Saturday, 12 September 2009

akU tAk StaBiL

untuk kesekian kalinya aku amat geram, bengang, bengkak dan rasa nak membaling sesuatu (bukan harta aku) sebab line internet yang macam tak boleh pakai (kira dah baik tak memaki).. aku rasa line sangat-sangat-amat teruk, semua tak boleh buka, email pun lembab nak mampus padahal sebelum ni tak lah teruk macam ni.

ni yang buat aku rasa nak beli broadband tapi kat rumah dah ada 1, rasa macam membazir pulak.. bukak sikit je cannot be explored, cannot display the webpage..bukak sikit je connection interrupted kepala hotak dia.. rasa bodohlah pulak memaki teknologi padahal dia bukan kenal aku pun. entah, aku pun tak tau sapa yang nak dipersalahkan.

i need idea..!! tolonglah faham wahai internet explorer atau mozilla firefox.. adehhh...

selain itu, printer aku buat hal, so tak dapatla meneruskan biznes even aku dah try semua style menonggeng, mengetuk dan segala me yang lain.. orang yang sepatutnya KONON2 nak tolong tu pun aku rasa baik jadi bangkai jer.. serius aku geli dengan 'kau' dan janji 'kau'..

group project aku pun tak berapa berjalan dengan lancar, so aku sangat-amat-sangat risau dengan annoucement 'tiba2' lecturer kesayangan ramai itu untuk meng'submit' report itu minggu hadapan.. remind us la beb, dah la cakap awal semester.. takpe, rabu kang aku bagi selepuk.. (malas nak cakap pasal orang besar+belajar tinggi tapi perangai adik aku darjah 5 lagi baik - sangat unprofessional macam bagus sangat)


hohoho.. nasib baik aku ada beberapa berita gembira.. yang pertama, ayah dah hantar kereta ke batu pahat - naik raya nanti abg ijan akan bawa ke shah alam dan hantar ke puncak alam or aku ambil ke mana-mana lah, janji sampai.. alhamdulillah.. (tak sia2 aku meletupkan entri hari tu, hehe) senang kata, memang parent kita juga yang faham kita.. tak payah la nak bergantung harap kat orang lain..

keduanya, semalam pulak pergi buat interview sampai kat hospital ampang sana, memang jauh dan penat sangat tapi best sebab dapat berbuka kat luar (tolong jangan gelak, sebab kat ceruk+kayangan ni memang susah ye nak keluar melainkan ada own transport..)

lain2 oh.. aku hanya fikir nak balik raya saja jumaat ni.. aku malas nak fikir dah.. owh test mgt.. insya allah aku curi masa membaca nanti, ok..

gerak dulu.. adioss

p/s.. aku belum buang puasa lagi << er mungkin ada kaitan..

2 comments:

jejari said...

belum buang puasa???
sila beri sedikit explaination ttg itu..

affy Qa said...

hehe.. maksudnye still puasa penuh laa..