.. ) ;P

takperlar, biarlah orang nak cakap aku kedekut tuk makan ke ape ke, janji aku tau apa yang aku makan, tak membazir, kan banyak2, buat basi jek, buang, dah sayang dah.. taular Malaysia ni tak pernah kekurangan makanan kan.  aku ni sebenarnya makan kerap instead of makan banyak at one time. bayangkanlah kerja asyik mengunyah jek sampai aku susah hati tak consistent pakai retainer pasal benda alah tu kena bukak bila nak makan.  sebab tu lar kot keghairahan aku terhadap makanan berkurang.. hahaa..

eh, aku bukan tak bagi korang makan tau, cuma beragak-agak dan bersederhana lah ok? nanti lain kali cerita pasal pembaziran tenaga, air dan lain lain lak..


kesian dorang neh tau tak dapat makanan


untuk renungan bersama:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.�
Hadith Riwayat Bukhari...

jangan jadi kawan dia nih tau.. 

Monday 11 April 2011

fiNaL wEek suDah

hai.. takde ape nak cakap sangat.. just minggu ni minggu last before study leave and final examination.. pejam celik pejam celik, dah nak masuk 5 tahun, non-stop  berada dalam campus life ni, diploma, degree.. hmm.. aku tak mohon pun Masters, sebab aku tak boleh tak pegang duit kot, hahaha.. terasa nak kerja dulu la pulak..  takpelah, aku harap suatu hari nanti masih ada lagi keinginan dan keminatan nak further study.. (niat tu penting..!)..

so far, hari ni Isnin, due to the MC leave, group aku dapat postpone the submission of the assignment.  aku rasa pinggang aku ni macam nak meletup dah kerja duk ngadap jek lappy neh.. tapi aku bersyukur gak sebab bila aku rasa aku tak dapat buat, kawan aku back-up, bila yang dorang tak dapat buat aku cover, so, boleh rasa flow of the work tu agak smooth.  tadi, dah nak hantar ni, kena virus shortcut pulak, dah sudah.  2 kali kami hantar assignment betul2 sebelum pukul 5 even rasa macam nak give up jek.  hari tu motor pancit, ni virus lak.  tu pun, sebenarnya kira cepat la tu buat kerja. 

sekarang pergi kelas and pergi makan tumpang orang, pasal kereta kawan kesayangan aku ni masuk wad, kesian dia, kesian kat kita orang.. huhuhu.. orang bengkel tu cakap hari rabu boleh siap. terpaksalah mintak belas ehsan kawan2 lain ni ha.. hehe.. takpe, dorang memang semua baik hati.. ;)


esok ada 2 tests, rabu 2 tests, khamis presentation (last punya) and jumaat satu test.. boleh balik sudah hari jumaat, tapi kami balik lambat sikit kot, focus dekat research pulak..

26 april ni, aku kena return Hospital Melaka untuk follow up check-up.  aku rasa sekarang cam dah boleh bangun macam biasa cuma aku ada masalah sikit dengan dada and tengkuk.  kalau batuk, bersin or gelak sekalipun agak seksa sebab terasa sesak, perut pun cam senak sikit. 

owh, last saturday aku pergi jugak Majlis Pra-Graduan - Fairy Tale tu ;)... tapi aku tak dress up sangatlah, baju pun tak sempat beli, pakai mana ada jek ;) Happening seyh cos dorang sangat rajin nak ikut tema, baju cantik2 gila !!!! semua rasa macam princess and bidadari turun dari kayangan.. heheh.. nanti aku story lagi, harap cerita tak basi! haha.. daa~~

p/s:  nak tidur, tapi tak baik lak tidur asar..

Sunday 3 April 2011

spORt chEcK!

7:23 am...

my mom done sport checking me today!! elok jer masuk toothbrush dalam mulut lagu britney spears memekak.. nasib aku ni jenis stock suka bangun pagi..

mama: hello, dah bangun....?
angah:  dah2.. tengah gosok gigi..
mama:  dah subuh dah sumer?
angah: dah2.. (even tadi cam terlajak sikit, subuh gajah.. astagfirullah..)
mama:  camane hari ni?
angah:  tadi nak bangun, sakit belakang jugak lar..
mama:  tilam kau camane?
angah:  tebal la jugak, tapi kan takde katil, so tak tinggi.. duduk dulu baru baring or bangun.. mama baru bangun ke? (eik, aku lak yang tanya mama).. haha
mama:  ha ah lar.. penat jugak ni, tak pergi kelas haji hari ni..
angah:  tengok af tak malam td?
mama:  mama tak tengok, tidur terus bla bla blaa...

borak2 lar, sampai aku sakit pinggang, sampai aku rasa mulut aku pahit sebab toothbrush still ada dalam mulut.. haha.. ayah salah jalan semalam, mana tah dia pergi nak masuk highway, penat aku ajar.. takpelar.. hmm.. kesian dorang, bukan kuat sangat dah tu pun, dah 51 masing2..

tadi, terjatuh, rase pitam kejap, sedar2 dah terduduk depan pintu toilet, mug dah tergolek2.. hmm.. bahana tidur siang.. (aku memang tak boleh tidur siang sebenarnya..).. sakit jugak ar pinggang.. baring kejap.. hmm.. pastu slowly pergi mandi..

eh, dayah datang hari ni!! yeay!! taklah bosan sangat.. borak2 dengan mak dia semua.. ah kau, semua nak cerita.. kan terapi... ;)

Saturday 2 April 2011

JFP.. aKu ReDha peMErGiaNnMu

hampir seminggu.. selepas kejadian.. kalau dalam biodata dulu2, aku tak pernah tulis pengalaman pahit dalam hidup sebab aku rasa semua benda macam best dan happening je. takde la rasa pahit2 maung mahupun sedih2 alam ni.  tapi kali ni, aku rasa, aku dapat penuhi ruang kosong tu (kalau ada rasa nak buat biodata bagi boipren) dengan.. mengalami kemalangan jalan raya..

REDHA... alhamdulillah aku redha, walaupun kadang2 aku rasa aku macam separuh redha bila teringat dan terimbas.. tak redha ke aku?  biar Allah yang judge aku sendiri.

'Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan segalanya'

HIKMAH?

- Allah nak suruh aku fokus dalam pelajaran, bukan berpeleseran
- Allah nak suruh aku berbakti kepada ibu bapa, bukan kepada orang yang tak sepatutnya
- Allah nak uji aku, Allah sayang kat aku, kawan2, dan orang2 di sekeliling aku
- Allah nak bagi peluang kat aku, perbaiki diri
- Allah bayar cash untuk segala dosa yang aku buat selama ni supaya aku sedar...

sometimes, i miss my JFP.. maklumlah, kereta pertama, walaupun bukan aku yang punya. gila kau tak rindu, dapat2 lesen jek, ayah ajak aku g kedai kete nih, test drive dengan aku, bayar2 sume depan mata aku, balik2 jek, aku dah round2 jalan padang, (umah lama) dengan padang bukit kerajaan tuh.. ayah siap buat extra garage tuk keta nih..

aku mahir memandu dengan JFP, aku pergi kelas dengan JFP, aku bawak adik2 aku jalan dengan JFP, aku lepak2 dengan kawan2 dengan JFP, aku pergi dating dengan JFP, aku accident ringan2 pun dengan JFP, banyak sangat jasa JFP dekat aku..aku SAYANG sangat dekat JFP.. baru berkira2 nak pakai kereta tu untuk pergi kerja nanti (lepas grad) and ada jugak berkira2 nak modified, mekap sikit2.. tapi nampaknya, kena kerja keras nak beli kereta lain lah lepas ni..

untuk beberapa ketika, aku masih tak tahu lagi hala tuju aku without JFP... rasa bersalah nak mintak tolong dekat kawan2, nak mengambil or menghantar dengan keadaan aku yang masih belum pulih sepenuhnya ni.  kalau betul2 dah larat, mungkin tak kisah naik bas, cuma takut tak tahan badan nak merebut queue je ni..

tika dan saat ini, aku masih belum mampu nak belek gambar JFP yang dah total lost, seriously, aku takut aku sedih.. ada tertengok sikit, hurm.. mungkin satu hari nanti...

tinggal kenangan......
insya Allah aku redha.. doakan aku...
kereta boleh cari, tapi NYAWA tiada galang gantinya..
yang penting, aku dan kawan2 selamat...

gambar last JFP kebetulan gambar last aku super duper happy.. previous entry..