Aku mula berasa tidak senang duduk. Cahaya matahari menerobos masuk melalu tingkap yang tidak ber'tinted' menyilaukan aku. Aku mengalih kedudukan menghadap tengah bas. Bas yang akan membawaku pulang ke desa. Desaku permai, desaku tercinta. Desa, ibu dan abahku sedang menunggu..
"Ha, sampai pun Manja, abah baru ingat nak jemput tadi." aku tersenyum seraya menyalami tangan abah. Tangan yang membesarkan aku, mencubit jika aku salah malah merotan jika aku nakal.
"ibu..." aku mencari ibu di dapur. Ibu keluar dengan senyuman. Menyejukkan hati yang sedikit kepanasan kerana menunggu bas lama tadi. Aku mencium kedua-dua pipi ibu, sedikit sebak terasa. Sungguh! aku sangat merindui mereka.
"Manja, ibu dah masak lauk singgang dan goreng tempe, adik kamu tadi tolong goreng."
"Kasih mana bu?" aku merujuk kepada adikku seorang itu.
"Pergi petik limau, nak buat ice lemon tea katanya."
Aku ke dapur, aroma lauk singgang begitu mempersona, aku tak peduli kalau ada orang kata itu lauk orang sakit, lauk malas ataupun lauk hospital. hehe.. air tangan ibu memang paling 'kaw' la bagi aku.
Aku makan dengan berselera, ada lagi beberapa lauk sebenarnya. Ikan goreng, ayam goreng, sambal belacan, kacang boto. Tapi tu la, lidah aku ni memang mengada-ngada sikit, tapi takla sampai me'reject' terus masakan kampung ni, cuma orang kata tak dapat merasakan 'kick'nye sambal belacan tu macam mana, main makan je lah. rugi tau sebenarnya.
Usai membasuh pinggan dan mengemas meja, aku ke ruang tamu. Menekan-nekan remote Astro, aduh ini lagi. bosan satu, bosan dua, tak tunggu tiga lagi aku melepak di beranda rumah. Melayan fikiran melihat pepohon hijau. Nampak perkembangan program 'gardening' ibu. aku tersenyum kesegaran. Angin menderu-deru bagai mahu menutup mataku.
"Kak Manja, penat ke?" Kasih menegurku sambil meletakkan dulang minuman.
"Biasa je la sayang, kenape? nak external, pergi ambil kat poket belakang" aku tau dah apa adikku tu nak. Koleksi cerita-cerita yang aku sendiri tak habis tengok.
"hehe, thanks"
"Kasih.. tengok movie je, bila nak study ni?" ibu mula membebel sambil meletak tembikai potong. Gulp! aku tahu lambat laun ibu mesti tanya aku juga. Maklumlah aku memang lama tak balik.
"Ibu...." aku yang memulakan perbualan.. Ibu mengerling dan meneruskan suapannya.
"Manja rasa macam susah la study sekarang, banyak sangat kerja-kerja sampingan." Ibu cuma berlagak biasa. Aku pulak yang terkedu nak menyambung.
"Erm, kalau tak berapa nak score macam mana ek?"
"Huh, kamu yang belajar, zaman ibu dah lepas.." Eik, relax pulak orang tua ni. Lagi aku rasa cuak.
"Buatlah sehabis baik, mungkin memang tak sama dengan diploma dulu," ibu menyambung.
"Manja kena fikir apa Manja nak jadi, apa Manja nak kerja nanti. Sekarang bolehlah, tak terlalu mewah pun ibu dan abah boleh tunaikan permintaan kamu adik beradik. Nanti tengoklah boleh ke tak Manja dan Kasih bagi balik apa yang ibu dan abah minta. Kalau tak pun, nanti Manja sendiri boleh tak pakai branded, makan lepas ke tak, takkan nak minta ibu dengan abah lagikan?"
"Ibu cuma tak nak anak-anak ibu susah, kami pun dah ada semuanya. Manja belajarlah, niat dengan betul, belajar bagi berkat, ok?" Ibu menepuk bahuku dan berlalu mengangkat kain jemuran.
Bidadari hati kecilku berkata-kata:
Manja......
Jangan mudah putus asa
Gunakan masa dengan baik
Cari keberkatan ilmu
Berfikiran positif
Percaya diri sendiri
Sayangi ibu bapa
Berdoa dan bertawakal kepada Yang Maha Esa
Bangkitlah, aku masih belum terlambat..
No comments:
Post a Comment