Friday, 28 August 2009

aKu suKa kAu Lah

eh.. ehehe.. terlebih mood pulak petang jumaat ni..

ha.. baru2 ni aku ada post entri yang cakap aku pergi Low Yatt dengan okiey kan,
benda ni lah aku beli..
alhamdulillah, inilah yang aku mampu nak beli..
hehe yang penting kaler dia.. tengok sikit.. (please jangan bosan ye)..
huhuhu...

overall, secara cincainya aku telah membayar RM 649 for this..
seriously, tak boleh la nak letak 600, mesti range 600 - 700 juga nak dapat macam ni..
encik cina handsome tu memang awal2 dah tanya berapa budget you..
aku pun terus la berfikir, habis ke tak duit ptptn aku tu.. (alamak..)

Olympus FE-370 (8 megapixel) + with 4G memory card + pouch bag+tripod + screen protector, (menatang ni mahal la - 20 to 40 ringgit sekeping) and lain2 supporting items.. lithium battery, cable, tali etc..

with the pouch bag


with the tripod



sorry la if gambar tak clear, handphone camera cume 2 megapixel jer.. ;)
tapi dia tetap berjasa.. hehe..

kami menghabiskan dekat 4 jam jugak kat Low Yatt tu pusing2, turun naik escalator, tanya2 semua.. and harga pun wow.. meremang bulu roma aku..

last2 kami pergi kat tingkat 2, kedai first yang kami tanya..
mula2 tengok brand samsung, not bad la, gambar pun cantik.. tapi tak ada pink laa.. upset sikit..
lepas tu cina tu tanya budget dan recommend olympus brand ni..
aku pun rasa not bad la, dan interested dan seterusnya mendengar penerangan dengan berhati2

oh ya..
dulu aku rasa macam tak berapa nak berani la nak membeli di Low Yatt
tapi sebab okiey teman kan, rasa macam berani sikit la..
apa2 hal aku ada kawan yang boleh bagi opinion kan..
sekali betul, apa yang aku was2 tu jadi juga..

ok, kami pergi hari jumaat, then malam tu, dia terus send aku kat kg. baru la
(sorry okiey, tak dapat dia nak makan kat area situ, sebab jammed+dah malam+hujan..)

tak habis penat lagi, aku terus bagi camera tu kat pak itam.. belek2
lepas tu aku pun charge the battery untuk 8 hours, seperti yang diarahkan..
aku tengok battery charger tu pun berkelip2 jer
bukan aku jer tengok, pak itam aku pun asyik bangun duduk je periksa benda tu
dalam hati aku dah (alamak, problem ke)..
dah la aku betul2 terlupa nak suruh cina tu test battery tu.. sebab dia pakai battery lain masa test tu.. okiey pun tak ingatkan aku.. (aduh..)
battery pula memang tak masuk dalam senarai warranty.. (tambah2 cuak aku)
mak itam pun dah bising dah, kenapa tak tunggu pak itam beli sama2
(pak itam aku ni photographer, kerja untuk Bernama - so dia memang expert la kan bab2 camera ni)..
lepas tu esok hari pun macam tu jugak
tiada perubahan, masukkan dalam camera langsung tak ada reaksi..

time sahur tu, mak itam cakap lepas ni pergi balik low yatt mintak tukar..
aku pun segera la membawa segala (harta camera) and resit..

sampai jer, aku terus cakap...

i beli this camera semalam, tapi battery tak function la,
boleh tengok? i nak yang lain..

cina tu cakap..

oh boleh2 nanti i tengok yang lain, jangan risau punya..

then, pak itam aku pun cek2 la apa yang patut semua..
lega aku.. ;)

so, kawan2 lain kali jangan jadi macam aku, kita kan pengguna, kalau ada apa yang tak puas hati tanya jer, lagi satu bawalah kertas dan pen kalau nak buat survey.. better.. hehe
betul, tak la rasa penat sangat.. nasib baik masa tu belum puasa..

lagi satu, take your time.. jangan beli tanpa sebab, tapi kalau aku, kalau aku nak, aku beli tapi biarlah dengan cara yang betul, jangan main sapu jer.. bukan apa, harta kita, aset kita, so, carilah betul2 tau..

p/s ;; boleh la bergambar raya sakan lepas ni yeay!!..
ups.. i tak bagitahu lagi En. Rashid... huhu

3 comments:

NFAM said...

apyp, berapa price of the camera? lawa la.
tak habis ke duit pt?

autumn_leaves said...

bpe ribu ko bli beb?

affy Qa said...

nfy and teh..

dah state la kat ctu..
rm 649.. pegi bace abes sane..
hehehe