Sunday, 27 June 2010

inGat bEst sanGat kE jaDi KuRus?

aku nak membebel ni..
sempena menanti hari2 terakhir untuk memulakan sem baru aku merajinkan diri mengemas beg baju.  aku bawak 1 beg tarik and 1 beg tolak sandang.  beg tarik tu aku letaklah baju kurung, baju jalan and baju basahan.  beg sandang tu aku letak undergament dengan beg mekap jek (termasuk toileteries). simple jek kan? hehe.. (kau tak tau aku ada simpanan lagi 2 beg besar dekat stor rumah pak andak aku) hahaha

ok, habis! yang aku nak cerita is sambil2 mengemas tu aku keluarkanlah baju2 lama yang jarang dipakai, aku belek2 balik baju kurung aku dari darjah 5 dulu mana yang aku boleh keluarkan balik untuk pakai sem baru. biasalah, recycle! bukan artis pun kalau tak boleh pakai baju recycle. then, i noticed something;  pernah tak dulu masa kecik2 mama korang cakap "buat baju tu lebihkan sikit inci, biar boleh pakai sampai besar" or yang sewaktu dengannya if tempah baju raya, and "belilah besar sikit, kan tahan lama" kalau beli baju dekat supermarket... bla bla bla..

tula masalah aku sekarang, masalahnya aku tak tau la dah 5,6 tahun aku still tak dapat fit dengan baju2 lama tu, still rasa besar macam 5,6 tahun lepas aku beli baju2 tu. habis, sampai bila nak tunggu besarnya?? sudahnya, aku tak pakai dahlah baju2 tuh, dah macam masuk dalam guni kalau aku pakai.. so, tak ke sayang tu namanya? adoi.. rugi2..

haha!!
credit:google image

mungkin masa kecil dulu aku tak pandai nak pakai sexy fit sikit kot, tu yang jadinya baju raya aku (kawan aku kata) boleh masuk 2 orang aku besarnya..  hahaha.. susah tau kurus2 ni sebenarnya pun tak cantik sangat and susah jugak cari baju.  bolehlah pakai baby-t (baby punya baju yang saiz paling besar) hahaha.. serious! bila aku try mix and match pun ada jek yang tak kena..

ha, pasal jeans, aku pernah beli yang saiz pinggang 26, memang senanglah tak payah pakai belt tapi ada satu masa lepas raya aku tak boleh makan banyak sebab butang jeans tu ala2 tak nak lepaskan kulit perut aku so next time nya aku terbeli 29 (sebab masa tu nak cepat and jahil main grab jek) dengan harapan aku akan berisi dan fit pakai jeans tu.. tak ada maknenye, sampai sekarang aku terpaksa pakai belt, tu pun londeh lagi. so, jalan selamat sekarang aku pakai saiz 27, tu pun pakai belt jugak.. huhu.. entah hape2 engkau.

ramai bising sebab berat badan naik, aku pulak bising kalau orang puji aku sebab kurus.  ok, bersyukur sebenarnya alhamdulillah, kurus2 pun sihat walafiat.  bukan korang tak tau aku ni mana pernah skip2 makan sampai mama pun cakap "aku membela" sebab makan macam orang kebulur tapi badan tak naik2.. nak derma darah pun tak boleh tau sebab below 45kg.. sedih!

pink panther yang kurus dan sangat pink! 


lain kali aku nak beli baju betul2 macam orang selalu cakap, ukur baju di badan sendiri. haha.. ok, jom makan, babai..

Wednesday, 23 June 2010

buKan tak suKa hurUf W, tApi...

haiii!!

sempena penjelmaan layout baru rasa macam tak lengkap tak buat entri satu.. hehe.. aku ada benda nak cakap ni. pasal bahasa. Bahasa Jiwa Bangsa, bahasa menunjukkan bangsa. ceh kelass gitu. satu hari aku pergilah tengok updates kawan2 bloggers and aku nampak/baca la entry pasal benda ni dekat blog cik yatre. so, aku pun tertarik rajin la nak join this group dekat fb..

ni ha bendanya

nama group dia tu la (baca sendiri)

kau ingat kau comel??

sorry to say, actually aku memang 'sangat' la berasap kalau nampak orang tulis macam tu. kenapa ek tak boleh tulis elok2?  best sangat ke ada huruf 'W' lepas huruf 'E' tu atau lepas huruf2 vokal lain?

kalau perkataan -aku- jadi 'aq' tu, aku boleh blah terima lagi, sebab dalam sms pun kadang2 aku tulis 'ak' tapi kadang2 jugak baca macam 'akan'. so, kalau panjang terpaksa la pendekkan, nama pun short message system.. tapi kalau 'boleh la/boleh ler' jadi 'boleh lew' aku rasa macam nak kick his/her ass haha..

kalau memang loghat tu takpe la gak.. macam aku tulis 'takpe' tadi, dah orang johor memang cakap ade bunyi -ae- kat belakang dia, and orang pun faham. tulis 'tak apa' pun boleh jugak kalau nak baku. or 'xpe' pun memang faham dah la. habis, kalau dah tulis 'takpew', kau cakap 'takpew' ke dengan bapak kau? mesti bapak kau pun rasa macam nak lempang muka kau, penat hantar kau sekolah dari tadika belajar vokal and konsonan satu2 tapi tak geti menyebut. sedih!

wowowo.. siapa yang hantar sms kat aku macam tu, especially yang lelaki memang aku sound "boleh tak tulis betul2 macam orang matang?" sakit mata aku nak baca, "awak sihat kew?" "buat apew jew hari niew?" KEPALA OTAK dia tulis macam tu! aku rasa better lagi ayat makian dari baca benda tu.  ANNOYING! DISGUSTING! mama! nak plastik kecik!

erm.. lagi satu pasal sms ni pun kadang2 aku pening jugak bila message terlalu ringkas.  aku dulu tak faham perkataan 'lau', lama2, 'kalau' rupanya.  tapi aku tak pakailah, just dah fahamlah sekarang. 't4'? member aku message nak mintak 't4', kau rasa apa? aku ingat ubat jerawat t3 tu ingat dia silap type ke ape, rupanya dia maksudkan topup, credit topup.. sudah!.. manalah aku tau, kan? ke aku jek yang ketinggalan zaman? haha.. tapi betul apa, janganlah ingat semua faham bahasa2 kau pakai kan.. ;) 'tahu/tau' tinggal 'au' je, dan yang sewaktu dengannya.

fine, bahasa ni banyak sangat cabang dia. slanga la, broken english, loghat2 english UK(british) lain US(america) lain (tu bila cerita pasal english language la) english maybe aku tak berapa arif. tapi aku cerita ni pasal Bahasa Melayu,bahasa yang sebetulnya menjadi bahasa paling mudah nak faham, kenapa nak diperkotak-katikkan oleh bangsa sendiri?

ada lagi.. korang.. (kamu faham korang ke 'kowrunk') apa benda lah hai..

eh, ada jugak yang rajin nak type macam ni (contoh)


bagi aku, orang ni dia sangatlah mempunyai banyak masa dan tenaga untuk menaip sedemikian.. kau tak penat ker? memalukan sungguh..

lastly, if aku ada salah penggunaan tatabahasa or kadang2 nak beraksi 'comel' sila beri tunjuk ajar, if ada pun bukanlah se'galak' macam ni sampai semua perkataan nak modify.. actually, aku pun tengah cuba untuk tidak menyingkatkan bahasa2/perkataan2 aku dalam blog, tapi kadang2 memang nampak sangat skema! huhu

ni (ni singkatan dari perkataan "ini" maka dibolehkan ;) ) semua dari akal fikiran aku yang cetek, apa2 pun, semua fikir2 lah.. biarlah munasabah sikit kalau nak berbahasa tu. 

berminat? click

Monday, 21 June 2010

aDik

hari sabtu pagi2 hari tuh masa aku tengah tengok match england dengan sape tah, tak ingat (yang seri 0-0 tuh), parents aku dah mandi and suruh adik2 aku pun mandi.. maklumlah nak jalan jauh..

haah.. diaorang nak hantar adik perempuan aku yang seorang ni pergi belajar kat utara.. dia dapat course lebih kurang macam aku diploma sains kesetiausahaan dekat poly arau.. budak nih memang tak pernah jauh dari family.  yerk ar, at least aku and along pernahlah duduk hostel masa form 4&5 dulu. so kira dah bolehlah nak berdikari (tu yang sampai tak pandai masak sebab 'berdikari' sangat).. but she's leaving for good (macam cerita korea selalu cakap).. tapi.. PERLIS!! jauh sangat tuh.. takpelah mimi aku harap kau ok2 jek kat sana.. dah besar and dah sampai masa nak tengok dunia luar.  aku harap kau lebih baik dari aku (memang aku jek la yang paling nakal dalam adik beradik).. hehe

speaking of her, oh kejap2.. kawan2 aku selalu cakap aku ni nampak macam anak sulung, eh2 aku ada kakak la, si along tuh, and aku ada 3 adik, sorang perempuan si mimi ni and 2 adik laki lagi.. aku dengan along tuh actually beza 2 tahun tapi sebab aku menggatal nak 'melompat' so, dah dekat jarak setahun.. so memang rapat lah, pastu adik laki yang 2 orang bawah tu memang beza 14 bulan jer.. so mimi ni kedudukannya di tengah2.. jadi adik bongsu 5 tahun jugak, ooii.. dulu manja tak ingat sampai aku banyak sakit hati dengan dia, lepas tuh melawan macam apa, mengada2 betul.. haha.. suka aku kutuk kau..

tapi la ni dah besar.. eh dia dah kurus.. sebab terkesan aku selalu ejek dia gemuk haha.. dah kurus so dia nampak lagi tinggi dari kakak2 dia and dah boleh pakai dress.. berkesan apa ejek-mengejek masa zaman kanak2 dulu, kan..haha.. gonna miss that..

dia selalu tanya mengajak aku keluar untuk membeli sesuatu barang sebab aku jek boleh drive (takkan nak ajak mama, penat pulak).. tapi tak apa sebab dia tak suruh aku bayar tapi dengan along dia order jek sebab along memang kaya and ada taste sikit.. haha.. so, aku tak ada ni, pandai2 lah kau bawak diri ea..



gonna miss u... 

take care
study smart


hugs and kisses
from your 'annoying' sister