Showing posts with label work journal. Show all posts
Showing posts with label work journal. Show all posts

Saturday, 17 December 2011

bOs.. miNtaK mAaf lar yEr..

hari ni tak pergi office - sebab bukan wajib and malas.. semalam kena panggil dengan bos.. me and another new staff - hmm..sebab dia nak tanya ok ke tak kerja sini because ada another new staff resign 24 hrs notice, to be fact, sepanjang sebulan aku kerja sini, dah 2 staffs resign 24hs notice..(so, dia mungkin takut kami resign jugak kot..)?? .. bagi ceramah macam mana nak hilangkan stress.. bla bla bla.. aku senyum jek sepanjang dia cakap dan angguk jer untuk mengambil hati.. lagi satu cara nak ambil hati (ke nak bodek? haha..) ikut la ape dia cakap selagi tak menyusahkan aku.. contohnya pergi jogging or jalan2 lepas kerja.. and still ada beberapa perkara yang aku tak setuju tapi tu lar melayu - pendam - ..

dia kata salah satu nak hilangkan stress - pergi jalan2 ke, makan2 ke, hangout dengan supervisor - borak2.. cari ilmu etc etc.. aku macam, ok, fine, tu cara dia or tu nasihat orang business.. sbg budak baru, aku pun "okay bos!" je.. tapi aku rasa macam, dia tak fikir ke supervisor tu nak jugak spend time dengan keluarga dia ke, kekasih dia ke, sedara mara dia ke - dahla isnin sampai jumaat ngadap anak buah, sabtu ahad pun takkan nak ngadap jugak kan.. ? and then, sama jugak dengan pekerja2 dia ni - ada jugak social life sendiri.. betul, tak?

Agak2 boleh tak aku nak bagi reason macam ni:

kalau dia suruh jogging/jalan2 kat tasik lepas waktu kerja
"bos tau tak hobi saya memang ukur jalan KL sejak 2 tahun lepas, so, bos tak payah risau cara saya nak hilangkan stress"

kalau dia tak bagi balik kampung sebab suruh guna weekend membaca/polish skill/makan2 dengan supervisor
"bos tau tak, mak bapak adalah segala-galanya bagi saya, doa dan restu mak bapak lagi penting - so, baru saya boleh kerja elok2, hilangkan stress dengan bermanja dengan mak bapak, jalan2, jenguk mak bapak etc etc.."
sejak dari zaman study dulu, ni la gaya pembacaan saya, bos..

kalau dia tiba-tiba je panggil time cuti and dapat tau tengah hangout with friends or dating with bf
"bos, asyik tengok muka bos je hari2, bagi la chance saya hilangkan stress dengan hangout and dating, bos pergilah cari girlfriend and pergi dating jugak - confirm tak stress"..


"KALAULAH..."
**************

aku rasa mungkin aku akan simpan dulu kot jawapan ni sampai probation aku tamat.. bukan apa, kita kan tau diri sendiri, am i right? sambil2 nak jaga CREDIBILITY, sambil tu jugak la pandai2 bawak diri - so tak payah la bagi orang control life kita, kan?.. FYI bos aku tak kawen lagi and dia sebenarnya sentiasa nak pekerja2 dia ada dekat2 dengan dia - itu je masalahnye.. huhu.. adoi lar.. anyway, bila dia cakap bab respect, hopefully he also can respect other people's life.. baru lar "kepimpinan melalui tauladan" gitu.. ;)

aku percaya bukan ini jer cabaran hidup alam pekerjaan, some people talk like this and the others talk like that.. tak payah percaya orang, percaya diri sendiri jer dah cukup.. and.. I am looking forward for the next challenge!! haha.. gila kentang jek cakap macam ni, kadang2 aku cuak gak.. ni semua tanggungjawab beb..

sejak2 bekerja ni pun aku rasa masa cepat sangat berlalu, rasa tak cukup 24 jam.. sama ada aku yang kerja lembap or kerja aku memang banyak - macam2 mana pun still curik masa nak dating, kan dear K.. hehe.. hey, tu salah satu cara nak release stress ape.. ;) so, aku akan cuba jugak stay back - balik lewat sikit - struggle 5 hari tu untuk make sure yang weekend aku tak diganggu - macam tu lar hidup aku dalam sebulan ni, masa untuk menyesuaikan diri dengan kerja di samping menjaga disiplin masa aku sendiri..

mungkinkah aku tergolong dalam kumpulan workaholic satu hari nanti? habislar...

Friday, 18 November 2011

tHe CEO sAid...

finally... got to meet the CEO yesterday...

he reviewed my resume and said.. lots people got anugerah this and that (referring to the ANC award i got).. and then pointed at me, CAN U SPEAK IN ENGLISH?...

yes, i can... and bla bla bla - trying my best to answer all his questions this and that to prove that i am capable to work at his company, even asking my HOD, that did i converse in english while working... (nasib baik memang aku pakai english pun cakap dgn ms. miza tu.. )

anyway boss, i work hard for that anugerah ok..?.. that is my climax satisfaction during my student life.. work is work laa... huh... tercabar lagi nehh...

Wednesday, 16 November 2011

3 dAys iN a RoW

3 days in a row.. i went to meet him after work...
and in this 3 days also, i feel little bit confused about working time and bus schedule...
not to be forgotten, the amounts of work i've been received..

emm.. perasan tak yang budak ni rajin up entry lately? ;) terkesan kes bunga2 cinta ke budak ni? haha.. boleh laa.. sambil2.. sambil tu story jugak pasal kerja, kan..?  aku sekarang ni tengah betul2 cuba nak fit & balance kan mental & fizikal untuk kerja dan social life aku.. kalau boleh aku tak nak la stay back lama2 macam kakak2 tu buat,, by the time being, maybe kerja tak banyak lagi, akan datang, tak sape pun tau.. tapi tengoknya tadi, macam bertambah2 dah kerja aku ni.. hurmmm.. but i'll try my best, kerja untuk cari rezeki yang halal and semoga mendapat keberkatan dari-Nya.. aminn...

kalau jadi sabtu ni nak beli barang sikit.. and.. nak ngedate!.. nggeeeee... gedik budak ni.. ;P

nyte...

Tuesday, 15 November 2011

thE neW woRKing pLaCe

morning..

really tired to type last night about my first day working at the new company.. so far ok.. i managed to get there by bus and putra lrt.. yesterday, i came quite earlier so, i think area 815 should be fine for today.. i supposed to go back at 630.. but the 'kakaks; still doing their work, so i somehow feel can i go or not.. *confused*.. so, i waited for another 5 mins..then, i took bus to KLCC.. u know what, i 'pandai2' went to meet him.. hehe..gedik tak?.. ;P

*office*

i attended the morning meeting with all staffs and vice director .. and also get to know to each other.. at 11.. Ms. Miza gave me some work.. to retype some documents.. there were 11 pages of it and i completed till 8th page and going to continue it today until the lunch time.. oh, ya.. i got my own table.. of course.. and thinking about the decoration   ;P

so, lets look forward for today 'mission'.. eh, can i meet him again today? :P ..

we'll see..

daaa..

Sunday, 13 November 2011

tHe fuTuRe duTies

having some preparations before going to work tomorrow.. i guess i found the valuable resource.. THE DUTIES & RESPONSIBILITIES! of the position offered..

kinda challenging and kinda 'little scary'... but, i will try my best and put all my efforts toward it.. Insya Allah.. i will work sincerely, for me myself, for my family and as a responsible khalifah..

Tuesday, 18 October 2011

keRja peRTama daN caBaraNnya

Di tengah2 keributan para graduan mencari kerja, aku dikurniakan rezeki untuk bekerja di KL tanpa dirancang.  panjang ceritanya and ada rasa sebak sikit... hmm.. macam mana ye? i just follow konvoi budak2 batch pergi wedding batchmates, then, stay seminggu untuk g jobfair kat midvalley.  sebelum tunggu jobfair tu, aku beli The$tar and just apply kerja ni hari Isnin.  esok petangnya dia call untuk interview hari Rabu.  Khamis pulak ada interview kat wangsa maju (antara sebab i sekali harung naik kL).. pendek cerita, yang hari Rabu tu la my first interview ever in my life tau! pak pung pak pung, aku pergi jugak midvalley on that weekend, and tak balik johor.

nak dijadikan cerita, after that week, on, Monday, aku dapat la kerja tu, and dia suruh fitting uniform on wednesday.. aku pun relax2 jer lagi kat umah my aunt and still tak balik johor.  aku memang bajet dia suruh kerja another week punya lar, tak pun bulan baru.. namun, kita hanya merancang and Allah yang menentukan. lepas segala selesai hari Rabu dia cakap, you come to work tomorrow, ok?  aku jawab, REALLY?? SERIOUSLY??  because aku dah bawak beg baju segala dengan lappy nak balik hari tu jugak nak amek barang2 kat umah.. dia cakap yes, seriously.. (huu.. terkedu lagi terkaku i di situ.. ) hukhuk.. ;(

and before datang KL hari tu ada ehem2 sikit dengan my mum, tapi, camaner ye, hati cakap ye, mulut kata tidak.. susah sangat nak cakap, ma, i'm sorry, halalkan segala.. doakan segala.. hmmm.. sebak.. tapi takde kekuatan nak cakap macam tu, thats why agaknya my life kelam kabut lately..

fortunately, my family nak datang minggu selepas tu.. tapi sekali lagi macam ada kekangan masa coz aku kerja shift and ada siiiiiiiiikkkiittt je masa nak diluangkan bersama.. ;( apapun, aku bersyukur, maybe Allah nak uji and banyak lagi perkara akan berlaku selepas ni.. 


tapi masa call dulu2 nak accept kerja ni, aku tanya betul2 either diorang bagi ke tak keje kat sini.. tp aku cakap dengan ayah jek, tak cakap dengan mama sebab takut sedih.. huhu.. ape la kan.... 

then, jodoh tak panjang.. this 25th will be my last day working here... anyway.. nak lepaskan my convocation day dulu.. taklar eksaited sangat sebab second time, tapi still nervous! hahah! gedik!

my first day working!!


Tuesday, 1 March 2011

miSi LaMa - faSA ke-3

ehem ehem..

setelah hampir 14 bulan menerima hukuman penjara, sekarang gigi aku dah boleh check out!! ... yehaaa..! ni boleh keluar pun sebab janji nak 'berkelakuan baik' hahaha.. lepas ni tinggal lapor diri jek kat kotadental tuh.. selain berkelakuan baik, sejumlah 'ikat jamin' yang menyebabkan aku jatuh sedikit miskin.. ;(.. tapi takpe, berkorban dulu neh...

nak letak pic, tapi macam segan lagi.. ihik ihik ihik (mianggatalpunyagelak)... 

 aku pernah pakai kaler ni, tapi ni bukan gigi aku lar.. contoh jer... ;)


seperti yang pernah diceritakan dulu2.. aku punya gigi pernah jadi sebiji cam ni, dengan segala wire berselirat macam fiber optic pun ada.. asal makan jek mesti sangkut..


 another two weeks my doc said, i'm gonna have this thing as above.. ;)

kepada pemakai2 braces, lets check this out..


credit gambar:  google image..

Tuesday, 1 February 2011

meNTaRi mUNcuL LaGi

alhamdulillah, bangun pagi tadi aku rasa macam ada cahaya memancar-mancar dari tingkap bilik.. hujan dah berhenti!.. syukur.. ;).. bukan apa, bayangkan sejak aku pulang jumaat lepas hujan non-stop.. seriau+seram plus2 macam perasaan lagi lah dengan cuaca dan fenomena hujan malunakberhenti di johor sempena raya cina ni.

aku duduk kat rumah rasa macam nak pergi cari kayu api nak bagi haba dalam rumah sebab sejuk ya amat! siap pakai sweater, stokin, selimut dan mestilah sampai rasa tak nak mandi sebab air macam air batu, lelagi rumah aku ni atas bukit..

tapi. tadi keluar rumah tengok langit.. alhamdulillah.. syukur again..






walaupun mentari masih malu2 lagi di balik awan, sekurang2 nya dah menyinarkan cahaya

sejarah banjir di kota tinggi - sangat hebat pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 - masa ni aku takde blog lagi, walaupun takde gambar, aku kira, semua gambar terakam tepat dan jitu oleh warga kota tinggi.  pasal kota tinggi tidak lagi seteguh namanya sampai diperlekehkan menjadi kota rendah. - memang betul2 sejarah - bandar tenggelam - bank2 lumpuh segala operasi - cuma jabatan kerajaan selamat sebab terletak di tempat tinggi - itupun dah jadi pulau2 kecil.

oh, masa kejadian aku dan famili tinggal dekat kuarters jkr, bersebelahan dengan perpustakaan awam, padang bukit kerajaan, berdekatan dengan hospital, pejabat pos, bangunan sultan iskandar (tempat jabatan2 kerajaan) dan banyak lagi fasiliti - and masa tu kawasan tersebut memang jadi pulau - even tak kena banjir tapi still terputus jalan dengan bandar

taman kota jaya - salah satu tumpuan tempat tinggal warga kota tinggi tenggelam habis.  ramai rakan ayah, mama, rakan2 aku hilang tempat berteduh dalam sekelip mata - ranap habis satu taman -


masa kejadian jugak aku nak start buat diploma dekat uitm lendu - pak anjang call dari jauh sebab nak bank in duit pasal dia tau mama tak dapat bagi aku duit belanja pasal bank lumpuh - dapat 150 - "tiba2 menyesal tak mintak lebih" - hahahhaa.. jahat aku..


kawasan tengah bandar

pusat membeli-belah ketika kejadian
masa tu kipmart, econsave tak bukak lagi, so plaza kota tinggi ni la yang jadi tumpuan warga kota tinggi membeli belah.  satu tingkat lumpuh - ayah aku cakap bila mereka naik bot terasa2 kipas dorang langgar bumbung kereta - bayangkan betapa tingginya air.  limpahan sungai johor menyebabkan semua tempat yang tenggelam menjadi sebahagian dari sg. johor...

harapan aku, dan aku percaya seluruh warga kota tinggi agar banjir kali ini tidak seteruk yang lepas ataupun banjir yang dah sedia ada ni cepat2 surut - apapun - kami tetap berjaga2.. doakan kami..........

p/s:  aku ambil gambar di google image, terima kasih -

Thursday, 16 September 2010

di seBaLik MyKad

hmm.. lari sekejap dari mood beraya.  ayah masih beli newspaper walaupun aku dekat uni suka baca online - bukan apa, tak sempat pun nak pergi koop (ala, cakap jela ko kedekut nak beli newspaper) hehe.. nevermind, memang memegang akhbar bersaiz kompak ini lagi puas, baca satu2.. aku pulak jenis habit baca dari belakang, bila tunggu turn, orang lain ingat dah nak habis, padahal baru nak start.. hehe

aku tertarik dengan tajuk 'kepelbagaian fungsi MyKad tidak dimanfaatkan sepenuhnya' (kosmo/rabu/15september2010/negara!/m.s4) lepas baca tu, hmm, aku tau MyKad or kita panggil i/c ni ha ada cip canggih dan banyak fungsi, tapi yang aku selalu guna memang sebagai pengenalan diri je.  tak ambil tahu pulak fungsi lain seperti:
  1. lesen memandu
  2. maklumat kesihatan
  3. ATM
  4. maklumat pasport
  5. MEP tunai
  6. Prasarana Kekunci awam
  7. touch'nGo
  • meaning, kita tak payah buat lesen memandu lah ye? sebab selama ni aku memang bawak 2,2 i/c and lesen.
  • lepas tu kalau pergi mana2 pusat kesihatan, aku ingat orang kat kaunter tu mintak i/c sebab nak masukkan butir2 diri dalam borang online sekadar nak kira berapa bilangan pesakit hari tu ke rupa2nya sekali dengan maklumat2 kita (termasuklah kalau sakit2 kronik yang hospital memang ada simpan maklumat untuk pemeriksaan berkala) sorry, aku rasa aku nak check la part ni
  • ATM? withdraw pakai i/c? keyi ma? selama ni aku selalu gelabah sebab tertinggal bank kad, boleh pakai i/c? bank mana yang boleh ni? ayah kata fungsi2 ni dekat Putrajaya je, habis, kalau dia telan i/c kita macam mana? satu hal nak pergi bank dan pejabat pendaftaran sekali.
  • touch n go? penat aku beli kad tau, kad jek dah RM10, dan baru 2 kali je aku topup sebenarnya, masa first time nak try hari tu and masa balik raya tu.  boleh pakai MyKad jugak? kisahnya..
tapikan, aku rasa pakai banyak2 kad yang betul2 spesifik untuk 'kerja-kerja' tu lagi best la, simpan jek MyKad/i/c tu tunjuk polis bila diperlukan.  taklah i/c tu cepat rosak, nanti kerja nak ganti jerk.  itu pandangan aku la, still pakai bank card, touch n go card, matrix card, credit card je tak ada, debit card ada.. hehe.. dah, jom sambung raya, drive tu jangan lupa bawak i/c dengan driving license pulak.. adioss...

Tuesday, 31 August 2010

MerDEka 2010 yaNg......

SELAMAT HARI MERDEKA!!!


sALam merDeka korang...

ha, last year aku dah cerita trailer merdeka aku, tahun ni dah tak ada modal.. hehe.. anyway, Malaysia dah 53 tahun merdeka, sebagai rakyat biasa aku bersyukur dapat hidup dalam negara yang masih aman (erk, sebenarnya pejam mata dengan 'kekejaman' yang berlaku di sekeliling kita).. boring lar nak cerita pasal hati dan otak mereka2 yang aku boleh klasifikasikan sebagai tak bertamadun itu, dah famous sangat dah hari2 masuk paper, kau ada?

bagi aku, merdeka tahun ni tak best sangat, sebab macam2 benda silly berlaku, pasal event merdeka, pasal perangai orang2 yang perasan merdeka dan lain2.. cuma hikmahnya, malam merdeka ni la aku baru terbuka hati nak buat terawih.. hmm.. dah malam ke-20.. alpa, leka, malas.. syaitan aku tak diikat.. dan juga solat berjemaah yang aku kira sangat jarang dilakukan selepas keluar dari boarding school dulu.. ;(

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 
YANG KE-53 TAHUN
KEPADA MALAYSIA
DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA

1 MALAYSIA 
MENJANA TRANSFORMASI

CANTIK SANGAT BILA TENGOK DARI ATAS..
PENYAMPAIAN REPLIKA SUMBANGAN TABUNG PALESTIN

Wednesday, 25 August 2010

jOurNaL rEviEw tiPs

Orang cakap sharing is caring.  selama ni aku pun tak tau sebenarnya macam mana cara yang betul nak buat journal review, some people call it article critique, journal critique or article review.  tapi pada aku, aku taklah sehebat those authors nak critique balik apa diorang dah tulis kan. so review maybe lebih accurate la..

aku dapat tips ni dari pensyarah aku, Encik Ramlee Abd. Rahman yang mengajar Research Method.  encik ni pantang orang salah eja nama dia, bukan ramly bukan ramli burger tapi ada double e.. hah, kadang2 dalam kelas aku panggil jek encik romli.. macam sedap pulak.. huhu..

ok, ini tips macam mana nak buat journal review..

paling penting sekali korang mestilah mendapatkan journal yang korang rasa best and senang faham. lepas tu...
  1. read, read and re-read (berapa banyak kali sampai korang rasa nak muntah)
  2. understand the overall issues of the journal/article
  3. omit the technical elements
  4. record the main issues of the articles as you understand
  5. relate it with what you have learn in class/subject
  6. plan what to write, and start writing..
lepas tu, dia bagi lagi tambahan.. REMINDER!
  1. jangan ambil directly especially jangan cut and paste
  2. pastikan original, bahasa tunggang langgang memeningkan kepala tu tolak tepi dulu
  3. biarpun english tak lah berapa bagus, tapi markah dia tak tolak pun, janji kita usaha, tapi bila ayat bagus, dia bagi extra mark.. hehe
  4. make sure our review tu ORIGINAL, creative, innovative, positive etc etc..
daripada diploma dulu aku paling la tak tau nak buat benda ni, dah nak habis degree baru dapat guideline yang sesuai.. hmm.. anyway.. happy writing you all.. ;P

Monday, 22 March 2010

siNgKat dAn beRmanFAat

actually ni cerita pasal last 2 weeks. aku balik hari Jumaat, 12 February.. mula2 aku ingat nak balik khamis malam, then my ef macam ada ura2 boleh keluar, (tapi tak jadi) so aku postpone la ke Jumaat malam, then, mintak la one of my friend, Adi tunggu kat pudu, tak seram pulak kan balik malam2.. luckily dia pun nak balik kota jugak sebab cuti sekolah.. so, kirim lah terus tiket.. nasib baik ada tiket and ada kawan..

habis kat situ, subuh2 sabtu sampai kota, parents amek kitorang, then sempat la pergi pasar borong.. ayah pulak sibuk tanya2 parents Adi, rupanya memang dia kenal la.. alaa, ayah orang kota siapa jek dia tak kenal, duduk sini dari bujang.. huhu..

sabtu petang pergi beli tiket seremban kat larkin, then jalan2 dekat angsana, pow ayah barang kereta sikit and murtabak kg. melayu.. tapi.. sekarang macam dah lain pulak rasa dia.. sedih.. ;(.. tak sama macam dulu. cuma yang best sikit sebab ahad sebelum gerak seremban tuh sempat makan sup ikan merah yang mama masak, i love that pipi ikan!! lembut jek..

LOST DI SEREMBAN!!

bukan apa, tengah hari nak pergi larkin tu pun, bas causeway link tuh boleh pulak rosak, haii.. macam risky gila nak pergi seremban nih. dah la aku tak pernah pergi sana.. nasib baik hari ahad banyak bas.. aku pun sampai larkin dekat2 20 minit jek sebelum bas trans gerak. (memang dah risau gila sebab before this ada pengalaman kene tinggal dengan bas trans dekat pudu sebab merayap g times square) hehe.. nasib la sempat sampai..

bas tu masuk simpang ampatla, lalu rembau la, memang lalu jalan kampung. aku pun no idea bila nak sampai seremban. hujan lebat pulak tuh. kesian nowra, okie dengan aj asek tanya aku dekat mana.. aku boleh jawab, "atas jalan" je.. about 6.30 aku sampai terminal 2, aku call aj, dia confident jek suruh aku turun situ.. aku yang ala2 rusa masuk kampung pun turun la, tapi aku tak tau pulak kewujudan terminal 2 ni.. hmm.. diorang cakap nak jalan kaki amek aku..

keluar masuk toilet tak datang2 diorang neh, padahal aku memang depan dunkin donut seperti yang dijanjikan.. dapat call~~

  • u kat mane, takde pun.. ~
  • ~ eh, i da terpacak lama dah kat sini, terminal 2 ni
  • terminal 2?? eh, salah laa.. terminal 1 la yang
  • laa.. mane i tau, tadi i tanya u cakap turun jek.. (aishh....)
  • u kena cari bas pergi terminal 1
  • lah... mana nak tau... (dalam hati macam, adoila.. pening betul~~
then, aku keluar jumpa bus citylink tulis pengantara terminal1-terminal2, aku naik jerlah, then aku tanya kakak ni.. bla bla blaa.. (yang sedapnya, yang aku tanya ni minah indon, nampak sangat diorang lagi tahu dari orang malaysia sendiri ~ sebab ada kakak lagi sorang aku tanya tu, macam tak nak jawab jek.. tah pape jek)..

7 something jugakla, jumpa groupmate aku neh.. tak jadi nak berjalan sebab dengar2 mak aj dah masak kat rumah.. hehe.. yang si nowra takut sangat rambut merah dia tuh kantoi.. yang okie cepat2 bukak rantai.. hehe.. tapi parents aj actually macam biasa jek.. ;))

hari isnin..
kami pergi Majlis Perbandaran Nilai untuk assignment Computer Network.. bla bla bla.. tanyalah macam2 apa yang berkait semua, video bagai.. huhu


yang penting isnin hari tu, whole day kami tak pergi kelas.. hehe.. malas.. penat dowh... ha, tu jek lah.. aku rasa memang semua student tengah penat nak menghabiskan assignment dengan syllibus sekarang neh.. enjoy jek lah.. hehe..

Tuesday, 15 December 2009

MiSi TiGa - bEsi & daWai

third day
14 december 2009

ayoo.. dah pukul 12.00 am pulak.. dah termasuk ke hari 15 bulan disember, tak apa2.. aku sambung jer ceriteranya..

pagi tadi
aku pergi klinik area pukul 10 lebih, dengan mama yang telah selesai mengambil tekanan darahnya dan adik2 ku yang baru lepas ngaji.. so tunggu kejap, dah dalam bilik doc tu, doc minta aku datang petang area 2.30 sebab barang tak sedia lagi..

so, borak2 lah kejap..

awak datang petanglah ye, sebab baru balik holiday saya belum prepare barang lagi, nanti ambil light lunch

doc, nasi boleh makan?

boleh sangat, epal pun boleh, tapi awak kena makan macam tikus, sikit2 ok..

ooo..

banyakkan berkumur, nanti pakai toothbrush yang kecil, soft. actually ada yang ortho special punya, tapi kalau saya cakap sekarang pun bukan u ingat..

hehe..

tak apa, time by time nanti saya remind awak..

bla bla bla bla.... aku pun dah tak ingat.. lepas tu kami pun pulang..

petang tadi
appointment pukul 2.30.. tapi sebab doc cakap area 2 till 3 hours, so, aku malas nak drive. tunggulah ayah kejap, pun pergi ambil tekanan darah sama tempat dengan mama tadi.. then ayah drop aku..

aku tunggulah kejap, register semua, then pukul 3.15 doc panggil masuk, suruh baring kat tempat biasa.. actually kan aku tak ingat sangatlah, sebab tak nampak kan. cuma first session dia tampal ibu besi tu dekat gigi belakang, sakit wa cakap lu.. sebab lepas tu gigi aku atas bawah berlaga.. memang tak boleh tutup rapat.. next, doc lekatkan besi segi empat tu kat gigi2 yang berkenaan. proses ni la yang lama sikit.. siap pakai laser ke ape tah yang lampu biru tu, tapi time ni relax sikit.. dah siap, doc suruh aku duduk luar tengok tv, dia entertain patient lain pulak..

second session, tak lama lepas tu (sebab patient tak ramai) aku masuk balik.. oh babe.. time for masukkan dawai pulak.. alaa.. dawai biase jek.. yang dawai tu la, dawai mana lagi...haha.. ini pun tak sakit.. and sekejap jek.. huhu.. 15 minit kot.. tapi tak ada pulak benda color2 yang boleh tukar2 tu, tak apa arhh nanti aku tanya..

TATADAAAA!!

so, from now on, terlabellah aku sebagai si 'Gigi Besi' yang menyeramkan.. seksa gak aar.. tapi, nak buat macam mana, dah jadi pun.. bibir aku yang sedia kering ni bertambah2lah merekahnya macam padang pasir dah.. huh..

okay, my next appointment will be 2 or 3 days from 14 dec.. so, nanti check it out the updated entry ya... ;)

owh, before forget, agak2 korang, apa ek best nak beli dengan harga RM4,000?.. ;)

Friday, 4 December 2009

miSi dUa - cabUt!

second day
4 december 2009

seperti yang dijanjikan, aku kembali ke klinik
yes!! untuk mencabut gigi

semalam doc cakap datang bila2 pun boleh sebab cabut kejap jer
so aku decide nak datang lepas lunch, so boleh lagi nak makan sedap2
kebetulan mama masak beryani hari ni.. huuhh.. tak tahan..

nak lagi lambat lagi, aku pergi klinik saing ayah masuk kerja petangnye.. erk, sebab malas nak drive and takut tak mampu drive.. (padahal cabut gigi jek pun!!) haha

okey, dah sampai ni..
tunggu kejap, then masuk bilik doc

doc tunjuk aku replika gigi semalam yang tampal gum kejadah tu
oo.. rupanya name dia "study moral", if i'm not mistaken..

"ok, sy cabut gigi susu awak saje, i think yang lain tak payah cabut"

"sebab gigi saya jarang ek doc,"

"iya, ok, pergi baring"

huuh.. proses 'menebalkan bibir' pun berlaku,
dah rasa macam angelina jolie pulak..

"pergi kumur.."

(eik, apasal takde darah, terror gila doc ni)
aku pun terus bangun..
akak pembantu doc suruh aku duduk balik..

"dik, belum lagi la.."

"erk?"

"tunggu kejap, bagi kebas"

"oo..."

a few minutes later....

"ok, done, boleh bangun. lepas ni 14 hb pulak ok? ni ha gigi susu awak"


wah!! tak sakit pun lah!.. padanlah servis private clinic mahal ek, memang tak rasa pun..
tapi darahnya jangan cakaplah.. nasib dia bekalkan kapas semua.. kereta ayah pulak takde tisu.. tahan jek lah..

well.. yang bestnye doc ckp gigi lain tak payah cabut!! ye haaa!!! sebab gigi aku memang super jarang kot..

esok jom makan burger prosperity!!! << is that correct? what ever!! aku gumbira... ;)

next appointment... hu.. lagi seminggu aku update okeh?

babai.. nak makan.. hahaa

Thursday, 3 December 2009

miSi saTu - chEck

3 december 2009
hari pertama..

firstly, doc memasukkan benda pink like gum macam chewing gum pun ada gak, cuma tak manis.. bersama kerangka besi berbentuk mulut atas dan bawah..

eauwwww...

ptuih...ptuih... ambik kau... memangla kena meludah kan... tapi bukan la kena kat doc tu pun..

second thing,
buat x-tray... alat tu macam best, dia pusing2 keliling kepala haha..

er, doc discovered something..


" eh, gigi susu pun awak simpan lagi ke?"

"erk,? umur dah 20 pun masih ada gigi susu? padanla rasa berlapis.."

"kene cabut ke doc?"

"gigi kekal pun saya cabut apatah lagi gigi susu"..


uhhh!! tunggu esok okay..

Thursday, 25 June 2009

tuLAng iKaNKuu


ape yer kat atas tuh.. ??
ok .. tulang ikan.. today is my second last day working here..
sedar xsedar.. plus practical.. about 6 months kerje kat cni..
hampir setengah tahun.. penat..
sape kate keje xpenat... tp lucky sbb dpt learn something new n collect experience..

tulang ikan dan kerje ??
ooh.. sepatutnye mcm ni..

bila kita bekerja, xkesah la kte ni top management ke, kuli ke, tengah2 ke, pegawai ke,,
kerja is kerja.. masing2 should know the responsibilities once kte sign contract or diterima bekerja or sebagainye...

TAPIkan...

dalam etika kerja gak, kita perlu mghormati dan memahami tugas orang lain..
sape kate kerje kuli or orang bawahan yang melakukan kerje remeh temeh (kononnye low class tu tak penting??).. because..

tulah yang i maksudkan dgn tulang ikan ni (i got this idea from dad)..

pelakon: pekerja = tulang ikan kecil
: majikan = tulang ikan besar
: ikan = organisasi

pekerja is tulang ikan yang kecil.. lalu menyokong tulang belakang ikan tersebut..
kalo takde tulang kecil tu.. patah riuk la seekor ikan (that organisation)..
dats y.. kite manusia ni same jer..
selagi kte membuat kerja yang halal, kerja tersebut adalah satu ibadah..
n sebagai manusia, kita perlu saling melengkapi, menegur dan menghormati..

ok aaa.. just satu bnde nk share.. dah lame xposting..

pade sape2 yg menjadi pekerja or majikan bekerjalah dengan niat yang baik.. insya Allah diberkati.. stp manusia ada kelemahan.. tegurlah dan belajar lah dari kesilapan..
even anda seorang majikan yang berjaya sekalipun, takkan selamanya di atas kalau tiada pekerja yang dedikasi dan bekerja separuh mati untuk keselesaan semua..

sekian..
sumber gambar dr google image

Thursday, 28 May 2009

GeMPak DesA aSTro 9mEi09

ok.. kejadian.. lembut kate program... ni berlaku 9 Mei.. as aku baru diberi mandat untuk mengupdate gambar2 di sana.. so hari ni laa baru aku post.. hehe.. xnak cakap banyak cuz gambar akan memberikan seribu satu makna kan.. aku tibai jer ni haha.... Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Sumber Felda Simpang Waha dan Astro crew laa, team Pusat Khidmat tolong sket jer.. huhu n telah diadakan di padang Bukit Easter,, sebab dengar2 padang xcukup besa gitu laa.. xper.. kre adik beradik laa tu..

D.Y.A.M. Tunku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli turun padang untuk bersama-sama memeriahkan Gempak Desa Astro

p/s... bodyguard TMJ macho you... huhu.. terpikat aku.. (^-^), de lagi sorang tau..

wei... aku dapat salam tau.. si tudung ijau tunggu turn tuh... camera jer xsmpai



Barisan pemimpin masyarakat



Bersama boss, YB Rasman, dan orang-orang kuat YB.. huhu ujung skali, Cikgu Mad Bahri merangkap reporter hari itu, der lagi sorang, Farik Salleh, n abg Ijal sendiri aka the driver



Kak izan bawak family.. baju kuning kak rina, aku dan en. azli the Pembantu Khas



poco-poco girl.. huhu.. step? lupa sudaaa..



nak menyibuk gak.. dengan barisan Persatuan Belia Sumber Felda Simpang Waha, orang-orang di sebalik tabir program ini.. (big clap)

anyway.. credit to the cameraman mane aku tebuk2 gambar nie..
abg ijal.. office camera
abg farik salleh.. kosmo! reporter & cameraman
cikgu amad bahri...

Wednesday, 27 May 2009

diBeRi ManDAt

hmmm..
hehe.. bukan mengeluh tau...
untuk previous entry.. aku de gak cite sal aku keje kat mane
n ape yg aku dah buat etc, etc..
tp tu pun basic cuz actually aku wat sembunyi2...
cuz aku xtau same ade aku leh pakai x gambar2 or cerita2 berkaitan ngn YB Rasman,
my boss as well as seorang wakil rakyat..


semalam...
buat staff meeting..
my boss is going to umrah tomorrow
saat entry ini ditaip.. dy tgah berkemas kot
td pun smpai tgah hari still de kat office
mmberi tugas2 san terakhir
haha
ouch..
back to the staff meeting yesterday..
beliau dah bagi mandat untuk mgunakan gambar2 or menulis tentang ape2 pasal kerja2 beliau especially with his staff n community laa kan.. cm program2 sumer..

so, aku pun dah mintak kebenaran,
cuma gayanya aku akan tulis cara aku laa..


ok.. dah nak kul 5..
nk chow dulu..


c u next entry..