Sunday 27 September 2009

KanCiLku teRkeJut

Makan kuih raya tak ajak ekk...



oohohoho.. itu peta shah alam.. abaikan kalau tak nampak, saje jer letak tuh.. okey, siapa sangka aku berjaya drive sampai ke puncak alam dari shah alam.. hehe.. sila jangan gelak sebab this is my first time ya.. actually tadi aku sesat dalam shah alam, puncanya nak cari comuter station sebab nak hantar my cousin- najwa, - itu tak kisah lagi, tapi yang kisahnya bila melalui jalan2 berlubang dan berbonggol macam apa.. aduh.. rasa nak menangis semalam macam nak hilang tapi hari ini aku terus tune jadi very cool lady driver.. hehe.. tadi kene hon sekali, sorry aa salah lorong.. tapi nasib baik u-turn tak jauh masa cari simpang ke meru tadi... plat johor bai.. sila sabar.. hahhahaha..

actually sekarang tengah rasa guilty sangat2 dekat najwa sebab sangat jauh ya nak balik ke UKM.. aku rasa macam unfair gila bila aku yang sampai dulu.. sorry sangat my dear.. ;(.. jalan ke puncak alam tak lah susah sangat cuma point nak keluar dari shah alam tu jer yang pusing2 sikit... so far aku rasa dah tahu jalan... insya Allah..

aku tak bawak balik assignment langsung cuti raya >> yang membuatkan aku sangat gelabah dan lapar sekarang.. aku pun tak tahu nak buat mana satu.. esok aku and groupmates HR akan ke petaling, ada appointment untuk interview kat TNB Crystal Plaza.. plan to use my car, but i dont know if my kancil tu larat ke tak.. masa hari sabtu sebenarnya dah gerak dah dari batu pahat.. ok la cuma macam tersengguk sikit maybe one short long distance kan, 100 je tu, plus sikit2 ar terlebih.. sayang kancil aku tu, berjaya jugak bawa tuan dia ke sini.. Insya Allah kalau dia tak buat hal esok slow2 gerak pagi2... oh.. terpaksa lah kami ponteng kelas esok, sebab dah tak ada hari lain.. yang bestnye hantar jumaat ni tau assignment tu.. huhu.. bagus kan kami?

oklah nak cari bahan buat informative speech << ni lagi satu hal, aku dah lama fikir pun tak dapat2 nak buat.. never mind, try my best..

ps>> lebih tabah dan kuat semangat untuk memandu
>> akan lebih menjaga kereta dengan baik
>> credit to all my family+ my frens - adee,Q,Adah dll cuz help me..

Saturday 19 September 2009

gAmBar BajU rAya

hello hello hello semua.. ;)

wahh.. aku sangat ceria hari ini sebab dah selamat sampai ke rumah nan indah di kota tinggi ini.. ho yeah.. selama 2 hari perjalanan, tak sia2 kepulangan aku kali ni.. hu besh3...

hari khamis masa nak balik tu last2 waniz - my roomate ajak naik taxi, memikirkan keramaian dan kemalasan nak merebut bas aku ikut la diaorang - ida, fye and waniz... hurm.. aku tak tau bagi kamu mahal ke standard ke, aku tak biasa naik taxi ni.. dia charge 15 rm perhead, from uitm puncak alam (dari kolej) ke stesen komuter padang jawa.. bagi aku cam mahal sebab ida cakap kalau dia seorang awal2 tadi satu kereta 40 rm, so kenapa dia nak markup sampai seorang 15, kali 4 dah 60 kan.. ada beza ek? hurm.. takpe lah pakcik, sedekah... dah la bawak anak, buat sempit jer.. tu pun nak markup lagi.. nasib baik aku fikir nak balik jer and tak pernah balik, ambil lah ni 15..

then, dalam komuter jangan cakaplah.. memang sardin giler.. hahaha.. ada lah sekumpulan budak lelaki nak pergi sentul - bising betul, penat aku menahan telinga dengar mereka mencarut2 sambil membebel2.. nasib arh dik, memang semua orang nak balik..
lalalala.. sampai di KL sentraL macam biasa, aku pun ambil putra.. tup tap tup tap sampai kg. Baru pukul 4 lebih..

lepas buka puasa, aku dapat 5 missed calls dari waniz, la, kesian dia... rupanya salah naik train, dia patutnya naik putra gak, sebab nak pergi damai, lepas tu dia pergi ikut ida dengan fye naik monorel... hurm, aku tengah bersesak2 camtu memang handset aku tak tengok la, sorry waniz, dia tak reply, hope dah selamat sampai rumah kakak dia.. hehe mula2 cam confident, aku? lagi la tak tahu.. hehehe.. tak ape.. pengalaman..

hari jumaat malam tu tidur umah makcik anne pulak, sebab maktam sefamily nak gerak awal pukul 6 lebih balik batu pahat.. so, pagi2 aku ikut uncle piah pergi office kat bangunan crystal plaza tu, eh, aj, i dapat lah jugak beberapa info pasal HR Assignment tu, hope boleh la diguna pakai sikit2.. hehehhe.. then along kata, pukul 10 baru nak gerak dari serdang ktm.. tapi pukul 8.30 aku dah gerak dari stesen putra depan office uncle (asia jaya), hehe.. direct to masjid jamek, then tukar star ke bukit jalil.. wah.. dah pandai aku naik2 kereta api elektrik ni.. hehehe.. sampai dekat bandar tasik selatan, ehem2.. cik edi dah tunggu, nasib dia nampak aku lambai2.. so dapatlah gerabak yang sama.. ;)

sementara tunggu along, pergilah duduk2 dengan edi, borak2 pasal raya+school+mercun+masa depan............... erm.. lepas tu dalam pukul 10, message along dia cakap dekat khemah putih.. aku pun cari la kat khemah putih.. laaahhh.. rupanya kene seberang jalan.. mane lah aku tau, dia leh dok tinggal aku kat situ, nasib baik ada orang teman (padahal janji nak jumpe depan stesen kan).. tak ape, edi la tolong heret beg aku pergi seberang jalan sama2.. then, nampak la my sis tengah khusyuk membaca mag+paper etc..

lepas tu kan, orang KKKL aka bas gagap tu kan.. kenapa gagap? sebab cuba kamu sebut K tu 3x laju2 hehe.. er.. forget it, orang tu dia panggil lah, jb! jb! jb!.. kami pun ikutlah.. dapat naik bas 5stars.. kerusi pun besar tak hengat cam dalam flight, dia nak suruh penuhkan bas la kot, bila tengok real ticket wah satu perjalanan KL-JB 55 rm, yang along beli biasa punya 30 rm jer.. adehh.. kami dah risau dah, takut dia mintak extra pulak.. dalam dok fikir2, hujan pulak kat lua, lalu kami pun tidur lah.. bila ayah call jer, dah kat yong peng, rehat setengah jam.. ingat dah tol skudai, huhu.. highway memang jam la.. pukul 5 kot baru sampai larkin.. ayah dah siap2 tunggu dengan mama and adik2 sekali.. eh, bas tu tak mintak pun extra - lega...

lepas tu kami pergi shopping la.. yang anak2 perempuan binti mohd rashid dapat sepersalinan ceh sepersalinan konon baju raya yang dibelanja oleh puan noridah manakala sepasang kasut dibelanja oleh encik mohd rashid setiap seorang.. hehehe.. baik punya time.. yerla, bukan selalu balik kan.. (edi, sebab tu saya tak beli kat jalan tar hari tu, tak nak keluar duit sendiri, hehehhe)

mane baju rayanye? ups.. first raya lah baru tunjuk kan.. hehe.. ;P ok sudah mengantuk.. chatting kejap lah.. tata..

ps: aku yang penat...
ps: 2.. rumah dah ada broadband - aku takkan bosan lagi.. ;)

Tuesday 15 September 2009

peRAntau yaNg puLaNg

busy ber'dating' ber'angan' dan ber'main' dengan group work assigment serta test/quiz membuat aku sedikit terlupa pasal perihal raya. cuma yang buat aku ingat bulan Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya. oh.. maksudnya semakin kurang kebarangkalian untuk aku memonteng puasa and kalau ada rezeki, tidak perlulah aku mengganti puasa tahun depannya.. heheh..;) laahh.. betul!! kenapa masih tak percaya lagi aku masih berpuasa penuh hingga ke saat entri ini ditaip?? hehe.. tak baik tak berprasangka.. Kelakar juga bila post dekat wall facebook semalam, ada ke cakap aku something wrong, overhaul la, tipu lah.. hehe.. apa2 jer rakan2 aku nih..

jumaat pagi aku akan kembali ke kota tinggi bersama kakak kesayangan - nasib baik ada dia, kalau tak mesti aku terkontang-kanting nak pergi bukit jalil lah ape lah semua - menyusahkan betul. anyway, plan to tidur rumah maktam khamis malam jumaat.. ehh.. kawan2 kelas aku ramai sangat dah cabut hari khamis tu, teruk betul lah... hurm.. hehe.. tak ape, sebagai pelajar yang berdedikasi, aku stay jer sampai kelas terakhir tu.. ceh.. (padahal meronta-ronta nak pulang awal juga) ;(

kalau betul raya ahad, maksudnya sabtu mesti family dah gerak balik kampung - batu pahat, takkan nak balik jumaat.. eh, kami baru sampai la mama.. erm.. lagi satu, bila aku nak beli baju raya ni?? baju konvo lagi?? huh.. tak kira.. mama,, angah nak lain2.. hehe.. tulah actually baju raya dah beli awal2 lagi tapi dah pakai. tak syok aa.. first raya MESTI+PERLU+AMAT nak pakai yang baru, tak kira apa pun yang penting mesti raya pertama tu. bukan apa, baru lah meriah.. hehee.. (teruk betul perangai)..

so, hari jumaat and sabtu jerlah aku dapat berbuka dengan family tahun ni.. wahhh.. betul2 perantau ni.. uhuk uhuk..

hah! selaku pemegang usia 2o tahun, agak2 dapat tak lagi duit raya ek.. aku tengah berkira2 ni.. hurm.. sepatutnya dapat lagi besar amountnya.. ehhe.. kita tengok lah nanti

lepas raya macam2 cerita di kampus yang menunggu.. bosan lah.. speech lah, quiz lah, test lah, group assigment lagi, ahhh.. aku nak balik dulu.. ho yeah.. belum kemas baju, tak tau nak bawa balik baju apa dan beg apa... eh, ok, wish me luck test Organizational Behavior petang ni.. boleh siap berblogging pulak.. hehe..

okeh.. jom balik kampung.. ;)

Saturday 12 September 2009

akU tAk StaBiL

untuk kesekian kalinya aku amat geram, bengang, bengkak dan rasa nak membaling sesuatu (bukan harta aku) sebab line internet yang macam tak boleh pakai (kira dah baik tak memaki).. aku rasa line sangat-sangat-amat teruk, semua tak boleh buka, email pun lembab nak mampus padahal sebelum ni tak lah teruk macam ni.

ni yang buat aku rasa nak beli broadband tapi kat rumah dah ada 1, rasa macam membazir pulak.. bukak sikit je cannot be explored, cannot display the webpage..bukak sikit je connection interrupted kepala hotak dia.. rasa bodohlah pulak memaki teknologi padahal dia bukan kenal aku pun. entah, aku pun tak tau sapa yang nak dipersalahkan.

i need idea..!! tolonglah faham wahai internet explorer atau mozilla firefox.. adehhh...

selain itu, printer aku buat hal, so tak dapatla meneruskan biznes even aku dah try semua style menonggeng, mengetuk dan segala me yang lain.. orang yang sepatutnya KONON2 nak tolong tu pun aku rasa baik jadi bangkai jer.. serius aku geli dengan 'kau' dan janji 'kau'..

group project aku pun tak berapa berjalan dengan lancar, so aku sangat-amat-sangat risau dengan annoucement 'tiba2' lecturer kesayangan ramai itu untuk meng'submit' report itu minggu hadapan.. remind us la beb, dah la cakap awal semester.. takpe, rabu kang aku bagi selepuk.. (malas nak cakap pasal orang besar+belajar tinggi tapi perangai adik aku darjah 5 lagi baik - sangat unprofessional macam bagus sangat)


hohoho.. nasib baik aku ada beberapa berita gembira.. yang pertama, ayah dah hantar kereta ke batu pahat - naik raya nanti abg ijan akan bawa ke shah alam dan hantar ke puncak alam or aku ambil ke mana-mana lah, janji sampai.. alhamdulillah.. (tak sia2 aku meletupkan entri hari tu, hehe) senang kata, memang parent kita juga yang faham kita.. tak payah la nak bergantung harap kat orang lain..

keduanya, semalam pulak pergi buat interview sampai kat hospital ampang sana, memang jauh dan penat sangat tapi best sebab dapat berbuka kat luar (tolong jangan gelak, sebab kat ceruk+kayangan ni memang susah ye nak keluar melainkan ada own transport..)

lain2 oh.. aku hanya fikir nak balik raya saja jumaat ni.. aku malas nak fikir dah.. owh test mgt.. insya allah aku curi masa membaca nanti, ok..

gerak dulu.. adioss

p/s.. aku belum buang puasa lagi << er mungkin ada kaitan..

Wednesday 9 September 2009

seMata- MaTa SemBiLan

Hek hemmm.. sebenarnya tiada apa sangat pun nak diblogging, cuma mengambil kesempatan atas tarikh cantik tahun ini 090909.. hehe.. siapa la buat tarikh couple ke kahwin ke nikah ke hari ni.. boleh laa.. nanti time raya pun, 20092009 (kalo jadi) pun cantik jugak..

Hari ni mula2 aku sangat pening sebab communication - group project kene submit rabu minggu depan.. laahh.. serius kami tak start apa2 lagi.. aku sangat tension sampai rasa tak boleh buat apa2 tadi sehinggalah fikir nak discuss dengan aj je.. lepas tu, macam tahu2 pulak masalah datang, cathy ajak gather, so kami kumpullah semua 5,5 (even okiey macam tak dapat dikesan pada awalnya)

now, i feel better, HR pun baru tadi buat summarize semua soalan dengan aj. after this baru aku type and email to mak cik anne.. (fuh.. lega2.. thanx guys.. ;) )

cuma record - presentation tengah hari tadi memang hancur.. - sorry tapi aku tak faham benda2 concrete ni.. (hurm.. ada satu reason tak boleh cakap.. hehhe_


extra story...

gambar kat bawah ni sebenarnya dedicate to along yang first time masuk Darjah 1, tak silap, aku baru 5 tahun masa tu, tapi sebok jugak pakai pinafore..
hehe.. siapa comel?




lepas tu tadi ada lah buat gambar untuk sekelas.. so far aku dah 20 tahun (selepas 15 tahun berlalu).. still comel.. hehe.. aku letak satu jer ni.. gambar untuk kad raya kelas yang akan didesign oleh okiey.. ada ramai lagi, tapi nanti crop2 la macamana pun, ok??.. ;)


okeh.. babai.. >> ngantuk sudah

Tuesday 8 September 2009

aDakaH diA?

waaa.. kesian kat blog aku ini, lama ditinggalkan yer..
yeap.. i went to kampung baru KL last week, spent my time there..

hari jumaat, ke shah alam dengan Q, my classmate..
malas nak tunggu bas..
jalan2 round2 dengan azmi (my ALAM' s friend yang nak pergi belayar 6 bulan) sambil berbuka puasa dengan dia di seksyen 6.. best makanan dia.. aku first time try sup ekor..
then sampai rumah maktam around 9.30 pm..
berbuka roti tempayan.. sedap.. lembut amat tapi manis sikit la pasal orang Kelantan yang buat.. kuah sambal pun manis.. hehe..

hari sabtu, tak buat apa2..
konon2 membaca buku/notes..
eh, maktam sefamily mengecat rumah warna hijau..
aku tukang menyebok sikit jer..
petang sikit pergi putra station
(belakang rumah maktam jer)
sebab dah promise dengan daud nak ambil kasut crocs..
daud bawak gf dia tau sebab nk dating sekali hehe... (first time jumpa ayu)
yang sedap tu bagi kasut atas pagar jer.. sebab rugi kalo kene beli tiket semula hehe.. kakak dekat kaunter tu tengok, tapi aku tak sure dia senyum ke ape sebab dia pakai mask..
petang tu, maktam kata dah penat, tak nak masak
suruh aku membeli juadah dekat bazar kg. baru..
tapi bila balik.. laahh.. masak jugak..
segala jenis lauk ada - ikan goreng, ayam goreng, sayur kangkung letak udang, sambal goreng, sambal sotong, hah.. semua laa.. tapi kuantiti sedikit-sedikit..
so, aku memang tak pernah risau untuk makan di area kg. baru ni..hehe..

hari ahad, ehem.. keluar kejap dengan my chat's friend..
ooh.. kalau teringat dulu aku ada cakap tak nak keluar lagi dengan kawan chatting, tapi kali ini aku berani keluar sebab kami dah kenal lama, tapi tak sempat jumpa je..
aku ni yang sebuk suruh dia pergi mid valley padahal dia nak pergi beli barang kat mines jer.. hehe.. sorry dear..
oh.. my first time ke mid valley dari kg. baru..
rupanya dekat sangattt.. satu station jer dari KL Sentral..
pukul 10 pagi aku dah terpacak dekat TGV cinema tu..
abang2 ber'vest' hijau corak2 tu pun tak pasang lagi tempat untuk queue beli tiket tu..
hehe..excited kot.. dalam hati dup dap dup dap..
tengok tayangan hari ini (ceh tayangan hari ini)..
setem dah takde ;( so decide la nak tengok final destination 4..
and ada dua version, satu yang biasa satu yang 3d..
aku tanya lah cik Edifarhan ni, dia cakap nak try tengok 3d..
hurmm.. 3d 11.30 am and biase 12.00pm..
alamak, dear, sempat tak..?
kalau nak tahu dah 3 kali aku queue and 3 kali aku keluar queue sebab edi tak confirm lagi dia sempat sampai ke tak.. haha..
once dia cakap dia dah ambil cab, aku queue la buat kali ke-4..
hah!! 17 ringgit tau perperson!!
(sorry, tapi betul ni my first time beli tiket 3d movie)..
nama pun first time, memang la terkejut dengan harga tiket tu..
but its okay.. ;)

best laa.. even dah tahu jalan cerita sebab lebih kurang dengan season sebelum ni, tapi memang serius ngeri.. dah la pakai 3d spec tu rasa macam segala yang terbang pun macam nak hempap kita.. cuma aku rasa tak logik dia takkan la kene hempap tayar terus putus kepala kan? hehe tapi ok jer.. suka la aku.. (thanx edi sebab teman saya)..
lepas tu kami pun jalan2 cari makanan (ups.. bukan nak berbuka tapi nak bawak balik) and sedikit stationery and stokin edi.. hehe (cari stokin pun susah).. aku pulak beli cereal yang maktam kirim..
kami bergerak pulang jam 3 petang (ceh macam dalam karangan cereka) sebab edi macam budak sekolah, outing balik pukul 5 hehe.. biaselah, budak upnm..



dulu, kalau ada terbaca nama edifarhan dalam previous entry, ni la orangnya.. ;)

thanx edi sebab spend masa dengan saya.. ;)




p/s.. cuba kira berapa banyak perkataan first time di atas..
lagi satu.. Good Luck untuk budak2 UPSR yang start hari ni.. termasuk my little brother, azri..

Wednesday 2 September 2009

kaMi puN adA beNdeRa laa

morning all..
bangun2...

malam tadi kami bertiga(aisyah, aj and me) je (eh berempat sebab lina datang lewat sikit) mendengar sedikit ceramah tentang Merdeka kah orang Islam di bulan Ramadhan ini.. kesian penceramah tu, padanlah lewat sangat majlisnya, sesat 2 jam cari CERUK KAYANGAN kesayangan ramai ni.. ;)

penat kami dok terintai2 dari bilik aj bila lah nak start ceramah nye.. terawih tak pergi (eh, bukan dah buat sendiri kat bilik ke) hehe... last2 pukul 10 lebih kami pun turun..

aku sejak2 ada kamera ni, takkan la nak frame kat bilik kan.. ok lah.. saje cuba night scene..





ok lah juga tu, dengar ceramah, nasyid, dapat makanan and dapat kupon mpp..
even majlis dah lewat sehari la.. sebenarnya untuk meraikan kemerdekaan.. tapi tak ramai sangat yang datang.. its ok mpp puncak alam.. teruskan usaha anda.. hehehe
alamak.. nak pergi mandi.. wahh sejuk nya..

p/s aj and aisyah gambar menegak tak edit lagi.. nanti ambil kat lapy ok... hehe.. tak sempat..

Tuesday 1 September 2009

janGan biArkaN maSa anDA teRBuang Sia2

ha.. kamu..! apa kamu rasa kalau dah turun tangga sepanjang ini, dah menyeberang jambatan dan hampir menaiki lift ke kelas, tiba2 ditahan lalu diberitahu "naik2! kelas batal" ohh.. s**t.. hu.. serius habis dah kurang puasa aku.. lagi satu tadi tiba2 hujan turun dengan menggila ya..
sabar sajalah.. betul.. mestilah kena naik semula.. aku rasa nak pengsan tadi bila aku naik dengan one short breathe rasanya.. dengan baju kurung yang anggun serta pakai foundation siap sebab okiey kata nak ambil gambar kelas untuk kad raya kelas.. fuhhh... (sekali lagi sabar...)

aj pulak tadi tertinggal sebab mintak tolong pegawai kolej bukakan kunci locker dia (sebab pandai sangat tinggal kunci dekat rumah.. haha) so, dia pun tunggu aku dekat atas and aku pulak tunggu dia kat bawah sebab takut2 dia turun.. dengan phone line yang membakar kesabaran aku (sama je maxis or celcom) di CERUK KAYANGAN - (id aku untuk puncak alam), kami pun 'disconnection' la.. aduh

setelah puas memaki (yang ringan2) aku tiba2 decide nak take picture (kebetulan bawa kamera pink comel olympus ku itu untuk capture gambar kelas).. ceh konon2 photoshoot masa hujan.. (yelah, daripada tak buat apa2.. baik ambil kesempatan.. hehe.. ni lah hasilnya..





ceh, penuh pulak gambar aku.. and yang tolong capture nye mestila aj tersayang.. hehe.. aj nanti ambil gambar u dekat laptop ok.. bawah ni pulak gambar aj..



ehh..tengah dok melayan posing tiba2 aku macam terperasan sekumpulan abang ni tersengih2.. amek kau, nak jugak enterframe dalam blog ya.. silakan.. hehe


moral of the story.. kalau instict malas, pergilah kelas lambat.. (ada potensi untuk batal) haha.. and jangan biarkan masa anda terbuang dengan sia2.. - seperti aku yang blogging even assignment access tak siap lagi hihi..

daa