Pertama-tamanya sekali aku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas apa yang sedang aku lalui sekarang ni. Semoga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi kalian juga. dah seminggu kira-kiranya aku berada di bumi Kelantan ni, mencari rezeki untuk sesuap nasi.. *hihi . . perjalanan 12 jam dari selatan sape kate tak penat tu memang badan besi kot, aku sendiri keletihan, apatah lagi ayah yang memandu sebuah lagi kereta (nasib baik kereta ayah sedap sikit kan yah).. tak macam kereta angah, kereta tong tu.. (ups! kereta tu la nanti yang akan mengabdikan diri tuk aku kt sini tau) jangan nak ngumpat sangat la kau.. sorry v!
Secondly, seminggu masuk office ni tak bape nak ade keje lagi. aku baru dapat tau pusat/unit yang aku ditempatkan ni baru jek diwujudkan. yang sedihnya office unit pun takde lagi sebab tengah renovate. disebabbkan aku ni under boss kecik aku yang juga seorang lecturer kanan, so, aku punya meja diletakkan sama dengan cubicle dia, plus meja RA dia sorang. Jadilah kami bertiga kat situ. aku pun tumpang tu kat Fac Keusahawanan dan Perniagaan (FKP). sebab boss kecik aku tu ngajar fac tu.
Thirdly, semalam ade benda kelakar, ok, aku dah kene tune yang aku kerja JUMAAT & SABTU, bukan SABTU & AHAD. ye.. karang ade kang ahad aku tak bangun pagi kang. nanti aku kene tampal kat dinding punya tu. so, hari Khamis ni macam hari Jumaat tempat lain la, hari leisure2.. heh! aku baru tau yg aku boleh punch out / logout pukul 3.30, lagi2 if boss takde / takde keje ke.. AWAL kan?.. haha.. pukul 4 jek yang lalu lalang meja sume tanya tak balik lagi ke? (kebetulan boss g conference)... boleh balik ke?.. boleh da, 330 hari khamis.. erk??????? banyak kerja ke? heeee (dalam hati-khusyuk baca blog).. hahaha.. aku pun g la mintak confirmation super senior aku, balik je lar, sistem tak merah pun.. hahaha.. ok, terus sms ayah, noob nyer rasa office 330 dah 0 dah yah.. hewhewhew..
ok, bukan nak kata apa, selalu orang dah macam skeptikal, kerja kerajaan bla bla bla bla.. aku punya tempat ni consider as badan berkanun la / semi gov, tapi still kalau boleh .. (bagi aku yang dh biasa kerja swasta ni) mestilar nak jaga ke-skema-an aku, kan? hahaha.. Thanks God, boss aku ni jenis punctual, teliti dan hardwork punya orang, so, if boss macam tu, boleh la jaga prestasi sikit kan.. (ceh!) . .
ade lagi satu benda kelakar, hehehe... fine, sebelum ape2 hal, aku dah gedik2 kat satu2 meja perkenalkan diri secara rasmi, belum pape semua ingat aku RA, hehehe.. ko tau kan RA tu ape.. ala student / research assistant tuh. aku pun sampai segan nak cakap aku ni sebenarnya kira officer la. aku sengih2 lar. ada yang mane2 lagi tak sempat aku nak perkenalkan diri kalau selisih tu cepat2 aku senyum, dan2 diorang cakap, student / RA Dr. Rosli, ke? hahaha.. kadang2 akak2 yang dengar tu terus kecek kat kawan2 dia. aku senyum jek la.. tersipu-sipu gitu.. weeee.... (semoga doa mereka utk aku jadi Student Masters tercapai, aminn).. ;) Insya Allah.
uppsss... ada banyak lagi la cerita, tapi sebenarnya nak bagitau aku tengah cuti lama ni, start hari ni sampai 13 ni (weekend + 2 hri besday sultan + deepavali), 14 kerja, 15-17 cuti balik. 14 tu ramai staff sambung cuti. dah aku staff baru, borang pun aku tak nampak lagi kat mana. so bercadang2 nak upgrade blog. harap2 tak hangat2 najis ayam je ni. hahaha.. since aku ade wifi & mempunyai sedikit kelapangan, mungkin kali ni rajin sikit. maklumlah anak di perantauan, (kalau parents aku baca takleh la nak story benda2 gedik sikit, kan).. haha..
see yaaa... have a great weekend!
No comments:
Post a Comment