aku tertarik dengan tajuk 'kepelbagaian fungsi MyKad tidak dimanfaatkan sepenuhnya' (kosmo/rabu/15september2010/negara!/m.s4) lepas baca tu, hmm, aku tau MyKad or kita panggil i/c ni ha ada cip canggih dan banyak fungsi, tapi yang aku selalu guna memang sebagai pengenalan diri je. tak ambil tahu pulak fungsi lain seperti:
- lesen memandu
- maklumat kesihatan
- ATM
- maklumat pasport
- MEP tunai
- Prasarana Kekunci awam
- touch'nGo
- meaning, kita tak payah buat lesen memandu lah ye? sebab selama ni aku memang bawak 2,2 i/c and lesen.
- lepas tu kalau pergi mana2 pusat kesihatan, aku ingat orang kat kaunter tu mintak i/c sebab nak masukkan butir2 diri dalam borang online sekadar nak kira berapa bilangan pesakit hari tu ke rupa2nya sekali dengan maklumat2 kita (termasuklah kalau sakit2 kronik yang hospital memang ada simpan maklumat untuk pemeriksaan berkala) sorry, aku rasa aku nak check la part ni
- ATM? withdraw pakai i/c? keyi ma? selama ni aku selalu gelabah sebab tertinggal bank kad, boleh pakai i/c? bank mana yang boleh ni? ayah kata fungsi2 ni dekat Putrajaya je, habis, kalau dia telan i/c kita macam mana? satu hal nak pergi bank dan pejabat pendaftaran sekali.
- touch n go? penat aku beli kad tau, kad jek dah RM10, dan baru 2 kali je aku topup sebenarnya, masa first time nak try hari tu and masa balik raya tu. boleh pakai MyKad jugak? kisahnya..
No comments:
Post a Comment