Thursday 30 September 2010

soRRy deAr.. doEsnt mEan to hUrt yOu..

hai.. lama pulak tak blogging.. buzy.. lagipun line teruk betul kat sini.. saje nak cerita, last saturday aku belajar cara2 nak service kereta, setakat tukar minyak hitam dengan oil filter, tapi last2 bukan aku buat pun, workshop jugak yang buat,hehehe.. tapi, aku ambil tahula.. waahh.. lega kereta da elok sikit.. ;)

haa bang... cucuk jangan tak cucuk..

haa siap bukak tayar nak wayering lampu reverse.. (eit, betul ke? ade kene mengena x)


kira dah lega dah ni, kereta dah elok2 semua, rasa safe nak bawak kereta dah..




SUDDENLY........................!!!!!




JENG JENG JENG!!!!


abes dah pecah..
pandangan lain..
aku dengan aj accident hari rabu lepas, area pukul 2, dengan motor.. sebenarnya aku pun tak tau la siapa salah ke macam mana sebab benda dah jadi.  tapi aku takdela sampai fobia nak drive lagi.. cuma habis jekla duit repair kereta.

secara konklusinya, aku macam ada takut2 jugaklah sekarang nak keluar simpang, at the same time, aku perlu lebih beringat dan be careful la masa drive.  tapi, aku bersyukur sebab ada pak andak aku kat sini yang handle semua part repair kereta aku ni, hari khamis petang pukul 2 dah siap dah, pukul 4 punya kelas aku dah boleh pergi kelas cam biasa.. perghh patah kaki siot takde transport nak pergi class, masa ni la keluar semua sikap2 selfish ada la certain2 orang tuh.. huhu.. (kau main nak lepas diri sendiri jek kan??) bodo..

alaa.. lupa plak nak letak pic kereta dah siap repair, bumper belakang yang nk jatuh tu pun aku tukar sekali.. hehe.. kancil dah bertukar jadi kuda belang siap.. anyway, syukur alhamdulillah sebab aku masih dapat pakai kereta tu and yang penting kawan2 aku dan yang terlibat semua tak cedera teruk.. masih bernyawa,, alhamdulillah.. ;)

p/s>> saje je blank kan plat number, budget artis.. haha ;P

Tuesday 21 September 2010

mOoD rAya LaGi

mintak orang duit raya... (eh boleh mintak ke?) saje je kan bagi alasan tengah bulan.. takpe, sebab raya satu bulan, kita tunggu diorang punya gaji, ok?

huwaaaa.. aku tak jumpa lemang lagi raya ni... ;(

p/s: takde takde mood balik puncak alam pun aku jugak lah yang paling awal bangun pagi2 nak pergi kelas.. huhu

Thursday 16 September 2010

di seBaLik MyKad

hmm.. lari sekejap dari mood beraya.  ayah masih beli newspaper walaupun aku dekat uni suka baca online - bukan apa, tak sempat pun nak pergi koop (ala, cakap jela ko kedekut nak beli newspaper) hehe.. nevermind, memang memegang akhbar bersaiz kompak ini lagi puas, baca satu2.. aku pulak jenis habit baca dari belakang, bila tunggu turn, orang lain ingat dah nak habis, padahal baru nak start.. hehe

aku tertarik dengan tajuk 'kepelbagaian fungsi MyKad tidak dimanfaatkan sepenuhnya' (kosmo/rabu/15september2010/negara!/m.s4) lepas baca tu, hmm, aku tau MyKad or kita panggil i/c ni ha ada cip canggih dan banyak fungsi, tapi yang aku selalu guna memang sebagai pengenalan diri je.  tak ambil tahu pulak fungsi lain seperti:
  1. lesen memandu
  2. maklumat kesihatan
  3. ATM
  4. maklumat pasport
  5. MEP tunai
  6. Prasarana Kekunci awam
  7. touch'nGo
  • meaning, kita tak payah buat lesen memandu lah ye? sebab selama ni aku memang bawak 2,2 i/c and lesen.
  • lepas tu kalau pergi mana2 pusat kesihatan, aku ingat orang kat kaunter tu mintak i/c sebab nak masukkan butir2 diri dalam borang online sekadar nak kira berapa bilangan pesakit hari tu ke rupa2nya sekali dengan maklumat2 kita (termasuklah kalau sakit2 kronik yang hospital memang ada simpan maklumat untuk pemeriksaan berkala) sorry, aku rasa aku nak check la part ni
  • ATM? withdraw pakai i/c? keyi ma? selama ni aku selalu gelabah sebab tertinggal bank kad, boleh pakai i/c? bank mana yang boleh ni? ayah kata fungsi2 ni dekat Putrajaya je, habis, kalau dia telan i/c kita macam mana? satu hal nak pergi bank dan pejabat pendaftaran sekali.
  • touch n go? penat aku beli kad tau, kad jek dah RM10, dan baru 2 kali je aku topup sebenarnya, masa first time nak try hari tu and masa balik raya tu.  boleh pakai MyKad jugak? kisahnya..
tapikan, aku rasa pakai banyak2 kad yang betul2 spesifik untuk 'kerja-kerja' tu lagi best la, simpan jek MyKad/i/c tu tunjuk polis bila diperlukan.  taklah i/c tu cepat rosak, nanti kerja nak ganti jerk.  itu pandangan aku la, still pakai bank card, touch n go card, matrix card, credit card je tak ada, debit card ada.. hehe.. dah, jom sambung raya, drive tu jangan lupa bawak i/c dengan driving license pulak.. adioss...

Monday 6 September 2010

pREparAtiOn rAya!

hai.. selamat pagi.. salam subuh semua..
aikk.. dah sahur ke belum semua ni??
sabar2.. lagi beberapa hari je nak menuju hari kemenangan..
puasa, jangan tak puasa..

amacam preparation raya? gempak lagi gegar lagi grand tak tahun ni?? haha..

baju raya..........
aku....??? orange lagi!!
aku memang selalu bermasalah nak cari baju raya, masalah paling utama ialah tak ada size, mama pulak tak suka aku pakai kecik sangat, kang sayang pulak, (tapi mama, angah takkan besar2 punya.. percayalah.. tsk.. );   ) tapi, kira dah dapat la sepasang yang baru untuk first raya, (hari wajib) hehe.. sebab mama berkenan dengan yang tu, sebab dia banker, so aku ok lar, rembat jerk.. masalah lain, yang aku berkenan biasanya mahal.. hehe.. tapi memang cun+sweet cuma kalau dapat yang murah sikit dah dapat 2 pasang kan.. so far, aku try mix and match la, tudung pun tak beli, pakai apa yang ada je.... baik kan? ;) hehe

kemas rumah...........
hari ni dah hari ke3 kami balik, kira2 dah cukup korum la nak "membasuh rumah".  aku rasa kejap lagi ni mesti dah start 'kerahan tenaga' ohhh.. tak lagi.. sebab ayah kerja lagi hari ni.. kalau dengan mama memang liat banyak nak gerak. eheh.. banyak ni nak kena buat, asal kami b3 balik jek mesti rumah bersepah.. dengan beg, baju lagi.. lap tingkap, sapu rumah luar dan dalam, cuci/mop lantai, basuh baju, cadar, hiasan2 ni ha.. dll.. haa.. aku pulak cam nak jahit manik kat baju.. tu pun kalau rajin..

kuih raya..............
aku baru nampak 4,5 jenis kuih raya yang adik aku curi2 bawak masuk bilik untuk makan sambil baca ujang.. aku tak tau sempat nak tunggu raya ke tak tu, tapi tak sure kuih apa ada, tart ada kot.. haa.. cornflakes tak beli lagi! tu je la kuih yang aku mampu nak tolong mama buat setiap kali raya hehe..

kasut raya...........
aku rasa semua dah lengkap kot, dah beli awal sepasang masa dapat 'durian runtuh' dulu, lepas tu, dapat lagi sepasang. tapi yang beli awal tu hilang pulak, mana tah ayah letak. tu la aku dah pesan da jangan alih2 barang aku, tak jumpa nanti kan susah..  hmmm tak ape nanti cari balik.. grr.....

lagu raya..............
currently downloading lagu2 raya dekat 4shared.. korang suka lagu ape? aku memang la suka lagu2 ceria macam lagu Saloma, lagu raya senario pun aku suka gak, yer la, hari raya, tak nak lah sedih2.. tapi untuk lagu touching aku memang pilih lagu sepasang kurung biru dari khairil johari johar.. sedih dowh lagu ni.. lagi2 untuk aku yang raya single balik tahun ni.. (alahai..) nasib baik baju tak color biru tahun ni.. nevermind, lagu2 lain yang aku rasa sedih lagu ct, air mata syawal aduhh.. xmo spoil mood raya (^-^)

ucapan selamat hari raya............

masa berpuasa tahun ni aku rasa sangat pantas berlalu, mungkin kelas selalu habis petang, tau nya balik, beli makanan, buka puasa.. hari2 macam tu.. la ni dah lega dah ada dekat rumah sebab tension lar duduk rumah sewa ni.. anyway, di kesempatan ini aku nak ucapkan

rembat: google cam biasa

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF Z&B 
  •   family
  • friends (tadika/SKL/STH/SAKTI/uitm LENDU-mates/uitm P.ALAM-mates
  • roomates+classmates+coursemates+housmates+car-mates
  • readers (silent readers as well) :)
  • artis2 kesayangan.. (ceh boleh gitu?) hehe
suka lepas ni dah boleh makan macam2..;) pergilah ziarah2 keluarga/saudara mara, kot2 boleh terjumpa jodoh.. ahaks...  bukan apa, dah besar2 ni takut sedara mara tak kenal, nanti nak kawen susah.. hehe.. jaga diri, drive elok2 ramai lagi yang belum pulang ke kampung ni.. ;)

p/s looking forward for duit raya this year.. erk, boleh dapat lagi ke??

Thursday 2 September 2010

keKaSih kaU janJI aPa?

korang korang...
tengok tak cerita ni, hari jumaat 7;30pm..?

poster janji kekasih (aku copet dari google image)

lepas nur kasih, aku rasa cerita ni best jugak nak dilayan (lepas magrib) hehe.. aku actually jarang tengok cerita ni sebab kekangan mesin tv di rumah sewa.. tapi kalau aku balik rumah makcik2 aku, aku tengok and follow up dengan makcik2 aku la.. cerita dia ringan and simple nak faham..   boleh kelik sini kalau nak tahu lanjut.. sinopsis

i love jue aziz!! (karina) suka la.. bagi aku dia tak control pun bila acting, and dia memang cantik.. (abaikanla perangai dia or kontroversi dulu2) sebab aku rasa sekarang dia ok jer.. harap2 terus macam tu la.. hehe..

anyway saje je nak cerita pasal ni, banyak moral boleh dapat dari cerita ni.. congrates la pada producer, puan hajjah ziela jalil (eh, apasal aku da tulis cam reporter pulak ni?)haha.. pelakon dia selain jue pun best2.. fezrul.. (hmm aku tak sure berapa umur dia, dulu dalam exora dia jadi abang macam matured sangat, lepas tu jadi kimi dalam patung cendana macam budak2 pulak, la ni jadi student??) hmm.. ayu raudhah yang nak kawen dengan zaquan ni (ceh, jeles dow).. memang comel pakai tudung, dia sangat lembut dan 'ayu'.. tapi watak stereotype macam nur kasih.. err.. nama pun sama, aliyah.. almy nadia pulak memang jadi jek jadi penghasut.. macam cerita dunia baru tu, tapi versi bertudung.. lain2 macam puteri sarah pun tak ada la kayu sangat and mama kepada karina, si marina - haha aku tak pernah tengok mama yang sampai macam tu sekali bela anak.. tapi best dow mama dia kaya gila.. sanggup beli jiwa anak dengan duit... kalau aku la.. huhu...

ok.. sapa yang belum tengok, pergilah tengok kalau rajin.. tinggal beberapa episod jek lagi rasanya..aku rasa simbolik 'janji kekasih' tu macam either shah janji dengan karina something ke or janji Allah terhadap hamba-hamba-Nya sekian sekian kot.. kena tunggu ending lar..

daa...

p/s.. siapa yang gatal sangat dah berkemas balik raya tuh tak tunggu aku??