Friday, 27 March 2009

perginya seorang kawan..

pertama-tama sekali aku bersyukur kerana sebaik sahaja bangun dari tidur aku masih dapat melihat dunia indah ini
lewat malam tadi, 27/3 1.43 a.m...
aku menerima panggilan telefon daripada juna, my coursemate yg still kat melaka..
aku dinasihatkan supaya jangan terkejut..
benar sangkaan ku ia pasal mohd zaki jasmi.. - jejaka berkulit cerah dan mempunyai senyuman yang manis serta bersahaja...
namun aku xsangka keadaan lebih teruk dari apa yg aku fikirkan....
zaki telah pulang ke rahmatullah...
innalillah...
aku terjaga dari tidurku sebentar, termenung, dan bersandar..
ku capai kedua-dua hp ku dan memberitahu rakan-rakan lain..
dalam keadaan terkejut.. terbayang-bayang lagak arwah suatu ketika dulu..
aku pernah rapat dengannya sewaktu tahun pertama..
namun, perbezaan kelas mewujudkan jurang mulai tahun kedua..
namun persahabatan kami baik semula ketika part 4,
di mana class event management telah mengangkat arwah sebagai hero kelas..
beliau menjadi perantara antara kami dengan orang-orang besar ketika itu termasuk penceramah undangan,
terbayang di fikiran ku - zaki tetap manis tersenyum biarpun dalam keadaan tertekan.. rasanya kuxpernah melihat dia marah terlalu lama..
seorang yang cool, lawak, dan seringkali sambil lewa dan selamba membuatkan dia terlalu istimewa di mata kami...
aku terkilan, ralat, terkesan
dengan pemergiannya di kala ku terniat untuk menemuinya selepas habis praktikal nnt
untuk 'menuntut' sesuatu..
namun..
ternyata ALLAH Maha Mengetahui dan lebih menyayanginya.....
lebih2 terkesan lagi kerana, kami, rakan2 sekuliahnya mostly tiada di melaka kerana menjalani latihan praktikal, semua jauh di merata2 tempat..

Menurut juna,>> zaki, leman dan 2 orang rakannya telah diseret oleh sebuah treler sehingga jauh terperosok ke dalam hutan. kereta putus dua, divider hancur, dan aku percaya keempat2 tersebut meninggal di tempat kejadian. saksi mengatakan lampu isyarat menunjukkan hijau, tetapi treler tersebut yang datang dari arah bertentangan tidak berhenti.. treler...... kereta....... bayangkan....

aku juga menyampaikan ucapan takziah buat nene kerana kehilangan teman lelakinya, leman, juga dalam kemalangan tersebut. aku harap nene tabah mengharunginya.

buat nazmi, aka jimi.. bicaramu pagi tadi xdapat nk menahan kesedihan ku.. aku sgt sebak, sbb aku teringat masa kita2 dengan arwah. walaupun malam tadi aku cuba menahan tangisanku ternyata aku tidak cukup kuat..apa yang mampu hanya sedekah alfatihah untuk arwah kawan2 kta..

masih terngiang2 di mindaku zaki call nk mtk sdkit bantuan daripada ku.. masih terkesan sampai sekarang...

masih teringat zaki push2 aku menemannya menyalin jadual kuliah, masih teringat kekeliruannya mengatur jadual2 yang bertindih

masih terkenang kebaikan zaki menawarkan bantuan menjadi pemandu di bandar melaka untuk grup project aku, a.j, amal, fasya, and ain kerana malas ke kelas petang. alih2 dier yg kene ngan pak guard pasal pakai selipar w/pun di dalam kereta..

juga masih terkenang dier xminum sirap ais yang aku order di dewan makan, kerana mmg dier x minum ais serta rajin bjogging tiap2 petang..

dan satu hari ketika part 3, sbg class rep aku selalu kene tahan dengan cikgu bm, encik faroQ, dah la bulan puasa.. ct pn menjadi mangsa sbg peneman aku..
rupanya hari tu, nazmi, zaki dan amal pn ada, so kami berlima dpt la naik unser encik faroQ.. n dy hantar setiap sorang ke kolej.. waktu dah petang sgt nk berbuka.. nk singgah pasar malam pn xsmpat.. teringat gelak tawa kami kepada zaki yang kelihatan serba salah sgt nk tumpang en. faroq.. merah2 jadinya..

begitu juga dengan kes dinner class,zaki xpernah berkira dengan rakan-rakannya, kami semua dijaga bagai menjaga adik sendiri sementelah kami kdg2 memanggilnya abang long atau abu suke memanggilnye orang tua kerana umurnya lebih tua daripada kami..

terlalu banyak sebenarnya kenangan bersama zaki, dan kawan2 sekelas, mahupun kenangan peribadi aku dan insan bernama mohd zaki jasmi..

semoga ALLAH swt. mencucuri rahmat ke atas beliau juga rakan2 lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Alfatihah..

2 comments:

eja said...

apyp...
jgn sdey2 sgt k..
update lar ur blog..
share with us...
jgn pendam k..

affy Qa said...

thanks..
belum ader kekuatan sangat..