Thursday 28 October 2010

teKa teKi kaWaN

jam dah pukul 9 pagi, dah 1 hari setengah aku meraban tak buat apa, konon2 gap exam lambat lagi sabtu ni, tapi bila tengok carry mark, gelabah kejap jek. aku nak marah ni sebenarnya, tapi aku cuba marah dalam erti kata marah bertapis.  kau tengok tapis aku ke tapis santan mak kau yang koyak dulu..

aku ni serius sikit time kerja, kalau tak kerja aku memang sewel sikit, tapi 'agak-agak' la kan. aku pening ni,

boleh tak tolong jawab teka-teki ni untuk aku?

1. kenapa ek bila aku masuk campur hal orang, sibuk claim suruh jaga tepi kain sendiri? (walaupun aku tak pakai kain belah) dan

2. kenapa bila aku tak masuk campur, tak amek tau, aku macam rusa masuk kampung tak tau apa tapi still terpalit, tersepit, terlibat dan segala ter yang lain walaupun aku TAK BUAT!! kau faham tak? kenapa mesti aku yang terbeban dengan masalah2 yang aku tak terlibat?

damn...... 
(konon2 intonansi rendah, tak nampak macam marah sangat, kan?)

aku serius terpana, terdiam, terdummy, terkelu dengan perkara2 nonsense yang menimpa aku ketika exam ni final year pulak tu.  sabar je lah.  dulu benda paling teruk aku pernah lalu mase final exam pun putus cinta, tu pun boleh la score lagi 3.9 (ceh2, terbelagak pulak).. baik aku putus cinta je every final exam, boleh aku tambah pointer kan? kan?  ni memang haru la lagi2 pasal group assignment.  aku sumpah tak larat. :(

tapi kan, aku suka satu benda, aku rasa macam betul2 anak perempuan bila bergebang dengan mama dalam hal ni.  haha.. mama aku ni sebenarnya tak pernah pun nak support sangat aduan anak2 dia, ada ke pasal tak ada kerusi meja dekat rumah sewa nak buat alasan sakit pinggang asek baring kat tilam masa study lepas tu salahkan tilam tertidur pun nak ngadu? haishh.. (aku la tu..) haha... kira lantak kau lah, tapi semalam dia bagi respon yang buat aku rasa semangat.. nanti kau taulah siapa anak pak rashid..

Monday 25 October 2010

koC waNitA KTM

semalam kaan.. yer semalam aku pergi dating.. err.. dating ker kalau bukan dengan bf? mana ade bf... dengan ef tu jer laa.. hikhik.. (tak nak babap ke aku dating sebelum exam ni).. konon2 nak morale booster kih kih.. sebenarnya gatal nak jumpa orang tu walaupun orang tu tidur 4 pagi sebab siapkan project assignment dia.. tapi aku paksa jugak.. ahaha.. pagi2 aku dah keluar drive sampai komuter batu tiga, then first kereta tau parking kat situ (nampak sangat pagi2 lagi dah dating).. bukan apa, jauh jugak la nak pergi kl, dengan komuter datang ikut suka hatinya lagi.  aku budget2 dalam 40-60 minit la nak sampai Mid Valley sebab kene tukar stesen kat KL sentral lagi.  malas nak drive sampai kL, sebab penat, minyak lagi, parking lagi.. hehe..

ish ish ish, bukan tu aku nak cerita.  aku tau aku ni suka cerita lambat2 pasal satu2 kejadian sampai aku kadang2 lupa, tapi sebenarnya aku nak observe dulu (ceh, alasan..). bagi pengguna-pengguna komuter korang mesti perasan kewujudan KOC WANITA kan? eh, si Fara Fauzana siap turun KL Sentral tau masa launching koc wanita ni.

aku kira dalam kalangan orang yang awal2 la guna koc wanita ni sebab masa tu kira pergi dating jugak, ish, perlu ke nak sebut pergi dating, lantaklah.. awal2 aku perasan sticker, tiang pun ada stesen yang color half tiang pink, ada banner, tapi kalau kat KL Sentral, memang proper.  ada line memang dah tertulis 'wanita sahaja sepanjang masa' or 'ladies only at all times;.  before boarding pun dah buat pengumuman, koc tengah dikhaskan untuk wanita sahaja bla bla bla ITU PUN ada lagi makhluk2 adam yang tak reti bahasa.  pastu bengang sorang2 jer tercongok dalam tuh semua wanita tengok dia.. padan muka kau..

tapi aku perasan, yang biasa SALAH naik ni bukan orang Melayu.  bukan nak racist, maksudnya memang dia tak faham atau saja tak nak faham atau first time naik.  kadang2 aku nak tanya jugak " are u malay?" ceh, nak speaking aja, lepas tu tak jadi sebab confuse tengok muka depa.. huhu.. tapi aku pernah jugak buat sign language jek suruh diorang tengok sticker, then diorang pandai2 keluar pergi gerabak sebelah.. hehe.. bangga tak? bangga tak? ayoo.. itu pun nak bangga.. ok apa, macam semalam tu, ada kakak tu siap bangun buat announcement, kakak penumpang tau, tak ada kena mengena dengan KTM management, "minta perhatian ya, koc ini untuk wanita sahaja, siapa2 yang bukan wanita tu sila keluar". fuh2 bersemangat betul kakak tu, lepas tua ada jugak yang tak nak keluar, tapi sekali lagi bukan orang Melayu. hmm... vietnam kot, sebab aku tak faham bahasa 'mandarin' dia.. hehehe..(eh, kan aku belajar Mandarin 3 sem, takkan tak faham lagi). 

lagi satu cerita, lepas announcement kakak baik hati tu, ada couple ni, yang lelaki dia pergi sebelah, gf dia boleh pulak macam nak nangis aku cakap la, 'kak, takpe, sama je, nanti sampai turun je lar.' tiba2 'waduh, akak bukan apa sih, takut silap.. waduh2..' (laaa.. sudahh..jangan nangis sudah - and mereka juga bukan Melayu... )

so, macam mana ni, aku kira Malaysian citizen memang dah faham dah rules koc wanita ni, mungkin silap yang lain2.  aku rasa, kalau diorang dah selalu naik, takkan la tak faham2 lagi kan? aku nak letak sticker dia, tapi line broadband aku copet ni tak mengizinkan, lain kali aku letak kay..

BTW, terima kasih pada pihak KTM yang menyediakan koc wanita ini untuk keselesaan penumpang wanita khasnya. seriously memang rasa selamat, terjamin, nak tidur ternganga pun tak berapa nak malu sangat, tak payah risau terhimpit2 dll.. so, tinggal kita je nak jalankan tanggunjawab sosial to follow the rules ;)

eh2, nak bagitau esok start first paper aku.. doakan aku dan kawan2 semua ya.. ;) minta maaf banyak2.. sob.. sob...

credit:  google
credit: google

Saturday 23 October 2010

jaNgAn mAiN2 bENda taJaM

salam..
macam biasa pagi2 hari aku mencopet broadband housemate, cik nowra yang nyenyak menyambung dengkurannya tidur.. hehe.. dia pun macam dah tau la pe'el aku main copet jek tak pernah bagitau dia.. hehe.. bukan apa, saja tak nak kacau dia tidur, aku kan jenis orang tak sampai hati.. huhu

online kejap, tengok email, fb, baca kosmo, baca metro, semua online, hanya di atas tilam sambil makan jajan.. huishh.. tiba2 rasa macam tersentak baca tajuk ni; 'maut berebut siaran tv'..

dekat rumah, along memang selalu conquer tv sebab memang hidup dia macam tu. tv tv dan tv, aku pulak maybe lebih suka keluar2, online ke etc.  tak kisahlah bab tu sebab aku tak heran sangat pasal tv.  dia boleh share dengan mimi cerita pasal korea, yang aku pun sekarang boleh la layan walaupun tak berapa addicted.  cerita yang aku suka tengok balik2 amazing race, america next top model dengan konsert2, yang ulang2 pun kalau aku suka, mesti aku nak tengok gak.. hehe.. adik dengan abang pulak tak habis2 spongebob, tak faham aku..

berbalik kepada cerita tadi, mangsa dikatakan berebut remote dengan adik dia, then kakak dia keluar nak meleraikan pergaduhan dan kakak dia menggunakan serpihan kaca nak takut2 kan,  nak dijadikan cerita, kaca tu terlepas dan tertikam peha mangsa lalu............................... (aku dah rasa kengeriannya).. mangsa meninggal dunia kerana pendarahan yang teruk

aku rasa macam.... aku tarik nafas, aku pernah jugak berebut2 remote ni, luckily rumah aku tak pakai tingkap nako tu lagi.  tapi masa kecik2 pasal tv jugak kot, aku pernah baling mimi dengan kereta hot wheel sebab dia cabar aku 'baling ar...' aku baling kene mulut dia, lepas tu ayah rotan dekat kaki berbirat tau.  sembahyang maghrib sambil nangis2 aku.. ;( iskk.. jahat kan?.. mujur habis kat situ gak..

kesimpulannya, tolonglah jangan menggunakan benda2 berbahaya, tajam, berat untuk cabar-mencabar.  dan tolong jauhkan barang2 sedemikian ketika marah.. iskkk.. alfatihah buat keluarga mangsa..


untuk cerita lengkap baca ini: credit to metro

Monday 18 October 2010

haRu biRu

hello..

lets make it fast..
  • study week yang sangat haru biru

  • lagi beberapa jam ada re-do test project management but i am totally lost!

  • dapat balik rumah.. (alhamdulillah).. walaupun tak berapa berbaloi sebab 2 1/2 hari jer!!

  • berkejar balik sebab kena hantar assigment gila

  • masalah lama datang balik - dilema...

  • MR. SILENT ANONYMOUS - Saya SAYANG awak.. awak jer yang faham saya... ;)

Monday 11 October 2010

U.P.N.M in MemORy

oo.. semalam 101010 ea.. so what? hari ni still 111010.. kan.. maksudnya hari dah makin bertambah.. apasal jaki sangat aku ni.. ?? alah.. ikut korang la, nak make the date special ke ape ke kan.. hak masing2.. aku cakap takde motif pun ni.. anyhow quite happy with 091010.. well.. aku pergi UPNM.. haa.. mak itam aku pn xtau UPNM tu ape, tu la, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.. dulu dikenali dengan nama ATMA.. aku cakap happy bukan ape sangat, sebab aku dah panas, dah penat, dah letih dengan puncak alam environment, kira dapatlah cari angin baru di UPNM.. (sambil mencuci mata tengok abang2 army gagah perkasa).. haha.. sambil menyelam minum air..

kisahnya junior aku invite kat fb ade Festival Konvokesyen for UPNM yang PERTAMA!!.. waaa.. kira first batch la nak grad ni.. BRAVO! BRAVO!.. Kebetulan kawan aku encik Mohd Yusri bin Yunos ni dapat antara 4 anugerah tertinggi.. Pingat Emas Naib Canselor if i'm not mistaken.. gila gempak!!!! siap keluar nama kat Utusan lagi.. gila arh.. encik yusri, aku tau kau suka stalk blog aku kan.. so, once again officially CONGRATULATIONS!!!  to u!!!.. (*bunga api dentam dentum siap)... ;)

selain yusri, aku jumpa lah hariz dengan zurul.. and lagi sorang.. hehe.. encik ef.. btw,sebab festival konvo ni kira open day, tak susah sangatlah nak masuk, tak payah amek pas semua.. maklumlah UPNM ni memang macam sekolah..strict gila, siap ada baju outing lagi.. hihi.. jangan marah naa.. well.. my first impression.. kawasan yang luas and breath taking view.. sebab fakulti tak banyak.. so tak nampak sesak.. senang kata.. i like! aku drive dari puncak alam adalah dalam sejam suku lalu NPE highway.. tak lar jauh sangat.. ;)

tapi, penat2 aku membebel ni, tak dapat buktikan dengan picture... sebab..... biarlah tersemat dalam memori ciptaan Allah ni.. hehe.. 

Saturday 2 October 2010

seNDiRi

sendiri..
bukanlah sesuatu yang asing dalam hidup aku or manusia2 lainnya.. sebab kadang2 kita perlu bersendirian untuk hal peribadi, ruang dan lain2.. ada masa aku tidak kisah bersendirian... ada masa aku tidak betah tanpa orang ramai di sekelilingku.. nah.. apa lagi yang tidak cukup?..  aku belum cukup kuat untuk hidup sendiri tanpa keluarga, itu yang paling penting.. teman? mungkin aku boleh pertimbangkan ketiadaan teman kerna masing2 punya cara hidup yang berbeza dan aku belum betul2 ketemu teman2 yang sanggup bersusah payah juga bersenang lenang bersama-samaku.  ataupun orang kata cubit peha teman di utara, pehaku di selatan yang terasa.. (oh, ini sudah lebih, bukan orang lain, aku sendiri yang cakap)..

bagaimana dengan seseorang yang bernama teman lelaki? ohh.. benda ni ke sebenarnya aku nak fokus? err.. bukanlah.. sikit je.. huhu.. banyak kali dah kupujuk2 hati yang mana belum ada lelaki yang betul2 dapat menjaga aku, bukan tiada, tapi BELUM.. sabarlah ye wahai hati.. belum masanya lagi... mungkin jua karma.. keliru lagi? siapa yang lagi sayang aku sebenarnya? or mana satu yang aku lebih sayang?

dilema in mengingatkan aku pada bait lirik sendiri:-

Bersendirian
Menerima hukuman meninggalkan kau dahulu
Lesu langkahku
Sengaja inginkan perhatianmu

Sudikah kau terima
Kesan kasih sayang yang ku semikan untukmu
Dari air mata
Terlalu mengingatimu

(Korus)
Aku menyintaimu...
Menyayangimu...
Untuk selamanya

Kau bawa bahagia
Di dalam hidupku sebelum kau pergi
Kesilapanku
Tak tahu menilai permata

Aku berjanji
Tak mungkin aku khianati
untuk kedua kali
Andai kau kembali
Menyerlahkan jiwa dengan cinta suci

Aku menyintaimu...
Menyayangimu...
untuk selamanya..
 
credit