Monday, 31 August 2009

naK cAkaP juGak.. merDekA!!

31 Ogos 2009 merupakan hari Kemerdekaan yang ke-52 untuk Malaysia

i'm not sure to type - ada perarakan atau tidak
sebab aku dah try cari kat google semua cuma dekat Laman Web Rasmi Perdana Menteri Malaysia http://www.pmo.gov.my/,
ada bagitau semalam buat Majlis Kesyukuran Merdeka..
(rasa bersalah kalau silap fact tapi, kalau ada perarakan pun tak la dibuat secara besar-besaran sempena menghormati Bulan Ramadhan ini)
lagi satu, aku yang duduk dekat 'kayangan' ni manalah ada tv nak tengok, plus2 youtube pun dah diblok and difilter oleh uitm tercinta ni.. hehehe.. (nak buat macam mane kan..)

adoi, kecil pula, tak sempat la nak cari gambar bendera lagi besar.. ;P


Tapikan, sepanjang aku 'on the road' sejak awal Ogos hari tu, aku JARANG sangat nampak bendera yang dilekat/ditampal/atau stand in di kenderaan2 seluruh highway yang aku go through tu la.. i don't know why.. kalau dulu mesti meriah, masa zaman sekolah lagi laa, kalau boleh 1 kelas nak selubung dengan bendera sebab nak menang kelas terceria bulan merdeka.. ahakz.. hehe.. kereta cikgu2 pun ada lah, paling tidak satu bendera yang stand in tu. kalau tak, mulalah jadi umpatan-manja murid2..

"cikgu ni tak patriotik la"

"suami cikgu belum beli lagi.." hehe

kan malu begitu.. hehe

macam ni pun boleh juga, sebulan je kan.. tapi macam ni pun susah nak dapat apatah lagi penuh seperti yang bawah ni



adik ini comel sungguh memegang bendera.. ni yang start nak story pengalaman2 merdekaku.. ;)

kecil-kecil dahulu

mestilah aku teruja nak bendera plastik yang ada gula-gula colorful di dalamnya..
betul tak? mula2 beli yang pendek je, dah besar sikit, nak yang besar la.. gula2 pun lebih banyak.. tapi masa tu mestilah dah start kenal bendera Malaysia.. ;)

oh.. aku kurang pasti time baby dulu mama letak tak bendera dekat 'walker' ku (sejenis kenderaan baby) hehe

sekolah rendah pula

aku rasa banyak peraduan bila tiba hari merdeka..
buat karangan lah, sajak lah, syair lah.. mewarna and melukis bendera jangan cakapla..
tapi tak ingat lah if aku pernah menang ke tak.. hehe
haa.. selain itu, if kamu nak tau, rumah aku yang dulu kat kuartes tu dekat jer dengan padang rasmi Kota Tinggi tu..
so masa ni aku dah start dah tengok perhimpunan sambil gelak2 tengok ayah dan mama berpeluh2 lepas habis perhimpunan tu.. hehe
tapi, aku pun buat tak kisah sambil terus mintak ayah beli air and gula2 kapas lebih dekat stall.. tak lupa, keropok lekor.. huu.. sedap2...

menengah rendah

aku dah bergiat aktif dalam pasukan beruniform time ni
masuk Kadet Polis lagi..
so, ada la satu tahun antara 3 tahun tu
kami kene berhimpun jugak di padang keramat tu..
maklumlah, dah nama rumah dekat, aku pun tak ready apa2
kasut tak kilatkan lagi, butang gloves tertanggal tak jahit lagi,
beret (berey or whatever you call it) pun tak setting lagi..
aku cakap aku boleh bangun pagi esok nya buat semua..
last2 aku bangun lambat (haha padan muka)
and for sure la aku tak masuk barisan tu sebab tak nak la merosakkan barisan mereka yang sedari awal dah berhimpun kat situ..
huu sedih gak aa.. (sebab tak dapat sijil)..

hehe.. ada lagi satu cerita
masa ni aku tengah suka la dekat seorang mamat tu
masa malam ambang merdeka aku pergi padang aku jumpa classmates
semua cakap mereka nampak mamat tu
aku sedih la sebab aku sorang je yang macam tak terserempak dengan dia
(kira dah putus harap tak ada jodoh, ceh) hehe
nak contact pun susah, sebab dah malam kan, takkan nak call rumah dia suruh datang esok pagi (handset mane ada lagi time tu!)
tak apalah, berbekalkan instinct aku yang kuat, aku gagahkan diri ke padang esoknya
konon2 nak menyambut merdeka juga la
sebenarnya best tengok ramai orang..
and finally
dengan tidak semena2 aku nampak kelibat DIA.. wahhh suka gila aku
terus menyusup di celah-celah orang ramai nak mendekatinya.. hehe
dia belanja ais-krim tau (pasal aku konon2 jadi anggun tak nak susahkan dia berbelanja lebih) hehe padahal aku nak burger time tu..
tak ape, dah cukup baik dah tu, even jumpa sekejap je.. ;)
sepanjang hari mood ceria... (gedik) hahah

menengah tinggi (form4-5)

masa ni aku dah masuk asrama
banyak juga la aktiviti kemerdekaan..
teruk juga la sebab i cant remember lots kecuali malam ambang merdeka pergi dewan SAKTI and pakai baju rasmi, kain kotak2 tu.. serta dengar amanat and countdown semua..
terasa 'kurang merdeka' sebab aku dah biasa bebas agaknya..

diploma

wahh.. time ni pun not bad jugak
sebab mpp buat banyak aktiviti (uitm melaka - alor gajah)
meriah still meriah
perarakan semua, gerai jualan yang happening..
suka jugak.. sebab boleh cuci mata.. hehe
walaupun sebelum tu menyumpah2 sebab tak boleh balik lah, apelah, bosan lah
yeah.. gantung bendera dekat tingkap bilik..
nampan cun sangat.. ;)

sarjana muda

huh.. first semester masuk dah temu merdeka..
setakat malam tadi, aku tidur awal - macam biasa
malam ni baru kampus ada aktiviti, plus dengan ihya ramadhan sekali..
betul jugak, dah harinya jatuh pada bulan ramadhan kan..
tapi dah besar ni, nampak sangat graf keterujaan menyambut merdekaku menurun..
hurmm... perlu buat sesuatu tentang itu..

oklah gerak dulu.. hehe

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52..
Peace No War ;>

credit gambar:google image

p/s ada perhimpunan kat parlimen

4 comments:

DAUD said...

kuat tol memori,
haha,
tp sekolah dl mmg best,
time pendidikan seni je,
lukis poster merdeka, bendera.
n lastly, zairusnya lukisan gak plg lawa.

affy Qa said...

hehe..
seronok menaip pagi tadi sbnrnye..
tu pun bnyak gak lah dah hilang2..
yeke..
masa sekolah rendah eh..
zairus memang berbakat.. hehe..
tp padahal warna bendera tu tetap standard kan.. hahahha

masa menengah rendah tu
kita takda seni dah..
tp dorang ada hantar gak la kan poster semua..
ingat lagi, nama si wahid tu mesti ada.. dah la terror lari, seni pun terror
gma pun slalu wat gak.. radhi pn ada kot..
n lagi satu, anak pn sabariah, arwah fadzlin if u still remember...

aini said...

wah..afie panjang lebar you punya story pasal merdeka ni ya..you still ingat time sekolah2 dulu.If I la, i dah tak ingat lagi da..
tapi pasal yang bendera tu i pun notice la..
dah takde sangat kan bendera2 yang digantung2 kat sana sini lagi..tak meriah lagi da like it used to be..

affy Qa said...

aj..
tu laa tak sangka pulak terpanjang lebar entri yang ni
hehe
idea mencurah2...
biasanya i ingat..

betul kan..
tak meriah sangat dah..