sempena penjelmaan layout baru rasa macam tak lengkap tak buat entri satu.. hehe.. aku ada benda nak cakap ni. pasal bahasa. Bahasa Jiwa Bangsa, bahasa menunjukkan bangsa. ceh kelass gitu. satu hari aku pergilah tengok updates kawan2 bloggers and aku nampak/baca la entry pasal benda ni dekat blog cik yatre. so, aku pun
ni ha bendanya
nama group dia tu la (baca sendiri)
kau ingat kau comel??
sorry to say, actually aku memang 'sangat' la berasap kalau nampak orang tulis macam tu. kenapa ek tak boleh tulis elok2? best sangat ke ada huruf 'W' lepas huruf 'E' tu atau lepas huruf2 vokal lain?
kalau perkataan -aku- jadi 'aq' tu, aku boleh
kalau memang loghat tu takpe la gak.. macam aku tulis 'takpe' tadi, dah orang johor memang cakap ade bunyi -ae- kat belakang dia, and orang pun faham. tulis 'tak apa' pun boleh jugak kalau nak baku. or 'xpe' pun memang faham dah la. habis, kalau dah tulis 'takpew', kau cakap 'takpew' ke dengan bapak kau? mesti bapak kau pun rasa macam nak lempang muka kau, penat hantar kau sekolah dari tadika belajar vokal and konsonan satu2 tapi tak geti menyebut. sedih!
wowowo.. siapa yang hantar sms kat aku macam tu, especially yang lelaki memang aku sound "boleh tak tulis betul2 macam orang matang?" sakit mata aku nak baca, "awak sihat kew?" "buat apew jew hari niew?" KEPALA OTAK dia tulis macam tu! aku rasa better lagi ayat makian dari baca benda tu. ANNOYING! DISGUSTING! mama! nak plastik kecik!
erm.. lagi satu pasal sms ni pun kadang2 aku pening jugak bila message terlalu ringkas. aku dulu tak faham perkataan 'lau', lama2, 'kalau' rupanya. tapi aku tak pakailah, just dah fahamlah sekarang. 't4'? member aku message nak mintak 't4', kau rasa apa? aku ingat ubat jerawat t3 tu ingat dia silap type ke ape, rupanya dia maksudkan topup, credit topup.. sudah!.. manalah aku tau, kan? ke aku jek yang ketinggalan zaman? haha.. tapi betul apa, janganlah ingat semua faham bahasa2 kau pakai kan.. ;) 'tahu/tau' tinggal 'au' je, dan yang sewaktu dengannya.
fine, bahasa ni banyak sangat cabang dia. slanga la, broken english, loghat2 english UK(british) lain US(america) lain (tu bila cerita pasal english language la) english maybe aku tak berapa arif. tapi aku cerita ni pasal Bahasa Melayu,bahasa yang sebetulnya menjadi bahasa paling mudah nak faham, kenapa nak diperkotak-katikkan oleh bangsa sendiri?
ada lagi.. korang.. (kamu faham korang ke 'kowrunk') apa benda lah hai..
eh, ada jugak yang rajin nak type macam ni (contoh)
bagi aku, orang ni dia sangatlah mempunyai banyak masa dan tenaga untuk menaip sedemikian.. kau tak penat ker? memalukan sungguh..
lastly, if aku ada salah penggunaan tatabahasa or kadang2 nak beraksi 'comel' sila beri tunjuk ajar, if ada pun bukanlah se'galak' macam ni sampai semua perkataan nak modify.. actually, aku pun tengah cuba untuk tidak menyingkatkan bahasa2/perkataan2 aku dalam blog, tapi kadang2 memang nampak sangat skema! huhu
ni (ni singkatan dari perkataan "ini" maka dibolehkan ;) ) semua dari akal fikiran aku yang cetek, apa2 pun, semua fikir2 lah.. biarlah munasabah sikit kalau nak berbahasa tu.
berminat? click
8 comments:
awak angan mara kitaw...kitaw x sengajaww...
*awak jangan marah kita. Kita tak sengaja.
ok damn~aku benci orang taip mcm ni. high 5!
a'ah..kenape kan diorang tulis cmtu..xahamla..maybe mase skolah memang diajar camtu kot..hua hua..
yatre,,
bila bace part atas aku rasa cam nak lem jek ko ni, haha
nasib baik ada bintang kecik..
tu lagi satu, gila ar diorang ni, dah besar buatlah cara orang besar, geli betul aku cakap2 macam tu..
yeah! high 5!
itulah yg saya pun tak faham kayrole.. kalau setakat bahasa2 pasar tu boleh ar terima lagi, yang huruf2 W tu memang nak muntah la
gedik! bajet manja lar..
p/s: jangan salahkan sekolah.. haha
nak jugak slhkan skolah,haha~~
takpela kalau diorg cmtu ngan bf or gf,tp yg jd masalah,smua org dia msg cmtu kan..adoi..
*pitam*
hihi
yea agree..
exactly.. ;)
tula sy cakap munasabah sikit hehe
awk slalu kene cmtu gak ke
haha..terbaekk la entry nih...aku kdg2 nk usha awek,bile dia start type camni terus takde nafsu..keh2
p/s: ade sekali tuh aku usha fb sorang nih,umur dah 30++ tp gune W word..what the eff -_-"
jerem..
haha.. mestila terbaik..
30++?? eyewwwww!!!
nasib baik la budak2 kte xde tulis cmtu, kalau tak, lame dah aku bahan.. siyes menggelikan
Post a Comment