Showing posts with label onDaScreen. Show all posts
Showing posts with label onDaScreen. Show all posts

Monday, 30 January 2012

AJL 26 - veRsi aKu

hurray!!

satu doniaa.. eh, satu Malaysia (cukupler) dah tau wajah2 pemenang AJL 26 malam tadi.. walaupun ada lagu2 yang tak berapa diketahui kekuatannya (berdasarkan pandangan orang ramai) dapat ditenggelamkan dengan melambak lagi lagu yang BEST GILER!!.. dan aku tak tertidur malam tadi seperti tahun2 sudah sebab menikmati alunan muzik yang best2 tuh.. hehehe..

tapi kan, aku still curious ni... aku rasa kisah hati by alyah tak dapat spot pasal si penciptanya, Manusia Putih itu tak mahu publisiti lar.. keh keh keh.. nak gak tau siapa di sebalik nama Manusia Putih tu yang buat lagu dan lirik yang aku boleh cakap amazing lar.. first time dengar jek terus jatuh chenta gituw... jadi, alyah dapat bolot 10k untuk diri sendiri lar untuk persembahan terbaik *clapclapclap*... bravo bravo.. congratulations!!

(*nak letak pic barbie doll alyah tapi kat google image tak banyak lagi lar.. ;(  )

takpelar, tepek pic ni jek....
babak dalam MV (cilok google image)

Hafiz nyanyi jangan cakap lar.. memang suara macam dalam recording.. dapat pulak lagu DMNasir.. memang tak dapat nak pertikaikan lagi lar kemenangan itu.. (tapi betullah aku tak dengar diorang cakap Alhamdulillah, *prasangka baik - sebut dalam hati kot*.. ) hehehe.. relax jer bro pakai tracksuit ad1dA$.. slipar pun takder.. fokus vokal jek.. memang terbaik arhh!!..  dia ni buat aku gelak jer.. orang cantik2 terima hadiah atas pentas dia pun selamba je pakai tshirt and track tu.. keh keh keh..

tengok tu.. selambe je dengan tshirt dia.. 


*gambar dari gua.com.my

and last but not lease.. beribu sesalan.. 3suara.. eh, aku rasa macam ada tukar turn nyanyi jek, ke aku sorang yang perasan.. ?.. huuu.. tak puas laaaaa... sebab sedap sangat!!!.. *sampai hentak2 tangan aku sambil baring2 semalam.. *.. tahniah2!!

THE TRIO.. SUPERB VOCAL..
gimme more gimme more!!.. 

ok dah.. tu jek yang aku suka.. ;) yang lain2 banyak blog hiburan dah cover dengan gambar siap.. aku tengok kat tb jek dengan famili.. hehehe..


Saturday, 19 November 2011

wHo iN my bOoTs?

Comel giler puss in boots ni, muka kesian rasa macam nak bagi pelempang pun ada gak.. ;P... sparkle gila mata dia tadi.. btw.. BESTSANGATSANGAT ok cite ni tadi,, berbaloi ar tengok.. g la tengok.. g larrr... ;)


SOOOO...
hari ni kua mengukur KL dekat 9 jam! cari baju, plus tengok wayang, plus borak2.. senang kata, dating lar with Mr. K.. ;) kesian dia aku hayak jerk ikut kaki aku nak pergi.. bila dah pergi golden triangle tu tau jelar.. bukan cukup 1 hari nak cover... anyway, tadi focus dekat ts.. setiap tingkat aku try cover kedai one by one.. haha.. tapi best shopping with him... at least ade orang nak cubit kalau terasa nak beli semua baju dalam kedai tu.. haha.. and.. dia pandai buat pilihan.. and bagi pendapat.. of course.. :) 

EMM.. this is Kitty the soft paws.. she is the 'senorita'.. so sweet bila kucing bercinta.. haha..


tak ada ape nak bebel sangat sebab tengah penat gila... just.. Alhamdulillah tak over budget tadi.. ;)... ehh.. esok cuti lagi lar.. ehem2... Mr. K, jangan jeles, ok?.. neway.. thanks a lot to him yang sudi nak teman saya tadi.. jangan serik, tau? haha..

"IMY"

c yeaaa!!

credit: google image

Thursday, 17 March 2011

HikAYat MeRONgMaHaWANgsA

otak aku mereng semalam sebab rasa nak bergonjeng jek, gonjeng tu ape? aku pun tak dapat describe macamana, pandai2 kepala otak kamu la pikir..  dalam pada aku demam2 tak jadi ni, aku berminat nak ikut my old friend pergi tengok cerita epik yang starting dia macam seram2 jangan pandang belakang.. haha..

my old friend ni macam tak confident jek dengan condition aku ni yang degil jugak nak tengok movie ni.. (hidden reason: dia nak belanja).. ;P

mula2 dia confident jek pergi the $ummit USJ sebab tiket murah, sampai2 jek, habis sudah.. ;( pergh aku gaya cakap macam cool jek, dalam hati kenapa lah tak check dulu mamat nih, so, dah area 1030pm tu, aku cakap, terjah sunwaypyraMId je lar.. kalau tak ada, memang tak rezeki lar nak tengok.. nak jadikan cerita, kitaorang dapat midnight show.. 12:20 pm, (aku harap sangat aku tak mengantuk time show ni)

- ampun mama, ayah di kampung, bukan selalu pun tengok midnight, baru beberapa kali jek, paling banyak pun dengan family jugak kan.. ni pun sebab ada orang willing nak belanja, bukan materialistik cuma pandai amek peluang jek - 


~ popcorn, air.. ok set..~

~ dia mulaaaa dahhh ~

selingan:  iklan movie karak seram gila sy**l

~okayh2.. pokus~


pergh korangggg... setiap inci detik pun aku tak rasa nak tidur walaupun aku dah bawak shawl bagai macam blanket sudah.. cerita ni buat aku rasa sentiasa nak tengok next next and next... ;) bagi aku lar, regardless of member aku cakap ada la beberapa teknik CGI tu yang tak berapa 'in' (sebenarnya aku tak nampak pun benda tu!) aku syok jek layan cerita ni..  ;) adalar, part2 yang tak logik sikit, macam darah tak lekat kat pedang?? boleh maafkan ke x? hehe..

if kita mencari kelemahan cerita tu, mestilah kita dapat tengok kelemahan dia, betul tak? alar, mesti ada orang cakap dah obvious lar scene tu cam merepek, blah blah blah..  memanglah not so perfect, tapi bagi aku sebagai penonton yang tak berapa tinggi ilmu perfileman ni, Hikayat Merongmahawangsa boleh dijadikan sebagai benchmark untuk improve more (tu pun kalau adalar company selain syarikat beranimati KRUBerhad tuk melakukan anjakan paradigma, siapa tau, kan?)

BILA LANGKASUKA, EMPAYAR ROM DAN EMPAYAR CHINA BERSATU............

aku enjoy - enjoy dan enjoy sangat cerita ni!! boleh bagi 8/10 tak? ;) ending dia.. (tak moh cite lebih) tapi, beliau mencari maksud kata-kata ibu beliau sehingga ke akhir hayat.....

hmmm, bila tengok cerita macam ni, memang susah takde airbus macam sekarang.  padanlah orang yang nak pergi naik Haji dengan belayar dulu macam nak pergi meninggalkan dunia / berjihad sehingga mati sebab kita tak tau berapa ramai jek boleh survive di air berbanding di udara...

aku suggest kat korang pergi tengok dengan jiwa yang kosong dari anasir2 negatif, hehe.. enjoy the show babe!!

p/s:  kesian kawan aku, elok2 boleh dapat tiket murah, terus naik sekali ganda siap kt sPyramid.. hehe sorry babe! thanks for the treat.. next time if bored and berduit, roger kay.. ;) don't forget to check available ticket first!!

Tuesday, 22 February 2011

tHe mEChaNic

hai,,, lately asyik post pasal movie pulak, tak lar asyik, baru 2... ehem2... kali ni, aku pergi dengan e,f... *sukasuka,,, ;) THIS is very the last minute planning, supposedly i have to go out with my bff, but he called me and said he can go for outing,, lalala, dia bukan budak sekolah, tapi memang macam budak sekolah,,, ;P

so, pasal tak nak tengok 3d sanctum, *aku tak suka spec besar 3d, pastu, taular 3d agak mahal, nanti sian dia xde duit even 25 ni dapat gaji* ceh, so kami tengok lar cerita ni,,, ;)


the heroes

Cast
Credit
Arthur Bishop
Steve McKenna
Dean Sanderson
Harry McKenna

rating, 7/10.. oklar, suka action dia macam tak terasa pulak masa berlalu, so far, bagi aku lain orang lain citarasa.  habis tengok movie kat timessquare, sambung jalan2 kat mines,, ahaha,, aku ingat nk g ts lagi dekat, rupanya g mines lagi dekat, parking weekend kena 12ringgit, 6 kat ts, 6 kt mines,,, mahal kan? belasah sudah..

basically, cerita dia banyak pasal mati kena bunuh, asyik main pistol jek, nak cakap pembunuh upahan mungkin ya sebab si arthur tu memang takde perasaan bunuh orang yang dia kena bunuh. suddenly, dia bunuh papa steve, tak sure sengaja or tak, then dia kerja dengan steve nak bunuh dean pulak.. at last steve tau yang arthur bunuh bapak dia, and siapa yang mati dulu at last?? arthur or steve?? memang very DE LAAA... dotdotdot...

to my bff, andie and ina SOORRRYYYY sangat cancel our day macam tu, hukhuk,,, tak jahat kan, nasib korang memahami,, hehehe,,, LOVE U GUYS,,, love him too,,, ;)

credit
www.hollywood.com/movie/The_Mechanic/6382561

Thursday, 17 February 2011

maRi berSangKa BAik

tau tak hari tu aku dapat straight cuti dari khamis sampai selasa?.. ahaha.. tak tau pun aku saja jek bagitau.. pastu mama pulak tak bagi balik rumah - khuatir tak nak balik sini balik.. haha.. rabu malam aku dah mendarat di kampung baru - pasal housemate semua pun balik.  khamis jek aku dah gelisah - tapi buat2 relax sambil buat nota oha.. finally jumaat, aku jumpa orang yang ajak aku keluar.. yippie!!..

"maktam, kua jap.. ts" hehehe

jalan2 kat segitiga emas kl.. ceh.. haha.. tak budget nak tengok movie pun, tapi tertengok jugak.. kami tengok cerita ni... ;)

ALL'S WELL ENDS WELL ...

masa beli tu dalam 6 lebih gak.. target balik before 9pm.. takpelar, cuti ehem-ehem lagi pun.. sebab bahang CNY masih terasa, aku rasa cam kami berdua jek melayu kt cinema tuh.. hahaha.. cerita ni best tau.. santai jek gelak2 sampai nak nangis pun ada...

dah lama tak tengok cerita cina ni, last tengok karate kid..

louis koo - makhluk ni hensem n taff bangat, tapi jadi sissy pasal kerja dia jurumekap.. terpakse lar jalan lembut2.. pastu hampir tak dapat cinta hati dia..

lupa nama dia.. cicilia ke? i like her voice!! husky and sexy!! - sangat la pembaris - tp last2 dapat jugak kawen..

overall, happy ending lar.. semua kawen.. haha.. best2.. dekat 2 jam cerita ni.. bg 8/10.. ;)

thanks akmal arif for the accompany.. ;)

kalau rajin nanti update pasal kegiatan lain masa cuti tuh.. c yea..

Thursday, 2 September 2010

keKaSih kaU janJI aPa?

korang korang...
tengok tak cerita ni, hari jumaat 7;30pm..?

poster janji kekasih (aku copet dari google image)

lepas nur kasih, aku rasa cerita ni best jugak nak dilayan (lepas magrib) hehe.. aku actually jarang tengok cerita ni sebab kekangan mesin tv di rumah sewa.. tapi kalau aku balik rumah makcik2 aku, aku tengok and follow up dengan makcik2 aku la.. cerita dia ringan and simple nak faham..   boleh kelik sini kalau nak tahu lanjut.. sinopsis

i love jue aziz!! (karina) suka la.. bagi aku dia tak control pun bila acting, and dia memang cantik.. (abaikanla perangai dia or kontroversi dulu2) sebab aku rasa sekarang dia ok jer.. harap2 terus macam tu la.. hehe..

anyway saje je nak cerita pasal ni, banyak moral boleh dapat dari cerita ni.. congrates la pada producer, puan hajjah ziela jalil (eh, apasal aku da tulis cam reporter pulak ni?)haha.. pelakon dia selain jue pun best2.. fezrul.. (hmm aku tak sure berapa umur dia, dulu dalam exora dia jadi abang macam matured sangat, lepas tu jadi kimi dalam patung cendana macam budak2 pulak, la ni jadi student??) hmm.. ayu raudhah yang nak kawen dengan zaquan ni (ceh, jeles dow).. memang comel pakai tudung, dia sangat lembut dan 'ayu'.. tapi watak stereotype macam nur kasih.. err.. nama pun sama, aliyah.. almy nadia pulak memang jadi jek jadi penghasut.. macam cerita dunia baru tu, tapi versi bertudung.. lain2 macam puteri sarah pun tak ada la kayu sangat and mama kepada karina, si marina - haha aku tak pernah tengok mama yang sampai macam tu sekali bela anak.. tapi best dow mama dia kaya gila.. sanggup beli jiwa anak dengan duit... kalau aku la.. huhu...

ok.. sapa yang belum tengok, pergilah tengok kalau rajin.. tinggal beberapa episod jek lagi rasanya..aku rasa simbolik 'janji kekasih' tu macam either shah janji dengan karina something ke or janji Allah terhadap hamba-hamba-Nya sekian sekian kot.. kena tunggu ending lar..

daa...

p/s.. siapa yang gatal sangat dah berkemas balik raya tuh tak tunggu aku??

Monday, 23 August 2010

deSceNt II

aku pergi tengok descent 2 semalam dengan andie, ajak, asem or aweng and budak baru balik dari usa, cuti 3 minggu si shaker.. wahh makin hensem kau, tapi tak putih pun.. hehe..

ha, cerita pasal descent 2, awal2 lagi aku dah kena prank dengan diorang kalau aku tak tengok siri 1, aku tak takkan faham cerita ni,  tapi rupanya memang tajuk dia macam tu, kureng betol kamu ya!

erk, tapi aku sangat geli nak letak poster dia ke apa kat sini.. eyuwwww

kalau aku tau, aku tak tengok cerita tu. ni semua kawan aku punya pasal la aku terjebak sekali. aku memanglah penakut and tak tengok horror movie, tapi cerita ni bukan la horror, tapi bunuh2 scary la, ada makhluk bawah tanah makan2 orang.. aku tengok pun beberapa part sebab semua part dalam gua, gelap gila.. owh,, tengok kat klcc mahal 13 hengget.. lepas tu, geli geleman la main darah semua.. yaks! ha, tengok sendiri la kalau nak tau.. lagi2 bulan puasa ni.. haha,,

p/s.. janganlah main2 dalam gua..

ok, aku letak jugak, ihsan:google