Thursday, 19 November 2009

kARanGan AdiK

well, since aku pun dah cuti, adik2 pun dah start cuti, so result exam semua pun dah keluar. actually, aku terkejut jugak bila mama cakap lepas balik dari convo aku tu plus jalan2 kat KL, adik aku dua,dua demam 3 hari, and mc time final exam! kesian gila diaorang.. aduh, sungguh tak kuat imunisasi diaorang ni, tak macam aku... haha.. so, natijahnya, abang yang Darjah 6 drop ke nombor 4, and adik yang Darjah 5 pun drop ke nombor 12.. dari nombor 1 exam setengah tahun..

tapi, aku lagi terkejut bila adik dapat mata pelajaran terbaik penulisan! haha.. bukan apa, kalau sains or english tu memang dah biasa dah.. tau jek la budak lelaki sekarang, komik jek lebih. tapi, penulisan sekarang bukan macam dulu, fully essay, sekarang ada tambahan cari 5 nilai murni dan buat ayat lengkap daripada gambar. huhu.. macam2 dasar sekarang...

so, marilah membaca penulisan adikku.. haha..


Majlis Ulang Tahun

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah pergi ke majlis sambutan hari ulang tahun kawan karib saya, Shah. Ini ialah kali pertama saya pergi ke majlis ulang tahun.

Dia membuat majlis tersebut pada pukul dua petang. Saya pergi ke sana pada pukul tiga petang kerana ayah saya sibuk bekerja.

Sampai di sana, saya berasa sungguh gembira. Ramai rakan-rakan saya yang datang. Di situ juga ada banyak hadiah. Hadiah saya untuk Shah ialah sebuah kereta kawalan jauh. Harap Shah suka akan hadiah saya.

Pada pukul empat, sukaneka dimulakan. Banyak acara yang saya sertai. Saya hampir menang kesemua acara. Saya berasa sungguh seronok.

Pada pukul lima, jamuan pun bermula. Di situ ada banyak makanan. Antaranya, kek, puding, roti canai, burger, kuih muih dan lain-lain.

Pada pukul enam, majlis pun berakhir. Saya berasa sungguh seronok dan gembira. Saya harap saya dapat pergi ke majlis ulang tahun seperti itu lagi sekali.

-the end-


macam mana kawan2? hehe.. not sure pulak total dia berapa ni.. hehe..

No comments: