Sunday, 7 March 2010

UnExPecTed

credit pic: google image


wooohaaqqq!
gila ar, aku main netball sekarang, sukan wanita yang kian terpinggir, erk.. pandangan aku jer.. hehe.. dulu last main betul2 terror masa pemilihan sekolah rendah.. lama dah tu, dah berkarat skill. maybe sebab fizikal la.. biasa lah orang comel.. aku main untuk fun la, tapi tetap bersungguh-sungguh apa.. kalau tak, tak lepas pun nak pergi suku akhir kan. demi Sukan Piala Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, sanggup berkorban tak balik tau... Minggu depan jangan kacau aku nak balik. dah cukup serabut kepala otak kat sini.

anyway, aku boleh assume yang aktiviti malam tadi sangat2 meriah!!! *_* sebab team netball pun dah sampai14 if not mistaken, sampai 2, 2 malam drag majlis sampai pukul 1 lebih dekat pukul 2.. Memang havoc la.. yang best kawan2 sendiri jugak yang main, so memang fun sangatlah, tengok orang, cuci mata semua.. hehehe

tapi, ada jugak yang tak sedapnya bila, satu insiden malang terjadi betul2 depan mata aku selaku penonton untuk penentuan tempat k3 and k4. dua C nak rebut bola, satu C dapat, and C pihak lawan kebetulan dekat belakang C yang dapat bola, then diorang berlaga, C yang tak dapat bola terus jatuh, and kepala dia terus hentam court!! aku sangat2 takut sebab dia on the spot. then C yang terhentak tu tersenyap sekejap, ktorang sume dah jerit2 dah mintak angkat that player, lepas tu nampak macam mata putih dia yang terkebil2, and tangan dia terangkat2 shaking. serious tak pernah tengok situasi macam tuh! orang2 belakang aku dah bisik2 cakap maybe dia ada sawan bagai, aku dah lah tak tau apa2 rasa macam OMG!!.. tau2 both players dah angkut ke hospital agaknya, aku takut nak pergi dekat2 tengok. harap dia panjang umur.. ;(

the morale of the story, actually, kita susah nak expect apa yang bakal berlaku, even kita sungguh2 jaga diri, kadang2 faktor luar mempengaruhi. kita cakap tak main ganas, susah, sebab kita sendiri tau diri kita dalam court tu macam mana. banyak2 la berdoa..


No comments: