Wednesday, 8 December 2010

juMpa kaWan LaMa @ NY

warghh.. hambek kau! kira2 4 hari jugak la campur tolak perjalanan semua aku bercuti bersama family aku dan kebetulan jugak dengan kawan lama aku dan juga kawan2 nya.. meriah betul cuti aku yang pendek ni, walaupun singkat, tapi padat!! i likkkeee...kawan lama aku ni last jumpa hujung tahun 2002, pastu dia suka sangat nak pergi Putrajaya last2 aku pun tak tau macam mana nak contact kau.. dulu dia rendah jek, comel betul, (tapi sayang tak ada gambar lama) ni ha sekarang dah tunjang, tapi maintain kudut, (ceh, nak lawan aku lar tu)..

ni la kawan lama yang aku maksudkan, azam pateh akhir..



jangan risau 'orang tu' kami tak berdua pun, ramai lagi kawan2 sekerja dia..
ni suma kawan2 dia yang kerja kat ZARA Boutique


 jauh betul aku dapat jumpa kawan aku ni, sampai ke New York.. hmmm.. btw thanks to facebook sebab mempertemukan kami kembali

pasal ni la yang aku cakap kitorang jumpa kat NY..

Wednesday, 1 December 2010

suKa diOraNg seNyum

hai hai.. salam..
haha sejak bila blog aku ada cerita pasal artis ni? 

hari ini aku saje jek nak tunjuk gambar 2 artis ni, satu dari Malaysia, satu dari Korea.. aku sibuk cakap dengan adik aku yang si AKIM ni dengan si HONG GI yang aku panggil Jeremy ni seiras!! adalah tengok dari cara diorang senyum, perangai keanak-anakan diorang, (perangai lain2 aku tak masuk campur) haha.. yang penting aku suka sebab makhluk 2 orang ni agak SWEET ye bagi perempuan2 macam aku untuk cair hahahaa.. jom tengok...

senyum nampak gigi



aren't they look alike??



kalau si jeremy rambut serabut cm ni sama x cam akim?

2kali tengok macam perempuan kan? kalau akim rambut panjang cm ni????


extra information dari aku sebagai peminat.. hehe

akim
  • nombor 3 AF7
  • dah rajin buat lagu sendiri sekarang contoh - inilah cinta
  • suka gila performance dia masa nyanyi lagu situasi dalam  konsert af
  • suka dia nyanyi lagi i'm yours mase audition af
  • dia CHOMELLL kannnn??!
lee hong gi
  • vocalist from FT Island - korea group
  • aku kenal dia lepas tengok you are beautiful
  • aku selalu susah nak ingat nama betul budak2 korea ni, sebab tu aku panggil jeremy, watak dalam you are beautiful tu
  • dia pun sangat chomelllllll.. 
  • bila tengok dia mesti nak samakan dengan akim hahahha
credit.. gambar semua curik kat google image and ada watermark dari bloggers2 tu, diorang punya..
ok bye...

Sunday, 28 November 2010

cUt aNd PaSte

1. cut and paste gambar
hari ni separuh hari kerja aku memindahkan gambar2 dekat external hard disk pink aku  ke cd2 yang aku beli mahal tau, 10 keping siap rak warna pink 10 ringgit, mahal kan? tapi aku dah beli pun. dah buat partition dah, gambar classmates, gambar family, gambar geng lendu, gambar holiday, gambar musuh.. eh takde laa.. haha.. elok2 aku cut paste banyak gak la so aku pun scan la satu partition, abes2 dia suruh restart cam biasa, aku pun click ok tanpa ragu2.. bila dah siap restart balik, ok, cd berlabel 'family' ada dalam tu... and HAMPEH sebab dia pun ter reformat dengan tanpa ragu2 juga.. habis gambar family aku yang lama2.. aduh.. sebab aku pun dah sesedap rasa cut and paste dan juga empty the recycle bin.  memang terbaiklah kan.  NASIB BAIK gambar raya yang terbaru ada lagi dekat desktop.  aduh sayang betul.  ;( ada memang ada.. tapi kena check balik dekat lappy lama, pendrive lama dengan yang mana2 dah publish kat muka buku laa.. satu kerja betul nak retrieve balik.. memang hampagas!!

2. cut and paste nama
kerja kedua aku iyalah menstalk page fb artis2 di malaysia.... aku type tiz zaqyah razak, banyak gila profile nama dia keluar, aku ingat nama dia macam one and only.. lepas tu ada satu page lek je letak nama tiz zaqyah dengan profile pic mawar biru. xde info xde pic lain friends pun dah 2ribu.  best agaknya nama dia orang senang2 pakai.. ;) takpe, fikir positif, mungkin betul tu kawan2 dia.. hehehehe

ok, esok aku betul2 kerja tau, pergi practical, have to start earlier instead of 1 december sebab jumaat nak minta emergency leave... hehe.. harap2 bos bagi..

p/s.. tak sabar nak pergi singapore dan bandung sejak2 dah ada passport ni, duit adaa??