Tuesday, 1 February 2011

meNTaRi mUNcuL LaGi

alhamdulillah, bangun pagi tadi aku rasa macam ada cahaya memancar-mancar dari tingkap bilik.. hujan dah berhenti!.. syukur.. ;).. bukan apa, bayangkan sejak aku pulang jumaat lepas hujan non-stop.. seriau+seram plus2 macam perasaan lagi lah dengan cuaca dan fenomena hujan malunakberhenti di johor sempena raya cina ni.

aku duduk kat rumah rasa macam nak pergi cari kayu api nak bagi haba dalam rumah sebab sejuk ya amat! siap pakai sweater, stokin, selimut dan mestilah sampai rasa tak nak mandi sebab air macam air batu, lelagi rumah aku ni atas bukit..

tapi. tadi keluar rumah tengok langit.. alhamdulillah.. syukur again..






walaupun mentari masih malu2 lagi di balik awan, sekurang2 nya dah menyinarkan cahaya

sejarah banjir di kota tinggi - sangat hebat pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 - masa ni aku takde blog lagi, walaupun takde gambar, aku kira, semua gambar terakam tepat dan jitu oleh warga kota tinggi.  pasal kota tinggi tidak lagi seteguh namanya sampai diperlekehkan menjadi kota rendah. - memang betul2 sejarah - bandar tenggelam - bank2 lumpuh segala operasi - cuma jabatan kerajaan selamat sebab terletak di tempat tinggi - itupun dah jadi pulau2 kecil.

oh, masa kejadian aku dan famili tinggal dekat kuarters jkr, bersebelahan dengan perpustakaan awam, padang bukit kerajaan, berdekatan dengan hospital, pejabat pos, bangunan sultan iskandar (tempat jabatan2 kerajaan) dan banyak lagi fasiliti - and masa tu kawasan tersebut memang jadi pulau - even tak kena banjir tapi still terputus jalan dengan bandar

taman kota jaya - salah satu tumpuan tempat tinggal warga kota tinggi tenggelam habis.  ramai rakan ayah, mama, rakan2 aku hilang tempat berteduh dalam sekelip mata - ranap habis satu taman -


masa kejadian jugak aku nak start buat diploma dekat uitm lendu - pak anjang call dari jauh sebab nak bank in duit pasal dia tau mama tak dapat bagi aku duit belanja pasal bank lumpuh - dapat 150 - "tiba2 menyesal tak mintak lebih" - hahahhaa.. jahat aku..


kawasan tengah bandar

pusat membeli-belah ketika kejadian
masa tu kipmart, econsave tak bukak lagi, so plaza kota tinggi ni la yang jadi tumpuan warga kota tinggi membeli belah.  satu tingkat lumpuh - ayah aku cakap bila mereka naik bot terasa2 kipas dorang langgar bumbung kereta - bayangkan betapa tingginya air.  limpahan sungai johor menyebabkan semua tempat yang tenggelam menjadi sebahagian dari sg. johor...

harapan aku, dan aku percaya seluruh warga kota tinggi agar banjir kali ini tidak seteruk yang lepas ataupun banjir yang dah sedia ada ni cepat2 surut - apapun - kami tetap berjaga2.. doakan kami..........

p/s:  aku ambil gambar di google image, terima kasih -

No comments: