Monday 25 August 2014

Sarapan Pagi



Try test.. Ehemmm try blogging pakai fon.. Hehe..
Payah gak sbb tecik.. Anyway u all dah breakfast belum? Sejak berpuasa berturut2 ni kadang pagi tu rasa segan silu nak menjamah makanan.. Padahal boleh je makan cam biasa kan..

Nak cerita.. Kat Kelantan ni msih boleh dapat kuih seringgit 5, saiz pun elok xla mengecut.. Contoh sarapan aku kat atas nasi lauk ayam kurma (orang johor panggil kormak).. ada sambal sikit RM1.50, + kuih RM 1.00.. Kenyang suda.. alhamdulillah.. Kadang2 kuih tu memang aku ngunyah smpi petang.. :)

Tapi satu la masalah.. Kurma tu manis! Haha ni memang trademark.. So nak bagi balance, kuih ambil yang masin2.. Hohoho xleh nak puji jgk.. Epok2 pun manis kadang2.. Harapkan tepung je masin.. Hehe.. Eh epok2 tu curry puff ya.. Jangan xtau pulak..

Eh.. Tengah bengkel lagi ni.. Pasal akreditasi.. Nanti borak lagi.. Adios!

Monday 11 August 2014

Setelah Setahun (2013-2014)

Assalamualaikum pembuka bicara..

Dalam beberapa hari ni aku terasa-rasa sampai termimpi-mimpi nak posting kat blog.  Macam hari-hari ada je idea.  Tiba-tiba hari ni gelabah xxxx.blogspot not found! hahah! rupanya salah nama la.. nampak sangat dah lupa kan.. tapi bila cek fb balik, eh ada link, kelik dan terus bawa ke sini.  Masih bernyawa lagi blog aku rupanya.. Alhamdulillah.

Selepas setahun...

Yup, last entry kata debaran syawal 2013 sebab berdebar nak ditunangkan.. siapa sangka selepas setahun aku sudah bertukar status (Alhamdulillah).  Sah dinikahkan pada 21 Mac 2014 di kediamanku di Desa Makmur Kota Tinggi, dengan dua kali lafaz. hehehe.. kenapa dua kali ni? biasa la orang utagha punya statement lain, bila sampai selatan aku terima nikahnya (nya tu kene buang), member pulak tak bawak spec, jadi la dua kali sebab tersebut 'nya' tu.  Takpela, janji selesai nikah dan dah halal yer sayang.. :)

Bila tiba bulan Ogos, bermakna hampir 5 bulan kami melayari alam rumah tangga. Cuma yang sedihnya kami terpaksa PJJ, sebab aku kerja di Kelantan, manakala si dia bekerja di Penang, biasanya aku akan ke Alor Star, rumah mama mertua, senang jumpa di tengah-tengah, ataupun dia akan turun ke kelantan.  Mujur di Kelantan juga ada bapa saudara tempat menumpang kasih ;)

Ehem, raya kalini dapat giliran balik Johor, maklumlah dah lama gila tak balik Johor, last balik masa kenduri kahwin bulan Mac.  si dia seronok di Johor, maklumlah cucu menantu lelaki pertama, adik-adik sepupu pun sibuk je cari, sayang dah la dekat si dia ni.  Alhamdulillah penerimaan masih baik walaupun kiranya di awal perkenalan dulu sangatlah banyak onak dan durinya. harap berkekalan. amin..

Mehla nak belanja gambar-gambar setahun bagi sapa-sapa yang rindu aku tu.. hahaha (pewasannt).. dimulakan dengan akad nikah, dan majlis bersanding keesokan harinya..

masa tengah baca keluarga sakinah, mujur yang ni aku berjaya tahan tangis.. sedih bak hang..

bersama kedua-dua ibu bapa (my parents baju warna lemak ketam)
okay ni jump terus gambar sanding bersama family suami

family aku pula.. ;)
Kawan-kawan seperjuangan yang hadir.. tq dear Fiza, Ajin, Elly, x lupa Zua (UiTM Lendu)

Okay.. ni waktu bertandang di Alor Star Kedah pada 31 Mei 2014..

i really love this pic! rasa macam cinderella.. credit to my mum in law for the gorgeous dress!!!

masa ni kan, sumpah aku makan banyak! lapar siot.. hahaha.. xde dah nak control ayu

last but not lease.. Semoga pimpinan ini semakin teguh hari ke hari suamiku..

Gambar-gambar hasil bidikan (ceh ayat wartawan gosip gitu).. okay malas nak type, aku p copy dari album FB sat..

nah.. tu dia ni kopipes.. ;)

special thanks to official photographer for all events..
- Ijai aman (Kota Tinggi) Ijai Aman
- Alif & Hazim (Alor Star) ZaKesshin Photography
- pak itam & daughter Amirah Liyana Bustam
- cousin's semipro cameragirl & cameraboy ..;p


okay baru aku perasan sebenarnya entri kali ni macam nak cerita pasal kahwin kan, so aku tak tau la relevan ke tak tajuk aku tu.. hahaha..

hingga bertemu lagi..