Monday 22 March 2010

siNgKat dAn beRmanFAat

actually ni cerita pasal last 2 weeks. aku balik hari Jumaat, 12 February.. mula2 aku ingat nak balik khamis malam, then my ef macam ada ura2 boleh keluar, (tapi tak jadi) so aku postpone la ke Jumaat malam, then, mintak la one of my friend, Adi tunggu kat pudu, tak seram pulak kan balik malam2.. luckily dia pun nak balik kota jugak sebab cuti sekolah.. so, kirim lah terus tiket.. nasib baik ada tiket and ada kawan..

habis kat situ, subuh2 sabtu sampai kota, parents amek kitorang, then sempat la pergi pasar borong.. ayah pulak sibuk tanya2 parents Adi, rupanya memang dia kenal la.. alaa, ayah orang kota siapa jek dia tak kenal, duduk sini dari bujang.. huhu..

sabtu petang pergi beli tiket seremban kat larkin, then jalan2 dekat angsana, pow ayah barang kereta sikit and murtabak kg. melayu.. tapi.. sekarang macam dah lain pulak rasa dia.. sedih.. ;(.. tak sama macam dulu. cuma yang best sikit sebab ahad sebelum gerak seremban tuh sempat makan sup ikan merah yang mama masak, i love that pipi ikan!! lembut jek..

LOST DI SEREMBAN!!

bukan apa, tengah hari nak pergi larkin tu pun, bas causeway link tuh boleh pulak rosak, haii.. macam risky gila nak pergi seremban nih. dah la aku tak pernah pergi sana.. nasib baik hari ahad banyak bas.. aku pun sampai larkin dekat2 20 minit jek sebelum bas trans gerak. (memang dah risau gila sebab before this ada pengalaman kene tinggal dengan bas trans dekat pudu sebab merayap g times square) hehe.. nasib la sempat sampai..

bas tu masuk simpang ampatla, lalu rembau la, memang lalu jalan kampung. aku pun no idea bila nak sampai seremban. hujan lebat pulak tuh. kesian nowra, okie dengan aj asek tanya aku dekat mana.. aku boleh jawab, "atas jalan" je.. about 6.30 aku sampai terminal 2, aku call aj, dia confident jek suruh aku turun situ.. aku yang ala2 rusa masuk kampung pun turun la, tapi aku tak tau pulak kewujudan terminal 2 ni.. hmm.. diorang cakap nak jalan kaki amek aku..

keluar masuk toilet tak datang2 diorang neh, padahal aku memang depan dunkin donut seperti yang dijanjikan.. dapat call~~

  • u kat mane, takde pun.. ~
  • ~ eh, i da terpacak lama dah kat sini, terminal 2 ni
  • terminal 2?? eh, salah laa.. terminal 1 la yang
  • laa.. mane i tau, tadi i tanya u cakap turun jek.. (aishh....)
  • u kena cari bas pergi terminal 1
  • lah... mana nak tau... (dalam hati macam, adoila.. pening betul~~
then, aku keluar jumpa bus citylink tulis pengantara terminal1-terminal2, aku naik jerlah, then aku tanya kakak ni.. bla bla blaa.. (yang sedapnya, yang aku tanya ni minah indon, nampak sangat diorang lagi tahu dari orang malaysia sendiri ~ sebab ada kakak lagi sorang aku tanya tu, macam tak nak jawab jek.. tah pape jek)..

7 something jugakla, jumpa groupmate aku neh.. tak jadi nak berjalan sebab dengar2 mak aj dah masak kat rumah.. hehe.. yang si nowra takut sangat rambut merah dia tuh kantoi.. yang okie cepat2 bukak rantai.. hehe.. tapi parents aj actually macam biasa jek.. ;))

hari isnin..
kami pergi Majlis Perbandaran Nilai untuk assignment Computer Network.. bla bla bla.. tanyalah macam2 apa yang berkait semua, video bagai.. huhu


yang penting isnin hari tu, whole day kami tak pergi kelas.. hehe.. malas.. penat dowh... ha, tu jek lah.. aku rasa memang semua student tengah penat nak menghabiskan assignment dengan syllibus sekarang neh.. enjoy jek lah.. hehe..

Wednesday 17 March 2010

buKan fooD and BevERageS

alololo..
fb tu ape?
bukan food and beverages okay even aku tengah lapar sekarang.. hehe
alah.. yang korang sebok dok gebang2 tuh la..
saja jek hari tu deactivate si buku muka tuh.. la ni da activate balik
tahan 2/3 minggu jugak ape..
terror.. terror..

sebab2 deactivate
1. konon2 lagho
2. malas nak gaduh/cari pasal
3. nak uji sampai bila boleh tahan
4. tension

sebab2 activate balik
1. tak nak ketinggalan hal2 semasa
2. nanti kawan ingat aku dah mati
3. sebab yang tersayang
4. sebab keluarga
5. hal persatuan/kelas/club yang penting2
6. buat pengumuman


so, rasa2nya, memang fb ni memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, pandai2 kamulah nak bahagi2 masa.. betul tak?

p/s.. tak main segala jadah mainan fb.. so, please jangan invite.. tq.. ;)

Friday 12 March 2010

siKit2 suDAhLah

hai...
erm..
actually aku tengah geram, bengang, bengkak dengan beberapa perkara sepanjang minggu ni. tapi macam malas la pulak nak mengotorkan blog aku dengan sumpah seranah, caci maki, sikit2 cukup lar kan?

pastuh aku pun google la image for 'geram'.. nak tau apa yang keluar? gambar2 yang 'menggeramkan' lagi 'menggiurkan' haha.. bengong betul.. aku ingat nak gak la upload gambar muka geram ker ape ker, ni lain pulak yang appear.. takper, sebab vocab aku banyak, aku type pulak 'amarah'.. apa pulak yang keluar ni?? oh.. ada satu tempat nama al-amarah somewhere, lepas tuh keluar la gambar2 minah arab yang nama amarah.. haha.. sengal lagi.. last2 aku type 'berang' aduh.. yang keluar pulak gambar pantai2, ape lagi, yang nama Kuala Berang tuh.. actually sebutan dia "ea" alah, e pepet (jangan silap sebut lak) dengan e taling tuh.. tak tau?? haa..pergi masuk darjah 1 balik, dia ada ajar tau dulu.. tula, orang mengajar, kau main lego sape suruh??.. bila type 'bengkek' lak, gambar2 bengkak yang kua, bengkak kaki lar, gambar censored pun banyak gak.. saje jek nak rosakkan hari jumaat aku.. haha...

btw... selingan jer tu, hmm

korang mesti pernah dengar kalau sayang, jangan sayang sangat, dan kalau benci, jangan benci sangat sebab dia boleh jadi vice versa...
aku tengah mengalami proses tuh, lagi sekali aku takut aku akan menambah musuh kebencianku.. sangat tak baik kan.. ;(
ada seorang pemuda, yeah someone.. aku tak tau kenapa dia tak pernah berubah. aku kira betul tindakan aku yang takkan pernah ever and ever accept him back walaupun aku akui pujuk rayunya sangat2 power. nampak sangat baik, caring. aku pernah accept dia twice even dia buat aku macam2.. sayang punya pasal kot.. sampai baru2 ni, maybe Allah nak tunjuk, even kami dah tak ada apa2, aku close dengan dia sebab kami pernah baik kan. dia tau aku dah ada bf lain and setiap kali aku tanya dia, single ke solo ker, dia kata, single jer, tunggu aku.. (konon2 nya la) tapi hari tuh,

" abang, lepas main bola call baby balik kay"...

no.. aku bukan persoalkan dia ada gf lain ker ape, tapi tak perlu lah nak sorok dari aku kan? tak salah kan bagitau aku dia dah ada gf lain what so ever.. apa yang aku cakap kat sini ialah, sepanjang ktorang together dulu, dia paling banyak kantoi dengan aku. kantoi mesej, kantoi gambar orang lain dekat wallet (even masa tu, im his gf!!).. aku rase macam u such a jerk!!! stupid idiot!!!! and dah 4 tahun berlalu, perangai dia still macam dulu.. well, aku yang tak pernah sedar selama ni... very very very very upset...

mama, kalaulah mama tau sebab perangai dia tulah angah tinggalkan dia, mungkin tak akan dapat lebih baik, tapi sekurang2 nya angah dah tinggalkan orang yang paling buruk~~~


i juz wanna walk out from his shadow, the problem is, i cant until i get back my money.. girls.. please dont let your bf borrow yours.. dia boleh pulak beli handphone 6/7 ratus, tapi tak boleh bayar duit aku sepanjang 4 tahun.. alasan? accident, buat motor... baiki motor, accident.. please tolong jangan mati dulu sebelum kau bayar duit aku.... tolong jangan paksa aku buat something yang kau sendiri tak suka!! i'm tired of this!!!

owh.. tak habis di situ, nak cite pasal lagi satu kegeraman, tapi tak payah la, i dunt want ever to talk about that 'perasan'.. hehe.. just, dia cakap aku hipokrit jer, maybe..., tapi dia tu tak hipokrit jugak ker, sape2 yang cakap hell go tuh, kau ker yang bukak pintu neraka untuk aku?? bodoh!

????



panas lah, dapat g waterfall best kan.. hmm.. sebab google image tak bagi aku letak gambar panas2, so aku letak gambar ni kay.. damai sikit.. ;)



Sunday 7 March 2010

UnExPecTed

credit pic: google image


wooohaaqqq!
gila ar, aku main netball sekarang, sukan wanita yang kian terpinggir, erk.. pandangan aku jer.. hehe.. dulu last main betul2 terror masa pemilihan sekolah rendah.. lama dah tu, dah berkarat skill. maybe sebab fizikal la.. biasa lah orang comel.. aku main untuk fun la, tapi tetap bersungguh-sungguh apa.. kalau tak, tak lepas pun nak pergi suku akhir kan. demi Sukan Piala Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, sanggup berkorban tak balik tau... Minggu depan jangan kacau aku nak balik. dah cukup serabut kepala otak kat sini.

anyway, aku boleh assume yang aktiviti malam tadi sangat2 meriah!!! *_* sebab team netball pun dah sampai14 if not mistaken, sampai 2, 2 malam drag majlis sampai pukul 1 lebih dekat pukul 2.. Memang havoc la.. yang best kawan2 sendiri jugak yang main, so memang fun sangatlah, tengok orang, cuci mata semua.. hehehe

tapi, ada jugak yang tak sedapnya bila, satu insiden malang terjadi betul2 depan mata aku selaku penonton untuk penentuan tempat k3 and k4. dua C nak rebut bola, satu C dapat, and C pihak lawan kebetulan dekat belakang C yang dapat bola, then diorang berlaga, C yang tak dapat bola terus jatuh, and kepala dia terus hentam court!! aku sangat2 takut sebab dia on the spot. then C yang terhentak tu tersenyap sekejap, ktorang sume dah jerit2 dah mintak angkat that player, lepas tu nampak macam mata putih dia yang terkebil2, and tangan dia terangkat2 shaking. serious tak pernah tengok situasi macam tuh! orang2 belakang aku dah bisik2 cakap maybe dia ada sawan bagai, aku dah lah tak tau apa2 rasa macam OMG!!.. tau2 both players dah angkut ke hospital agaknya, aku takut nak pergi dekat2 tengok. harap dia panjang umur.. ;(

the morale of the story, actually, kita susah nak expect apa yang bakal berlaku, even kita sungguh2 jaga diri, kadang2 faktor luar mempengaruhi. kita cakap tak main ganas, susah, sebab kita sendiri tau diri kita dalam court tu macam mana. banyak2 la berdoa..


Saturday 6 March 2010

taKut

aku takut..
selagi bernama manusia,
hasad, dengki, khianat sentiasa berlegar2..
satu jer yang aku takut..
aku ni pendendam sebenarnya..
luaran orang nampak aku happy, senang marah, tapi senang cool,
sedangkan diorang tak kenal lagi aku yang sebenar..
aku sangat penat buat baik dengan orang tapi aku tak dapat yang setimpal
ikhlas tak ikhlas, benda dah jadi pun

anda manusia?
anda sempurna ker?
kenapa tak rasa nak tambah pahala banyak2 tolong kawan2 macam aku ek?

orang cakap nak berubah ni, memang banyak halangannya..
aku takut
takut jadi lagi teruk dari dulu
bila aku dah tak sabar lagi.......................................