Thursday 29 November 2012

LaMbat & miMpi

Woot wooottt..

Assalamualaikum..

 hari ni bangun lambat lagi! yeah! susah kot nak bangun kalau sorang2,dingin2.. takde mak bapak nak kejut2 manja, (warghh! rindu mama ngn ayah kejut hari minggu teman pergi pasar pagi atau cucuk duit).. heee, 723 kot aku bangun hari ni, lompat katil terus mandi, bla2 gosok baju bahagian bawah jek, tak mekap, lilit tudung terus zass!

 ehh, login time cepat 1 minit dari semalam,, hehehe.. see?! how doing mekap kill your time? tak cantik mana pun jugak.. haha.. bare face okay hari ni pi office, kat office baru touch up sikit2.. hehehe.. kang nanti orang cakap sakit pulak.

sebenarnya area 3 pagi tu terjaga macam ada bunyi2an.. tidur pun lewat sikit sbb tengok bola (la konon).. pastu bbm MMA, nasib dia ada tolong cool2 kan, kalau tak sampai la tak tidur, tu yang terbabas2 tu, tambah2 cuaca sejuk, perghh.. aku off kipas pun boleh sambung balik, hambik!

yang lepas aku off kipas tu boleh pulak sempat termimpi parents aku tanya pasal MMA, tak sempat aku jawab "POP!" TERJAGA! tu yang tengok jam 723 tuh.. gila betul.. hahaha mamai2 mandi sambil fikir, mama dengan ayah ni memang tak dan nak cakap pasal dia kot lagi.. jodoh tak sampai lagi nak buat camana kan..

well, mum & dad, I MISS YOU..

Saturday 24 November 2012

hyung & dongsaeng




browsing YOutUbe and found this, hehe.. terus buat aku gelak.. so sweet la diorang ni.. hehehe . .

yes! I am a big fan of Running Man, tapi takde fikir lagi sampai nak kejar kat airport... hehehe

MOnstEr by bIg baNg



hari ni cam sebak sikit la.. (dah start cengeng la tu).. erm, maybe cuz dah start duduk sorang pastu ada la anasir2 lain buat hati terusik sikit

lagu monster ni even aku tak faham lirik dia, and aku pun tak tau ade sangkut paut tak dengan apa yang aku rasa sekarang ni,  tapi macam kene ngan jiwa la, maybe melodi dia..

geeee,, MV dia macam scary sikit.. dah la aku sorang2 ni.. T_T..

p/s half VIP....

Wednesday 21 November 2012

toNg GaS

Banyak yang aku belajar semenjak hidup sorang ni.. salah satunya pasal gas dan tong gas.. haha.. ok, benda ni pun kecil pada sesetengah orang, tapi bagi aku memang pengalaman la.  since konon2 nak aktif memasak, aku pun pakai je la gas yang ada dekat dapur tu.

satu hari tu, tengah elok2 tanak nasi nak buat bubur atau kat sini depa panggil nasi air, sekali 'pup!" hilang... arghhhh.. dayah (ex-housemate) kata banyak lagi.. pulak tu aku memang pernah tanya camne depa leh angkat tong gas ke tingat 3 tuh.. confirm2 la pas ni aku dengan ayu kene angkat jugak.

so,  malam tadi aku pergi jugak beli, tong kosong ayu (housemate yang tinggal) dah angkat ke bawah dah, macam mana dia angkat pun aku tak tau.  so, aku pergi round2 cari kedai yang ada gas sebab nak tak nak kena beli jugak kalau aku xnak kene angkat sorang2 sebab ayu nak fly dah 22 hb ni balik Sarawak.

g satu kedai ni, nyonya ni kerek gila, aku memang la tak tau harga tong gas apa sumer, dia cakap, yang $hell memang la 14kg dengan nada kerek.. so, aku pun okayla, amekla 29.50, kedai sebelum tu 29, tapi takde stok. Malas nak fikir dah, pastu dia humban jek kat seat belakang tuh.  fine! thank you nyonya!

dah sampai rumah...

hmmmm... ok fine, berat...

aku angkat sampai 4 anak tangga ni, tapi tak angkat pun, tapak2kan jek
ayu tengah tidur time tu, tu yang konon gagah nak angkat.. rumah aku kira tingkat ke 3 - rumah sewa cam rumah kedai tuhhhh... ko bayangkan laa... ! pastu agaknya dia dengar bunyi bising2, dia pun turun tolong. Alhamdulillah, dah ada gas, dah boleh buat eksperimen masak!.. heheheeee.. thanks ayu... ;)



Tuesday 20 November 2012

Mimi sEnTap

semalam macam hectic sikit.. mental hectic.. haha.. semalam gak adik aku sentap dengan aku.  haaa.. dia tak tau kalau ayat mesej aku lagi sentap dari dia yang dok pung pang pung pang kat umah.. terus buat dia down katanya.. haha.. so, sebagai kakak yang baik hati, malam tu aku call la si mimi tu.  dia cakap ade lah hal group leader suruh buat kerja last minute, lepas tu esok (hari ni) awal2 pagi ada exam law, kebetulan mesej 'sentap' aku tu dihantar time2 dia dah nak meletup.. keh keh keh.. sian adik aku, anyway, aku dah minta maaf dan bergurau dengan dia sikit.  best kan dapat kakak cam aku, aku yang minta maaf tau, kau ada? nan hado...

mesej yang sentap tu ialah:

"kadang2 kalau jadik adik tu, bawak2 la tolong kakak kau nih, kalau tak mintak tolong dgn adik beradik, nak mintak tolong dengan sapa lagi kan?"..

puihh.. - kat rumah jek berani melawan, bagi mesej macam ni terus sentap.. haha..

aku pun sentap gak ngan mesej dia, sebab dia kalau layan aku memang macam dia yang kakak, bukan aku yang kakak... aku pulak cengeng.. hikhik.. tapi hari tu habis hari tu je ye, aku takde nak simpan2 ni..

Good Luck Mimi...!!!

Saturday 17 November 2012

BB WoRLd AppLicaTion hiLang? - Penyelesaian

sejak bila blog aku jadi blog informasi pun aku tak tau, ingat blog berangan jek. hehe, mungkin kesedaran untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat itu semakin menebal dalam sanubari gitu.

okay, to make it short, about seminggu jugakla bb world app aku hilang semasa proses upgrading.  tu yang aku tak suka nak mengupgrade2 bagai ni, legging la, reboot la, pastu dengan whatsapp2 sekali hilang.  *cursed bb macam2..

so, i went online to find the solution, tulis macam2 di kotak carian pakcik G tu.  tapi listing masih tak memuaskan hati, last2 aku fikir nak download 1 version di bawah, maybe version tu too updated kot sampai boleh hidden kat mana2 sebab benda memang ada, tapi tak kuar2, setiap kali re-install dia suruh replaced, tapi tak kua kat home, bengang jer.. bape jota kali buat

lain kali, sape yang ada problem ni, korang type la series bb korang, then download balik 1 version below that. Yang kelakar tu, aku dapat solution dia kat blog bapak indonesian -, (kejawaan terserlah di sini).. hahaha ooooo.. yang english kau tak faham kan..

aku rasa version 3.1.0.58 ni compatible tuk semua OS kot..

pape hal, kalau tak puas hati, boleh try jalan keluar aku nih -

 Penyelesaian Blackberry World Application yang hilang

la ni, aku baru je tolong member2 aku serba sikit pasal smakfon ni, ramai yang pakai untuk basic function jer, sedih aku, haha.. gila kuasa betul - terus bukak group kat whatsapp..

friends! rindu lar! - jomla melawat aku kat Kelantan ni.. sob sob...

k, c yeaa...


Friday 16 November 2012

frUst di PaGi hARi

nak menulis gak walaupun kenapa aku rasa design blog aku sikit cam gam***g .. outdated sangat ke aku ni, dahlah bb pun buat hal jugak bb application world hilang dekat seminggu tak jumpe, aku nak yang version lame balik sebelum aku ter'update' pun aku tak tau no berapa.  sedih sebab whatsapp pun hilang. malas nak layan terus, dengan  MMA sekali kene dek baran aku tuh.  sian dia, dengar jek. hehe..

frust di pagi hari bila tengok kat dapur nasi digoreng untuk waktu buka semalam basi. huuuu.. aku makan roti sardin 2 keping plus nasi goreng tu ciput je, pastu aku pun sengal jugak tak letak dlm fridge ke mende ke, makan ke.  time terjaga kol 2 pagi tu tak tergerak pun nak ke dapur simpan ke makan ke. huuuu.. T_T..

frust tak sudah, sebenarnya de simpan tu housemate aku, tapi memang salah aku gak lar tak gi tengok balik, hmmmm.. ni la orang kata takder rezeki.  terus teringat macam mana frustnyer mama bila anak2 tak simpan makanan dalam peti sejuk - mama selalu cakap "ingat ada orang gaji dalam rumah ni?" hambekk ko! terasa kan? terasa kan?  T_T... pesan untuk diri sendiri, berhati-hati dan perhatikan sekeliling anda dengan kepekaan 200% lepas ni. tsskkk tskkkk..

iskkk.. terasa meleleh-leleh lagi peluh menumbuk rencah semalam, cuaca panas semalam sangat mencabar utk berpuasa - dah la, dah la eh.. nanti sedih lagi.. (nasi basi itu sudah kubungkuskan dalam surat khabar utk dibuang)... T_T

oi oi oi dah dah la tu, asek nak nangis jek. move on.. boleh masak lagi nanti.. Tskkk...

anyway sejak duk bujang ni, aku rasa skill goreng nasi aku dah improve.  so akan goreng nasi jek selama 2 bulan ni, haha.. oh tak, hari ni rasa macam nak makan meggy goreng.. weeeee... fobia nasi terus! haha..



hmm... nanti aku betulkan layout blog ni balik, cam hape2 tah.. melayut-layut.. eh?

selamat berhujung minggu semua!..

Friday 9 November 2012

mOh KeCek





Pertama-tamanya sekali aku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas apa yang sedang aku lalui sekarang ni. Semoga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi kalian juga.  dah seminggu kira-kiranya aku berada di bumi Kelantan ni, mencari rezeki untuk sesuap nasi.. *hihi . . perjalanan 12 jam dari selatan sape kate tak penat tu memang badan besi kot, aku sendiri keletihan, apatah lagi ayah yang memandu sebuah lagi kereta (nasib baik kereta ayah sedap sikit kan yah).. tak macam kereta angah, kereta tong tu.. (ups! kereta tu la nanti yang akan mengabdikan diri tuk aku kt sini tau) jangan nak ngumpat sangat la kau.. sorry v!

Secondly, seminggu masuk office ni tak bape nak ade keje lagi.  aku baru dapat tau pusat/unit yang aku ditempatkan ni baru jek diwujudkan. yang sedihnya office unit pun takde lagi sebab tengah renovate. disebabbkan aku ni under boss kecik aku yang juga seorang lecturer kanan, so, aku punya meja diletakkan sama dengan cubicle dia, plus meja RA dia sorang. Jadilah kami bertiga kat situ. aku pun tumpang tu kat Fac Keusahawanan dan Perniagaan (FKP). sebab boss kecik aku tu ngajar fac tu. 

Thirdly, semalam ade benda kelakar, ok, aku dah kene tune yang aku kerja JUMAAT & SABTU, bukan SABTU & AHAD. ye.. karang ade kang ahad aku tak bangun pagi kang.  nanti aku kene tampal kat dinding punya tu. so, hari Khamis ni macam hari Jumaat tempat lain la, hari leisure2.. heh! aku baru tau yg aku boleh punch out /  logout pukul 3.30, lagi2 if boss takde / takde keje ke.. AWAL kan?.. haha.. pukul 4 jek yang lalu lalang meja sume tanya tak balik lagi ke? (kebetulan boss g conference)... boleh balik ke?.. boleh da, 330 hari khamis.. erk??????? banyak kerja ke? heeee (dalam hati-khusyuk baca blog).. hahaha.. aku pun g la mintak confirmation super senior aku, balik je lar, sistem tak merah pun.. hahaha.. ok, terus sms ayah, noob nyer rasa office 330 dah 0 dah yah.. hewhewhew.. 

ok, bukan nak kata apa, selalu orang dah macam skeptikal, kerja kerajaan bla bla bla bla.. aku punya tempat ni consider as badan berkanun la / semi gov, tapi still kalau boleh .. (bagi aku yang dh biasa kerja swasta ni) mestilar nak jaga ke-skema-an aku, kan? hahaha..  Thanks God, boss aku ni jenis punctual, teliti dan hardwork punya orang, so, if boss macam tu, boleh la jaga prestasi sikit kan.. (ceh!) . .

ade lagi satu benda kelakar, hehehe... fine, sebelum ape2 hal, aku dah gedik2 kat satu2 meja perkenalkan diri secara rasmi, belum pape semua ingat aku RA, hehehe.. ko tau kan RA tu ape.. ala student /  research assistant tuh. aku pun sampai segan nak cakap aku ni sebenarnya kira officer la. aku sengih2 lar.  ada yang mane2 lagi tak sempat aku nak perkenalkan diri kalau selisih tu cepat2 aku senyum, dan2 diorang cakap, student / RA Dr. Rosli, ke? hahaha.. kadang2 akak2 yang dengar tu terus kecek kat kawan2 dia. aku senyum jek la.. tersipu-sipu gitu.. weeee.... (semoga doa mereka utk aku jadi Student Masters tercapai, aminn).. ;) Insya Allah.

uppsss... ada banyak lagi la cerita, tapi sebenarnya nak bagitau aku tengah cuti lama ni, start hari ni sampai 13 ni (weekend + 2 hri besday sultan + deepavali), 14 kerja, 15-17 cuti balik.  14 tu ramai staff sambung cuti. dah aku staff baru, borang pun aku tak nampak lagi kat mana. so bercadang2 nak upgrade blog. harap2 tak hangat2 najis ayam je ni. hahaha.. since aku ade wifi & mempunyai sedikit kelapangan, mungkin kali ni rajin sikit. maklumlah anak di perantauan, (kalau parents aku baca takleh la nak story benda2 gedik sikit, kan).. haha..

see yaaa... have a great weekend!