Showing posts with label suke-suku. Show all posts
Showing posts with label suke-suku. Show all posts

Monday, 30 January 2012

AJL 26 - veRsi aKu

hurray!!

satu doniaa.. eh, satu Malaysia (cukupler) dah tau wajah2 pemenang AJL 26 malam tadi.. walaupun ada lagu2 yang tak berapa diketahui kekuatannya (berdasarkan pandangan orang ramai) dapat ditenggelamkan dengan melambak lagi lagu yang BEST GILER!!.. dan aku tak tertidur malam tadi seperti tahun2 sudah sebab menikmati alunan muzik yang best2 tuh.. hehehe..

tapi kan, aku still curious ni... aku rasa kisah hati by alyah tak dapat spot pasal si penciptanya, Manusia Putih itu tak mahu publisiti lar.. keh keh keh.. nak gak tau siapa di sebalik nama Manusia Putih tu yang buat lagu dan lirik yang aku boleh cakap amazing lar.. first time dengar jek terus jatuh chenta gituw... jadi, alyah dapat bolot 10k untuk diri sendiri lar untuk persembahan terbaik *clapclapclap*... bravo bravo.. congratulations!!

(*nak letak pic barbie doll alyah tapi kat google image tak banyak lagi lar.. ;(  )

takpelar, tepek pic ni jek....
babak dalam MV (cilok google image)

Hafiz nyanyi jangan cakap lar.. memang suara macam dalam recording.. dapat pulak lagu DMNasir.. memang tak dapat nak pertikaikan lagi lar kemenangan itu.. (tapi betullah aku tak dengar diorang cakap Alhamdulillah, *prasangka baik - sebut dalam hati kot*.. ) hehehe.. relax jer bro pakai tracksuit ad1dA$.. slipar pun takder.. fokus vokal jek.. memang terbaik arhh!!..  dia ni buat aku gelak jer.. orang cantik2 terima hadiah atas pentas dia pun selamba je pakai tshirt and track tu.. keh keh keh..

tengok tu.. selambe je dengan tshirt dia.. 


*gambar dari gua.com.my

and last but not lease.. beribu sesalan.. 3suara.. eh, aku rasa macam ada tukar turn nyanyi jek, ke aku sorang yang perasan.. ?.. huuu.. tak puas laaaaa... sebab sedap sangat!!!.. *sampai hentak2 tangan aku sambil baring2 semalam.. *.. tahniah2!!

THE TRIO.. SUPERB VOCAL..
gimme more gimme more!!.. 

ok dah.. tu jek yang aku suka.. ;) yang lain2 banyak blog hiburan dah cover dengan gambar siap.. aku tengok kat tb jek dengan famili.. hehehe..


Saturday, 28 January 2012

ceLotEh paGi iNi

bangun pagi hari ni << ek eleh itu pun nak cakap.. so what??  ekeke.. sambil2 goreng nasi tu ceritalar kat mama, hari ni baca status member sekolah dulu yang dah kahwin, dia pergi kat rumah member lagi satu yang dah beranak, pastu hapdate status, "comellah baby, nanti kawen ngan anak aunty, okay"..

hmm.. nampaknya kawan2 sebaya aku dah start kenen2 kan anak masing2 nak beripar-duai, beras, biras bagai.. kekeke.. so shweet lettew.. ;) dalam hati, Ya Allah dah besar upanya member2 aku ni.. (aku jek yang perasan aku kecik lagi sampai boley lari2 ingat main kejar2 zaman sekolah ke hape.. kui kui.. abes tu ngko sentap ke nyah?.... hehehehe.. larik!! tak nak jawab.. biarlah rahsiaaaa.... (ala2 DCT nyanyi.. )..

lately, banyak dapat undangan perkahwinan mahupun pertunangan, nasib baik per-couple-an takder.. tapi, semua aku tak pergi .. errr.. bukan pasal cemburu, tapi, masa tu kepala otak tengah mereng sikit pasal problem yang aku cari sendiri tu.. hmmmm.. agak2 aku tak pergi majlis diorang, diorang balas dendam tak dan tak pergi majlis aku?.. takpe2.. lambat lagi tu (tak tau lar bila).. diorang mesti tak ingat punya.. keh keh keh.. 

dah jobless ni, jangan nak gatal2 ekk.. pang baru tau!.. huh! (err.. kecuali lar kalau..... )...

Saturday, 31 December 2011

2011 rEcaPs

2011.. tahun yang betul2 penuh dengan kejutan, pelbagai kenangan suka dan duka, pahit dan manis - yang aku kira menambahkan rencah hidup, membuka minda, pandang ke hadapan di samping mengambil iktibar perkara2 yang telah berlaku sambil terus berdoa dan bertawakal untuk masa hadapan yang lebih gemilang..

recaps..


January - dimulakan dengan 'hadiah tahun baru'.. signifikannya, setelah mendapat pengatur masa idaman, rasa macam, wahh.. tahun ni aku mesti kena lagi berdisiplin, jaga masa, jaga assignment dateline,  jaga lar segala2nya berkenaan masa.. rasa bangga macam budak Darjah 1 dapat handset pakai jam pink  tu... kau hade?,, haha..

tengok tarikh dia tu.. 1 Januari

March & April - 1 benda besar terjadi di mana aku dan 2 orang rakan ditimpa kecelakaan jalan raya sampai kereta jadi total lost .. . . and because of that jugak, almost losing friends due to money matter and almost miss to sit for the final examination of  the very last semester of Bachelor Degree .. . macam2 mana pun, aku sangat bersyukur kerana terasa diberi peluang untuk kembali normal, dapat sambung belajar dan sekarang berkerja pula seperti insan2 lain . . *saat2 kesakitan itu aku masih dapat rasakan sehingga sekarang, namun rasa terubat bila aku dapat menghabiskan baki pengajian dan seterusnya menerima segulung ijazah sarjana muda.. Alhamdulillah...

June - I involved in small accident,, *again?,, just finishing the 3P course exam and my car was blocked by other car in parking lot, so I decided to move the brick that hold the car but then, I missed the time and the car moving too fast! afraid of bumping with other, without think much I block by my hand and my leg while shouting for help .. thus, I succeed in blocking them from bumping and as a result, my knee was injured *big blue lebam was there!!- luckily still have energy to drive back to Johor (the situation still ring in mind until now because I was really scared to death and have some phobia due to the last accident thingy).. I told the family only when I reached home - ^_^

July - due to my injuries, we postpone the holiday program to Singapore to July - having fun - forget the past and enjoying the moment with family very well - ;) I made the trip as the therapy of my legs because we had to walk from one place to one place .. did not have enough time to visit Universal Studio and not in the priority list - hopefully we can go there later ... 


August - still having some pain and plan to bermalas-malasan sambil menyambut puasa sebulan penuh di rumah menyebabkan aku tak berusaha langsung untuk mencari kerja dengan alasan 'nanti tak dapat cuti raya'.. hehe,  so, we were helping mom to make some raya cookies and cleaning the house . . meriah kau!!!

October - the month that full of SWEET thingy ; *_* . . . :-> past the first interview to work at this particular bookstore in KLCC - then, having a crush ;)) *blushing - did not expected at all this guy stalking my blog and read that entry!! malu gilerr..! lepas tu, aku pulak baru terfikir nak stalk blog dia dan terkesima bila baca satu entri dia tuh.. haha.. bengong lar..  u are so slow, girl, but his blog was awesome!.. oh oh sebelum tu, oktober jugak adalah hari graduasiku!! fikir punya fikir macam mana nak cuti lama sikit, akhirnya terus hantar surat resign genap2 sebulan bekerja - haha..



November - the sweetest month of the year!! you know - the luckiest date of the year 111111 - got the job offer and also a boyfriend.. HEHEHE sorry lar kecoh sikit, tapi, kau hade?.. haha.. apa pun Alhamdulillah syukur sangat2 kepada Allah atas semua rezeki2 ini..

December - the busiest month of the year - work, work and work - but at the same time still find time with families and him . . but then.. rasa lama gila tak lepak dengan kawan2,, diorang tengah sibuk prepare for final exam I think .. . miss you guys lots!!! 

ada beberapa perkara yang terlintas dan aku fikir cuba jugak nak capai dalam 2012 . . masa depan yang kurang pasti tapi boleh diusahakan dan diperbaiki . . nantikan............!!! hehe poyo..

THANK YOU ALLAH!

SELAMAT 
TAHUN 
BARU

2012

........pqa........

Sunday, 25 December 2011

teMan sAya

soalan kuiz untuk hari ini...


"apakah signifikan teman lelaki/wanita kepada anda?"

Encik K cakap, kalau ikut kejujuran dia, teman wanita dia adalah tukang kejut bangun tidur, tukang pengingat, tukang tanya pemakanan, tukang penasihat perubatan.. (eheh.. pandai2 jer aku tambah sendiri).. haha.. err, awak tak jawab habis lagi yer?..

aku pulak jawab," teman lelaki saya adalah kawan saya.." jadi, apa beza teman lelaki dan kawan lelaki? semestinya teman lelaki lebih istimewa, dan dia tahu benda tu.. ;) mudah bukan?.. maksudnya perkataan 'teman' itu dah membawa maksud yang berat, yang mendalam, tapi terpulang pada sesiapa yang nak mengklasifikasikan maksud itu sendiri...

semalam, dia teman aku pergi beli kasut jogging - jadi, singgah lar dekat kedai b@ta tu, beli kasut 'paweh'.. pink and grey.. I loikkkeee!! <3.. yang kelakarnya, bila aku tengok dia, tengok aku test kasut tu, muka dia macam ayah aku belikan kasut sekolah adik aku, dengan gaya bebel2 dia tu.. haha.. terserlah lah jugak sisi ketuaan kematangan jejaka 25 tahun ni, padahal sebelum tu macam cacing kepanasan nak masuk game arcade nak tengok game baru.. haha.. macam2 hal.  (errr.. aku lari dari office lagi semalam sebab nak ngedate), hmm.. tahun depan for sure busy, so terpaksa lar menjurangkan kekerapan jumpa, ye, tak? kumpul duit banyak2.. melunaskan hasrat terpendam...

anyway, thanks love for 'that' yesterday.. ;) heart you...
 credit:  google image



Friday, 23 December 2011

tiAda taJUk

hello everybody.. weeee....  sihat tak semua orang ni? maklumlah, tahun dah nak habis, bonus melambung2, kalau tak sihat lagi, tak tau lar, takpun pergi guna bonus beli ubat-ubatan atau melancong tenangkan fikiran, ok?.. Lamenye tak conteng2 dekat sini.. saya sibuk lar awak.. eceh.. ;P

kerja? so far ok lar.. biasalah tu, nama pun kerja, tular bahagian dan cabarannya kan?.. cuti 3 hari minggu ni, minggu depan pun sama.. cuti sakan la haii.. tapi bila dah bekerja ni, sakan tak sakan sangat lar, gaji pun masuk lambat bulan ni.. adeh.. tapi karang, kalau masuk cepat kang, cepat pulak habisnya.. hiii... tahun depan ada dua benda besar nak beli, benda kecil jangan cakaplar.. senarai tak putus2.. haha.. bila lar nak menyimpan ni, nak melancong lagi, nak beli asset lagi.. berangan jer lebih minah ni..

tahun depan dah nak masuk 23 tahun.. eheh.. muda lagi kan?... masih nak main2 lagi, nak enjoy2 lagi.. nak buat baaaanyak sangat benda sebelum dah berlaki nanti.. so, bakal suami, sila cari duit banyak2 yer.. duit saya, duit saya, duit awak, duit saya.. ;P.. betul apa?.. yang perempuan semua mesti setuju.. haha... yang lelaki pun mesti setuju kalau dia gentleman.. hahaha...

2012...
harapan agar kehidupan para muslimin dan muslimat diberkati, berubah ke arah yang lebih baik/kebaikan, tak jemu2 berusaha dan mencari ilmu di bumi Allah yang terbentang luas ni dan minta dipermudahkan segala urusan harian...semoga keluarga dan kesemuanya dikurniakan tubuh badan yang sihat dan bertenaga untuk beramal ibadah dan seumpamanya.... amin, Insya-Allah dengan izin-Mu ya Allah...

jodoh...? ehehe.. awal lagi nak cakap, bagi stabil dulu dua2 pihak, kalau sampai seru, ada, adalah.. ;) 

p/s: ni belum ucapan akhir tahun lagi, kalau tak sempat post nanti, kira halal lar jugak yer? ;)

Monday, 12 December 2011

mY LoVErsss..

morning readers :) ...

Had a good time with my family who willing to come here to visit me hehehe - actually they wanna left me and go to Terengganu for holiday but the weather seems not good for 3 to 4 days.. so, mom 'tiba-tiba' called and said, 'kitaorang nak pergi k.l ni' with the happy voice on Saturday afternoon - then, i was like... arrrr??? 'datang laa'.. ;P

so, I really have to cancel our movie date that supposed to be on Sunday night - but then Thanks God he can use the time to prepare his costume for the cosplay event next week - and looks like he managed to finish his... ;)

cannot meet him for the past few days and kinda miss him.. ;(.. not kinda but truthfully and sincerely.. huhuhu.. gedik.. em, ya.. it has been 1 month for us... and still have loooooonggggggggggg way to go.. as the life is full of surprises, we can only pray and hopefully everything can be under-control.. we will do our best for this relationship..

left the office work and my bf behind to spend time with my family today but dunno yet where to go.. hahaha.. semalam pergi midvalley pun sesat lagi (by car) - nanti ayah mesti cakap, tak boley pakai punya orang - harap jer duduk k.l lama2.. haha.. 

he made another piece!! that made me makin jatuh hati dekat awak!!!! the piece is for me, ya? hehe..  kalau tak pun, nak perasan jugak.. ;P

heart you 'K'....


Sunday, 6 November 2011

buNGa2 hAti

salam aidiladha semua.. while typing this post, hati terasa berbunga-bunga.. hehe.. macam gedik sikit bunyinya.. tapi, suke hati i lar... ;)

ok, nak cakap tu jek... ;)




credit love quotes: google image..

* saya takkan serik untuk jatuh cinta lagi... ;)

Thursday, 20 October 2011

cRuSh

cepat perasan dan halusinasi, apa beza dia??? haha.. tiba2 nak bagi soalan cepu mas... tapi takde hadiah pun, cuma rasanya memang berbeza gila babeng menatang neh. 

aku ni selalu camtu, cepat je perasan, cepat je touching, cepat jek salah faham.. ha lebih tepat.. dulu lagi teruk, dah besar sikit ni, dah pandai cover, dah pandai cool sikit.. hehe.. tapi, iyela, semenjak dua menjak tiga menjak me-nyingle mingle ni, tercuit jugak lar hati, terbuai jugak lar rasa.. ;)

hehe.. layan kan je lar perasaan tu yer.. janji bahagia.. cuma, jangan frust sendiri lar yer cik akak.. ;P

Saturday, 15 October 2011

jEnaMa BaRu

ehem ehem.. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


yer laa..


SAYA!!

HEHE.. memang orang yang same pun.. tetiba ngada2 nak tukar url.. suke ati la kan? ingat nak buat baru jek, tp still sayang la dengan post2 yang lama.. ;) (ngade, kan??).. sekarang memang jarang sangat nak blogging.. tapi masih nak blogging.. TERAPI katenye.. ;)

terapi la ni.. sambil merenung masa depan.. ;)

Sunday, 21 August 2011

saYa suKa saMPrit! part 2

oleh sebab keazaman yang kuat untuk menghasilkan samprit untuk stok kuih raya tahun ni, maka mama menyuruh aku memulakan projek samprit 2.  first time ni aku go through all processes dari menimbang bahan sampailah letak kuih dalam balang terakhir. wah!! dah simpan dalam balang tu agak2 jadi ke idok nyer tu?? jom baca lagi..

dek kesilapan semalam, petang semalam tu jugak mama pergi beli pewarna kuning and acuan baru. tadaa!! dah ada tempat sumpit dia tu, xde lar rasa cam nak patah jari nak mengeluarkan adunan tu dari acuan dia kan?.. hasil kat bawah ni aku yang uli tau.  habis2 uli jerk, tetibe mixer pecah, haha.. season naa dah mixture tu.

acuan baru - lebih besar dan gagah ~

boleh cakap 90% aku buat tau.. ececeh.. nak tolak adunan tu perlukan hardwork tau.. isk isk.. boleh masuk hospital jari aku.. susah woo nak jadikan dia dalam 1 line, lepas tu, yang lawaknye, tolak punya tolak, boleh pulak dia kuar senget2 cam orang mabuk. size jangan cakap ar, xstandardize! haha.. forgive me, ya! first timer nih.. ;)

gemuk, gedebeh, panjang, pendek, tembam semua ada.. haha..
 masalah yang sama berulang - selepas 2 tray, kuih yang dah nak siap, pecah.. !! ;( hukhuk.. macam frust giler!. then, dah tak tau da nak sambung buat ke nak terap lain.  aku siap nak pergi google nak tanya macam mana xnak bagi kuih yang dah siap bakar tu melekat, sebab dia sangat rangup dan senang pecah kalau nak alih.. tiba2 mama cakap proceed jer sebab mama try lepas angkat jer terus gerakkan kuih2 tu sementara masih panas. then tak lah dia melekat.

yeayy!! aku tersenyum kembali dan terus menolak sisa2 adunan.  dari lepas subuh sampai 1030 pagi selesailah sudah projek kuih samprit.  berjaya jugak.. hehe.. proses memasukkan kuih dalam balang jugak sangat merumitkan sebab salah sikit jek dia pecah.  kami tak tau la salah bahan ke, tapi sedap memang sedap, rangup memang rangup if dah ikut kuantiti bahan2 dia tu.

dengan susah payah akhirnya kami dapat 2 balang!! yeay.. terus mama simpan sebab takut pecah lagi.. arghh!! tak larat nyer!!.. oleh itu, sape yang nak rasa samprit aku yang rare lagi limited edition ni, singgah la rumah raya ni, ea.. ehehe.. entah bila dapat tolong mama buat kuih lagi nih.. ;)
LIMITED EDITION!!
P/S: to my future husband.. saya tau saya tak pandai masak sangat, tapi buat kuih raya saya dah pandai 4 jenis.. hehe.. ade dalam pertimbangan x? awak jer la yang masak ea, saya buat kuih raya hari2 bagi awak makan.. hehehe.. ;P


Sunday, 31 July 2011

meLawAt jiRaN seBELah

Fuhhhh… fuhhhhh.. fuhhhhhhhhhhhh…

Aha!!

First sekali, salam sejahtera kepada pembaca (eit, ade lagi ke pembaca blog saya ni).. haha..tiup tiup jangan tak tiup.. fuh sana fuh sini, banyak gila spider web bergantung2 ni ha..

Malas cakap banyak lar, aku busy lately, hal sekeliling memang banyak berlaku, tapi cam malas je nak story de mory.. boleh gitu?.. by the way, tadi Encik EF tanya, nape lame tak update blog?.. keh keh keh.. awak baca blog saya lagi ke? Terharu seyh.. T_T

Menghilang tak g mana pun, seberang tambak Johor jap, tapi masa tu, aku siyes lupa gila nak bom football player diorang yang pandai singa(pura2) tu.. kalau la aku tau… (hmmm..)…

Aku redah ngan family aku, sehari suntuk baii.. maklumlar.. dekat je pun.. ayah aku jumpa encik tourist guide ni kat internet.. deal punya deal, maka bermulalah pengembaraan kami.. yeay!!! Kami pergi 19 June 2011… (tu pun postpone, kalau tak after aku balik kursus tu terus g, tapi aku terlibat pulak dgn minor accident.. so ada injured sikit aku punya kaki.. harhar.. nak jalan pun bengkok, apetah lagi nak tawaf singapore nun..

masuk2 je singapore, kami pergi sini.. lepas ni dah takde dah kaunter ni..

hanya tinggal sejarah... RIP Tanjung Pagar KTM

Tugu Stamford Raffles

perdagangan - pakai sempoa maa..

this is mama lion

aku boleh picit kapal atas bangunan, kau ada??

ni entrance jer.. USS.. lain kali la eaa..


satu2nya pantai di sana.. sangat cantik & bersih, ok!

aku pikir pic ni ade sedikit 'feel' haha

sungguh2 adik2 aku belajar..

no camera please!!

aksi 18sx!!

my dad.. acah je tu ..

kedai ni sangat memukau jiwa ke'pink' an aku.. ceria gila!

istana kg. Gelam

actually aku ade video songs of the sea ni.. lampu2 dia sangat memukau..

van kami.. n tourist guide kami yang berbaju oren..
 
By the way, ni van yang kami naik, encik tu (aku lupa nama dia) orang skudai, Malaysian maa.. tapi lebih tau ceruk lekuk Singapore dari Singaporean sendiri.. berbaloi2..!! sape nak pergi meh aku kasi promote..  time kami pergi 1 family ni RM600 kot my dad bayar dia siap jemput, dia as a tourist guide and another 1 driver, makan, bawak mane tempat nak pergi (bagitau je mane) etc2.. kalau grouping, bus dia settle semua.. 

Aku ralat sikit sebab beli souvenir sikit je even ada tempat yang boleh pakai RM.. sorry!!.. nanti ade duit pergi lagi yer.. sebelah je pun..  ;)oh, ya!! if nak pergi USS tu, aku rase beli pakej lain kot, cause rugi, USS tu satu hari tuk dia jer.. kami xpergi lagi pun.. just pusing2 jer..

Monday, 6 June 2011

22 yEaRS oLd

alah alah alahh.. terlepas lak nk entry tuk 3 june.. adehh.. takpe2.. secara cliche nye, aku dah officially 22 years old!! dah kena tambah setahun umur dekat profile sudah..  huhu arr?? mane ade tua.. muda lagi tu.. haha.. teringat balik, rasanya baru kejap jek aku post entry pasal setiap kali birthday aku mesti single.. nampaknya, tahun ni pun sama jugak.. haha.. mana lah lelaki2 idaman malaya ni? huhu.. saje je la.. bukan desperate pun.. ;P




bila birthday je baru la wall aku penuh.. hehe.. pastu da takde sangat daa.. 1 hari tu jela aku jadi artis.. kebetulan birthday aku tahun ni jauh dari family, biasenye school holiday mesti kt rumah.. anyway.. HAPPY BIRTHDAY to siapa2 yang birthday bulan june!! ramai jugak member aku birthday bulan june.. berturut2 wish.. hehe..

dah bape hari aku kepam entry ni pasal takleh upload pic.. haha.. semata2.. hmm makin malas mahu update sekarang even banyak story..

haha.. baiiii.. (2 more days to go... )

Thursday, 2 June 2011

virTuaL mONOpoLy

semalam 1 june, dalam pada aku khusyuk2 dengar trainer aku, Sir Noordin membebel pasal ITIL, setiap kali break jer, aku sambung main benda ni..

time kursus main benda nih..

finally aku menang!! yeayyy!!!

hahaha.. saje je pakai nama dayang.. dulu2 aku main benda ni susah gila nak menang.. pasal tau lar, bila main dengan pc neh, bila2 jek dia boleh trick kita.. ceh, saje je nak gebang, aku baru 2 kali menang main neh.. yehaa!! haha..

trick kalau nak menang..

  • beli seberapa banyak tapak

  • kalau duit dah minus sekali pun mortgage jer harta yang ada jerk..

  • kalau dia nak offer trade jangan bagi, biar dia jek kena bayar duit rumah dan hotel kita sebab kita kena beli satu set (3 tapak or 2 tapak) baru boleh start buat rumah.. haha.. jahat aku semalam, duit dia sampai 25 juta pun aku cancel trade sebab tak nak bagi dia lagi kaya dari aku.. (dia tak dapat nak buat rumah langsung sebab setiap 2 tapak yang dia beli, aku selit satu.. haha..

if main saidina or monopoly manual pun aku rasa aku susah nak main sampai habis sebab ahli2 tak committed.. kan? saidina pun mane tah, mama malas dah nak beli sebab masa adik baby2 dulu dia dah renyuk2 kan duit tu.. rumah2 dan hotel2 apetah lagi, nasib tak tertelan jer.. huhu..

haii.. sudah leka aku main benda ni, ade soft copy dah lama, tapi try2 asyik kalah dah malas nak main.. main dengan pc leh, main dengan orang pun boleh, click jer icon2 tue..

okeyh.. aku harap aku lulus kursus ITIL ni lepas lulus kursus Project Management hari tuh.. ;)

p/s: aku tak sempat try angry bird lagi lar..

Sunday, 3 April 2011

spORt chEcK!

7:23 am...

my mom done sport checking me today!! elok jer masuk toothbrush dalam mulut lagu britney spears memekak.. nasib aku ni jenis stock suka bangun pagi..

mama: hello, dah bangun....?
angah:  dah2.. tengah gosok gigi..
mama:  dah subuh dah sumer?
angah: dah2.. (even tadi cam terlajak sikit, subuh gajah.. astagfirullah..)
mama:  camane hari ni?
angah:  tadi nak bangun, sakit belakang jugak lar..
mama:  tilam kau camane?
angah:  tebal la jugak, tapi kan takde katil, so tak tinggi.. duduk dulu baru baring or bangun.. mama baru bangun ke? (eik, aku lak yang tanya mama).. haha
mama:  ha ah lar.. penat jugak ni, tak pergi kelas haji hari ni..
angah:  tengok af tak malam td?
mama:  mama tak tengok, tidur terus bla bla blaa...

borak2 lar, sampai aku sakit pinggang, sampai aku rasa mulut aku pahit sebab toothbrush still ada dalam mulut.. haha.. ayah salah jalan semalam, mana tah dia pergi nak masuk highway, penat aku ajar.. takpelar.. hmm.. kesian dorang, bukan kuat sangat dah tu pun, dah 51 masing2..

tadi, terjatuh, rase pitam kejap, sedar2 dah terduduk depan pintu toilet, mug dah tergolek2.. hmm.. bahana tidur siang.. (aku memang tak boleh tidur siang sebenarnya..).. sakit jugak ar pinggang.. baring kejap.. hmm.. pastu slowly pergi mandi..

eh, dayah datang hari ni!! yeay!! taklah bosan sangat.. borak2 dengan mak dia semua.. ah kau, semua nak cerita.. kan terapi... ;)

Thursday, 24 March 2011

suPer DuPer HapPy!

ada satu subject ni, lecturer dia best sangat, ktorang panggil dia Madam Ju, dia pernah study kat Aussie sampai beranak pun kat sana, so for subject Introduction to Health Management ni, dia sangat suka kaitkan dengan pengalaman2 dia kat sana.  ktorang memang suka gila ar if dia ngajar kan..

then, ada satu part, standard arh ada presentation.  perghh,, part ni memang ktorang rasa shaking gila.  hari ni pulak turn group aku, dah la tak tau turn pertama ke kedua, memang hampeh.  for me la, aku nebes weyh.. siyes shaking2 gigi lidah aku, pasal, dia akan bagi feedback right away after presentation, to the whole class, and terus return report.  so, kelmarin, dah tau dia punya style macam tu, and di put high expectation of the rest group la termasuk aku..  bila tanya group2 lain pun semua macam rasa tak pernah present jek dia punya gigil kepala lutut wa cakap lu..


THIS IS A DAMN...


arrr?? apa dia.. (groupmate aku dengar dia cakap damn)




THIS IS A DAMN GOOD REPORT i said...

fuhhh.. lega... *keep smile.. keep smile*.. 

bla bla bla (aku rasa cam nak nangis dia puji cmtuh).. no, bukan over, just feel the maximum satisfaction on efforts yang ktorang dah commit, kan...  rasa cam usaha ktorang buat tu tak sia2 lah even last minute punya usaha.. hehe



overall, 9.6/10 for report and 4.55/5 for presentation.. ok la kan, ;).. oh, ktorang gebang pasal doing the right things, so, dia menjurus kepada ethic, Madam Ju suka part public awareness and clinical staff awareness pasal ktorang compare yang Malaysian's right towards their own medical record sangat rendah because tak terlalu didedahkan or sendiri tak nak ambil tahu.. memang betul pun, ktorang pun tak tau, lepas selak2 buku, browse2 internet, baru lah tau, memang fresh knowledge dari ladang lar benda2 tuh..

kat sini, aku nak bagi special award dekat group mate aku, miss blue retina, nowra and mr, IT-expert isyraqi.. ;) tak sia2 aku push korang kan.. hehe.. SAYANG KORANG DAMN MUCH!

second happy...

kegirangan aku berganda2 hari ni pasal aku dapat friendship delivery.. yeayyy!! dari kelmarin budak tu suruh aku tuntut, tapi sebab bz, aku pun macam dah lupa.. call2 lak tak angkat, tapi bila dapat lepas kegembiraan berakhir presentation tadi.. aku rasa... waaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh... ;)


aku macam da jangka dari siapa.. hehe.. kawan2 pun cam dah jangka.. tapi biarlah rahsia...

TQ for everything..
i do cherish you
xoxo

rase macam menusuk kalbu, ape jerla i dah buat kat si pengirim nih.. ;)

ehem2,,, tayang2 sikit... so sweet tau..  aku je yang dapat tadi tau kt class..
yang penting ingatan si pengirim ni kan.. ;)


lagi sekali.. kelik kelik kelik.. ehehhe... ngada taw...


i love today so much!!

and.. ada lagi kegembiraan pagi tadi.. mungkin triple kegembiraan?? ;)


~semoga hari esok lebih baik daripada hari ini~

Tuesday, 15 March 2011

suPerMan buKaN shUPerMan

rasa dah lama tak blog..

aku balik hari tu, siap ponteng kelas health, nasib baik tak belajar sangat - nekad jek balik pasal hati sangat meronta-ronta mahu pulang .. ;)

hah!! aku dah pakai retainer tuh.. alar.. macam yang aku cerita dalam dua entri sebelum ni tuh.. RETAINER? Bapak arh, agak 'penuh' jugak ar mulut aku pakai menatang ni.  setiap kali  nak makan kena buka.  habis tu, aku yang setiap kali mengunyah tapi tak makan ni cmner tuh? hahhaa.. 'mengunyah tapi tak makan' - good job good job.. mengunyah senaman mulut kot..

leceh seyh, lagi leceh daripada pakai braces siap2 bertampal dekat gigi tuh.  ni kerja asyik nak bukak - pasang bukak-pasang jek dah macam pakai gigi palsu pun ada.. apa nak buat? redha jek lah



p/s aku dah faham perasaan orang yang pelat 's'

Wednesday, 9 March 2011

nAk pERgi ke tAk?

hmm.. memandangkan semester ni dah last, so, batch aku sepatutnya menghadiri Malam Pra Graduan lar, or fakulti aku panggil dinner tu as OMEGA.  yang menjadi persoalannya sekarang, ramai sangat yang 50-50 nak pergi sebab mostly tak berapa berduit and tema dia ..

FAIRY TALE !!!

aku pun sebenarnya stil 50-50 lagi nak pergi, FAIRY TALE seoott.. nak pakai baju ape?  tadi google2 image, seronok gak kan tengok baju2 ala2 DDERRRESSS gitu, blink2 bagai, red riding hood, cinderella, snow white, sleeping beauty, u named it, u got it.. araso??? hahah

LEGEND!!
Macam comel jek kan pakai macam ni
i like red ;)
lelaki memang tak banyak option lar..

ni contoh jek, habes, aku yang pakai tudung ni, rasa2 boleh tak pakai macam tu? hehehe.. teringin gak nak pakai nih sebenarnya.. hahaha..

semalam, member aku cakap, janganlah fikir kebaratan sangat, tak jauh pun, fairy tale timur pun ada, tak jauh, pergi tengok movie MAGIKA balik ;)


* if aku jadi pergi pun, aku pakai kebaya nyonya macam nenek kebayan kak ZZ kita tuh.. ;)




VOGUE GITEWWW

pasal tu je pun baju baru yang aku ada..

kecualilah kalau ada readers nak SPONSOR.. (Tiba2 font terbesar sudah.. )

BTW,

ishhh, nak pergi ke tak ni???
(ada masa sampai hari isnin minggu depan nak fikir)

p/s credit google image..

Wednesday, 9 February 2011

keRAbu biRu

dah breakfast semua??? kejap lagi rumate aku nk goreng bihun, (ceh, macam nak ajak sekali jek..)

pagi2 mesti ceria nak cerita pasal makanan oleh si kurus ni.. hehe

dah lama aku nak try makan nasi kerabu ni, tapi sampai sekarang tak masuk2 lagi anak tekak.. huhu. nasi dagang dah selamat masuk perut dan menjadi sebahagian dari favourite food.. ;)



hehehe.. tapi kan tadi, aku dengar cerita pasal alasan dekat radiopanas.fm tuh.. ada seorang pendengar tu nasi kerabu dia kena buang dengan makcik cleaner..

 alasan makcik cleaner tu? 

" NASI WARNA BIRU, INGAT BASI DAH, SEBAB TU BUANG"
(ceh, pandai jek aku modified makcik cleaner tu ckp ape).. hehe..


adoila, sampai bila la aku nak try nasi kerabu ni bila terbayang2 gaya makcik tu ckp.. hahahha

aku curi gambar kat google...

sape peminat nasi kerabu??? sila belanja aku sepinggan yang paling sedap punya.. hehehe

Saturday, 22 January 2011

AiR teRJun Sg. GaBai paRt 1

again.. PICNIC.........

segmen berjalan-jalan kembali..;) ahah.. semalam kami 1 class pergi Air Terjun Sg. Gabai.. tak la sekelas sangat pasal ada jek yang tak pergi.. tapi takpe, pasal kami still ENJOYYYYYYYYYYY!!

sebelum bertolak
 bila masing2 dah berkumpul dekat rumah event manager, baru perasan rata2 pakai hitam, and merah sikit.. biasalah, nak berbasah-basahan.. heheh

tangga yang kami kena panjat
 bila sampai, manggai tangga dia, nasib baik tak kua muntah hijau aku, tapi rakan2 masih sempat posing dalam kepenatan.. kiranya kami ambil port bawah tengah2 jugak la ni, ada lagi kat atas..

bentang2 tikar - setting2 - soru first!
 semalam dah agih2 kan ikut rumah - so chef kami dah goreng bihun.. sedap!! thanks chef zety, ida, fye... bahagian perap-perapan thanks chef ajim, niza, yana, shikin dengan kak chah.. rumah aku pulak goreng2 naget dengan sosej - haha.. pepagi dah bangun tau..

setting2 jangan tak kipas.. p/s our event manager - mr. isyraqi musyirah yang baju putih tuh

dengan mak pengantin - ;)

row - row - row your boat - ek, ketapi arr..

sedap gila ayam ngan ikan nih
 btw, since aku tak boleh makan ayam - (AKU SANGAT JELES TAK DAPAT MAKAN AYAM NI, sebenarnya aku curi rasa sikit ;) ) aku pun makan ikan tuh, sedap gak - member siap buat sos asam dengan sambal kicap.. masyuk!!

part of my classmates

ready to slide!!!!!!!

ni la tempat dia - nak balik dah
well, aku dah dapat gambar lagi cantik dari dslr encik okie - lain kali aku upload kay.. sampai sekarang actually tengah sakit2 badan ni, because driving pergi balik kot, lepas tu ada gak jatuh2.. nasib tak effect braces aku.. hehe.. BTW!! towel aku tertinggal - memula tinggal kat surau, aku ambil dah, masa gambar reramai aku sidai kat gazebo, last2 tertinggal jugak - kalau nak tertinggal tu, kat mana2 pun boleh daa..