Sunday, 27 June 2010

inGat bEst sanGat kE jaDi KuRus?

aku nak membebel ni..
sempena menanti hari2 terakhir untuk memulakan sem baru aku merajinkan diri mengemas beg baju.  aku bawak 1 beg tarik and 1 beg tolak sandang.  beg tarik tu aku letaklah baju kurung, baju jalan and baju basahan.  beg sandang tu aku letak undergament dengan beg mekap jek (termasuk toileteries). simple jek kan? hehe.. (kau tak tau aku ada simpanan lagi 2 beg besar dekat stor rumah pak andak aku) hahaha

ok, habis! yang aku nak cerita is sambil2 mengemas tu aku keluarkanlah baju2 lama yang jarang dipakai, aku belek2 balik baju kurung aku dari darjah 5 dulu mana yang aku boleh keluarkan balik untuk pakai sem baru. biasalah, recycle! bukan artis pun kalau tak boleh pakai baju recycle. then, i noticed something;  pernah tak dulu masa kecik2 mama korang cakap "buat baju tu lebihkan sikit inci, biar boleh pakai sampai besar" or yang sewaktu dengannya if tempah baju raya, and "belilah besar sikit, kan tahan lama" kalau beli baju dekat supermarket... bla bla bla..

tula masalah aku sekarang, masalahnya aku tak tau la dah 5,6 tahun aku still tak dapat fit dengan baju2 lama tu, still rasa besar macam 5,6 tahun lepas aku beli baju2 tu. habis, sampai bila nak tunggu besarnya?? sudahnya, aku tak pakai dahlah baju2 tuh, dah macam masuk dalam guni kalau aku pakai.. so, tak ke sayang tu namanya? adoi.. rugi2..

haha!!
credit:google image

mungkin masa kecil dulu aku tak pandai nak pakai sexy fit sikit kot, tu yang jadinya baju raya aku (kawan aku kata) boleh masuk 2 orang aku besarnya..  hahaha.. susah tau kurus2 ni sebenarnya pun tak cantik sangat and susah jugak cari baju.  bolehlah pakai baby-t (baby punya baju yang saiz paling besar) hahaha.. serious! bila aku try mix and match pun ada jek yang tak kena..

ha, pasal jeans, aku pernah beli yang saiz pinggang 26, memang senanglah tak payah pakai belt tapi ada satu masa lepas raya aku tak boleh makan banyak sebab butang jeans tu ala2 tak nak lepaskan kulit perut aku so next time nya aku terbeli 29 (sebab masa tu nak cepat and jahil main grab jek) dengan harapan aku akan berisi dan fit pakai jeans tu.. tak ada maknenye, sampai sekarang aku terpaksa pakai belt, tu pun londeh lagi. so, jalan selamat sekarang aku pakai saiz 27, tu pun pakai belt jugak.. huhu.. entah hape2 engkau.

ramai bising sebab berat badan naik, aku pulak bising kalau orang puji aku sebab kurus.  ok, bersyukur sebenarnya alhamdulillah, kurus2 pun sihat walafiat.  bukan korang tak tau aku ni mana pernah skip2 makan sampai mama pun cakap "aku membela" sebab makan macam orang kebulur tapi badan tak naik2.. nak derma darah pun tak boleh tau sebab below 45kg.. sedih!

pink panther yang kurus dan sangat pink! 


lain kali aku nak beli baju betul2 macam orang selalu cakap, ukur baju di badan sendiri. haha.. ok, jom makan, babai..

No comments: