Monday, 31 October 2011
hAti iBubApa sanG gRAduAn
sewaktu perjalanan pulang ke kota tinggi selepas hari graduasiku, tentunya topik itu yang menjadi mainan bibir kami dalam kereta... di sebalik kaca mata hitamku, air mata mengalir tanpa perlu ditahan-tahan lagi.. ini semua sebab ayah dan mama cakap mereka bangga dengan aku.. kata2 yang luhur, tulus terkeluar lancar dari mulut ayah sedikit sebanyak melegakan kegusaran hati yang aku takut aku tak dapat menjadi anak yang membanggakan ibu bapa...
sesungguhnya, ibubapa lebih mengenali anak sendiri malah lebih memahami apa yang berada dalam hati ini. nahh.. kata2 ayah bahawa persetankan kata2 orang tentang jurusan yang kupilih lebih mudah berbanding jurusan2 yang boleh membawa ke arah karier2 yang profesional semakin membuatkan aku lebih sebak. ya! aku berjaya, aku turut boleh berjaya di laluan yang telah aku pilih ini, di bidang yang aku ceburi sejak 5 tahun ini.
aku berjaya mempertahankan anugerah itu untuk mereka, dan turut membawa segulung ijazah sarjana muda, dengan bangganya, aku adalah graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sistem Pejabat - mungkin selama ini aku sangat merendah diri, tapi bila mereka katakan mereka bangga, aku terasa perasaan ini yang sepatutnya aku serlahkan, perasaan bangga kepada diri sendiri kerana berjaya mengharungi 5 tahun pengajian di universiti.
dengan pelbagai tekanan, kekangan, dan tak lupa, aku kira ujian terakhir sebelum peperiksaan akhir semester, di mana aku ditimpa kecelekaan jalan raya - satu perkara yang aku amat2 takuti terjadi menjelang peperiksaan. Alhamdulillah berkat doa semua, berkat ketabahan hati, aku buangkan jauh2 rasa sakit fizikal dan mental untuk terus mengharungi hari2 terakhir pengajian dan aku berjaya akhirnya.. syukur Ya Allah kerana memberi aku peluang..
aku jua sudah tidak tahu mahu menggunakan apa bentuk perkataan lagi untuk diucapkan kepada keluargaku, para pendidikku, jua rakan2 seperjuanganku selain terima kasih, terima kasih, dan terima kasih atas segala-galanya.. semoga kejayaan ini sentiasa diberkati dan berpanjangan jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
follow cik pink :)
Post a Comment