Monday, 25 October 2010

koC waNitA KTM

semalam kaan.. yer semalam aku pergi dating.. err.. dating ker kalau bukan dengan bf? mana ade bf... dengan ef tu jer laa.. hikhik.. (tak nak babap ke aku dating sebelum exam ni).. konon2 nak morale booster kih kih.. sebenarnya gatal nak jumpa orang tu walaupun orang tu tidur 4 pagi sebab siapkan project assignment dia.. tapi aku paksa jugak.. ahaha.. pagi2 aku dah keluar drive sampai komuter batu tiga, then first kereta tau parking kat situ (nampak sangat pagi2 lagi dah dating).. bukan apa, jauh jugak la nak pergi kl, dengan komuter datang ikut suka hatinya lagi.  aku budget2 dalam 40-60 minit la nak sampai Mid Valley sebab kene tukar stesen kat KL sentral lagi.  malas nak drive sampai kL, sebab penat, minyak lagi, parking lagi.. hehe..

ish ish ish, bukan tu aku nak cerita.  aku tau aku ni suka cerita lambat2 pasal satu2 kejadian sampai aku kadang2 lupa, tapi sebenarnya aku nak observe dulu (ceh, alasan..). bagi pengguna-pengguna komuter korang mesti perasan kewujudan KOC WANITA kan? eh, si Fara Fauzana siap turun KL Sentral tau masa launching koc wanita ni.

aku kira dalam kalangan orang yang awal2 la guna koc wanita ni sebab masa tu kira pergi dating jugak, ish, perlu ke nak sebut pergi dating, lantaklah.. awal2 aku perasan sticker, tiang pun ada stesen yang color half tiang pink, ada banner, tapi kalau kat KL Sentral, memang proper.  ada line memang dah tertulis 'wanita sahaja sepanjang masa' or 'ladies only at all times;.  before boarding pun dah buat pengumuman, koc tengah dikhaskan untuk wanita sahaja bla bla bla ITU PUN ada lagi makhluk2 adam yang tak reti bahasa.  pastu bengang sorang2 jer tercongok dalam tuh semua wanita tengok dia.. padan muka kau..

tapi aku perasan, yang biasa SALAH naik ni bukan orang Melayu.  bukan nak racist, maksudnya memang dia tak faham atau saja tak nak faham atau first time naik.  kadang2 aku nak tanya jugak " are u malay?" ceh, nak speaking aja, lepas tu tak jadi sebab confuse tengok muka depa.. huhu.. tapi aku pernah jugak buat sign language jek suruh diorang tengok sticker, then diorang pandai2 keluar pergi gerabak sebelah.. hehe.. bangga tak? bangga tak? ayoo.. itu pun nak bangga.. ok apa, macam semalam tu, ada kakak tu siap bangun buat announcement, kakak penumpang tau, tak ada kena mengena dengan KTM management, "minta perhatian ya, koc ini untuk wanita sahaja, siapa2 yang bukan wanita tu sila keluar". fuh2 bersemangat betul kakak tu, lepas tua ada jugak yang tak nak keluar, tapi sekali lagi bukan orang Melayu. hmm... vietnam kot, sebab aku tak faham bahasa 'mandarin' dia.. hehehe..(eh, kan aku belajar Mandarin 3 sem, takkan tak faham lagi). 

lagi satu cerita, lepas announcement kakak baik hati tu, ada couple ni, yang lelaki dia pergi sebelah, gf dia boleh pulak macam nak nangis aku cakap la, 'kak, takpe, sama je, nanti sampai turun je lar.' tiba2 'waduh, akak bukan apa sih, takut silap.. waduh2..' (laaa.. sudahh..jangan nangis sudah - and mereka juga bukan Melayu... )

so, macam mana ni, aku kira Malaysian citizen memang dah faham dah rules koc wanita ni, mungkin silap yang lain2.  aku rasa, kalau diorang dah selalu naik, takkan la tak faham2 lagi kan? aku nak letak sticker dia, tapi line broadband aku copet ni tak mengizinkan, lain kali aku letak kay..

BTW, terima kasih pada pihak KTM yang menyediakan koc wanita ini untuk keselesaan penumpang wanita khasnya. seriously memang rasa selamat, terjamin, nak tidur ternganga pun tak berapa nak malu sangat, tak payah risau terhimpit2 dll.. so, tinggal kita je nak jalankan tanggunjawab sosial to follow the rules ;)

eh2, nak bagitau esok start first paper aku.. doakan aku dan kawan2 semua ya.. ;) minta maaf banyak2.. sob.. sob...

credit:  google
credit: google

Saturday, 23 October 2010

jaNgAn mAiN2 bENda taJaM

salam..
macam biasa pagi2 hari aku mencopet broadband housemate, cik nowra yang nyenyak menyambung dengkurannya tidur.. hehe.. dia pun macam dah tau la pe'el aku main copet jek tak pernah bagitau dia.. hehe.. bukan apa, saja tak nak kacau dia tidur, aku kan jenis orang tak sampai hati.. huhu

online kejap, tengok email, fb, baca kosmo, baca metro, semua online, hanya di atas tilam sambil makan jajan.. huishh.. tiba2 rasa macam tersentak baca tajuk ni; 'maut berebut siaran tv'..

dekat rumah, along memang selalu conquer tv sebab memang hidup dia macam tu. tv tv dan tv, aku pulak maybe lebih suka keluar2, online ke etc.  tak kisahlah bab tu sebab aku tak heran sangat pasal tv.  dia boleh share dengan mimi cerita pasal korea, yang aku pun sekarang boleh la layan walaupun tak berapa addicted.  cerita yang aku suka tengok balik2 amazing race, america next top model dengan konsert2, yang ulang2 pun kalau aku suka, mesti aku nak tengok gak.. hehe.. adik dengan abang pulak tak habis2 spongebob, tak faham aku..

berbalik kepada cerita tadi, mangsa dikatakan berebut remote dengan adik dia, then kakak dia keluar nak meleraikan pergaduhan dan kakak dia menggunakan serpihan kaca nak takut2 kan,  nak dijadikan cerita, kaca tu terlepas dan tertikam peha mangsa lalu............................... (aku dah rasa kengeriannya).. mangsa meninggal dunia kerana pendarahan yang teruk

aku rasa macam.... aku tarik nafas, aku pernah jugak berebut2 remote ni, luckily rumah aku tak pakai tingkap nako tu lagi.  tapi masa kecik2 pasal tv jugak kot, aku pernah baling mimi dengan kereta hot wheel sebab dia cabar aku 'baling ar...' aku baling kene mulut dia, lepas tu ayah rotan dekat kaki berbirat tau.  sembahyang maghrib sambil nangis2 aku.. ;( iskk.. jahat kan?.. mujur habis kat situ gak..

kesimpulannya, tolonglah jangan menggunakan benda2 berbahaya, tajam, berat untuk cabar-mencabar.  dan tolong jauhkan barang2 sedemikian ketika marah.. iskkk.. alfatihah buat keluarga mangsa..


untuk cerita lengkap baca ini: credit to metro

Monday, 18 October 2010

haRu biRu

hello..

lets make it fast..
  • study week yang sangat haru biru

  • lagi beberapa jam ada re-do test project management but i am totally lost!

  • dapat balik rumah.. (alhamdulillah).. walaupun tak berapa berbaloi sebab 2 1/2 hari jer!!

  • berkejar balik sebab kena hantar assigment gila

  • masalah lama datang balik - dilema...

  • MR. SILENT ANONYMOUS - Saya SAYANG awak.. awak jer yang faham saya... ;)