tengok tak cerita ni, hari jumaat 7;30pm..?
poster janji kekasih (aku copet dari google image) |
lepas nur kasih, aku rasa cerita ni best jugak nak dilayan (lepas magrib) hehe.. aku actually jarang tengok cerita ni sebab kekangan mesin tv di rumah sewa.. tapi kalau aku balik rumah makcik2 aku, aku tengok and follow up dengan makcik2 aku la.. cerita dia ringan and simple nak faham.. boleh kelik sini kalau nak tahu lanjut.. sinopsis
i love jue aziz!! (karina) suka la.. bagi aku dia tak control pun bila acting, and dia memang cantik.. (abaikanla perangai dia or kontroversi dulu2) sebab aku rasa sekarang dia ok jer.. harap2 terus macam tu la.. hehe..
anyway saje je nak cerita pasal ni, banyak moral boleh dapat dari cerita ni.. congrates la pada producer, puan hajjah ziela jalil (eh, apasal aku da tulis cam reporter pulak ni?)haha.. pelakon dia selain jue pun best2.. fezrul.. (hmm aku tak sure berapa umur dia, dulu dalam exora dia jadi abang macam matured sangat, lepas tu jadi kimi dalam patung cendana macam budak2 pulak, la ni jadi student??) hmm.. ayu raudhah yang nak kawen dengan zaquan ni (ceh, jeles dow).. memang comel pakai tudung, dia sangat lembut dan 'ayu'.. tapi watak stereotype macam nur kasih.. err.. nama pun sama, aliyah.. almy nadia pulak memang jadi jek jadi penghasut.. macam cerita dunia baru tu, tapi versi bertudung.. lain2 macam puteri sarah pun tak ada la kayu sangat and mama kepada karina, si marina - haha aku tak pernah tengok mama yang sampai macam tu sekali bela anak.. tapi best dow mama dia kaya gila.. sanggup beli jiwa anak dengan duit... kalau aku la.. huhu...
ok.. sapa yang belum tengok, pergilah tengok kalau rajin.. tinggal beberapa episod jek lagi rasanya..aku rasa simbolik 'janji kekasih' tu macam either shah janji dengan karina something ke or janji Allah terhadap hamba-hamba-Nya sekian sekian kot.. kena tunggu ending lar..
daa...
p/s.. siapa yang gatal sangat dah berkemas balik raya tuh tak tunggu aku??
No comments:
Post a Comment