Thursday, 2 September 2010

keKaSih kaU janJI aPa?

korang korang...
tengok tak cerita ni, hari jumaat 7;30pm..?

poster janji kekasih (aku copet dari google image)

lepas nur kasih, aku rasa cerita ni best jugak nak dilayan (lepas magrib) hehe.. aku actually jarang tengok cerita ni sebab kekangan mesin tv di rumah sewa.. tapi kalau aku balik rumah makcik2 aku, aku tengok and follow up dengan makcik2 aku la.. cerita dia ringan and simple nak faham..   boleh kelik sini kalau nak tahu lanjut.. sinopsis

i love jue aziz!! (karina) suka la.. bagi aku dia tak control pun bila acting, and dia memang cantik.. (abaikanla perangai dia or kontroversi dulu2) sebab aku rasa sekarang dia ok jer.. harap2 terus macam tu la.. hehe..

anyway saje je nak cerita pasal ni, banyak moral boleh dapat dari cerita ni.. congrates la pada producer, puan hajjah ziela jalil (eh, apasal aku da tulis cam reporter pulak ni?)haha.. pelakon dia selain jue pun best2.. fezrul.. (hmm aku tak sure berapa umur dia, dulu dalam exora dia jadi abang macam matured sangat, lepas tu jadi kimi dalam patung cendana macam budak2 pulak, la ni jadi student??) hmm.. ayu raudhah yang nak kawen dengan zaquan ni (ceh, jeles dow).. memang comel pakai tudung, dia sangat lembut dan 'ayu'.. tapi watak stereotype macam nur kasih.. err.. nama pun sama, aliyah.. almy nadia pulak memang jadi jek jadi penghasut.. macam cerita dunia baru tu, tapi versi bertudung.. lain2 macam puteri sarah pun tak ada la kayu sangat and mama kepada karina, si marina - haha aku tak pernah tengok mama yang sampai macam tu sekali bela anak.. tapi best dow mama dia kaya gila.. sanggup beli jiwa anak dengan duit... kalau aku la.. huhu...

ok.. sapa yang belum tengok, pergilah tengok kalau rajin.. tinggal beberapa episod jek lagi rasanya..aku rasa simbolik 'janji kekasih' tu macam either shah janji dengan karina something ke or janji Allah terhadap hamba-hamba-Nya sekian sekian kot.. kena tunggu ending lar..

daa...

p/s.. siapa yang gatal sangat dah berkemas balik raya tuh tak tunggu aku??

Tuesday, 31 August 2010

MerDEka 2010 yaNg......

SELAMAT HARI MERDEKA!!!


sALam merDeka korang...

ha, last year aku dah cerita trailer merdeka aku, tahun ni dah tak ada modal.. hehe.. anyway, Malaysia dah 53 tahun merdeka, sebagai rakyat biasa aku bersyukur dapat hidup dalam negara yang masih aman (erk, sebenarnya pejam mata dengan 'kekejaman' yang berlaku di sekeliling kita).. boring lar nak cerita pasal hati dan otak mereka2 yang aku boleh klasifikasikan sebagai tak bertamadun itu, dah famous sangat dah hari2 masuk paper, kau ada?

bagi aku, merdeka tahun ni tak best sangat, sebab macam2 benda silly berlaku, pasal event merdeka, pasal perangai orang2 yang perasan merdeka dan lain2.. cuma hikmahnya, malam merdeka ni la aku baru terbuka hati nak buat terawih.. hmm.. dah malam ke-20.. alpa, leka, malas.. syaitan aku tak diikat.. dan juga solat berjemaah yang aku kira sangat jarang dilakukan selepas keluar dari boarding school dulu.. ;(

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
YANG KE-53 TAHUN
KEPADA MALAYSIA
DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA

1 MALAYSIA 
MENJANA TRANSFORMASI

CANTIK SANGAT BILA TENGOK DARI ATAS..
PENYAMPAIAN REPLIKA SUMBANGAN TABUNG PALESTIN

Wednesday, 25 August 2010

jOurNaL rEviEw tiPs

Orang cakap sharing is caring.  selama ni aku pun tak tau sebenarnya macam mana cara yang betul nak buat journal review, some people call it article critique, journal critique or article review.  tapi pada aku, aku taklah sehebat those authors nak critique balik apa diorang dah tulis kan. so review maybe lebih accurate la..

aku dapat tips ni dari pensyarah aku, Encik Ramlee Abd. Rahman yang mengajar Research Method.  encik ni pantang orang salah eja nama dia, bukan ramly bukan ramli burger tapi ada double e.. hah, kadang2 dalam kelas aku panggil jek encik romli.. macam sedap pulak.. huhu..

ok, ini tips macam mana nak buat journal review..

paling penting sekali korang mestilah mendapatkan journal yang korang rasa best and senang faham. lepas tu...
  1. read, read and re-read (berapa banyak kali sampai korang rasa nak muntah)
  2. understand the overall issues of the journal/article
  3. omit the technical elements
  4. record the main issues of the articles as you understand
  5. relate it with what you have learn in class/subject
  6. plan what to write, and start writing..
lepas tu, dia bagi lagi tambahan.. REMINDER!
  1. jangan ambil directly especially jangan cut and paste
  2. pastikan original, bahasa tunggang langgang memeningkan kepala tu tolak tepi dulu
  3. biarpun english tak lah berapa bagus, tapi markah dia tak tolak pun, janji kita usaha, tapi bila ayat bagus, dia bagi extra mark.. hehe
  4. make sure our review tu ORIGINAL, creative, innovative, positive etc etc..
daripada diploma dulu aku paling la tak tau nak buat benda ni, dah nak habis degree baru dapat guideline yang sesuai.. hmm.. anyway.. happy writing you all.. ;P