Saturday, 1 May 2010

kaLa maLam

Kala malam sunyi
aku masih di sini
bersila, bersandar meregang jemari
tempat beraduku menjadi saksi
oh arjuna hati
kau yang kudambakan di saat ini
masih! itu aku pasti

Ya Malikul-Mulk
aku tewas lagi
tuk memujuk jiwa nan hati yang lara
dek basah luka cinta lalu

aku
masih di sini
meratapi bait-bait kenangan
mampukah aku putuskan?
dan biarkan hilang, lenyap
tanpa sekelumit kesan?
hati ini..
takkan pernah merelakan..

Ya An-Nur
limpahkan aku sedikit cahaya-Mu
menerangi detik-detik suramku
bimbinglah daku
dengar rintihanku
tatkala sujudku bersama bibir tak pernah kering
pohonkan kekuatan dari-Mu
agar tidak terus hanyut
dalam khayalan ciptaanku bersamanya
aku masih mahu bahagia!

duhai hati..
izinkan zarah-zarah durjana ini
pergi..
aku masih mahu cinta!

4 comments:

DAUD said...

malam itu gelap,
dan esok akan ada mentari,
yang pasti menerangi siang.

hati itu gelap,
dan esok akan ada cahaya,
yang pasti menerangi jiwa itu.

MrFaezy said...

tetibe teringat bait nie...
"Give me some sunshine,Gives me some rain,give me onother chance,i wanna grow up once again"

affy Qa said...

hehe..

it's like..
dunia belum berakhir..
teringat lagu shaden..

"dunia belum berakhir
bila kau putuskan aku
masih banyak teman2ku di sini
menemaniku.."

;)

affy Qa said...

kayrole..

hidup sentiasa ada peluang rite?