Friday, 26 November 2010

biARkan siSi sEpi iTu peRgi

aku tak pernah melupakannya
aku pernah tak keruan tanpanya
aku bisa hidup tanpa ditemaniya
tapi aku jua pernah disakitinya
bukan sekali dan bukan jua dua
namun aku tak akan sesekali menepisnya
kerna
aku suka 'cinta'
sampai bila-bila.............


untuk sang arjuna yang kembali membawa erti cinta, baik lirik ini untuk sayang..
awak jahat.... ;P

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Chorus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

stacy ::: jahat

Friday, 5 November 2010

tiGa

beberapa perkara:

satu
semester 5 nak habis daa.. tinggal lagi seminggu lebih kurang bersamaan 2 final paper lagi.
so far, 1 tak ada final paper, 4 lagi dah lepas, so total 7 subject.. haram, aku tak dapat nak predict, dulu rajin jugak buat kira2 berapa kebarangkalian pointer boleh dapat... hmm.. ;(.. sobs.. sobs... cuak dowh.. tapi aku da cuba yang terbaik.. tinggal doa dan tawakal jer.  doakan aku dan kawan2 ya readers... " Ya Allah, semoga afiqah dan kawan2 nya serta semua yang mengambil peperiksaan dipermudahkan untuk menjawabnya.. aminn"...

dua
duit dah nak habis - semester ni aku tak beli gadget pun lagi compare dengan 2 sem lepas, beli printer, camera tapi duit still habis jugak.. tak sempat nak sambar blackberry (eeheh.. ada hati nak pakai bb ea kak?) ni gara2 accident la ni, tapi ayah kate nak ganti.. hohoho.. duduk rumah sewa ni memanglah memboroskan aku, duit rumah lagi, bil api air lagi... lagi satu sem jer.. BERTAHAN!!!

tiga
dia - tak pernah berubah pun.. time couple ke tak couple ke, baran dia sama jek, aku tak tau kenapa aku dah tau perangai dia macam tu, aku still berharap dia berubah.. tapi takde..... stupid - spoil my mood.... thanks!

Thursday, 28 October 2010

teKa teKi kaWaN

jam dah pukul 9 pagi, dah 1 hari setengah aku meraban tak buat apa, konon2 gap exam lambat lagi sabtu ni, tapi bila tengok carry mark, gelabah kejap jek. aku nak marah ni sebenarnya, tapi aku cuba marah dalam erti kata marah bertapis.  kau tengok tapis aku ke tapis santan mak kau yang koyak dulu..

aku ni serius sikit time kerja, kalau tak kerja aku memang sewel sikit, tapi 'agak-agak' la kan. aku pening ni,

boleh tak tolong jawab teka-teki ni untuk aku?

1. kenapa ek bila aku masuk campur hal orang, sibuk claim suruh jaga tepi kain sendiri? (walaupun aku tak pakai kain belah) dan

2. kenapa bila aku tak masuk campur, tak amek tau, aku macam rusa masuk kampung tak tau apa tapi still terpalit, tersepit, terlibat dan segala ter yang lain walaupun aku TAK BUAT!! kau faham tak? kenapa mesti aku yang terbeban dengan masalah2 yang aku tak terlibat?

damn...... 
(konon2 intonansi rendah, tak nampak macam marah sangat, kan?)

aku serius terpana, terdiam, terdummy, terkelu dengan perkara2 nonsense yang menimpa aku ketika exam ni final year pulak tu.  sabar je lah.  dulu benda paling teruk aku pernah lalu mase final exam pun putus cinta, tu pun boleh la score lagi 3.9 (ceh2, terbelagak pulak).. baik aku putus cinta je every final exam, boleh aku tambah pointer kan? kan?  ni memang haru la lagi2 pasal group assignment.  aku sumpah tak larat. :(

tapi kan, aku suka satu benda, aku rasa macam betul2 anak perempuan bila bergebang dengan mama dalam hal ni.  haha.. mama aku ni sebenarnya tak pernah pun nak support sangat aduan anak2 dia, ada ke pasal tak ada kerusi meja dekat rumah sewa nak buat alasan sakit pinggang asek baring kat tilam masa study lepas tu salahkan tilam tertidur pun nak ngadu? haishh.. (aku la tu..) haha... kira lantak kau lah, tapi semalam dia bagi respon yang buat aku rasa semangat.. nanti kau taulah siapa anak pak rashid..