Monday, 27 December 2010

berKeNan

hello semua..

aku nak cakap yang aku berkenan sangat dekat dua henpon ni.. berkenan je, kalau tengok option color mesti korang dah tau kenapa aku berkenan.. ^_^

x5 ni (cam nama moto lak da) pasal unik kot, aku tengok spec dia pun macam best je (setakat ni lar).. harga pun ok lar dalam 6rat.. tak tawar2 lagi tuh..

NOKIA X5
 ha, yang ni memang murah sikit dari yang atas,4++ ratu kot.. ala2 bb (maklumlah tak mampu pakai bb).. tapi xda 3g pulak.. huhu.. penting ke 3g? ayah,mama pun tak pakai hp 3g.. kalau tolak 3g tepi aku nak gak sambar yang ni.. huhu..


NOKIA C3
warna pilihan???

haa!! tau takpe, jangan tanya.. ahahha ;P

MASIH SETIA DENGAN INI..
nokia 3500classic dah 4 tahun pakai tau.. second year of diploma.. pernah sekali je buat hal, repair system RM90.. sayang, jangan merajuk tau.. (jangan ngengade nak rosak lak pas ni!!)

Wednesday, 22 December 2010

sUMpaHan ayAm

hukhuk

aku baru dapat tau yang.....................................

-
-
-
-

aku alergik A.Y.A.M....

;(

sebab aku da ada gatal2 mengenyam..

hukhuk..

camane aku leh alergik ayam sedangkan fav food aku ialah INI!!!





boleh makan lagi, tapi dalam kuantiti yang sikit...





aku rasa aku kena sumpahan daripada ini...


cerita dia macam ni...

masa aku darjah 1 or darjah 2, jalan pergi ngaji - aku kena merentasi satu jambatan kecik yang dibatasi oleh longkang.. LONGKANG ok, bukan PARIT.. maksudnya kecik,pendek jek (sebenarnya jambatan itu adalah sejenis papan).. aku dah nampak dah kat seberang tu ada 1 angkatan macam gambar di atas. aku dah takut2 berani jek nak lalu pasal instinct aku ibu ayam tu macam nak terkam aku jek. tapi aku NEKAD.. aku lalu jugak.. wohhh DIA KEJAR!!

NASIB MALANG bila aku silap langkah dah tersadung.. aku MENJERIT.. tapi aku lupa camana dia patuk kat kaki cuma ketakutan mengatasi segalanya.. mama yang ada dalam rumah agak2 10 meter kat depan tu terus lari2 mendapatkan aku yang jatuh dan meronta-ronta.. berdosa betul aku sebab Quran pun tercampak kat mana tah.. (nasib baik tak masuk longkang!)

mama pun papah balik umah..

sejak hari tu memang fobia gila dengan angkatan perang tersebut, dan tidak makan ayam buat beberapa lama.  tapi bila dah recover ni, jadi alergik pulak.. hampagas betul si ibu ayam!!

lepas ni dah tak boleh order ni.. ;(


korang order la, aku rasa secubit jek.. ;(

untunglah kan boyfriend-to-be aku dah tak payah belanja kepsi mahupun k.R.. hukhuk..

p/s:pic suma cedok google image

Thursday, 16 December 2010

jOm perGi HaNoi puLak

recently, 2 matches bola aku tengok, hari tu bangun awal sebab nak tengok M.U vs Arsenal, first time la tengok EPL betul2.  selama ni pun if bola aku layankan world cup je. tu pun dah macam family gathering depan tv tengok bola.  semalam pulak tengok.........

tengok kat tv jer, kawan aku ajak dengan geng2 tuan tanah kedaung dia siap pergi Stadium Nasional Bukit Jalil gitu sebab nak support team Malaysia.. ;).. tahniah kepada team Malaysia sebab kalahkan Vietnam 2-0.. hopefully boleh teruskan perjuangan kat Hanoi nanti.

aku ni bukan pandai sangat nak ulas pasal bola sepak, cuma sebagai penonton yang lihat dari mata kasar, team Malaysia dapat sokongan padu daripada penghuni stadium so, dari segi mental dan psikologi mereka menang, that's why, mereka kena bawa semangat tu dekat Hanoi Sabtu ni.

ok la jugak game semalam, macam fast game.. xderla pemalas dengan lembik2 jer.. Congratulations Malaysian Team!! congrates to Safee, Safiq, Kuna, Fahmi, barisan pertahanan, and all involved!!

pemandangan di Hanoi
p/s:  pic biasa la, curik dari google image

Monday, 13 December 2010

beRiTa bAik





first of all.. alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana dapat mengekalkan prestasi.. untuk mama ayah (ceh dah macam bagi ucapan menang ABPBH lak kan).. haha.. congratulations gak kepada semua rakan seperjuangan, geng-mates lendu, puncak alam, dll.. ada yang aku tau, ada gak yang aku tak tau tapi for sure semua2 dapat menggembirakan hati parents korang yang penat2 hantar korang belajar sampai ke puncak kan.. bravo! bravo!..

kiranya, ada lagi selangkah buat aku, juga kawan2 seangkatan untuk menerima skrol ijazah sarjana muda (muda gitu) di samping terus belajar mengenali lumrah alam serta persekitaran untuk bergelar manusia berguna suatu hari kelak.  bagi aku, belajar ni sangat2 meluas, lebih luas daripada lautan yang ada di muka bumi ini, bukan setakat mengejar pointer, tapi belajar cara hidup, belajar budaya orang, ambil yang baik, tinggalkan yang buruk buat pengajaran.  dunia lebih luas menanti selepas ini. (peringatan untuk diri sendiri gak.. ;)

dengan perkiraan ini, aku boleh menarik nafas lega macam phew! (pendek) bukan pphhewweee... sebab ada lagi satu semester untuk aku perjudikan.. huhu.. aku belum merdeka lagi la.. eh, aku bukak laman web ptptn tadi, maklumlah, aku ni tak layak nak dapat JPA kan, xpelar, aku tau, ramai lagi yang memerlukan biasiswa tu.  tapi bukan tu aku nak cakap, tapi sekadar nak memastikan betulke ada cara tak nak bayar ptptn.. ada.. tapi dengan syarat...



ni syarat dia


saja nak share pada sapa2 yang agak2 terlupa.. masih ada masa lagi...

GOOD LUCK kawan2.. and once again CONGRATULATIONS....!! 

Friday, 10 December 2010

keBetuLan yaNg....

............ironi cintaaaaaaaaa...
kasih yang berbungaaa....

ish3.. ni bukan pasal ironi cinta la bagai macam lagu Elyana tu.. (lama gilak tak dengar lagu tu).. aku tak gheti la cakap ironi ni apa, tapi lepas aku tengok2, maksud dia ialah penyampaian yang bertentangan dengan literalnya, meaning cam sindiran atau lebih kepada metafora yang negatif?.. macam tu lah kot, mula2 nak letak tajuk ironi tapi macam salah pulak.. tapi serious babe! ni memang kebetulan tahap paling melampau mengerikan 'akupuntaktaunakcakapcamane'....

macam ni starting dia, senang kata dalam minggu ni aku lost contact dengan exbf and also bf-to-be (kot).. haha (ok, bukan nak cerita sangat pasal bf).. ni cerita pasal lost contact... serious! both message tak delivered dalam 2,3 hari lepas, kalau call confirm2 masuk voice mail kan.. perghh aku dah fikir bukan2 dah, takkanlah dua2 nak buang aku kott.. takpun, risau lah gak mana lah makhluk2 kesayangan aku yang aku cari ni kan.. ? fortunately, aku dapat contact balik, sorang kat ym lagi satu kat fb..

mula2 dekat ym.. yang ni dengan ex bf..

"mana hp awak?"
"hilang"
"haa?? hilang??"

bla bla bla biasa ar tanya macam2 terus call siap..

5 minit lepas tu notification dekat fb.. yang ni dengan bf-to-be..

"sorry, hp hilang.. tengah pening ni?"
"haa?? hilang??" - nampak tak aku tanya soalan yang sama..??

yang lagi best, both pakai nokia Xpressmusic 5800 tuh..

huh.. aku rasa macam, kebetulan macam ni pun ada, ke??

mangsa kejadian..


p/s.. takziah ye kamu berdua.. ;(

Wednesday, 8 December 2010

juMpa kaWan LaMa @ NY

warghh.. hambek kau! kira2 4 hari jugak la campur tolak perjalanan semua aku bercuti bersama family aku dan kebetulan jugak dengan kawan lama aku dan juga kawan2 nya.. meriah betul cuti aku yang pendek ni, walaupun singkat, tapi padat!! i likkkeee...kawan lama aku ni last jumpa hujung tahun 2002, pastu dia suka sangat nak pergi Putrajaya last2 aku pun tak tau macam mana nak contact kau.. dulu dia rendah jek, comel betul, (tapi sayang tak ada gambar lama) ni ha sekarang dah tunjang, tapi maintain kudut, (ceh, nak lawan aku lar tu)..

ni la kawan lama yang aku maksudkan, azam pateh akhir..



jangan risau 'orang tu' kami tak berdua pun, ramai lagi kawan2 sekerja dia..
ni suma kawan2 dia yang kerja kat ZARA Boutique


 jauh betul aku dapat jumpa kawan aku ni, sampai ke New York.. hmmm.. btw thanks to facebook sebab mempertemukan kami kembali

pasal ni la yang aku cakap kitorang jumpa kat NY..

Wednesday, 1 December 2010

suKa diOraNg seNyum

hai hai.. salam..
haha sejak bila blog aku ada cerita pasal artis ni? 

hari ini aku saje jek nak tunjuk gambar 2 artis ni, satu dari Malaysia, satu dari Korea.. aku sibuk cakap dengan adik aku yang si AKIM ni dengan si HONG GI yang aku panggil Jeremy ni seiras!! adalah tengok dari cara diorang senyum, perangai keanak-anakan diorang, (perangai lain2 aku tak masuk campur) haha.. yang penting aku suka sebab makhluk 2 orang ni agak SWEET ye bagi perempuan2 macam aku untuk cair hahahaa.. jom tengok...

senyum nampak gigi



aren't they look alike??



kalau si jeremy rambut serabut cm ni sama x cam akim?

2kali tengok macam perempuan kan? kalau akim rambut panjang cm ni????


extra information dari aku sebagai peminat.. hehe

akim
  • nombor 3 AF7
  • dah rajin buat lagu sendiri sekarang contoh - inilah cinta
  • suka gila performance dia masa nyanyi lagu situasi dalam  konsert af
  • suka dia nyanyi lagi i'm yours mase audition af
  • dia CHOMELLL kannnn??!
lee hong gi
  • vocalist from FT Island - korea group
  • aku kenal dia lepas tengok you are beautiful
  • aku selalu susah nak ingat nama betul budak2 korea ni, sebab tu aku panggil jeremy, watak dalam you are beautiful tu
  • dia pun sangat chomelllllll.. 
  • bila tengok dia mesti nak samakan dengan akim hahahha
credit.. gambar semua curik kat google image and ada watermark dari bloggers2 tu, diorang punya..
ok bye...